nak join? klik banner ni yer

Wednesday, August 17, 2011

@ Jadi tukang bancuh air kami

Dalila sekarang memang ternanti2 waktu berbuka puasa. Bukan sebab dia berpuasa tahun ni, sebab dia suka nak membatu saya sediakan air minuman untuk berbuka puasa. Saya selalu bagi dia bantu saya tuangkan air pati/rebina ke dalam jar dan pastu jadi tukang kacau air. Memang syok lah dia boleh bantu saya. Kejap2 mintak nak kacau air tu lagi dan lagi. Abah sampai rumah, dengan beriya2 nya dia akan bagitau tadi dia bantu Ibu. Hihihi..

Sehinggakan adalah satu petang tu, dia tertidor, almaklumlah, dia kurang sihat sejak dua menjak ni, bila dia dah bangun, cepat2 dia tanya "siapa bantu Ibu buat air tu?" "Abah bantu?" "Abah bantu Ibu ka tadi?" dia ulang tanya lagi. Abah pun cakap lah "kelmarin Dalila bantu, hari ni Abah pulak bantu". sedangkan yang sebenanya Abah sampai umah dah lepas waktu berbuka dah pun. Risau Ibu buat kerja sesorang ke sayang, moga sifat kerajinan ni akan kekak sampai Dalila dewasa ye sayang.





7 comments:

Yan said...

qis plak.. pantang kite kat dapur...
'ummi..ummi kaklong nak tolong.. nak tolong"
kdg tlg siang sayur
klu dpt tlg bilas pinggan yg dicucipun jadikla.. sanggup sorong kusi.. so dia leh berdiri same tinggi ngan kite kat sinki.

Unknown said...

rajinnye dalila tolong ibu :)

sue-ab said...

selamat berpuasa...dah pandai dalila...

Unknown said...

Pandai nya dalila tolong ibu dia :) Rajin pulak tu...gud gud ;)

tak kata tulis je.... said...

bestnya... bila la zaryn nak bantu saya kat dapoq hahahah

ibu_Arifa said...

@ Yan: hihihi..rajin tul Qis, Dalila saya tak bagi main kat sink lagi, kang kena salin berhelai2 baju pulak pas tu.

@ Huda: terima kasih, syukur alhamdulillah..anak pompuan mmg mcm ni kot.

ibu_Arifa said...

@ Sue-ab: selamat berpuasa kak sue. terima kasih.

@ BabyIntan: Terima kasih kak intan. leh lah buat aktiviti bersama setelah kita seharian berkerja dan dia pulak kat umah pengasuh.

@ Yun: Hihihi..tak lama dah tu yun, pejam celik pejam celik tengok2 dia besar nak masuk sekolah dah, tak perasan pun nanti. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...