Minggu ini sebenarnya kami sekeluarga agak buzy..Abah sampai ambik cuti dari hari Isnin sampai Rabu. Major projek kami adalah "Cuci dan Samak rumah kami di Bertam". Alhamdlulillah dengan bantuan rakan blogger yang tinggal di Kepala Batas iaitu Zaza...saya diperkenalkan kepada Kak Mas, yang pernah membersihkan rumah Zaza suatu ketika dulu. InsyaAllah, esok (Sabtu) ni nanti, rumah kami di Bertam tu akan dicuci dan disamak berikutan owner pertama sebelum kami adalah perempuan Cina(bujang)..walaupun dia tidak memelihara anjing..tapi untuk menghapuskan perasaan was-was..lebih baik disamak kesemuanya...betul tak?
Dah lama beli rumah di Bertam, Kepala Batas ni..cuma tak de masa nak pi jenguk selalu. Harap pada kak Long Abah yang di sebelah rumah tu sajer tolong2 tengokkan. Tetapi baru2 ni..Acu (adik Abah yang kerje Asistan Manager Bank) kena tukar ke area Bertam, so nak kasi Acu duduk rumah ni lah nanti. Tak payah dia susah2 nak menyewa lagi.
(Entry lain tentang rumah Bertam ini di SINI)
So, sebagai persediaan proses menyamak esok.. ini ada beberapa info tentang menyamak rumah yang saya google kan:
Info Pertama:
CARA MENSUCIKAN NAJIS MUGHALADZAH
Hendaklah disuci 7 kali pada air yang mengalir.
Yang pertama atau yang terakhir air itu hendaklah bercampur dengan tanah atau pasir yang suci. Dasarnya ialah hadith Abu Hurairah yang bererti :- " Jika anjing minum dalam bekas salah seorang diantara kamu, maka ciculah 7 kali." Muslim.
Sabda Rasulullah SWA bererti :- " Sucinya bekas air seorang diantara kamu kalua dijilat oleh anjing ialah dicuci tujuh kali, yang pertama atau yang terakhir dengan tanah." Muslim.
Umumnya air bercampur tanah diguna pada air basuhan yang pertama.
Hendaklah disuci 7 kali pada air yang mengalir.
Yang pertama atau yang terakhir air itu hendaklah bercampur dengan tanah atau pasir yang suci. Dasarnya ialah hadith Abu Hurairah yang bererti :- " Jika anjing minum dalam bekas salah seorang diantara kamu, maka ciculah 7 kali." Muslim.
Sabda Rasulullah SWA bererti :- " Sucinya bekas air seorang diantara kamu kalua dijilat oleh anjing ialah dicuci tujuh kali, yang pertama atau yang terakhir dengan tanah." Muslim.
Umumnya air bercampur tanah diguna pada air basuhan yang pertama.
simbahan/cucian pertama atau yg terakhir, tapi elok kita simbah pada kedua2nya i.e simbahan pertama dan kedua... kemudian bilas ngan air bersih pula..
SUMBER: blog Mama Auni FirdinaInfo Kedua
soalan:
saya nak pindah rumah sewa.tuan tu kata dulu ada orang india bela anjing.perlu ke samak satu rumah?
jawapan:
Dalil hadith hanya khusus kepada bila anjing menjilat bejana hendaklah dicuci tujuh kali dalam salah satunya dgn tanah. Manakala di zaman salaf, pernah anjing masuk ke dalam mesjid Nabawi dan Nabi SAW tidak pernah memerintahkan para sahabat menyamak mesjid (Qardhawi, Fiqh Thaharah).
Maka memadai seluruh lantainya di basuh hanya menggunakan detergen lantai atau sabun dari menyamak lantai dan dindingnya dengan tanah. Ini lebih menghampiri kebenaran kerana Islam itu mudah dan tidak dijadikan dalam agama itu suatu kesempitan.
Dalilnya: ” Allah mengkehendakki untukmu kemudahan dan tidak mengkehendakki kesukaran.” AQT 2: 185 WA
SUMBER: soaljawab.wordpress --------------------------------------------------------
maka, pada pandapat saya, cara menyamak untuk rumah saya ini nanti akan bermula dari dapur sampai ke lantai ruang tamu bermula dengan bilasan 1 atau kedua menggunakan air tanah..dan disusuli dengan 5 lagi bilasan air yang diambil terus tari paip...(mula semula dari dapur ke ruang tamu) Dan tidak perlu disamak pada dindingnya. (betulkan saya kalo saya silap ye kawan2)Tanah yang akan digunakan untuk proses menyamak ini kami beli dari nursery pokok bunga. Beli tanah yang berwarna perang kemerah-merahan. (cadangan dari Zaza)
*
*
*
*
*
Kat belakang yang ada rumput tu laman rumah Kak Long
Muka masam sebab kena marah sebab tak pakai kasut..dia suka sangat nak main kepala paip ni.
Masih mood merajuk..bergambar bersama Faqihah..anak Kak Long
14 comments:
samela qis pn..
suke men kepala paip..
kadang2 klu dibiar air tu menitis.. dia leh p minum air tuh..
baik samak utk elakkan was was..selamat ber"bizi" dihujung minggu...
bagus juga info min ni...almaklumlah tak penah melalui proses menyamak rumah..baik rumah sewa ke rumah sendiri..jgn lupa kongsi gambar ye...byk juga la kena bancuh air tanah ye...
Muka Dalila memang ikut muka ibu.. boleh masuk contest wajah serupa.. :D
selamat menyamak...membersihkan rumah...jangan kerja kuat2...nanti sakit pinggang...
kalau dah was-was memang kena buat semua tu kan? atleast bila dah buat, hati kita pun tenang...
betul tu kalo was2 better samak. tapi kalo rumah yg baru dpt oc camna lak? tanya pendapat ni...
amboi dalila merajuk nooo... sama peel cam hawa la... pantang silap ckit, merajuk sakan...
ingatkan ko yang nak duduk c2..selamat samak dan mengemas rumah ye..cik dalila,tu mesti suka dapat main air..sibukkan diri..
oh gitu ekk..
tak pernah ada pengalaman samak rumah.
comelnya arifa merajuk... mata bulat! suka2...
uhuhuhu comel tol wt muke mrajuk
a'ah..better samak kalau sebelum ni ada non muslim duduk. kami skrg ni sewa rumah owner dia cina & dia duduk rumah ni dulu. Sebelum pindah masuk, suami dan kawan2 samak + cuci rumah. sinki pun dorang samak sekali :)
eloklah gitu.xdelah kita was2.
cute dalila wat mula merajuk dia.:)
tak lama lagi kak min duduk umah baru la yer
Post a Comment