nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

Cerita raya aidil fitri 2012

Alhamdulillah, tahun 2012 ni syok beraya sebab ada ahli keluarga baru, arifa syaakirah. Excitet nk bawa dia kenal2 dengan sanak saudara sambil kutip duit raya :p. Tahun ni abah ajak beraya kat kg saya kat kedah dulu (*jerit yey sambil buat lompat bintang).

Kakak ipar ajak buat dodol dan bakar lemang kt rumah mak pada mlm raya.Besttt.. Riuh kt rumah mak sampai ke tengah malam. Sambil2 tu anak2 sedara sibuk main bunga api dan mercun. Si Dalila pun dah makin berani main bunga api.. Kalau dulu takat berani tengok jer. Abg saya yg kerja kt sempadan bukit kayu hitam lah selalu di pen'sponser mercun & bunga api tiap2 tahun. Satu gundi besar dia beli. Tq pakcik!! kata dalila.

Raya pertama, beraya sekitar dalam kampung saja. Konvoi 2-3 buah kerata. Raya ke-2, braya ke perlis, area Jelompok-Simpang Empat-tok pulau. Raya ke-3 pagi dah bergerak balik penang. Sambung beraya side Abah pula. Hari Jumaat kasi anak2 rest jap, we all x p beraya mana2. Kasihan tgk diorang tido tak menentu time beraya, tido sekejap2 je. Syaakira yg baru usia nk jejak 3 bulan ni, alhamdulillah x meragam masa dirumah org. Tido jer atas bantal dia tu.

Gambar raya? Nanti saya upload, semua masih dalam kamera.

************ WAZE App**********
Nak citer cikit tentang waze, software ala-ala GPS yg boleh kita download ke handfon kita untuk memudahkan pemanduan.
Kami balik raya ke kedah aritu, bertolak petang sehari sebelum raya, mmg lah jem dengan kereta banyak ya amat..sib baik ipon ada software waze ni, boleh tahu apa yg ada kt depan laluan/jalan kita. Application ni bergantung dgn pengguna waze lain yg tolong update situasi jalan tu. Contohnya, ada eksiden ker, jalan2 yg jem ke kat depan nun, leh kita plan jalan alternatif lain. Leh jimat masa dan kita juga boleh bersedia mental dan fizikal bila ada pengguna waze yg lain tolong update situasi jalan berkenaan. Cubalah!!
kalo guna iphone, nk download waze ni free saja. Sharing is caring :)

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri

Assalamualikum semua kawan2..

Saya ingin mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua muslimin muslimat terutamanya kawan2 yang berkunjung di blog ini.

Mohon maaf seandainya ada terkasar bahasa, atau ada cerita2 saya dan keluarga di blog ini mengguris hati anda atau saya tidak sempat berkunjung balas di blog anda semua, harap dapatlah memaafkan saya. Ada pesanan penting or pertanyaan, yg perlu respons pantas, sila email yer.

Tak sempat nak buat e-kad raya, hanya sempat edit gambar guna aipon je tahun ni.

Friday, September 9, 2011

@ Entry selepas raya...dan beli barang serba PINK.

Assalamualikum semua..
masih dalam mood raya ke? saya dah tak de rasa lagi. mood nak bercuti lagi tu adelah..hihihi. Saya super buzy giler sejak masuk kerja Isnin lepas, bertimbun2 kerja di opis dan bertimbun-timbun baju2 kat rumah yang nanti di basuh dan di lipat. Sampai tak sempat nak update blog and cerita raya. Waaa.. nak kena jadi supermak juga lah ni...zasssss..

Raya tahun ni tak berapa best, sebab mak ikut abang dan kakak ipar sekeluarga ke kelantan, beraya dan jalan2 kat sana. Diorang pergi sejak hari Isnin sampai Khamis, Khamis sampai Jumaat pulak diorang pergi beraya di Songkla dan Yala, beraya kat umah sedara kat sana. So kat umah kampung Kedah hanya ada ayah dan kami sekeluarga saja. Adik beradik lain semua beraya di sebelah mertua masing2.

Kami pulak dah bertolak balik ke Penang pada hari Jumaat, Abah kena hantar adik bongsunya ke Universiti Malaysia Pahang esoknya, awal pagi Sabtu. So saya dan tinggal berdua sajalah dengan Dalila hari Sabtu dan Ahad tu. Boring..then ajak Dalila kuar shopping, kekonon mulanya tu nak beli berus gigi Dalila saja, last2 saya terbelikan ini.... 


laptop pertama Dalila- pink gitu


Dan secara tak sengaja pulak terjumpa baju gown pink... Dalila dok cakap baju princess, baju princess.. Saya berkenan lebih2 lagi tengok ada less 70% pulak..terus ambik kasi Dalila try. Nak tengok? boleh pakai masa kenduri Acu, Dalila diminta jadi flower girl time kenduri kawen Acu nanti. huhuhu.

muat-muat sedang molek saiz ni dengan Dalila (saiz 110)

baju flower girl..tinggal nal cari kasut dan aksesori yang sesuai je lagi pas ni.


Ok tak? Time raya aritu, sempat saya berjumpa dengan 2 family bloggers. Nanti kat next entry saya cerita okey.




Friday, September 2, 2011

@ e-kad Raya 2011 daripada Ibu Arifa, sila ambik yer..

*******ENTRY STICKEY MODE until 2hb Sept 2011*******

Saya mewakili keluarga saya nak ambik kesempatan disini nak ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

kepada SEMUA yang kawan-kawan lama dan kenalan baru saya, sama ada diluar sana mahupun di alam maya. Ampun dan maaf saya pinta sekiranya ada terkasar/tersingging/terkurang di mana-mana sepanjang perkenalan kita ini.

Bagi kenalan di alam maya, saya sediakan khas e-kad raya untuk anda. Sila ambik yer, jangan segan2 yer. Yang 1st time singgah blog ni pun, saya nak kasi kat korang jugak. Jangan nak ngelat tau..sila ambik e-kad ini sebagai tanda persahabatan kita.















selamat bercuti dan selamat hari raya semua.....


p/s: kad tahun ni, tak sempat nak suruh Dalila pose dengan baju kurung raya, sebab saya dah sorokkan baju tu, kang dah pakai susah nak suruh dia buka balik.


Wednesday, August 24, 2011

@ Cuti Raya

Nak jugak tu buat entry cuti raya..hihihi.. bukan apa, kan tahun ni saya dah kembali berkerja setelah sekian lama jadi manager kat umah tu, so harus lah kali ni saya cerita pasal cuti raya saya.


Alhamdulillah company saya, yang baik hati dah keluarkan email; kami akan start bercuti on Isnin 29 hb Ogos sampai Khamis, 1st Sept (cuti ganti untuk cuti 1 Malaysia). So, saya just ambik cuti on 2nd Sept sahajalah nanti, boleh cuti 1 minggu lebihhhhh...yahooo..yabedabeduuuu...

Kami plan balik kampung saya kat kedah pada hari Sabtu 27hb Ogos ni, maybe akan stay kat sana sampai 1 atau 2 hb. Lama kan?.. sebab side family asben tak beraya sangat tahun ni, sebab ada 2 orang  ahli keluarga tengah berpantang lepas bersalin..so tahun ni plan raya kat side family saya sajalah.

Asben pulak kena cuti lebih kot, sebab dia kena hantar adik bongsunya sambung belajar, buat degree kat UMP. Hari pendaftaran pada 4hb Sept. Saya dan Dalila tak jadi ikut. Kereta dah penuh. Kalau gi sana jalan2, nak ler follow :P, leh jumpa Fara a.k.a Ummi Eisya & Amani. So sepanjang cuti nanti kemungkinan rumah maya kami ni pun "cuti" lah juga. :(

Korang pulak balik beraya di mana dulu tahun ni? dapat berapa hari cuti raya?



Sunday, August 21, 2011

@ Persiapkan raya kami tahun ini

Hari ni dah 21 hari puasa, cepat je kan..dan tak lama lagi dah nak sambut raya dah. Bgai mana persiapan nak sambut raya korang? Dalila awal2 dah  saya cari, tinggal 1-2 helai baju je beli bulan puasa ni, buat bertukar2 masa menziarah rumah sedara nanti. Kasut Dalila tak beli lagi, tapi saya dah survey dah kat mana nak beli, nak buat sekali pakai masa kena jadi flower girl untuk kenduri Acu nya nanti. Cuma Dalila dok minta saya belikan dia tudung, dia memang suka bertudung, bangun pagi nak ke rumah pengasuh pun bertudung (yer lah tengok saya bertudung siap2 nak pi kerja, dia pun nak pakai tudung jugak). Pengasuh pun ada feedback, yang lepas mandi pun Dalila bising nak pakai balik tudung dia tu...

Persiapan raya saya dan suami: Baju sama tema, yang di tempah dah siap minggu lepas. 1st time hantar kat tailor ni, alhamdulillah murah :) 1 set baju melayu sekali seluar, 1 kurung pahang, 1 baju kurung Dalila dan 1 dress Dalila, total RM130 saja. Baju raya ke-2 dan ke tiga dah saya beli minggu lepas, cuma tudung je yang tak sempat cari lagi. Harap2 hari ni (Ahad) sempat lah nak beli tudung2 raya ni, port fav saya bab-bab pakaian ni kat Komplex Bukit Jambul sajalah. Kasut raya? kasut raya bagi saya "optinal" ada pun tak pe, tak ada pun okey je, yang ada sekarang ni pun baru bulan lepas beli.
Tukar duit raya: tak berapa nak risau, adik abah, Acu kerja kat bank. Dah pesan lah berapa RM yang nak ditukar. Cuma nak cari sampul duit raya lah lagi, nak yang lain2 sikit, senang nak asing2 kan mengikut "isinya".


Kuih raya: beli jer, tak de masa nak buat or senang nak cakap malassss sebenarnya. Huhuhuhu.. Asben tak berapa nak makan sangat pun.

Persiapan raya blog: wah..ada jugak ke persiapan raya blog? ya..ada.. tapi tak  sempat nak tukar2 cat umah pun. Cuma e-kad ucapan Selamat Hari raya dah siap saya design kelmarin. Mana tahu kot-kot tahun ni  pun masih ada lagi sesi bertukar2 kat ucapan macam tahun2 yang lepas kan..cuma tahun ni saya design sangat2 simple. Tak sempat nak snap gambar Dalila berbaju kurung ker aper ke.. Tak pe lah, janji ada dan janji ikhlas sudah lah kan.




Tuesday, June 21, 2011

@ Dah Tempah/Beli Baju Raya untuk tahun ini?

Tak sempat tul nak update blog. maaf yer kawan2 semua..lama saya tak meziarah ke blog korang semua. Agak buzy sikit sejak dah kerja ni.
Hmmm..dah nak dekat puasa dah kan.. sekejap jer rasa tahun 2011 ni. Puasa sebulan pastu dah nak raya dah pulak. Korang dah hantar/dah beli baju raya ke untuk tahun ni? Saya dah siap hantar kain untuk di tempah untuk raya tahun ni. Kali ni try tukang jahit lain pulak. Tukang jahit tahun lepas tu macam rasa tak best pulak. Jahit tak kemas.

Kami tahu ni beli kain untuk baju raja di Jakel, Alor Setar. Walaupun saya memang asal dari Kedah, tapi tetap tak pandai jalan2 kat Kedah. Pakai GPS pun tak jumpa2. Mujur ada Shira yang pandai bagi guide ke Jakel tu. Thanks Shira! Guide guna sms je pun tepat dan padat.

Tahun ni kami pilih warna tema purple-pink. Abah buat baju melayu (purple-sebab xmau pakai pink :( ), saya baju kurung pahang dan Dalila baju kebaya moden. Hihihi.. nak sedondon punya pasal terpaksa lah tempah..lagi pun setahun sekali jer kan.. untuk hari raya ke-2 dan seterusnya, kami beli jer nanti.. dekat2 nak raya beli pun sempat lagi. Hihihi..tahun ni duit raya untuk anak2 sedara saya mewah la sikit dari tahun lepas. Mak su dah kerja sekarang, dalam ang pau sure bagi lebih la kat korang.


ade sape pakai warna pink-purple jugak raya tahun ni? kita buat geng bas sekolah raya nanti...ekekeke





Tuesday, November 16, 2010

@ Selamat Hari Raya Korban Semua!!

SELAMAT HARI RAYA HAJI SEMUA RAKAN BLOGGER KU..

KORANG BALIK KAMPUNG KER CUTI NI?
KAMI BERAYA DI SINI (PENANG) SAJA.. tiap2 tahun macam ni.. Abah malas nak balik kamgpung Ibu.
Lagi pun tahun ni kereta masih di bengkel.. huhuhu



SEMOGA SELAMAT DALAM PERJALANAN ANDA SEMUA YER..


nota: tak sempat wat kad raya..agak buzy sikit.. ni pun dah 3 malam tak tiduk kat umah sendiri...waa..waa.. nak balik umah!!! 




photobucket

Sunday, October 10, 2010

@ Family Potret Raya Kami

Aidil Fitri 2010

 Ibu dan Arifa Dalila


Raya dah lama habis...tak kire... nak letak jugak gambar raya tahun ni.. hihihi.
Tahun ni kami pertama kami beraya dengan pakaian yang sedondon.. memang excitet weh.. Berbeza dengan tahun2 sebelum ni... semua baju raya "ready made" jer..warna tema pun tak berapa nak matching sangat. Asal nak sama jer terus beli.

Tahun ni juga kami beraya di rumah nenek Abah (moyang kpd Dalila) ...stay kat sana sejak dari malam raya sehingga lah ke petang raya pertama. Kebetulan pula hari raya pertama jatuh pada hari Jumaat dan hujan lebat pula sampai ke petang. Esoknya (raya ke-2) kami dah bertolak balik beraya di kampung saya di Kedah. 

Dalila pula raya tahun ni dah aktif berjalan dan berlari..(raya tahun lepas dia masih jalan-jalan jatuh lagi). Seronoklah dia dapat ikut main sepupunya yang lain. Kalo di sebelah family Abah..Dalila suka berkepit dengan Fatin (8 tahun) berbanding dengan Faqihah (3 tahun)-adik kepada Fatin..dan disebelah family saya pula.. Dalila dengan Alia (9 tahun) dab Anis (7 tahun)

 Dari kiri: Aqif, Qayyum, Faiq, Faqihah, Arifa Dalila, Fatin dan Najwa


 Dalila dan Alia




p/s: kalo rajin nanti, ibu masukkan lagi pic raya kita yer sayang..



photobucket

Thursday, September 30, 2010

@ Majlis Open House & Birthday Party Dalila (25 Sept)

Alhamdulillah... pada 25hb (Sabtu) Sept yang lepas..kami telah mengadakan sedikit 'open house' yang bersemperna menyambut birthday Dalila. Ni 1st time kami buat majlis macam ni. Maaflah sekiranya ada kekurangan di mana2 yer kawan2 merangkap tetamu kami pada hari itu.

 kek bentuk mickey mouse clubhouse
 Majlis haritu mula jam 12tgh hari. Abah punya invitation start jam 12tgh hari - 6 petang..Abah invite kawan2nyer atas nama "housewarming". Saya pulak jemput kawan2 saya memang untuk birthday party Dalila. Memang kawan2 Abah yang datang akan cakap.."kenapa tak bagitau ada birthday girl hari ni"... mungkin ternampak hiasan di dinding rumah kami pada hari itu.


wall deco birthday Dalila

hasil kerja saya dan suami malam sebelum majlis bermula

Birthday girl pulak haritu mood dia memang awal2 dah ke laut dah. Mungkin letih dan tak cukup tidur sejak kami buat peparation uantuk majlis tahlil 23hb aritu. Alahai Dalila..memerap dan tak de mood langsung jadinya on her birthday party. Padahal sebelum2 ni, siap nanyi2 lagi bila cakap pasal birthday party dia.. dia buat gaya nak "tiup lilin" lagi. memang dia excitet sangat. Tak pe..next time, Ibu tak kan buat double majlis macam ni lagi yer sayang.

Antara rakan bloggers yang terawal yang hadir adalah Aten dan Ifa.

bergambar bersama Ifa, Azim dan Aten

hawa yang comel tengah minum dengan Azim

Saya juga berbesar hati kerana dapat berjumpa dengan kak Zura, Dayah, Kak Rozy dan Kak Sara serta Miera. Terima kasih semua.. dapat juga kita bersua di alam nyata ni kan.. thanks for coming!!

Antara gambar yang sempat saya snap petang tu... tak sempat nak snap banyak..nak kena tolong tapaw/bungkus makanan untuk para tetamu pulak...sebagai buah tangan...mujur Miera sudi menolong saya petang tu didapur..Thanks ya Miera!!
sempat pose jap dengan kak Zura

Dayah sekeluarga...baby Mursyid baik jer baring time ibunya makan

Kak Rozy sekeluarga...baby Husna tgh tidur

Kak Sara sedang sembang2 dengan Dayah dan Kak Rozy

Selain kenalan di alam maya... Mija dan Sheela juga datang mereka ini kawan2 saya semasa time study di matrik sampai di USM dulu2. Seronok dapat berborak lama dengan mereka berdua ni... masing2 dah ada seorang anak dah skrg. Oleh kerana mereka datang agak lewat hari tu..saya "tahan" mereka di rumah saya sampai jam 8.30mlm..maaf yer korang :)
Dah sekian lama kami tak bergambar bersama macam ni..

Alhamdulillah.. berjaya juga buat simple birthday party untuk Dalila. Cuma sayang dia xde mood jer haritu. Harap semua tetamu enjoy semua makanan hari tu. Maaf jika tak sempat nak berbual panjang...terutamanya kepada kenalan bloggers saya.  TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR ke majlis kami ni. Kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa majlis berlangsung. Harap lain kali dapatlah kita berjumpa lagi ye.







photobucket

Tuesday, September 14, 2010

@ e-Kad RAYA untuk Semua- STICKY MODE


***STICKEY MODE until 14 Sept 2010***


Salam lebaran semua,
Saya mewakili keluarga saya mengmbil kesempatan ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR dan BATIN

kepada semua kawan2 dan kenalan2 diluar sana termasuk juga kepada pengujung BLOG IBU ARIFA yang dikasihi semua. Ampun dan maaf kan kami sekiranya ada terkasar bahasa, tersinggung rasa atau terkurang di mana-mana...sama ada  sengaja atau tidak sengaja sepanjang perkenalan kita ini.

Untuk rakan2 blogger saya semua..sudikanlah menerima e-kad raya saya ini..sebagai pengganti diri semperna lebaran yang bakal manjelang nanti. Kami akan balik bercuti raya di Kedah pada hari raya ke-2 sehingga ke-4. Raya pertama dan raya ke-5, ke-6 (dan seterusnya) kami beraya di Penang.

photobucket

Tuesday, September 7, 2010

@ Koleksi e-Kad Raya 2010

http://alinalan.blogspot.com/http://ummsyuhada.blogspot.com/ ###~Entry ini akan diupdate dari semasa ke semasa~###

e-kad ni tak disusun mengikut susunan yer kawan2..mana yg saya  sempat singgah, saya terus klik "save image as" jer..

daripada MommaMia

daripada Nadiah

 daripada Farra Dhelina

daripada mama Tisya

daripada Miera

daripada Kak Izan

daripada MamaSara

daripada Wansteddy

daripada Kak Yong

daripada Ummi Eisya

daripada mamaRifqy


daripada Aten


Ade kad raya sape2 yang saya tertinggal?? ..sila bagitau yer..nanti saya datang ambik..


photobucket

Wednesday, September 1, 2010

@ Saya akan Pakai Abaya Raya Tahun ni..!!

Sebenarnyer saya nak cari jubah seluar untuk dipakai pada pagi raya ke-3 tahun ini. Tetapi sejak dari Penang - Kedah - Penang balik tak jumpa2 jubah seluar yang sama saiz dengan saya. Yang ada pun saiz 40 keatas. Last2 Abah suruh beli jer lah jubah labuh biasa tu..pun susah jugak nak jumpa saiz kecik molek untuk saya ni..tapi lagi banyak lah pilihan berbanding dengan jubah seluar.

Keluar masuk butik..terjumpa satu jubah yang saiz XS juga akhirnya. Try dan panggil Abah suruh tengok, cantik dan berkenan ker tidak.. Abah suka. Terus saya bayar..Akak kedai tu cakap ni Abaya. RM 130 satu.. kainnyer pun tersangat lah selesa (serius tau!!).. mak akak tu beli dari Dubai semasa balik umrah katanya...beli banyak buat jual dalam butik anaknya..patut ler murah2 harga kat situ.

Sebelum ni saya tak tahu pun kewujudan baju Abaya.. MIL yang mula2 sebut perkatan ni..ABAYA.. my MIL memang up to date tau tentang fesyen2 terkini. Saya jer yang tak kisah..asal tutup aurat sudahlah. Haritu ada terbaca dalam majalan NUR keluaran bulan Julan 2010. ada gambar model berbaju Abaya ni.

Sweet jugak kan pakai Abaya nih

Abaya saya..

Dari apa yang saya baca dalam majalah Nur haritu..Abaya ni adalah salah satu busana wanita Arab yang direka lebih longgar dan selesa. Abaya yang berbutang dihadapan (butang dari leher sampai ke hujung kaki) adalah paling digemari kerana boleh dipakaikan pakaian yang lebih kontras warnanya di bahagian dalam serta mudah juga untuk ibu yang menyusu. Bagi pendapai saya..baju Abaya ni lebih kepada baju yang dipakai dibahagian luar..lebih kurang macam jaket lah tetapi ianya lebih labuh sampai ke kaki. 


p/s: nak tengok saya pakai Abaya? tunggu lah entry gambar masa raya nanti..hihihi
agak2 ada gaya mcm hajjah tak?


photobucket

Tuesday, August 24, 2010

@ Misi Cari Baju Raya Yang Gagal

Huhuhu..kenapalah penyakit 'M' melanda sejak dua menjak ni..terasa malas nak buat entry baru. Fuhh..fuh.. pergi kau si penyakit  "M", jangan nak menagada singgah lelama kat sini.

Seperti yang saya ceritakan..misi saya untuk mencari baju raya warna merah mak ngah dan warna kuning pada hari Ahad lepas. Hasilnya agak men "DUKACITA" kan. Bukan tak de langsung warna merah, dan warna kuning...ada tapi semuanyer baju tak berapa berkenan.. warna dan coraknyer tu tak menarik. Ada yang berkenan tapi tak de saiz 36 atau 38..hai..sampai lenguh kaki berjalan keluar masuk..naik turun eskelator. Lastly saya ambik jugak 1 helai baju w/pun tak berapa berkenan..beli dengan separuh hati jer..risau kena tembak "sepatah dua kata" dengan Mr hubby..dah 4 jam pi shopping..takkan satu helai baju pun tak dapat.



Disebalik cerita yang tak best tu, ada jugak cerita yang agak best bagi sayalah.. kire saya puas hati lah dengan barang2 yang saya beli ini. Saya beli barang persiapan untuk birthday party Dalila. Beli belon dan perkataan 'happy birthday' uantuk digantung nanti. Harga tak de lah mahal sangat. Satu pek belon RM3.50, perkataan gantung2 tu pun RM3.50 jugak.


Selain tu saya singgah juga di Kamdar..belikan warna putih yang akan di padankan dengan kain bunga kat sebelah tu. Nak buat dress untuk Dalila nanti.



p/s: nampaknyer..misi cari baju raya kena buat kat Kedah ler pulak.. selalu cari kat Pekan Jitra tu jer.. harap2 jumpalah nanti..jangan terpaksa pi sampai Pekan Rabu pulak (Pekan Rabu di Alor Setar-jauh-malasss).



photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...