nak join? klik banner ni yer

Tuesday, March 18, 2014

Adui..sakitnya hati!

Assalamualikum semua..

Lama ibu tak tulis di blog ni. Sehingga kan nak login tadi pun dah tak ingat email/pass word untuk blog my love ibu arifa ni..

Harini terasa nak menulis..tulis guna ipon je nih.. Sambil baring malas nak on lappy bagai. rasa nak meluahkan sikit perasaan tak puas hati.. (Meluahkan yer..bukan "menyampaikan"). Sedih sangat tadi pagi..huhu.

Begini ceritanya..
Sabtu dan Ahad -2minggu lepas..Abah (asben saya la ni) join bengkel keagamaan..so fullday dia kat sana 8pagi-5petang. Kami 3 beranak buat la aktiviti sendiri kat rumah sepanjang Abah tiada dirumah. So tak kuar rumah la weekend tu. 

Start selasa Abah dah start xsihat..demam teruk sampai tak larat bangun katil. Rabu ada gi ambik ubat di klinik..ada la kebah demam tu jap..then demam balik..berlarutan sampai hari sabtu..Abah mintak admit hospital..risau denggi ker ape ker..so Sabtu Ahah tu pun..kami stay 3beranak je kat rumah.

Isnin pagi kakak demam, so aku tak bagi dia ke sekolah. Bawa jumpa doc...sebab nampak ada bintik2 merah kat tapak tangan dan kaki.. Doc sah kan ini HFMD.. Aiyooo.. Nk kena asingkan dari adik Syaakirah ni! Isnin tu juga mintak admit, satu bilik dengan Abahnya. Doc bagi sebab memang nak elak jangkit kat adik. Doc kata HFMD kalo kena kat orang dewasa tak teruk sangat.

Di pendekkan cerita..adik demam Rabu petang..dah mula nmpk 1-2 bintik ditangan. Kebetulan doc yang merawat Dalila ada klinik malam hari tu..cepat2 la bawa jumpa doc..sah!! Adik pun kena HFMD. Doc kata kakak dah makin sembuh dah HFMD tu..bintik dah jadi warna hitam dah (mungkin sebab ku bg minum air kelapa kot sehari selepas admit)

Rasa bawa dari sekolah kakak ni, sebab sabtu ahad lepas2, we all tak ke mana2, Abah ada bengkel agama tu. Ok tak pelah.. Benda nak jadikan.. Ibu apply cuti jaga adik dirumah..Abah jaga kakak di ward..walaupun Abah dah boleh discharge.

So kuarantin ward kakak pun sampai Khamis saja..tapi kakak demam dan batuk pula..so terus dok ward until Ahad discharge. 

Dia rindu nak pergi sekolah katanya..dah seminggu cuti..pujuk2 kami suruh bagi dia ke sekolah esok isnin. (Tadi 17-mar 2014)

Dan ini yang buat ku rasa nak hangin ni..
Ticer M (pengetua-yang konon nya ada banyak pengalaman - dah buka 2 branch dah di Key el) sekolah call suruh datang ambik kakak Dalila semula..disebabkan ada bintik2 lagi..(hairan juga kami dengar, bintik2 tang mana pulak).. time ticer call Ibu tengah on the way ke office. So ibu minta Abah tolong ambik kakak Dalila di sekolah.

Menurut cerita Abah.. Ticer M maksud kan bintik tu merujuk bintik "tanda kesan drip"  masa di ward haritu. Abah dah cakap itu kesan drip..doc kata HFMD pada kakak sudah pulih pada hari Khamis.. Bila abah beritahu begitu..ticer M tu balas.."yer lah doc kata begiti sebab nak suruh balik berehat di rumah"..wei..we all masuk hosp swasta hokey..semua berbayar. Sabaq sajalah dengan ticer M ni.. 
Abah tanyabila boleh hantar kakak ke sekolah, ticer M jawab "tunggu sampai kulitnya tak ada kesan bintik apa2 baru hantar" biasanya 2 minggu..rasa macam nak PANG!!! Bagi sedas kat ticer tu jer..bintik tu bukan bintik fresh pun..dah kecut hitam2 dah tunggu nak tanggal dari kulit saja.
Ticer M tu kata, "3 minggu lepas..tadika ni memang sudah ada kes HFMD"- (sambil tinjuk surat yang dia dapat dari kementerian kesihatan).. 
oh why you tak bagitau parent..so that parent boleh ambik tindakan precaution. Diam-diam macam tu saja..TAK PROFESIONAL LANGSUNG!!! 
Bukan kami bayar rm50 sebulan kat tadika ni..rm430 hokey.. 
Please la jaga kebersihan, dah tahu ads yang kena..semua barang mesti kena cuci dengan sabun dan air panas.

Ini lah luahan hati Ibu..rasa nak marah sangat tau. Kesian kakak Dalila dah sampai sekolah, kena balik rumah semula. Huhu..

(Cold down balik)

Tak pe..Allah ada..Allah tahu. Sekarang kakak dan adik mintak my MIL tolong jaga sat.. Nasib la MIL tinggal dekat dengan kami.

Pic waktu tunggu nak jumpa doc. Muka sedang demam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...