nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label syaakirah. Show all posts
Showing posts with label syaakirah. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

@ Cerita adik Syaakirah

Assalamualikum...lama bebenor tak singgah disini. Sangat buzy dengan kerja seharian di rumah mahupun di tempat kerja. Komitmen makin bertambah. Alhamdulillah. syukur.

Sebagai warming-up, ibu nak coretkan cerita tentang Syaakirah, anak ibu yang nombor 2. Umur Syaakirah sekarang sudah dekat 9 bulan. Alhamdulillah :) makin ceria dengan keletah dia dan kakaknya Dalila. Apa perkembangan Syaakirah sekarang, mari ibu tulis yer..
  • Suka sangat makan bubur nasi yang ibu masak, so selang 2 hari ibu mesti masak untuk bekalkan bubur ketika dirumah pengasuh dan ketika makan malam (untuk setiap hari berkerja). sekali masak, penuh blender Avent tu, (rasa berbaloi beli w/pun tgk harganya..boleh berpeluh dahi). Pening juga nak memikir resepi untuknya. Setakat hari ni, nasi+lobah merah+brokoli+badam, kadang2 letak isi ikan. Apa yang dia tak suka makan buat masa ni adalah puree apple, 2-3 kali masuk tong sampah tiap2 kali buat ..huhu.. :(
  • Suka sangat kalo dapat minum air masak dalam kole, gaya orang besar je. Oh ya, dia sangat2 sukakan minum air masak. Alhamdulillah.
  • Ibu masih menyusukan Syaakirah w/pun tidak sepenuhnya susu ibu.. huhu.. malas nak citer panjang bab ni...*sayu.. tapi tiap2 hari still pump 2 kali di office dan bagi "direct" bila malam di rumah. Di rumah pengasuh ibu still bekalkan frozen susu ibu dan 1-2 scoop susu formula, (isi dalam terpawe kecik2- risau nak bg "satu tin" kat pengasuh..selain ibu dapat monitor berapa banyak susu yang syaakirah minum setiap hari.
  • Sejak syaakirah umur 5 bulan, ibu sudah bawak dia basuh poopoo di toilet, bagi dia berdiri sambil ampu dengan sebelah tangan. Masa time ni, stokin kaki pun dah on-off-on-off pakai dah. Dia suka cabut dan nak bagi senang di anak merangkak.
  • Kelmarin 25-March 2013. Adik buat satu bunyi kelakar. bunyi "hoh..hoo.hoo" gaya ala-ala Santa Clous ketawa tu..mana dia "dapat" tak tahu lah. Lama pulak tu dok ulang2..muka serius je..ibu abah dan kakak sakit perut tahan gelak.
  • Adik sangat2 suka kalo dibawak berjalan, dapat duduk dalam kereta tu, bukan main seronok lagi. haa..dia masih mahu lagi duduk dalam car seatnya itu. So, kalo dia mengantuk, memang ibu bg dia tidur dalam tu sajalah, tak perlu pangku2 dalam kereta.
  • Rambut adik rasanya akan curly sikit kot. Tengok gaya tumbuh rambut tu lah.
  • Syaakirah sifatnya memang cool, relex je walaupun apa yang kakak buat kat dia, kena baling dengan bantal ke, kena cubit2 geram ke, kena tampar ke...cool je tak marah or menangis pun. Siap la kakak kalo adik buka mulut! Jika di tanya, kenapa kakak buat macam tu kat adik? katanya sebab geram! adik comel sangat. *adoiiii...
  • Syaakirah suka masukkan segala benda dalam mulut. Paling fav, adalah kertas. Jenuh korek balik dalam mulut.
  • Gigi dia sudah ada 6 batang, (4 di atas dan 2 dibawah)
  • Berat badan Syaakirah..kira ok lah..masih dalam graf. Tapi kalo mahu banding dengan berat kakak Dalila dulu2, jauh beza la. tak pelah, kakak dulu ibu jaga sendiri, ibu tak kerja. Rasanya berat dia sekarang hampir 8kg kot. Lusa nanti baru nak pi timbang.
  • Aktiviti harian, suka "meniti" or latihan berjalan dekat dinding dan meja kopi. Suka jugak "kemas" barang dalam drawer. Gaya macam bila dah umur 10-11 bulan nanti boleh berjalan dah nih.
  • Tiap2 hari hantar kat rumah pengasuh, sure mau menagis walaupun sikit. Peluk ibu rapat2 tak mau pengasuh ambik. hehehe..pesan tiap2 hari kat dia.."ibu pergi kerja sekejap ye sayang..nanti balik kerja ibu datang ambik."


gambar Syaakirah? nanti ibu letak yer..

Tuesday, August 28, 2012

Suka hisap ibu jari

Syaakirah mula tabiat menghisap ibu jari tangan lebih kurang 1-2 minggu sebelum saya mula berkerja. Mula perasan bila dia merengek2 pastu dia masukkan ibu jari dia kedalam mulutnya Nyot..nyot dia hisap jari sendiri sampai tertidur. Dah lena, pandai pulak cabut ibu jari tu dari mulut dia tu.

Mula2 ingat dia lapar sebab hisap jari tu..rupanya tidak, mungkin ini tabiat syaakirah sejak dari dalam rahim ibu lagi kot. Selalu, lepas bagi dia menyusu ke dua-dua belah B, kadang2 sampai dia tertidur...bila angkat letak kat tempat tidur dia, automatik dia masukkan ibu jari tu dalam mulut sambil nyonyot2. Kadang2 time tak tidur pun dia buat perangai ini, baik jer dok diam sambil hisap ibu jari tu. Tak banyak ragam pun, mata terkelip2 tengok orang depan dia.
Risau juga hisap ibu jari tu buat perut dia masuk angin..so kalau rasa dia patut menyusu time tu, saya akan cepat2 bagi susu.
Cute jer tengok dia hisap jari

Yang uniknyer..hanya ibu jari tangan kanan je yang dia suka/reti hisap. Tangan kiri tak pernah nampak lagi.

Dalila dulu, tak de pula tabiat macam ni. Pernah juga kami try bagi puting kosong semasa dalila baby sebab dia suka "bergantung" lepas kenyang menyusu (TERpaksa bg sebab dah tak larat "digantungi") tapi dalila tak pandai hisap puting kosong tu. Hisap..hisap terjatuh je. Syaakirah pula, seboleh-boleh nya nak elak bagi puting kosong. (tak berani nk cakap lebih2, kot-kot TERpaksa bagi juga nanti, malu pulak saya :p)

Setiap anak ada lain-lain tabiatnya masing-masing

Sunday, July 15, 2012

Live: Adik dan car seat baru



Hari ni, hari ke 47 bersalin, dah 3 hari saya lepas pantang. Malam tadi baru balik ke penang..budget esok nak cari car seat untuk syaakira. Nak train dari awal dia duduk kt situ.

Masa dalila umur 4 bulan dulu dah beli dah car seat tapi yg biasa2 punya..mungkin dia xselesa kt situ or usia 4 bln tu dah kira agak terlewat nak train untuk duduk kat dalam car seat..or kami yg cepat "mengalah" bila dia menangis bila letak kt situ.. (bape banyaknya "or" daa) entahlah... Dalila memang sampai sekarang tak mau duduk car seat :'(

Bila dah ada syaakira ni, memang nekad nak bagi dia biasa dari kecik lagi duduk kt car seat tu. Tadi masuk beli car seat kt butik peekaboo, area bukit jambul tu. Pilih punya pilih..rembat Graco jelah, w/pun xberapa bkenan dengan warnanya. Ciri2 pilihan; boleh adjust seat bagi flat sikit (xde flat mcm tilam tu..kira2 ok dari car seat lama dalila dulu lah) rasa sesuai utk baby syaakirah yang suka tidor ni.

Jom tengok pic syaakira dan car seat baru nya..
" Ibu dan abah harap adik suka yer duk kat situ"


Ibu nak ambik gambar ni..senyum sayanggg!! klik!!




Thursday, June 21, 2012

Pengalaman Bersalin kali ke-2


Hai..nak start citer dari mana yer?..dah lama tak menulis di sini, kaku ler jugak. Hihihi. Okey lah, saya start dari saya preggy lah yer since sebelum ni tak cerita sangat pun sebab tak de masa nak on update blog sendiri.

Pengalaman mengandung anak ke-2.

Masa awal kandungan, my gyne doc cakap ada cyst kat dalam tu, saiz tak terlalu besar, tak perlu nak buang/operate...but she said, hopefully cyst tu akan semakin mengecil. Jika baby membesar dan cyst tu pun membesar juga, then baru lah terpaksa dibuang/operate cyst tu. Saiz kalo tak silap dalam 3cm. Memang bleeding setiap masa..sampailah masuk bulan ke-4 pregnant baru stop bleeding. Cyst pulak dah hilang (mengecut dengan sedirinya). Alhamdulillah. Then baru saya berani "umum" kan pada kawan2 di FB..kawan di office dan family dah lama tahu sebab sejak masuk bulan ke dua preggy, perut saya memang dah "nampak".. tak dapat saya nak supprise!

Alahan?.. kali ni alah juga..muntah2 sampai bulan ke-3. Memang tak boleh bau orang menggoreng sesuatu.. dan makanan yang di goreng dengan minyak yg banyak. Time tu, say "bye-bye" lah pada karipap, cucur pisang dan makanan2 goreng yang lain.. nasiblah family dan kawan2 satu office memahami. Thanks semua!!

Pregnen kali ni saya niat nak bersalin secara normal, dulu masa bersalin Dalila, saya terpaksa emergency czer. So kali ni, larat ke tak larat saya mesti sentiasa aktif. Lagipun pregnen kali ni saya telah kembali berkerja.
Saya ikut apa yg orang pesan, kena banyakkan berjalan lebih2 lagi bila nak dekat due dah. Seriously, time tgh sarat pun larat lagi drive sorang2 p shopping. Boss kat tempat keje pun dah banyak kali suruh "work from home (wfh)" saja, tapi saya degil juga nak mai opis. Nanti duduk rumah, risau tak banyak bergerak, yer lah dapur/toilet semuanya dekat. Kalo kat opis terpaksalah berjalan ke sana ke mari.

Due hosp swasta bagi 6 jun 2012 (ikut kiraan haid) tapi baby since awal preggy lagi ukuran saiz terlebih 1 minggu dari sepatutnya. (cth: baby minggu ke 15, tapi bila scan, tengok ukuran minggu ke 16). Masa buat buku merah di klinik gov, doktor gov bagi due 31 mei 2012..ikut saiz baby.

Turun "tanda"

28 Mei 2012
Isnin, niat nak ke opis lah hari tu, sebab ada benda nak di settle kan dengan senior sebelum saya cuti panjang tapi disebabkan kesian kat mr suami yang baru balik kerja jam 4 pagi (dia pun tengah kritikal dengan 1 projek jugak..dah final stage dah) dan keadaan kaki yang bengkak, terus malas nak drive ke opis sorang2. SMS kat boss mintak "wfh" hari ni. Sempat buat kerja dalam 1 jam, then terasa nak ke toilet. Tengok kat pantis dah ada calitan darah coklat, sebesar saiz 2 jari. "Hari ni ke nak bersalin? macam tak ready je lagi.. (ikut ready, memang sampai bila pun tak ready..sebab takut time sakit nak bersalin sebenarnya :P )
Bagi tahu mr suami, suami bagi tahu MIL. Saya cepat2 inform kat boss dan beberapa orang yang saya sedang contact pagi tadi. Semua suruh saya cepat2 ke hospital. Tapi saya belum ada rasa apa2 sakit lagi. Call tanya hospital, disebabkan rumah saya agak dekat dengan hospital, nurse nasihatkan tunggu sehingga kontraksi makin kuat/rapat 5 minit-5 minit, baru datang hospital.

Saya mintak nak jalan-jalan kat depan kawasan parking, kekonon nak mudah lah bersalin kejap lagi. Sambil berjalan call inform mak dan kakak ipar kat kampung. Mundar mandir jalan kat situ sampai dekat jam 12tgh hari, still tak ada rasa sakit apa2. Mr suami panggil masuk rumah, segan katanya jiran2 dok tengok saya ulang alik berjalan2 kat situ. Tunggu punya tunggu..sampai jam 4 ptg, masih tak rasa apa2 kontraksi. Ajak mr suami ke check kat hospital. Doktor check kat bawah tu dan cakap, laluan dah buka 3-4cm, dah boleh admit ward dah sekarang. Terkejut juga tapi still mintak nak kuar gi makan dulu kejap. Lengah punya lengah, dari petang tadi, jam 9 mlm baru saya register nak admit ward.

29 Mei 2012
Bukaan masih 3-4 cm, dah saya masih relex tanpa rasa apa2 sakit. Doktor cadangkan saya induce untuk mempercepatkan bukaan dan rasa kontraksi atau dia mahu pecahkan air ketuban sekarang. Saya menolak, saya tahu sakit gilerr bila kena induce dan bila air ketuban dipecahkan( time Dalila dulu dah rasa). Kalo boleh saya nak, biarlah "semulajadi".. bila baby ready nak kuar..baru bagi baby keluar. Mintak kat doktor nak balik dan tunggu sakit di rumah saja, doktor agak keberatan tapi membenarkan saya discharge juga pagi tu..yey!

Malam tu siap gi shopping kt Giant lagi. Alah..belum sakit lah katakan..kemana pun boleh :P MIL dan mak kat kampung dok asyik ulang tanya, "tak rasa apa2 sakit ke lagi".. "belum mak..nanti sakit saya bagitahu mak ye"

30 Mei 2012
Tak sangka tarikh ni baby pilih nak keluar. Jam 4 pagi bangun nak buang air kecil macam biasa, tengok darah coklat tu masih keluar/ada. Lepas kencing terus rasa kontraksi, cepat2 rekod dalam handfon, tengok sakit dah 7 minit-7minit dah, tunggu lah lagi..sampai jam 5 pagi. Sakit dah datang setiap 4 minit- 4 minit dah, tapi sekejap-sekejap. Kejut mr suami bangun. Dia kejut MIL sambil saya alas perut dengan roti. Mana tahu, kot2 jadi beranak ke jap lagi.

Masa Azan Subuh kami bertolak ke hospital. Sampai sana nurse check kat bawah, sudah buka 6cm. Sudah boleh ke labour room. Alamak, cepat2 saya mintak ubat tahan sakit, tapi nurse tak boleh bagi sebab bukaan sudah 6 cm. Masa di labour room, saya diajar teknik nak meneran. Masa anak 1st langsung tak tau nak teran, tu yang last2 emercency czer tu. Nurse pecahkan air ketuban, ada sedikit najis baby bersama air ketuban tu. Satu lagi masalah ialah masa kontraksi saya sangat singkat, 1 minit je. So agak susah untuk saya nak teran, dalam satu nafas yang panjang. Bila doktor dah sampai, nurse di minta masukkan ubat (melalui drip) untuk panjangkan tempoh kontraksi. Lepas tu, hambik ko, sakit kontraksi yang lama, sampai rasa nak give up nak beranak cara normal -time tu! Nak mintak oprate je rasa.

Sakit belakang bagai nak patah tulang belakang, mintak suami tolong urut belakang. Sambil time sakit tu nak teran bagai nak berak, dalam keadaan baring pulak nak teran berak.. punya lah susah nak buat. Last2 doktor kata kepala baby dah dekat sangat dah ni, doktor suruh saya push sungguh2 sambil dia guna vaccum untuk bantu baby keluar. Alhamdulillah..baby girl saya selamat dilahirkan tepat jam 8 pagi.

 panass dari oven!!
keluar2 dah celik mata dah

Nama: Arifa Syaakirah
D.O.B: 30 MAY 2012
Berat: 3.45kg
Tempat: Pearl Maternity Hospital, Penang







Sunday, June 17, 2012

Saya sudah bersalin!!!

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata buat suami saya pada 30 May 2012 di Pearl Maternity Hospital, pada jam 8 pagi.

Syukur ke hadrat Illahi, kali ini saya berjaya melahirkannya bayi perempuan secara "normal" dengan berat bayi 3.45kg.Insyaallah. ada kelapangan masa nanti akan saya coretkan detik2 saya melahirkan Arifa Syaakirah di dalam blog ini..insyaallah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...