nak join? klik banner ni yer

Friday, May 28, 2010

@ Alahai..kesian kau spek..dah cacat

Rasanyer spekmata ni baru jer saya buat hujung tahun lepas (2009). Memang ni antara benda yang menjadi target Dalila untuk di pegang dan dibuat main..terutamanya bila saya tanggalkan spek time nak baring2 nak menyusukan dia, time nak gi mandi..sure dia mintak2 dengan spekmata saya ni.

Nak jadi rezeki Dalila hari tu, saya tanggalkan spek dan letak atas rak (tak setinggi mana pun rak ni), tapi memang selalu letak situ dan Dalila tak akan sampai bila dia hulurkan tangannya. So saya tak kisah sangat bila tengok Dalila berusaha nak mencapainyer haritu...dan saya cuba ajak dia naik atas katil untuk menyusu (dengan niat kalo dia tidur..leh lah nak buat kerja lain).. saya pun pura2 tidur..sesaje pejam mata..kekonon kita tak layan dia..dia jadi bosan so akan datang menyusu dengan saya kemudian tidur..

Tup..tup..ddengan dia sorak..yey!! yes...yes!! rupanya dia dan 'cacat'kan spekmata saya.. mujur tak terus patah. berbaloi juga dengan harga yang saya beli
Sebenaryer lagi teruk..bingkai tu Dalila pusing..dekat2 160o  jugak lah.. saya tak marah, cuma terkejut macam mana dia leh sampai..biasanya dia tak sampai kalo letak "port" tu. Terus panggil Abah (dengan mengharap ayat dari Abah "tak pelah sayang..nanti abang ganti yang baru yer") tapi  Abah datang terus betulkan sampai jadi macam ni.. (tak merasa lah nak dapat spek baru..yang ni masih boleh guna :P)
Dah gaya orang "silang pangung kaki" jer...bukan lagi gaya 'duduk bersila'.



Nak tau apa saya cakap kat Dalila?


*
*
*
*
*
*
*
*
Ganti balik spekmata Ibu..
Ibu ambik duit raya Dalila...hahaha..


Gurau jer..tapi dia tak paham pun..
kalau dia dah paham apa yang di maksud kan "duit raya"..sure dia menangis dengar ugutan saya ni kan.. hihihi



Photobucket

12 comments:

Nieyla Nadia said...

Dalila tu saje nak soh ibu die beli kan satu yang cantik tok dalila..xpela,nanti leh ganti baru...hehehehe

rynas said...

ala sib baik bleh pakai lagi. agaknya Dalila dah naik beberapa cm kot ketinggian dia..

Ummi Eisya&Amani said...

lahai..siannya la spec tu..dalila dah tinggi la tu..ko tak perasan..tapi klu aku mesti tergelak nengok dia dah wat mcm tu..dalila berseni agaknya ni..

dalila,simpan tau duit raya tu..jgn bag ibu pegang ye..bagi aunty pegang tak pe..hihii

Syida said...

hari ni cuti, bole la beli spek baru.hehehe..

CikPuan Adda said...

Hurmmm...keletah Dalila tak ubah macam Khalish. Suka sangat nak sambar spek yang dipakai Ayahnya.

Kadangkala , naik angin hubby dibuatnya. Tapi, biasalah kanak-kanak usia ni belum faham bahasa. Mungkin akak boleh tukar spek yg boleh lentur penyangkut bingkai(betulkah?)hingga nampak seperti garisan lurus. Jadi, bila anak tarik, tak delah penyangkut tu terkangkang sebelah or patah. Setakat ni, spek hubby masih bertahan walaupun cubaan menanggalkannya dilakukan berpuluh kali oleh Khalish.

YatieJay said...

Dalila dah tinggi lah tu...tu yg senang nak capai spek kat atas.

Hmmm..teringat kes spek akak hari tu. Sampai skrg rasa tak best pakai yg ni sebab tinggal stok yg akhir dan warna pun tak menarik. Nak buat mcm mana, dah emergency!

Ibu Ayra said...

dalila, sian ibu... mata ke-3 dan ke-4 dia dah cacat... ala, nanti mesti abah dalila gantikan yang baru punya... nak bagi surprise kot....

Suziey Ahmad said...

hiks..ugutan xmenjadi la..kalau time dia xngntuk xyah ler nk ugut cenggitru..lg dia aktif dok main sorang2:p

mak encik | SZ said...

hehehee..gitulaah nasib spek ibuk2 ni...mmg slalu jadik mangsaaa aanak2...huhuhuhu...

azzul said...

maknanya dalila dh besar la tu n makin tggi dh ble capai spek tu heheh..pasni kena cr port baru ye

10 said...

kak min... boleh ke guna lg bingkai tu? tgk cam x selesa ja kalo pakai...

habis la dalila... ibu kamu mau amik duit raya... cepat2 bawa larik duit tu...

Unknown said...

spek kakyong pun jd camtu dikerjakan aliya.. yg baru buat kat kedai pija, habis patah sebelah.. huhhh..
la ni yg baru buat simpan tinggi2.. pakai yg dah senget2 kat rumah, nak jln baru pakai yg baru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...