nak join? klik banner ni yer

Sunday, May 2, 2010

@ Insuran Anak: Penting

Hari hari Ahad.. saya tak kemana sangat pun.. cuma pergi beli barang keperluan rumah kemudian bertandang di rumah MIL yang hanya beberapa langkah dari umah sewa kami.

Kebetulan, family Fauziah (adik kepada hubby) datang nak jemput MIL ke rumahnyer. Sempat lah nak berbual pasal kesihatan anak sulung Fauziah yang bernama Fa'iq yang pernah saya ceritakan di dalam entry sebelum ni. Bagi yang baru dengan blog saya, Fa'iq baru berusia 4 tahun, sedang menjalani sesi kimoterapi akibat penyakit leukimia.

Perkembangan terkini, Fa'iq mengalami alahan dengan salah satu dari dua ubat yang digunakan sekarang, dan perlu segara tukar ke ubat lain yang harganyer jauh lebih mahal. Menurut Fauziah.. harga untuk satu botol ubat itu adalah RM3k, dan perlu di beli dalam 9 botol untuk melengkapkan satu pusingan/kitaran ubat tersebut. Sekarang Fa'iq hanya mengambil satu sahaja ubat berikutan proses yang agak lambat/lama sekiranya menantikan ubat itu dari kerajaan yang mungkin mengabil masa 3-4 minggu lagi. Ada yang mencadangkan mereka beli sendiri ubat tersebut...tapi duitnya? (3k x 9 botol =27k)

Sedih hati saya tadi bila dengar Fauziah cakap, ruginyer tak ambik insuran kat anak2 nya dulu. Kalau tak mungkin pihak insuran boleh membantu walaupun sedikit kan.. Memang malang tak berbau, tiba2 saja Fa'iq boleh sakit macam ni. Daripada sesihat2 dan seceria2 kanak-kanak...(Fa'iq memang terkenal dengan sikap "ringan mulut"nya dari kecik lagi) kepada seorang kanak2 yang setiap minggu kena masuk ke hospital (GH) untuk menjalani sesi kimoterapi. Kesian kan..

Selalunya my MIL yang akan temani Fa'iq dari pagi sampai petang di hospital kerana Fauziah dan suaminya bekerja (guru) di sekolah. Sekarang ni kami barharap Fa'iq akan sihat dan kembali cergas seperti sebelumnya... sama2 tolong doakan untuk Fa'iq yer kawan2.


p/s: Dalila sejak baru lahir Mr. Hubby dah ambik insuran. PRUDENTIAL BSN Takaful.


Photobucket

10 comments:

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

alhamdulillah kami ade insurans, cume yang 2nd ni belum ambik lg.

Unknown said...

kita sama...ayyunie + aleesya pun guna insurans PRUBSN...

SEMOGA IBU BAPA FAIQ DA FAIQ SENDIRI TABAH MENGAHADAPI SEMUANYA...

BabyIntan said...

Kesian kat adik fa'iq, kecik2 dah nak mengadap hospital sllu...semoga dia dan kedua ibu dan ayahnya dipermudahkan segala urusan olehNya...amin.

NzA said...

moga fa'iq beransur sembuh...

A.H.A.D said...

alhamdulillah u dah amik insuran tu..
kalo ada kwn beminat, rekemen la sbb saya agent prudential hehe

aLyNnZ said...

salam kenalan..
alhamdulillah alynn dh amik insurans siap ngan medic card 4 danish..insurans mcis zurich..kebetulan husband agent insurans mcis zurich so far service mmg best..

mamamuhammad said...

tu la..insuran anak memang penting..tak kira keja gomen ke private ke,company tanggung..at least must prepare one for our chidren..hubby amik MAA TAKAFUL since born..but now tot changing to ING insurans..hurm..wic is better?
savings buat kat yippie islamic je.
education insurans pun sgt penting..=) planning too..

semoga adik fa'iq cepat sembuh..ALLAH menyayangi hambaNYA dengan ujian dan dugaan..

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak meen, bagus ke prudential BSN Takaful ni? story la sket kt shira... ms anas xsihat br2 ni, km keep gi specialist, ms tu de terfikir nk amik insurans utk anas... tp xde sape nk dirujuk... boleh kak meen tlg?

shira ingat yg kak meen pnh cite ttg anak buah kak meen tu... smoga die cpt sembuh n tabah....

Suziey Ahmad said...

hmm mmg penting ade insurans ni..wajib beli skang kan..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

sama lah kiter pun amik plan insuran untuk aqish PRUBSN memang berbaloi2...demi masa depan anak2 ibu bapa kena berkorban wang ringgit kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...