nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

Cerita raya aidil fitri 2012

Alhamdulillah, tahun 2012 ni syok beraya sebab ada ahli keluarga baru, arifa syaakirah. Excitet nk bawa dia kenal2 dengan sanak saudara sambil kutip duit raya :p. Tahun ni abah ajak beraya kat kg saya kat kedah dulu (*jerit yey sambil buat lompat bintang).

Kakak ipar ajak buat dodol dan bakar lemang kt rumah mak pada mlm raya.Besttt.. Riuh kt rumah mak sampai ke tengah malam. Sambil2 tu anak2 sedara sibuk main bunga api dan mercun. Si Dalila pun dah makin berani main bunga api.. Kalau dulu takat berani tengok jer. Abg saya yg kerja kt sempadan bukit kayu hitam lah selalu di pen'sponser mercun & bunga api tiap2 tahun. Satu gundi besar dia beli. Tq pakcik!! kata dalila.

Raya pertama, beraya sekitar dalam kampung saja. Konvoi 2-3 buah kerata. Raya ke-2, braya ke perlis, area Jelompok-Simpang Empat-tok pulau. Raya ke-3 pagi dah bergerak balik penang. Sambung beraya side Abah pula. Hari Jumaat kasi anak2 rest jap, we all x p beraya mana2. Kasihan tgk diorang tido tak menentu time beraya, tido sekejap2 je. Syaakira yg baru usia nk jejak 3 bulan ni, alhamdulillah x meragam masa dirumah org. Tido jer atas bantal dia tu.

Gambar raya? Nanti saya upload, semua masih dalam kamera.

************ WAZE App**********
Nak citer cikit tentang waze, software ala-ala GPS yg boleh kita download ke handfon kita untuk memudahkan pemanduan.
Kami balik raya ke kedah aritu, bertolak petang sehari sebelum raya, mmg lah jem dengan kereta banyak ya amat..sib baik ipon ada software waze ni, boleh tahu apa yg ada kt depan laluan/jalan kita. Application ni bergantung dgn pengguna waze lain yg tolong update situasi jalan tu. Contohnya, ada eksiden ker, jalan2 yg jem ke kat depan nun, leh kita plan jalan alternatif lain. Leh jimat masa dan kita juga boleh bersedia mental dan fizikal bila ada pengguna waze yg lain tolong update situasi jalan berkenaan. Cubalah!!
kalo guna iphone, nk download waze ni free saja. Sharing is caring :)

Tuesday, January 24, 2012

@ 3 angry birds..in actions

Kali ni nak cerita masa time anak-anak sedara datang rumah haritu. 2 orang adik beradik perempuan, so apa lagi memang jadi "geng" dengan Dalilah lah kat rumah. Boleh pulak satu hari tu mereka sepakat nak pakai baju "angry birds" ni sama-sama..masa . Dah jadi "3 angry birds" dah..jom tengok "3 angry birds" ni buat apa.. (Ibu kena kerja hari tu, balik tengok gambar je lah)

 3 angry birds..in action..

pose lagi..kat pantai depan Queensbay Mall

buat muka marah...kan "angry birds" kan

Lepas ambik2 angin kat pantai, bawa gi makan kat McD sekejap.

3 happy meal for 3 angry birds

Dalila khusyuk makan...ke tengah teringat kat Ibu?

Macam-macam ragam bila sepupu nih dah ber"gabung". Macam2 mainan diorang reka kat rumah tuh..sehinggakan ada satu pagi tu..Dalila tak mahu ke skul sebab nak main dengan sepupu2nya nih...tak larat dah nak pujuk..mujur sehari saja dia buat perangai macam tu. Kalo tak..Ibu lah yang akan jadi "ANGRY birds" pulak nanti..


Tuesday, September 13, 2011

@ Majlis Pertunangan Acu- June 2011

Entry yang lama terperam kat draf, yang baru ku perasan, yang aku belum ku publish lagi..hihihi ya ampunnn..

Majlis pertunangan adik abah  yang no.2, yang kami panggil Acu pada 19 June lepas. Majlis ini berlangsung di rumah kami di Bertam, alhamdulillah semua selamat dan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Jom kita tengok gambar2 yang majlis ni, aku lah poyografer bidan terjun hari tu. Main hentam je lah snap. Jom tengok jommmm..
Ni lah Acu, Dalila. "Selamat Bertunang Acu"

Time majlis belum bermula, sempat bergambar dengan kakak2 nya dan juga kakak ipar (akulah tu)

bersama 3 orang anak saudara Acu, awat Dalila wat muncung gitu tu?

cincin pertunangan telah tersarung dijari, tanda diri telah di booking' ngi ..chewah..berpantung lah pulak :P

Yey! Acu dah dapat cincin.. korang ade ke? :p

Insayaalllah, kalau tak ada apa-apa aral, majlis perlahwinan mereka akan berlangsung Nov tahun ini. Selamat menempuh alam pertungan yer Acu....


Wednesday, August 24, 2011

@ Cuti Raya

Nak jugak tu buat entry cuti raya..hihihi.. bukan apa, kan tahun ni saya dah kembali berkerja setelah sekian lama jadi manager kat umah tu, so harus lah kali ni saya cerita pasal cuti raya saya.


Alhamdulillah company saya, yang baik hati dah keluarkan email; kami akan start bercuti on Isnin 29 hb Ogos sampai Khamis, 1st Sept (cuti ganti untuk cuti 1 Malaysia). So, saya just ambik cuti on 2nd Sept sahajalah nanti, boleh cuti 1 minggu lebihhhhh...yahooo..yabedabeduuuu...

Kami plan balik kampung saya kat kedah pada hari Sabtu 27hb Ogos ni, maybe akan stay kat sana sampai 1 atau 2 hb. Lama kan?.. sebab side family asben tak beraya sangat tahun ni, sebab ada 2 orang  ahli keluarga tengah berpantang lepas bersalin..so tahun ni plan raya kat side family saya sajalah.

Asben pulak kena cuti lebih kot, sebab dia kena hantar adik bongsunya sambung belajar, buat degree kat UMP. Hari pendaftaran pada 4hb Sept. Saya dan Dalila tak jadi ikut. Kereta dah penuh. Kalau gi sana jalan2, nak ler follow :P, leh jumpa Fara a.k.a Ummi Eisya & Amani. So sepanjang cuti nanti kemungkinan rumah maya kami ni pun "cuti" lah juga. :(

Korang pulak balik beraya di mana dulu tahun ni? dapat berapa hari cuti raya?



Friday, August 19, 2011

@ Lagi kelahiran di bulan Ramadhan Family kami.

 Dalila masa hari ke-2


 cucu Ramadhan pertama -Arifa Dalila

Huh, memang mengimbau kenangan tul lah, bila bercakap bab kelahiran dalam bulan Ramadhan/puasa nih. Saya melahirkan Dalila pada 23 Ramadhan yang kebetulan bersamaam 23 Sept 2008. Time nak masuk bulan puasa, doktor dah awal2 suruh saya cari dan makan kuih raya, kang time dah berpantang, teringin pulak nak makan. Mujurlah sekarang ni memang banyak kuih raya a.k.a kuih tunjuk kat pasaraya. Sempat lah merasa 3-4 jenis jugak tahun tu.

Ramadhan tahun ni pulak, my MIL terima lagi 2 cucu perempuan. Kak Long asben telah selamat melahirkan anak-3, prempuan, pada 2 Ramadhan manakala adik asben, Fauziah telah pun selamat melahirkan baby ke-4 mereka, perempuan juga, pada tarikh 12 Ramadhan yang lalu. Tak sempat nak pergi ambik gambar new born ni lagi. Melawat pun kejap je sebab Dalila tak sihat time tu.
Kedua2 baby dan mak baby ada kat Bertam sekarang ni, berpantang kat sana sekali. Senang MIL nak jaga semua sekali serentak.


Tuesday, April 12, 2011

@ Balik Kampung April 2011

Sabtu lepas 9hb April, kami sempat balik kampung ibu di Changloon, Kedah nun. Lama sungguh tak dapat balik menziarah, rindu sangat2. Alhamdulillah mak dan ayah sihat. Dapat tengok mereka kat depan mata lagi seronok dari bercakap di telefon saja.

Dalila pulak dah makin besar, dah makin pandai dan sifat ingin tahu tu makin bertambah...so memang nampak dia seronok sangat balik kampung kali ni.
Mana tak nya..dapat tengok ayam-ayam bebas berjalan di laman rumah, dapat tengok kambing dan bagi kambing makan. Kat penang mana nak dapat macam ni. Mari kita saksikan gambar2 yang saya sempat snap.

Happy lari-lari kat laman rumah

suka naik buaian ni

mengendap ibu dan anak-anak ayam di bawah pokok bunga

lari-lari sambil panggil Tok Wan dia kat belakang rumah

sembang dengan Tok Wan dan Tok (Tok ada kat sebelah tu tapi selalu malu bila nampak kamera)

ikut Tok Wan pi tengok kambing. Siap nak suapkan buah pisang kat kambing tu lagi..tapi Abah tak kasi- berani betul dia!!






p/s: saiz kasut selipar Dalila (2 tahun 6 bulan): kalo saiz no.25 memang tak boleh beli/pakai dah sekarang.


Tuesday, January 4, 2011

@ Aktiviti Masa Cuti Bola dan New Year

31 Dis 2010
Selepas Abah solat Jumaat, ke showroom Honda, sambang2 sikit pastu  test drive Cik City. Tapi stock Cik City semua dah 'sold out' habis..tunggu 2-3 bulan lagi baru sampai stock kerata baru.
Pastu ke showroom Toyota pulak...macam tadi juga..sembang2 pastu test drive Vios. pun sama gak...tak de stock. Tak oder lagi mana2 keta.. mana tahu terbuka hati nak ambik MPV plak ker...kan target nak menambahkan ahli keluarga lagi tahun ini..insyaallah..

Malam tu pulak gerak ke rumah kami kat Bertam. Kak Long (kakak Abah) sebelah rumah ada buat BBQ malam tu.

1 Jan 2011
Majlis Hari  Lahir Nur Alani Fatini (8)..anak sulung Kak Long. Happy Birthday Fatin!! Ada makan2, sampai ke malam. Dah jam 9 malam baru bertolak balik ke Penang semula.

2 Jan 2011
Sebelum tengah hari dah ke Komplek Bukit Jambul.. gi tengok/survey handfon baru. Paling berkenan kat En.Samsung Galaxy S..tapi harganya ..mak aii..RM2400.. nak kena tunggu jap lah..kasi harga dia "cool" sikit. Balik tu terus ke kenduri kahwin kat Sungai Ara....kire makan tengah hari nasi kendurilah.

Harini juga first time tergerak hati nak pakai shawl.. siap pakai gi kenduri lagi tuh..dulu2 tak pakai sebab rase risau tak cantik..sebab saya pakai spek...tapi dah pakai rasa "okey jer" pulak..tak delah huduh seperti yang disangkakan pun. Rugi tak try dari dulu2 lagi..
Nak tengok saya pakai shawl dengan Abaya?
my 1st shawl

ni kira muka/gambar tahun baru lah ni..berat badan masih 47kg lagi..hujung tahun nanti tak sure berapa kg pulak.. makin naik ker makin kurang kg nyer tu nnt.

3 Jan 2011
Abah cuti lagi hari ni..plan nak keluar jalan2 awal2 pagi..tapi hujan lebat ler pulak..cik Dalila dok sedap tidor  lagi sampai jam 10.30 pagi, dalam kelambu. Dah tengah hari baru boleh kuar, tu pun still hujan renyai2 lagi...jalan2 ke Giant dan ke Queensbay Mall jer ler kelmarin.


photobucket

Monday, December 27, 2010

@ Happy 4th Anniversary

Baru berkesempatan nak buat entry ni...hihihi..bukan terlupa yer...tapi tak sempat nak update blog sejak kebelakangan ini.









24 Dis 2010 yang lalu..genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami
semoga segalanya di permudahkan Allah..aminn..

gambar tgh malu2 lagi...lepas majlis akad nikah



photobucket

Thursday, October 7, 2010

@ Dalila Jumpa Seorang Model Iklan Lelaki

Dalila berkesempatan jumpa dengan seorang model iklan masa raya pertama baru2 ni. Model iklan tersebut adalah sepupu dengan Abah. Kira dia dengan Dalila ni "dua pupu" lah kan. Iklan terbarunya di tv adalah iklan ubat gigi. Rasanya kalo tak silap saya, Faizul ni buat modeling sebagai part time jer. Dia ada job lain yang lebih masyukk..

Kebetulan malam raya aritu dia datang ke rumah nenek Abah, dapatlah sama membantu menganyam ketupan daun palas malam tu. Korang sure tak percaya...dah ler "still single and availble" pandai pulak anyam ketupat..ahaks! confirm dapat title 'jejaka melayu terakhir"  lah dia nih.

Pagi raya pertama kan sesi bergambar. beramai2..so dapatlah saya ambik gambar Dalila dengan Faizul. Tapi Dalila malu2 kucing pulak dengan dia..aduyaiii

Dalila peluk Abah bila uncle Faizul nak dukung..malu konon


photobucket

Wednesday, September 1, 2010

@ Balik Kampung (Ogos 2010)

 Siapa ni ?? Dalila ke ni??!!

Salam semua..
Terasa lama sungguh tak menulis disini..Jumaat lepas kami balik kampung side saya di Kedah. Seronok sungguh dapat berjumpa mak dan ayah sambil2 berbuka puasa bersama2 dan makan saki baki buah buahan (pokok sendiri) yang ada..hanya ada dokong dan langsat saja lagi..Alhamdulillah..

Dalila pula, bukan main teruja lagi bila di kampung..suka "tegur" ayam bila dengar ayam berkokok. Ayat yang tak sangka2 Dalila sebut adalah "Ayam...mai la masuk" siap dengan lengguk-lengguk nada lagi.. dia ajak ayam masuk dalam rumah. Kang ayam tu prettt (ter'buang") dalam rumah..kang susah/malas Ibu nak cuci nak oiit..

Dalila  kini makin suka dan berani di tinggalkan bersendirian dengan tok dan tok wan sekarang. Dapatlah saya buat kerja2 rumah apa2 yang perlu. Time nak tidur malam, siap panggil/ajak tok wan dia tidur sekali dengan kami pulak tu.  Kalau sebelum ni..mesti 5-10 minit jer kena tinggal dengan tok atau tok wan, mesti dia bising nak ikut saya buat kerja.

Selepas sahur malam pertama kami tidur di kampung..kambing ayah saya selamat melahirkan seekor lagi anaknya.. menjadikan bilangan kambing peliharaan ayah saya sudah 11 ekor sekarang. Esoknye saya bawa Dalila tengok kambing berhampiran dengan kandang kambing..tak masuk dekat pun.. tengok dari sebalik pagar saja. Mak dan ayah saya tengak sibuk kait buah dokong masa tu. 

 kandang kambing tok wan Dalila
buah dokong yang baru dikait..masih atas tikar





photobucket

Friday, June 11, 2010

@ Esok (Sabtu)- aktiviti Samak dan Cuci Rumah Bertam

Minggu ini sebenarnya kami sekeluarga agak buzy..Abah sampai ambik cuti dari hari Isnin sampai Rabu. Major projek kami adalah "Cuci dan Samak rumah kami di Bertam". Alhamdlulillah dengan bantuan rakan blogger yang tinggal di Kepala Batas iaitu Zaza...saya diperkenalkan kepada Kak Mas, yang pernah membersihkan rumah Zaza suatu ketika dulu. InsyaAllah, esok (Sabtu) ni nanti, rumah kami di Bertam tu akan dicuci dan disamak berikutan owner pertama sebelum kami adalah perempuan Cina(bujang)..walaupun dia tidak memelihara anjing..tapi untuk menghapuskan perasaan was-was..lebih baik disamak kesemuanya...betul tak?

Dah lama beli rumah di Bertam, Kepala Batas ni..cuma tak de masa nak pi jenguk selalu. Harap pada kak Long Abah yang di sebelah rumah tu sajer tolong2 tengokkan. Tetapi baru2 ni..Acu (adik Abah yang kerje Asistan Manager Bank) kena tukar ke area Bertam, so nak kasi Acu duduk rumah ni lah nanti. Tak payah dia susah2 nak menyewa lagi. 
(Entry lain tentang rumah Bertam ini di SINI)

So, sebagai persediaan proses menyamak esok.. ini ada beberapa info tentang menyamak rumah yang saya google kan:

Info Pertama:

CARA MENSUCIKAN NAJIS MUGHALADZAH

Hendaklah disuci 7 kali pada air yang mengalir.

Yang pertama atau yang terakhir air itu hendaklah bercampur dengan tanah atau pasir yang suci. Dasarnya ialah hadith Abu Hurairah yang bererti :- " Jika anjing minum dalam bekas salah seorang diantara kamu, maka ciculah 7 kali." Muslim.

Sabda Rasulullah SWA bererti :- " Sucinya bekas air seorang diantara kamu kalua dijilat oleh anjing ialah dicuci tujuh kali, yang pertama atau yang terakhir dengan tanah." Muslim.

Umumnya air bercampur tanah diguna pada air basuhan yang pertama.
simbahan/cucian pertama atau yg terakhir, tapi elok kita simbah pada kedua2nya i.e simbahan pertama dan kedua... kemudian bilas ngan air bersih pula..
                                                SUMBER: blog Mama Auni Firdina


Info Kedua
 soalan: 
saya nak pindah rumah sewa.tuan tu kata dulu ada orang india bela anjing.perlu ke samak satu rumah?

jawapan: 
Dalil hadith hanya khusus kepada bila anjing menjilat bejana hendaklah dicuci tujuh kali dalam salah satunya dgn tanah. Manakala di zaman salaf, pernah anjing masuk ke dalam mesjid Nabawi dan Nabi SAW tidak pernah memerintahkan para sahabat menyamak mesjid (Qardhawi, Fiqh Thaharah).

Maka memadai seluruh lantainya di basuh hanya menggunakan detergen lantai atau sabun dari menyamak lantai dan dindingnya dengan tanah. Ini lebih menghampiri kebenaran kerana Islam itu mudah dan tidak dijadikan dalam agama itu suatu kesempitan.

Dalilnya: ” Allah mengkehendakki untukmu kemudahan dan tidak mengkehendakki kesukaran.” AQT 2: 185 WA
                                                          SUMBER: soaljawab.wordpress

 --------------------------------------------------------
maka, pada pandapat saya, cara menyamak untuk rumah saya ini nanti akan bermula dari dapur sampai ke lantai ruang tamu bermula dengan bilasan 1 atau kedua menggunakan air tanah..dan disusuli dengan 5 lagi bilasan air yang diambil terus tari paip...(mula semula dari dapur ke ruang tamu) Dan tidak perlu disamak pada dindingnya. (betulkan saya kalo saya silap ye kawan2)

Tanah yang akan digunakan untuk proses menyamak ini kami beli dari nursery pokok bunga. Beli tanah yang berwarna perang kemerah-merahan. (cadangan dari Zaza)
 *
*
*
*
*

 sebagai selingan..sila tengok pic Dalila kat laman rumah di Bertam tu..

 Kat belakang yang ada rumput tu laman rumah Kak Long

 Muka masam sebab kena marah sebab tak pakai kasut..dia suka sangat nak main kepala paip ni.

 Masih mood merajuk..bergambar bersama Faqihah..anak Kak Long


Photobucket

Sunday, June 6, 2010

@ Nak ke Kenduri Tapi Sesat Pulak

Kelmarin 5hb Jun..cuti am..so ada lah jemputan kenduri kan.. Kami sepatutnya menghadiri 2 undangan majlis perkahwinan saudara terdekat side Abah kelmarin. Tapi satu kat KL dan satu kat Sungai Petani. So, nampaknyer..terpaksa memilih untuk ke majlis yang terdekat lah..yg di Sungai Petani tu.

Plan dan janji2 dengan Kak Long (Kakak Abah) nak jumpa kat mana2 tepi jalan..selepas solat zohor..memandangkan Kak Long ada banyak jemputan kenduri lain hari tu...so Kak Long satu family keluar awal. Tup..tup..ada hal lain pulak yang terjadi..then we all terpaksa jumpa kat rumah kenduri jer.

Abah memang tak ingat sangat jalan area Sungai Petani ni..harap kat GPS saja. Selalu masa raya pun..dok follow Kak Long jer kesini ..sebab suaminyer jenis mudah ingat jalan. So..nak di pendekkan cerita...cik GPS kami ni tak jumpa pulak nama taman umah kenduri tu..puas jugak kami pusing cari..sampai jam 5 ptg..last2..kami berhenti parking kat tepi Tesco Sungai Petani..call kak Long bagitau yang kami nak balik dah.. Kirim salam jer kat Cik Yah.. kami nak balik sebab tak jumpa taman tu.

Suami Kak Long (a.k.a Abang Zaki) pun dengan kesiannyer datang menjemput kami di Tesco. Sampai ka rumah kenduri pun ..orang dah nak simpan2 barang dah..dah punggah2 meja dah.
Huhuhu...makan pun tak selesa..kat belakang kita ada lori dok angkut2 meja dah.

Keluar rumah jam 2.30ptg dari Penang... sesat sampai jam 5.. sembang jap-pong pang pong pang kat rumah kenduri..bertolak balik dari rumah kenduri jam 6.30ptg gitu. Singgah pulak rumah Kak Long kat Bertam, untuk solat Asar..Pas magrib baru balik Penang... letihnyer

letih macam nak tidur macam ni jer....zzZZzzz

letih duduk dalam kereta jer satu petang.. sebab apa? sebab SESAT..kalo tak sesat sure sampai sana awal..so bole h balik awal.


p/s: nak tau sebab apa tak jumpa nama taman tu...sebab kat map GPS dia tulis "Taman Cendana Indah" tapi kat map dalam kad jemputan tulis "Taman Cendana Emas".. banyak pulak taman Cendana XXXX..kat area situ. tu yg letih tu.

Photobucket

Friday, June 4, 2010

@ Plan Nak Makan Kari Kepala Ikan yg Gagal

Kejadian ni berlaku hari Ahad 30 Mei yang lalu. Acu (adik Abah) yang dapat kerja di sebuah bank di Alor Star, nak belanja makan KARI KEPALA IKAN makan tengah hari nyer. Semua adik beradik Abah datang kecuali suami Fauziah (papa Fa'iq) kerana menemani Fa'iq yang ditahan di GH kerana demam sejak 3 hari lepas.

So, haritu plannyer nak makan di Restoran Pan Mutiara lah..sebab kat situ memang terkenal dengan kari kepala ikan yang best. Sebelah jer dengan IKIM. Sampai jer kat sana, tengok ada pulak sepasang pengantin tengah dok ambik gambar depan restoran tu. "Ada orang buat kenduri kawen kat sini gamaknyer ni?" Abah gi tanya kat pekerja restoran yg sedang jaga parking tu, katanyer.."Minta maaf yer cik, hari ni semua meja "full book" untuk majlis kenduri kawen.. kalau nak, boleh datang balik lepas jam 7malam." Huhu..ada jugak saya gurau kat Abah.."Jom la buat2 kenal dengan pengantin tu..masuk dan angkat tangankat pengantin tu..leh makan free" hihihi

pan mutiara..curry house Penang

depan restoran tu...ramai..

Mana sempat nak tunggu sampai jam 7 malam..So, Abah pun bawalah ke sebuah kedai lain..kedai makan dalam kawasan hutan bakau. Sampai situ, kebetulan makan kat situ dah habis awal pulak. Last2 Acu cakap "Kita makan di pizza jer lah" yer lah dah dekat jam 3 petang ni..tak makn tengah hari lagi..kejap lagi dia pun nak balik Alor Star dah..dan Kak Long nak kena Ashraf balik matrix.

Last2 makan pizza dalam Giant-depan umah kami jer..hihihi.. Saya tak kisah jer..sebab saya tak berepa gemar sangat kari2 nih.. sekali sekala saya makan lah jugak.

 gambar makan di pizza yer..sebelum makanan sampai..

Acu, Faqihah dan Kak Long..peace!!

 Fauziah dan Quiyyum yang comel

tak de gambar semasa atau selepas makan..sebab semua budak2 dah meragam dah..dah mengantuk sebab letih bermain...pantang jumpa sepupu2 mereka nih..


p/s: merasa assistan manager bank belanja makan kali ni..alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki mu dik.

Photobucket

Tuesday, May 25, 2010

@ 1st Time Abah Masuk Hospital

Ya..memang ini kali pertama Abah admitted kat hospital sejak usianya dah masuk 32 tahun ni. Kesian Abah.. kisahnyer bermula sejak awal bulan, lepas hantar PakSu ke Kolej Matrikulasi Penang hari tu.. Abah asyik sakit kepala dan demam2 saja. Pas makan panadol..ok kejap..pastu demam balik.

Khamis 13hb Mei Abah gi check dengan klinik panel, kata doktor, tekanan darah Abah -tinggi, dalam 150/70 gitu kalo tak silap Ibu. Doktor pesan kena jaga makan, kurangkan garam apa semua tu lah. dan dapat MC untuk hari esoknyer (Jumaat). Abah sebelum ni yang tak pernah ada darah tinggi, terus risau dan beli BP test digital tu kat farmasi..tak sampai RM100 rasanya satu set.

Demam Abah selalu ON..Off..On..OFF.. Lepas makan ubah..sihat lah kejap..pastu demam balik. Tekanan darah Abah dah ok dah ...cuma demam je. Sampai hari Rabu (19 Mei) Abah masih mcm tu jugak..last2 dia pergi lagi klinik panel..doktor buat surat suruh masuk hospital. Tengah hari kami hantar Abah ke Hospital Pantai yg kt depan rumah kami ni. Doktor ambik darah apa semua..risau denggi kata doktor Pantai.

So Ibu dan Dalila tinggal berdua saja sejak malam Rabu (19hb Mei- 21hb Mei) Jumaat. Abah dah sihat dan boleh discas pada hari Sabtu, 22hb Mei. Sajer Ibu tak update hari tu kat blog, nak tunggu Abah sihat baru Ibu nak update. Sekarang Abah sambung MC dan cuti sampai hari Jumaat ni (28 Mei). Result darah (2kali ambik darah), -ve denggi.

Bukan main seronok lagi Dalila bila tengok Abah dia balik, haritu (masa Abah admitted) dapat tengok Abah bila buat 3G call jer dan 2kali Ibu bawa Dalila jenguk Abah di hospital. Yerlah..hospital bukan kawasan yang sihat untuk bawak budak2 ni kan.

Semoga Abah tak sakit sakit lagi yer...kesian tengok Abah kat hospital hari tu. :(

****************************************************************************


Mungkin Kebetuan Saja

Ibu terlintas sesuatu di fikiran tapi mungkin kebetulan saja benda ni terjadi..

kes 1:
Dalila pernah admitted kat hospital (kes dalam poo poo dia ada lendir darah tu). Masa tu Dalila baru saja sambut hari lahirnya yang pertama.

Kes 2:
Abah admitted kali ni pun masa Abah baru sambut hari lahirnya yang ke 32.

Bukan angka tu yang Ibu yang bagitau..tetapi dua-duanya baru saja sambut birthday 1-2 minggu sebelum admitted. Ibu perasan bila tengok tag hospital di tangan Abah. Tulis 32 Years 0 Month. Dalila dulu tulis 1 Years 0 Month. Hai ..kalo betul lah macam ni pattern nye..tunggu tengoklah apa yang akan berlaku bulan Ogos (birthday Ibu) nanti.



Photobucket

Wednesday, May 12, 2010

@ Happy Birthday Fa'iq

Hari Ahad 9hb Mei yang lepas, kami mengadakan sedikit birthday party untuk Fa'iq, Birthday nya yang ke-4.

Happy birthday Fa'iq
Mak Lang dan Pak Lang sekeluarga doakan agar Fa'iq cepat sembuh dan sihat seperti dahulu ye sayang..

Birthday boy tengah potong kek Ben10

 Dalila ada kat belakang, tengah main2 dengan topi.. 1st time dia pakai topi birthday party gitu.


Cukup semua cucu MIL.. 6 orang skrg (3 lelaki, 3 perempuan)

Yang 2 orang baju pink tu, anak Kak Long. Yang lelaki tu semua adik2 Fa'iq. Dalila time ni, punyalah susah nak ajak bergambar, mujur dapat jugak 1 keping ni yang nampak muka Dalila. Dia asyik sibuk nak main dengan sepupunya tu, asyik membelakangkan kamera saja.


p/s: terkejut sangat bila melihat Fa'iq hari tu, tak sangka rambutnya dah banyak gugur (sebab kimoterapi) rasanye baru minggu lepas jumpa dia, dengan rambut yang masih 'penuh' lagi. Semoga Allah mempermudahkan Fa'iq menjalani rawatannya itu...somoga dia cepat2 sembuh.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...