Assalamualikum...lama bebenor tak singgah disini. Sangat buzy dengan kerja seharian di rumah mahupun di tempat kerja. Komitmen makin bertambah. Alhamdulillah. syukur.
Sebagai warming-up, ibu nak coretkan cerita tentang Syaakirah, anak ibu yang nombor 2. Umur Syaakirah sekarang sudah dekat 9 bulan. Alhamdulillah :) makin ceria dengan keletah dia dan kakaknya Dalila. Apa perkembangan Syaakirah sekarang, mari ibu tulis yer..
- Suka sangat makan bubur nasi yang ibu masak, so selang 2 hari ibu mesti masak untuk bekalkan bubur ketika dirumah pengasuh dan ketika makan malam (untuk setiap hari berkerja). sekali masak, penuh blender Avent tu, (rasa berbaloi beli w/pun tgk harganya..boleh berpeluh dahi). Pening juga nak memikir resepi untuknya. Setakat hari ni, nasi+lobah merah+brokoli+badam, kadang2 letak isi ikan. Apa yang dia tak suka makan buat masa ni adalah puree apple, 2-3 kali masuk tong sampah tiap2 kali buat ..huhu.. :(
- Suka sangat kalo dapat minum air masak dalam kole, gaya orang besar je. Oh ya, dia sangat2 sukakan minum air masak. Alhamdulillah.
- Ibu masih menyusukan Syaakirah w/pun tidak sepenuhnya susu ibu.. huhu.. malas nak citer panjang bab ni...*sayu.. tapi tiap2 hari still pump 2 kali di office dan bagi "direct" bila malam di rumah. Di rumah pengasuh ibu still bekalkan frozen susu ibu dan 1-2 scoop susu formula, (isi dalam terpawe kecik2- risau nak bg "satu tin" kat pengasuh..selain ibu dapat monitor berapa banyak susu yang syaakirah minum setiap hari.
- Sejak syaakirah umur 5 bulan, ibu sudah bawak dia basuh poopoo di toilet, bagi dia berdiri sambil ampu dengan sebelah tangan. Masa time ni, stokin kaki pun dah on-off-on-off pakai dah. Dia suka cabut dan nak bagi senang di anak merangkak.
- Kelmarin 25-March 2013. Adik buat satu bunyi kelakar. bunyi "hoh..hoo.hoo" gaya ala-ala Santa Clous ketawa tu..mana dia "dapat" tak tahu lah. Lama pulak tu dok ulang2..muka serius je..ibu abah dan kakak sakit perut tahan gelak.
- Adik sangat2 suka kalo dibawak berjalan, dapat duduk dalam kereta tu, bukan main seronok lagi. haa..dia masih mahu lagi duduk dalam car seatnya itu. So, kalo dia mengantuk, memang ibu bg dia tidur dalam tu sajalah, tak perlu pangku2 dalam kereta.
- Rambut adik rasanya akan curly sikit kot. Tengok gaya tumbuh rambut tu lah.
- Syaakirah sifatnya memang cool, relex je walaupun apa yang kakak buat kat dia, kena baling dengan bantal ke, kena cubit2 geram ke, kena tampar ke...cool je tak marah or menangis pun. Siap la kakak kalo adik buka mulut! Jika di tanya, kenapa kakak buat macam tu kat adik? katanya sebab geram! adik comel sangat. *adoiiii...
- Syaakirah suka masukkan segala benda dalam mulut. Paling fav, adalah kertas. Jenuh korek balik dalam mulut.
- Gigi dia sudah ada 6 batang, (4 di atas dan 2 dibawah)
- Berat badan Syaakirah..kira ok lah..masih dalam graf. Tapi kalo mahu banding dengan berat kakak Dalila dulu2, jauh beza la. tak pelah, kakak dulu ibu jaga sendiri, ibu tak kerja. Rasanya berat dia sekarang hampir 8kg kot. Lusa nanti baru nak pi timbang.
- Aktiviti harian, suka "meniti" or latihan berjalan dekat dinding dan meja kopi. Suka jugak "kemas" barang dalam drawer. Gaya macam bila dah umur 10-11 bulan nanti boleh berjalan dah nih.
- Tiap2 hari hantar kat rumah pengasuh, sure mau menagis walaupun sikit. Peluk ibu rapat2 tak mau pengasuh ambik. hehehe..pesan tiap2 hari kat dia.."ibu pergi kerja sekejap ye sayang..nanti balik kerja ibu datang ambik."
gambar Syaakirah? nanti ibu letak yer..
4 comments:
lama juga tak singgah kat sini..mana pic syaakirah ni..sekejap je dah nak setahunkan..
first time singgah sini..tp nampaknya penulis dah busy... saya pun sama.. dah mix..azam nak capai 2 thn x dapat..cuma setahun 3 bln je..alhamdulillah..
Sweet. Bleh bayangkan perkembangan baby. Seronok layan si comel ni.
Rasa seronok pula baca blog tentang anak ni. Tak sabar rasanya untuk menimang cahaya mata. Hehehe..
Post a Comment