nak join? klik banner ni yer

Sunday, August 21, 2011

@ Persiapkan raya kami tahun ini

Hari ni dah 21 hari puasa, cepat je kan..dan tak lama lagi dah nak sambut raya dah. Bgai mana persiapan nak sambut raya korang? Dalila awal2 dah  saya cari, tinggal 1-2 helai baju je beli bulan puasa ni, buat bertukar2 masa menziarah rumah sedara nanti. Kasut Dalila tak beli lagi, tapi saya dah survey dah kat mana nak beli, nak buat sekali pakai masa kena jadi flower girl untuk kenduri Acu nya nanti. Cuma Dalila dok minta saya belikan dia tudung, dia memang suka bertudung, bangun pagi nak ke rumah pengasuh pun bertudung (yer lah tengok saya bertudung siap2 nak pi kerja, dia pun nak pakai tudung jugak). Pengasuh pun ada feedback, yang lepas mandi pun Dalila bising nak pakai balik tudung dia tu...

Persiapan raya saya dan suami: Baju sama tema, yang di tempah dah siap minggu lepas. 1st time hantar kat tailor ni, alhamdulillah murah :) 1 set baju melayu sekali seluar, 1 kurung pahang, 1 baju kurung Dalila dan 1 dress Dalila, total RM130 saja. Baju raya ke-2 dan ke tiga dah saya beli minggu lepas, cuma tudung je yang tak sempat cari lagi. Harap2 hari ni (Ahad) sempat lah nak beli tudung2 raya ni, port fav saya bab-bab pakaian ni kat Komplex Bukit Jambul sajalah. Kasut raya? kasut raya bagi saya "optinal" ada pun tak pe, tak ada pun okey je, yang ada sekarang ni pun baru bulan lepas beli.
Tukar duit raya: tak berapa nak risau, adik abah, Acu kerja kat bank. Dah pesan lah berapa RM yang nak ditukar. Cuma nak cari sampul duit raya lah lagi, nak yang lain2 sikit, senang nak asing2 kan mengikut "isinya".


Kuih raya: beli jer, tak de masa nak buat or senang nak cakap malassss sebenarnya. Huhuhuhu.. Asben tak berapa nak makan sangat pun.

Persiapan raya blog: wah..ada jugak ke persiapan raya blog? ya..ada.. tapi tak  sempat nak tukar2 cat umah pun. Cuma e-kad ucapan Selamat Hari raya dah siap saya design kelmarin. Mana tahu kot-kot tahun ni  pun masih ada lagi sesi bertukar2 kat ucapan macam tahun2 yang lepas kan..cuma tahun ni saya design sangat2 simple. Tak sempat nak snap gambar Dalila berbaju kurung ker aper ke.. Tak pe lah, janji ada dan janji ikhlas sudah lah kan.




8 comments:

ummiarissa said...

wahh....meriah raya tahun ni...ada design kad lagi untuk blog...nak wat jugaklah...

ibu MZW @ farah idayu said...

Selamat hari raya in advance utk ibu dan dalila..tahun ni duit raya lebat la sket ye ibu dah keje ;) hehe~

10 said...

salam... singgah cni... syoknya byk persiapan dah wat... raya mana tahun ni?

lyndaz said...

wawaaaw..

e-duit raya takde ke?? ◕‿◕
hehe

ibu_Arifa said...

@ Ummiarissa: hihihi...time tu kerajinan saya di tahap memuncak lah tu, kalo tak 'non ado' jgk.

@ farah idayu: selamat hari raya juga buat farah sekeluarga, duit raya? yer lah kot...hihihihi

@ salam are10, tahun ni raya kedah lebih sikit, sebab side hasben tak berapa nak raya, ada yg tgh pantang bersalin.

Ummi Eisya&Amani said...

bagus dalila suka pakai tudung..eisya tak nak la..puas paksa dia..hihi..amboi,byk la wit raya tahun ni ye..

Ema said...

biskut tak beli lagi.... hehehe

~aku dan die~ said...

eh ade duit raya la.nk jugak boleh??ehehehe ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...