nak join? klik banner ni yer

Thursday, January 26, 2012

@ Tahun baru..baby baru..kereta baru..

Alhamdulillah..23 Nov 2011 lepas, saya dah dapat beli sebuah kereta baru. Walaupun kereta tak de dah hebat/mahal mana pun...tapi tetap saya bersyukur dan saya suka :) hasil titik peluh saya berkerja, ada jugak asset depan mata. Dalam masa 2 minggu sahaja selepas berjumpa jurujual produa, myvi lagi best 1.5 SE bertukar tangan menjadi milik saya..1st time nih sain-sain document jual beli kereta yang berlambak-lambak tu.

Mula-mula dulu, memang ada plan nak ambik Honda/Toyota...tapi bila Abah dah beli rumah conner lot kat Batu Kawan tu.. terasa nak beli kereta yang mampu saya bayar sorang diri, tak mahu kacau duit Abah. So, myvi lagi best menjadi pilihan poket saya. Hihihi..setakat nak buat ulang-alik gi kerja dan ambik anak ke sekolah tu...okeylah kan guna myvi.

sekali pandang, macam gambar "orang menang kereta" lah pula..

Plat kereta yang kami dapat, PKJ..(macam Pi KeJa jer..) hihi..tak sempat nak tunggu PKR..opsss.. acah je.


muka dah makin tembam..so letak gambar jauh2 lah...
masa dalam gambar, baru preggy 3-4 bulan lebih. Balik kampung masa cuti krismas.



Wednesday, January 25, 2012

@ Alhamdulillah..Dalila bakal jadi kakak nanti.

Baru nak buat entry ni kat blog...kawan2 kat facebook dah tahu dah

Alhamdulillah..saya dah mengandung lagi..minggu ni dah masuk minggu ke 21.
Doakan saya dan baby sihat dalam selamat semuanya yer kawan-kawan.


mengidam? rasa nak makan jambu batu...yang isi dalamnya tu warna merah dan mempelam apple. mana nak cari yer?

Tuesday, January 24, 2012

@ 3 angry birds..in actions

Kali ni nak cerita masa time anak-anak sedara datang rumah haritu. 2 orang adik beradik perempuan, so apa lagi memang jadi "geng" dengan Dalilah lah kat rumah. Boleh pulak satu hari tu mereka sepakat nak pakai baju "angry birds" ni sama-sama..masa . Dah jadi "3 angry birds" dah..jom tengok "3 angry birds" ni buat apa.. (Ibu kena kerja hari tu, balik tengok gambar je lah)

 3 angry birds..in action..

pose lagi..kat pantai depan Queensbay Mall

buat muka marah...kan "angry birds" kan

Lepas ambik2 angin kat pantai, bawa gi makan kat McD sekejap.

3 happy meal for 3 angry birds

Dalila khusyuk makan...ke tengah teringat kat Ibu?

Macam-macam ragam bila sepupu nih dah ber"gabung". Macam2 mainan diorang reka kat rumah tuh..sehinggakan ada satu pagi tu..Dalila tak mahu ke skul sebab nak main dengan sepupu2nya nih...tak larat dah nak pujuk..mujur sehari saja dia buat perangai macam tu. Kalo tak..Ibu lah yang akan jadi "ANGRY birds" pulak nanti..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...