nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

@ Hadiah Masa Dalila Tak Sihat aritu..


Thanks AshAnas... cantik sangat hadiah ni..exclusive dari Shanghai lagi. Thanks a lot yer Shira dan semua juri yang telah memilih Dalila sebagai pemenang pertama.
Terima hadiah ni masa Dalila tengah demam, jd tak sempat nak buat entry masa tu.

---------------------------------------------------------------------------
dan lagi satu hadiah dari kak Syida Gorjes
 Hadiah Giveaway teka kat mana Kak Syida nak gi bercuti

Cantikkan...dari Universal Studio Singapore tu.. Terima kasih kak Syida..
Hadiah ni Abah check kat letter box..masa kami ambik "ward leave".. kiranya kami terima masa hari raya Haji aritu lah.


photobucket

Tuesday, June 8, 2010

@ Hadiah Contest Meneka Warna Sebenar- DAH ON THE WAY

Kelmarin pagi saya dah ke pejabat pos untuk memngeposkan hadiah2 untuk contest Meneka Warna Sebenar yang saya anjurkan baru2 ini.

voucher KFC untuk kamu..

sampul pos express..semoga selamat sampai ke tangan penerima

Maaf kepada pemenang2 yang bertuah saya kerana terpaksa menunggu. Bulan lepas agak sibuk (Abah masuk admitted..pastu Dalila pulak demam..balik kampung pulak lagi).

Harap penerima2 hadiah untuk contest saya ini, suka dengan hadiah yang simple2 ni.. sekiranya ada apa2 kekurangan... harap di maafkan..1st time anjurkan contest...banyak yang kena belajar lagi untuk next contest nanti..insyaallah.
*
*
*
*
*
*
*
Terima kasih kepada semua peserta2 (yang menang mahupun yang tidak menang) yang telah sudi join contest ini tempoh hari. Saya amat menghargai penyertaan dan sokongan anda itu.
 
"jangan lupa, singgah selalu sini yer kawan2 Ibu saya "


Photobucket

Thursday, May 6, 2010

@ Hadiah Giveaway Wansteddy- TQVM :)

Yey! Alhamdulillah..saya antara pemenang yang bertuah dalam giveaway yang di anjurkan oleh Kak Wan a.k.a Wansteddy.  

Terima kasih kak Wan.
Suka sangat dapt hadiah2 ni.

Hadiah ni sampai tengah hari, saya sedang buat-buat sibuk memasak di dapur.. so tak sempat nak buat entry ucapan terima kasih ni. Dapat je bungkusan ni dari posmen, si Dalila lah yg paling sibuk, sibuk tanya "ni apa... ni apa". Yang saya pulak sibuk nak ambik gambar kenang kenangan hadiah ni. hihihi.

Korang nak tengok tak hadiah nyer... dapat cermin, kipas tangan dan barang kraf (Do it yourself)

Bungkusan hadiah yg cantik, siap ada kartun lagi tu


 buka lapisan balutan ygng 1st, ada lagi kartun yg cute di lapisan 2nd

Ada kad ucapan lagi tu.. rajin betul kak Wan ni

Dalila suka main dengan cermin tu, Ibu pun suka sbb cute

Ni barangan kraftangan -Do it Yourself tu.. 1st time saya tengok benda ni. Nanti saya akan buat. Memang suka kerja2 tangan gini.. harap2 menjadi lah..

Aksi Dalila yg sibuk nak tau apa dalam kotak Do It Yourself tu..

Aksi Dalila sambil main2 dengan kipas tangan yang ada gambar cow.. sbb kipas ni transperent..saya buat ala2 wayang kulit, letak2 kat dinding yg ada sticker wall deko..sambil2 reka2 citer.. suka betul dengar citer cow.. kadang2 sambil nyanyi lagi Old Mc Donald... hihihi
Ada 2-3 lagi pic..tp blur2 sebab model tu mcm tak mo layan kamera..suka main2 dgn hadiah tu sangat.

terima kasih sekali lagi Kak Wan.


p/s: sape2 yang lum kenal siapa Wansteddy lagi..sila jemput ke blog beliau, orang nyer kreatif dan baik hati. Sungguh, saya tak bohong..


Photobucket

Monday, April 12, 2010

@ Hadiah "Cutest Baby With Cute Mom" dah sampai..

Hadiah contest "Cutest Baby With Cute Mom" anjuran Mama_Aqish dah sampai.

Contest ni kami menang hadiah SAGUHATI.. (klik SINI) Sebenarnya hadiah ni dah sampai pada hari petang JUMAAT, 9 April yang lalu.. sebab nak tunggu basuh dan bagi Dalila pakai baju tu dulu baru nak buat entry sakali dengan gambar baju yg Dalila pakai.

Hehehe..dia suka baju ni.. selalu duk belek2 baju ni sambil cakap "tek..tek.."



Baju yg sangat cantik dan selesa dipakai

Pelekat buang toksin..best!!


Maka, Ibu nak menganbil kesempatan ini untuk mengucapkan

JUTAAN TERIMA KASIHdaun keladi
kepada
MAMA AQISH
dan

SPONSER2 contest untuk kali ini






Photobucket

Saturday, March 13, 2010

@ Hadiah Tuala Bersulam Nama..dah sampai


Alhamdulillah..Pada Julai 2009 yang lalu..Ibu talah terpilih sebagai salah seorg dari 5 pemenang (oleh Mr Random.org) untuk satu giveaway yg menawarkan hadiah tuala bersulam nama (1 tuala besar dan 2 tuala muka). Entry kegembiraan tersebut telah Ibu buat di entry INI.


Dan pada 11 Mac 2010 baru2 ni..hadiah yg telah dijanjikan oleh Kak Shiela tu pun selamat sampai di tangan Ibu..Terima kasih Kak Shiela.. "Ibu Arifah pun Ibu Arifah lah.. saya terima saja, hadiah free kan"


Seorang lagi kenalan Ibu iaitu mamaManja pun telah menerima tualanyer juga.. klik SINI utk tgk hadiah tualanyer..



p/s: saya malu tak bertempat sikit bab2 nak minta hadiah2 ni..org tak kasi/lambat kasi.. saya dok umah diam2 jer lah.. mungkin 'diorg' ada masalah kot.. rasa sedih sikit tu mestilah kan..tp sekarag dah dapat..sukanyer saya :) yippie!!


Photobucket

Sunday, March 7, 2010

@ Hadiah dari Yanadzul Giveaway

hadiah yg kami menang! :)


Kali ini citer hadiah dari Yanadzul Giveaway yg Ibu join aritu pulak..Ibu menang "hadiah misteri". Dah sampai pun hujung bulan Feb lepas..

TERIMA KASIH

KAK YANA

DAN

AIVEE EMART



nak tengok siapa lagi yang menang GIVEAWAY ni.. KLIK SINI

Photobucket

Friday, March 5, 2010

@ Hadiah dari Cupcake Children's Boutique

Oh dah lama sebenarnyer Ibu terima hadiah ni..cuma tak sempat nak buat entry saja.. sibuk nak balik kampung cuti CNY lah time tu.

Hadiah2 nyer...



1 set baju dan satu kemeja tgn panjang yg cantik ni adalah dari penaja..




Cupcake Children's Boutique

berikutan dari kemenangan Dalila tempat ke-2 dalam contest MomBloggresPlanet iaitu Cutes Baby of The Planet 2009 Contest (klik di SINI entry tu)



TERIMA KASIH

Cupcake Children's Boutique !!!




Photobucket

Monday, February 1, 2010

@ Hadiah lagi dari Contest Mama Aqish

Assalamualikum,

Hari Jumaat lepas, Ibu dapat lagi satu hadiah dari contest Mama Aqish, kali ni dari penaja

CLICK-CLICK SHOPPE



TERIMA KASIH CLICK-CLICK SHOPPE :)
Memang cantik frame itu, siap tulis nama Arifa Dalila lagi tuh...TQ


Berkenan nak order jugak frame ni? sila lah terjah blog perniagaan CLICK CLICK SHOPPE ni.
Banyak lg yg menarik ada di jual disana....



Photobucket

Tuesday, January 26, 2010

@ Hadiah Contest Mama Aqish Dah Sampai

Berikutan Dalila mendapat tempat ke-3 dalam contest yg dianjurkan oleh Mama Aqish baru2 ni... (sila klik entry INI )... Hadiahnya telah Ibu terima pada hari Jumaat yg lalu 22hb January. Memang tak sangka sebegitu pantas akan terima hadiah dari Branded Baby Clothes ni. Baru je dapat email awal minggu dari Kak Afzan, tanya saiz baju Dalila, hari Jumaat dah sampai dah baju nyer tu.

TERIMA KASIH
BRANDED BABY CLOTHES
dan KAK AFZAN :D

Saya dan Dalila amat suka dgn t-shirt ni




Nak tengok hadiahnyer tu..

dapat sehelai t-shirt yg cantik ni

Dalila dah pakai t-shirt tu, sampai xmau buka2.


Macam tau2 jer Kak Afzan ni yg Ibu dok mencari t-shirt putih. Bila buka sampul pos express tu Dalila pun excitet sama..dia cakap "tek..tek.." maksudnyer cantik lah. Terus dia ambik dan buat gaya nak pakai baju tu. Berkenan sungguh dia dgn t-shirt ni sampai Ibu minta nak basuh dulu baju tu pun dia tak nak kasi. Biarkan dia main2 dgn baju tu sekejap sampai dia terlena baru ambik masuk WM.

So, sesiapa yg nak tengok baju2 baby yg cantik2 juga..silalah ke Branded Baby Clothes. Cepat sebelum kehabisan stok!



Photobucket

Monday, January 18, 2010

@ Hadiah Dari MomBloggersPlanet dah sampai

Hadiah? menang ape? Menang consolation prize contest "Cutest Baby Smiling Contest" anjuran MomBloggersPlanet pada bulan Dis 09 yang lalu. Alhamdulillah, syukur walaupun menang consolation saja..tetapi Ibu tetap gumbira..lalalalala :D

Klik SINI untuk ke entry contest tu.


Dalila antara 3 pemenang consolation bulan Dis 2009 yang lalu.
*
*
*
*
*
*


Dan ini lah hadiahnya tu.. iaitu PurseHook yg cantik


tajaan AliceWonders.com.



Terima kasih AliceWonders.com dan MomBloggersPlanet

Cepat tau hadiah ni sampai. Baru jer Ibu pilih hadiah hari Selasa lepas, hari Sabtu dah dapat!






p/s: Alhamdulillah, Dalila terpilih dalam masuk dalam 20 org finalist "Cutest Baby of Planet 2009" yang juga dianjurkan oleh MomBloggersPlanet-> Doakan kejayaan Arifa Dalila yer nanti aunty2 semua..


p/s: Lagi satu good news, Arifa Dalila juga terpilih dalam senarai 10 shortlist contest "Cutest Baby 2009" anjuran blog MamaAqish ...Alhamdulillah...syukur.. wish me luck yer Aunty2 semua....

Eisya pun antara 10 shortlist ni jugak..good luck yer Eisya.!!!



Photobucket

Thursday, January 14, 2010

@ Hadiah BabyIntan's Giveaway

Hadiah dari Kak Intan...Terima Kasih ya :)


Hujung Dis 09 yang lalu, Kak Intan ada buat some simple giveaway...very2 simple- just drop komen utk teka benda apa yg Kak Intan baru beli saja...Ibu pun suka2 mencuba, dan mungkin rezeki ada, tekaan Ibu betul...klik sini untuk melihat entry tu.

Hadiah ni sebenarnyer patut di terima hari Sabtu lepas..tp Ibu tak de kat umah pulak petang tu. So kelmarin 13hb Jan baru posmen tu re-send semula hadiah ni. Cantikkan.. memang 2 benda ni, cermin dan poket tissu cove ni lum ada lagi dalam handbag baru Ibu. Macam tau tau jer Kak Intan nih..

Terima kasih Kak Intan...saya suka dgn hadiah2 yg Kak Intan berikan ni. Bertuah nyer rase jadi antara pemenang di blog Kak Intan ni..yey!




Photobucket

Saturday, December 19, 2009

@ Hadiah Dari Mama Sara

Alang2 dah upload kan gambar ke pc ni baik Ibu buat entry pasal hadiah dari MamaSara yg Ibu dapat tempoh hari. Sebenarnya hadiah ini sampai pada hari raya haji ke-2 hujung bulan lepas.



Pose bila dapat buku tu..dapat 4 buah buku tau..

tersenyum bila Ibu bacakan salah satu citer dari buku tu.

*
*
*
*


TERIMA KASIH MAMASARA

SAYA DAN DALILA SUKA DENGAN BUKU YG MAMASARA HADIAHKAN NI..

TERIMA KASIH YER.. :)





p/s: ini merupakan entry auto publish..kami dah balik kg kedah cuti ni...yey! tak dapat gi cuti mana2 ..dapat balik kg tengok mak ayah pun dah suka dah..

Photobucket

Thursday, October 15, 2009

@ Hadiah Birthday Dari Abah

Ptg Ahad 11 Oct baru ni, Abah ajak gi belikan hadiah birthday Dalila kat Toy R Us..kat Qsbay Mall lah.. kat sini jer kedai Toy R Us yg paling dekat dgn umah kami pun.. lama jugak memilih... tak tau nak belikan apa untuk dia..kalo kasi dia try main kat situ...semua dia suka..semua dia nak tekan2.

Last2 Abah cakap ambik yg ni yer lah...dgn harapan anak dara dia ni cepatlah dapat berjalan nnt. Meh lah kita tgk apa yg Abah belikan tu..


Inilah hadiah tu...si Alex de Lion..


Posing sikit kat Alex tu..


kadang2 dia suka tolak sebelah tgn jer...eksyen yer..

Bila sentuh hidung Alex..akan keluar muzik...

Selain boleh dibuat push walker...Alex juga boleh di tukar utk membolehkan Dalila naik dan duduk di belakangnyer..


p/s: Aten pun ada kasi hadiah juga buat Dalila...terima kasih Acik Aten..Dalila selalu guna sampai Ibu tak sempat nak ambik gambar cd tu.



Friday, October 2, 2009

@ Dah Sampai Hadiah Mydearshoppe

Kelmarin Ibu dah menerima hadiah yg Ibu menang (tempat ke-3) contest yg dianjurkan oleh Mydearshoppe yg dikendalikan oleh Kak Mardiana.

Laundry bag


Hotel Voucher- Hilton PJ

Terima kasih Kak Mardiana.. sukanya bila menerima hadiah ni... semoga perniagaan Kak Mardiana semakin bertambah maju, semakin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh -NYA..

Jadi, sesiapa nak try CD jenama Lunatots (printed dan juga plain) dengan harga yg menarik... silalah berkunjung ke blog MyDearShoppe e-shop..disitu juga terdapat baju2 kanak2 dan cotton blanket.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...