nak join? klik banner ni yer

Tuesday, August 28, 2012

Suka hisap ibu jari

Syaakirah mula tabiat menghisap ibu jari tangan lebih kurang 1-2 minggu sebelum saya mula berkerja. Mula perasan bila dia merengek2 pastu dia masukkan ibu jari dia kedalam mulutnya Nyot..nyot dia hisap jari sendiri sampai tertidur. Dah lena, pandai pulak cabut ibu jari tu dari mulut dia tu.

Mula2 ingat dia lapar sebab hisap jari tu..rupanya tidak, mungkin ini tabiat syaakirah sejak dari dalam rahim ibu lagi kot. Selalu, lepas bagi dia menyusu ke dua-dua belah B, kadang2 sampai dia tertidur...bila angkat letak kat tempat tidur dia, automatik dia masukkan ibu jari tu dalam mulut sambil nyonyot2. Kadang2 time tak tidur pun dia buat perangai ini, baik jer dok diam sambil hisap ibu jari tu. Tak banyak ragam pun, mata terkelip2 tengok orang depan dia.
Risau juga hisap ibu jari tu buat perut dia masuk angin..so kalau rasa dia patut menyusu time tu, saya akan cepat2 bagi susu.
Cute jer tengok dia hisap jari

Yang uniknyer..hanya ibu jari tangan kanan je yang dia suka/reti hisap. Tangan kiri tak pernah nampak lagi.

Dalila dulu, tak de pula tabiat macam ni. Pernah juga kami try bagi puting kosong semasa dalila baby sebab dia suka "bergantung" lepas kenyang menyusu (TERpaksa bg sebab dah tak larat "digantungi") tapi dalila tak pandai hisap puting kosong tu. Hisap..hisap terjatuh je. Syaakirah pula, seboleh-boleh nya nak elak bagi puting kosong. (tak berani nk cakap lebih2, kot-kot TERpaksa bagi juga nanti, malu pulak saya :p)

Setiap anak ada lain-lain tabiatnya masing-masing

9 comments:

Unknown said...

kiutnyee.....
ibu sy ckp,kalau baby hisap ibu jari,maknanya baby tu budak baik :)

nad said...

comey!
pipi die......rase nak geget! =p

Kak Yah said...

ibu sy ckp plak, klu bby isap jari maknanya dia sorang yg bleh berdikari :-)

rynas said...

ala-ala cute nyer dia hisap ibu jari.

Nadiah Sidek said...

sama macam shakir suka hisap jari. dalam umur 7 bulan gitu dia berhenti sendiri hisap jari. alhamdulillah :)

Anonymous said...

comelnya!!!

anak kita both takde lak hisap jari
tak tahu la for next coming baby :D

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

cutenya dia pndai isap jari dah..hehe

Iman Aisyah said...

ohh anak saya yg bongsu suka hisap jari, org tua2 kata x bgs sbb nnt jari dia x elok. So far weols ok jer, sbb dia diam & cepat tido kalau hisap jari....

Salam perkenalan, feel free to read my blog http://www.noordiana.com

nur said...

comelnya!!!..heee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...