nak join? klik banner ni yer

Monday, May 31, 2010

@1st time Memandu Sendiri Semasa Balik Kampung

Sebelum ni....dok kat sit sebelah jer

Sejak dapat lesen kereta bulan 7 (Julai 2009) tahun lepas..hanya 2-3 kali saja saya pandu kereta. Malas bebenor nak drive, rasanyer lebih suka bersenang lenang sambil bermain2 dengan Dalila di sit sebelah. Tapi semasa cuti Wesak day baru2 ni, Abah suruh saya drive sendiri keretanya dari Penang ke kampung saya di Changloon Kedah.

Memang lah balik guna jalan highway jer pun..tapi memandangkan dekat setahun juga tak memandu... memang berpeluh lah dahi haritu. Kereta Abah ni manual, so agak bimbang dengan "clutch" lah. Mana sama dengan "clutch" si Kancil masa saya belajar dulu.

SMILEY Pictures, Images and Photos

Lagi pun Abah cadang nak belikan 2nd kereta sebab kereta yang sekarang ni dah habis bayar. So, terpaksalah drive jugak pasni. Sepanjang saya drive on the way balik kampung, ada 2-3 kali Dalila merengek nak minta susu.. (saya still fully bresatfeed Dalila lagi sampai sekarang) so terpaksa lah Abahnyer pujuk2 dan bagi Dalila minum air jus dan makan biskut2 dulu. Dalila ni selalu naik kereta, mesti nak "susu".. lebih2 lagi kalo dia mengantuk nak tidur. 

Saya, haritu memang bagi 100% perhatian kat jalan jer..kesian sangat bila dengar dia menangis nak susu..sampai terlena dalam pujukan dan pelukkan Abahnyer. huhuhu..Maafkan Ibu sayang, Ibu terpaksa berkeras..kalo tak sampai ke sudah Ibu tak pandai mandu kereta..

Bertolak dari Penang jam 11pagi ..Alhamdulilah..kami selamat sampai kampung jam 1.30petang. Lenguh kaki kiri menekan "clucth".. Ini lah pengalaman pertama saya pandu sendiri lebih 100km! Tahniah untuk diri saya.. hihihi.. sepajang di kampung memang saya lah pemandu kereta Abah..kemana saja.. terasa sungguh kecil jalan raya di kampung.... dulu tak perasan pun :P

rekod untuk Dalila haritu: Sampai ke petang dia tak mau "kawan" dengan Ibu (saya), nak tidur malam baru dia nak dekat, nak menyusu...merajuk sungguh tuh dengan Ibu haritu..
1st time dia dapat bertahan hampir 12jam tanpa minum susu Ibu...sedihnyer Ibu.


Photobucket

Saturday, May 29, 2010

@ Pokok Kecil (Flip Flop dan Little Trees)


Ingat tak tahun lepas, pokok flip flop ni seakan menjadi satu trend dan kemestian diletakkan dalam sesebuah kereta. Saya pun turut memilikinya satu..hihihi..sungguh cute kan..daunnya akan bergerak2 dan tak menggunakan bateri pulak tu. Pokok flip flop ni di jual dari semahal harga (RM35-satu) yang saya di MPH book store hinggalah RM5 satu di pasar malam.

Sekarang ni rasanya..perfume kereta "Little Trees" yang makin mula diminati ramai.. Saya dah try 2 wangian..  blueberry dan strawberry.. dapat free dari SIL. Kali pertama guna memang tak reti..saya koyakkan kesemua plastik pembungkusnyer tu.. then gantung dalam kereta.. memang wangi sampai pening2 lah sebab terlalu kuat sangat.. bila dapat lagi benda ni kali ke-2, baru saya tahu-- ada ditunjukkan cara penggunaan dan bahagian yang perlu dikoyakkan-- agar wanginya tahan lebih lama dan tidak terlalu kuat.



Ini link web sidenyer..banyak betul pilihan wangiannyer.




Ada sape yang dah try "little trees" ni jugak?..apa wangian yang paling best yer..
sekali sekala tak salah kita berpaling tadah dari Ambi Pur..hihihi..

Photobucket

Friday, May 28, 2010

@ Alahai..kesian kau spek..dah cacat

Rasanyer spekmata ni baru jer saya buat hujung tahun lepas (2009). Memang ni antara benda yang menjadi target Dalila untuk di pegang dan dibuat main..terutamanya bila saya tanggalkan spek time nak baring2 nak menyusukan dia, time nak gi mandi..sure dia mintak2 dengan spekmata saya ni.

Nak jadi rezeki Dalila hari tu, saya tanggalkan spek dan letak atas rak (tak setinggi mana pun rak ni), tapi memang selalu letak situ dan Dalila tak akan sampai bila dia hulurkan tangannya. So saya tak kisah sangat bila tengok Dalila berusaha nak mencapainyer haritu...dan saya cuba ajak dia naik atas katil untuk menyusu (dengan niat kalo dia tidur..leh lah nak buat kerja lain).. saya pun pura2 tidur..sesaje pejam mata..kekonon kita tak layan dia..dia jadi bosan so akan datang menyusu dengan saya kemudian tidur..

Tup..tup..ddengan dia sorak..yey!! yes...yes!! rupanya dia dan 'cacat'kan spekmata saya.. mujur tak terus patah. berbaloi juga dengan harga yang saya beli
Sebenaryer lagi teruk..bingkai tu Dalila pusing..dekat2 160o  jugak lah.. saya tak marah, cuma terkejut macam mana dia leh sampai..biasanya dia tak sampai kalo letak "port" tu. Terus panggil Abah (dengan mengharap ayat dari Abah "tak pelah sayang..nanti abang ganti yang baru yer") tapi  Abah datang terus betulkan sampai jadi macam ni.. (tak merasa lah nak dapat spek baru..yang ni masih boleh guna :P)
Dah gaya orang "silang pangung kaki" jer...bukan lagi gaya 'duduk bersila'.



Nak tau apa saya cakap kat Dalila?


*
*
*
*
*
*
*
*
Ganti balik spekmata Ibu..
Ibu ambik duit raya Dalila...hahaha..


Gurau jer..tapi dia tak paham pun..
kalau dia dah paham apa yang di maksud kan "duit raya"..sure dia menangis dengar ugutan saya ni kan.. hihihi



Photobucket

Thursday, May 27, 2010

@Penentuan Arah Kiblat: 28 Mei 2010

Saya mendapat tahu berita ini dari dalam kelander Islam di rumah MIL saya..jadi saya terus Google untuk memastikan kesahihannya agar dapt  dikongsikan bersama..




Penentuan Arah Kiblat pada tahun ini  (2010) boleh dilakukan pada:

28 Mei 2010  -jam 5.16 petang

16 Julai 2010  -jam 5.28 petang

kerana pada tarikh dan waktu tersebut..matahari akan tepat berada diatas Ka'abah. Setiap ayang yang lurus pada masa teresebut akan mengarah kearah Ka'abah.

Anda boleh lakukan dengan cara memacakkan kayu atau apa sahaja objek yang lurus diatas permukaan yang rata (tanah rata) dan ambil hujung bayang (A) menghala kearah matahari. Maka bayang (A) itu menunjukkan arah kiblat yang betul.

sumber rujukan:
1. Mutoha.blogspot
2. Persatuan Falak



Photobucket

Wednesday, May 26, 2010

@ Bau Terbakar...Asap

Semalam pas maghrib saya kasi Dalila makan...sekarang dia dah 100% dah nak makan suap sendiri. Biarlah yang masuk mulut tu berapa butir jer pun..tetap berkeras nak suap sendiri jugak.. Sedang dok kutip nasi yang jatuh..saya terbau macam benda terbakar.. terus panggil Abah suruh Abah check semua plag barang elektrik di rumah. Saya tak masak hari tu sebab my MIL masak banyak. Abah cakap tak de apa2..mungkin bau terbakar dari luar. Orang sedang bakar sampah lah nih..

So..kami pun tak ambik 'port' lah sebab buka dari rumah kami. Tapi kadang2 bau macam benda plastik terbakar..kekadang bau macam benda getah terbakar..kadang2 macam rumput terbakar pun ada.. kan benda2 tu mengeluarkan bau yang berlainan bila terbakar..kita dapat agak dari jenis bau nyer tu kan.

Sampai jam 11malam, rumah sewa kami ni dah macam 'jerubu' dah..mata pun dah pedih2 dah.. Abah dah mula naik angin dah..yerlah dari jam 8 malam sampai jam 11malam..tak habis2 lagi asapnyer.. Abah keluar tengok sape lah yang dok bakar sampah malam2 ni. Tengok2 memang sah ada orang bakar sampah..tp yang "BEST" nyer dia bakar betul2 pintu rumah kami.... dekat tepi longkang blok jer.. Si tukang rajin bakar tu mungkin tak perasan...yang asapnyer dah masuk ke rumah sewa kami di tingkat 2. Rumah dia kat ground floor, mana nak kena asapnyer.

Abah terus masuk ambil air jirus kat sampah yang terbakar tu.. 2-3 kali Abah buat..si tukang bakar tu pun.. menghulurkan kepala..nak tahu sapelah yang padamkan api sampah dia tu...Abah cakap lah.."asap dok masuk rumah kami, tolong bakar jauh sikit ye.." (gini lah ayat lebih kurang nyer.) Tepi blok rumah kami ni bukannyer apa ada pun..kawasan lapang berumput jer. Tak patut lah bakar sampah 1 kaki dari longkang blok..sure asapnyer tak jauh perginyer. Dah la malam pulak tu..


Petang tadi pun ada lagi orang bakar sampah dan rumput2 kering yang baru lepas kena mesin. Tapi sebab bakarnyer agak jauh dari blok dan waktu siang.. angin kuat.. memang tak de lah asap tu nak masuk dalam rumah. Angin tolong 'sapu' asap tu ke arah lain.
Bakar sampah bagus elak/halau nyamuk kan..


Photobucket

Tuesday, May 25, 2010

@ 1st Time Abah Masuk Hospital

Ya..memang ini kali pertama Abah admitted kat hospital sejak usianya dah masuk 32 tahun ni. Kesian Abah.. kisahnyer bermula sejak awal bulan, lepas hantar PakSu ke Kolej Matrikulasi Penang hari tu.. Abah asyik sakit kepala dan demam2 saja. Pas makan panadol..ok kejap..pastu demam balik.

Khamis 13hb Mei Abah gi check dengan klinik panel, kata doktor, tekanan darah Abah -tinggi, dalam 150/70 gitu kalo tak silap Ibu. Doktor pesan kena jaga makan, kurangkan garam apa semua tu lah. dan dapat MC untuk hari esoknyer (Jumaat). Abah sebelum ni yang tak pernah ada darah tinggi, terus risau dan beli BP test digital tu kat farmasi..tak sampai RM100 rasanya satu set.

Demam Abah selalu ON..Off..On..OFF.. Lepas makan ubah..sihat lah kejap..pastu demam balik. Tekanan darah Abah dah ok dah ...cuma demam je. Sampai hari Rabu (19 Mei) Abah masih mcm tu jugak..last2 dia pergi lagi klinik panel..doktor buat surat suruh masuk hospital. Tengah hari kami hantar Abah ke Hospital Pantai yg kt depan rumah kami ni. Doktor ambik darah apa semua..risau denggi kata doktor Pantai.

So Ibu dan Dalila tinggal berdua saja sejak malam Rabu (19hb Mei- 21hb Mei) Jumaat. Abah dah sihat dan boleh discas pada hari Sabtu, 22hb Mei. Sajer Ibu tak update hari tu kat blog, nak tunggu Abah sihat baru Ibu nak update. Sekarang Abah sambung MC dan cuti sampai hari Jumaat ni (28 Mei). Result darah (2kali ambik darah), -ve denggi.

Bukan main seronok lagi Dalila bila tengok Abah dia balik, haritu (masa Abah admitted) dapat tengok Abah bila buat 3G call jer dan 2kali Ibu bawa Dalila jenguk Abah di hospital. Yerlah..hospital bukan kawasan yang sihat untuk bawak budak2 ni kan.

Semoga Abah tak sakit sakit lagi yer...kesian tengok Abah kat hospital hari tu. :(

****************************************************************************


Mungkin Kebetuan Saja

Ibu terlintas sesuatu di fikiran tapi mungkin kebetulan saja benda ni terjadi..

kes 1:
Dalila pernah admitted kat hospital (kes dalam poo poo dia ada lendir darah tu). Masa tu Dalila baru saja sambut hari lahirnya yang pertama.

Kes 2:
Abah admitted kali ni pun masa Abah baru sambut hari lahirnya yang ke 32.

Bukan angka tu yang Ibu yang bagitau..tetapi dua-duanya baru saja sambut birthday 1-2 minggu sebelum admitted. Ibu perasan bila tengok tag hospital di tangan Abah. Tulis 32 Years 0 Month. Dalila dulu tulis 1 Years 0 Month. Hai ..kalo betul lah macam ni pattern nye..tunggu tengoklah apa yang akan berlaku bulan Ogos (birthday Ibu) nanti.



Photobucket

Sunday, May 23, 2010

@ Creative Blogger Award


Award ni pulak baru saja saya dapat dari kak Rynas dan kak Syida Gorjes.

Terima kasih kak Rynas dan Kak Syida

Jadi saya mahu share award ni dengan:
Ummi Eisya
Aten
Azie
Wansteaddy
Ibu QisQas
Ummu Habib Tajuddin
Suziey/ IbuAqeel
IbuDamia
Maslina/ mama Rizqullah
Yan/ UmmiAbbiQis
Paij188
Nieza/ Juzer's Family
Ummi Nuha
Kak Yong
Unlisted_ One
Kak Zaidah
Orked
Hati Ema
Kak SZ Ibu Sarah dan Syimir
Aja/ QQ
Mama Tisya
Ibu Umairah
Yanadzul
IbuAyra
Eliza kru
kak ItaFed
Ainerza
Mama C'FA
Kak Ifa
Mira Latiff
KakNgah
Ummi Salsabila
Lin/ Mama Qaisara
Naurah Makwa
Jiey Mien
Salmi/ mamaAliff
YatieJay
Kak Izan
Cik Yah/ UmmiAisyah
Maya Amir
Mija
Zaza
Kak Siti
Shira/ AshAnas
Putra Mama
UmmiAfifah
Kak NZA
Momma Mia
Nadiah
MeL
nieylemi
Viva Sakura
Kak Sara
MomaLyna
Zur Annaleeya
Zie Fauzie
Miera
nEA flerida
Fiezah91
Rieda98
Miemiey
Azrul Hisham
NazzCoco

Huhuhu..panjang kan listnyer..sambil2 saya ambik link..sambil2 saya up traffic kat blog diorang nih..

Photobucket

@ Award Dari Ummu Habib


Dapat award ni dari Ummu Habib.. cantikkan siap dengan frame dan butterfly lagi tuh.

Terima Kasih Ummu Habib


Nak kasi kat sesiapa saja yang belum pernah dapat lagi award Beautiful Blogger Award ni..
tak kiralah follower ker tak follower ker
Harap sudilah ambik yer..rugi kalo tak ambik dan tak tempek kat blog..

Photobucket

@ Menghilangkan Border Pada Gambar/Image

Huhuhu..saya dah janji dengan Viva Sakura malam tadi nak bagi koding "untuk menghilangkan border" pada gambar..last2 saya pun "terhanyut" sekali time nak tidurkan Dalila.. bangun jam 4.30pagi tengok blog Viva Sakura dan siap tak der border dah.. terer!!

Bagi tak menghampakan diri saya sendiri, saya buat juga entry ini.
Okey..saya bagi beberapa tips... sila try atau CUBA SALAH SATU darinyer yer..

Plan A:
Cara ini sesuai bagi yang rajin mang'upload'kan gambar ke Photubucket. Dan entri kata lain, cara ini memerlukan anda menggunakan Photobucket terlebih dahulu....untuk mendapatkant "Direct Link" bagi image/gambar berkenaan. (Untuk menggunakan perkhidmatan Photobucket, anda perlu mendaftar / Log in terlebih dahulu)

Contoh "Direct Link" seperti dibawah:  http://i625...(dan seterusnya)

Sekiranya anda dah ada "Direct Link"bagi image atau gambar anda itu.. copy dan paste kan dalam koding dibawah:

<img src="pastekan direct link signature anda disini" alt="photobucket" border="0" />

(delate tulisan warna biru diatas..dan gamtikan dengan "direct link" gambar anda itu)


* Bila anda dah paste "direct link" gambar anda ke dalam koding yang saya berikan di atas, gambar anda tidak boleh di klik/ save as/ dicuri oleh sesiapa lagi... contohnya seperti signature saya: walaupun cursor/mouse diletakkan pada perkataan/ signature itu....tiada apa2 perubahan pada cursor kan... (maksud saya cursor tidak berubah menjadi simbul "tangan")

** adalah dikatakan gambar kita akan lebih "ringan" sekiranya menggunakan "direct link" dari Photobucket ni.. jadi masa loading blog kita pun insyaallah akan lebih laju..
tapi tu lah..kena rajin upload ke Photobucket dulu......saya tak rajin..sebab tu saya buat untuk signature saya saja.

Plan B:
Sekiranya anda, malas guna Photobucket. Cara ni boleh digunakan.. tetapi AWAS!! semua bingkai akan hilang termasuk bingkai signature dan bingkai gambar2 yang lain.

(jangan lupa utk save backup dulu sebagai langkah berjaga2 sebelum menukar apa2 coding ya..)


Caranya:
1. Klik Layout > Edit HTML  dan tick pada kotak Expend Template Widget

dan cari coding seperti di bawah ( tekan Ctrl+F masukkan perkataan "  post img  ")


.post img {
  padding:4px;
  border:1px solid $bordercolor;
  }
.post blockquote {
  margin:1em 20px;
  }
.post blockquote p {
  margin:.75em 0;



Tukarkan 1px tu kepada 0px.

2. Preview ..check dah jadi ke tak..kalo jadi klik"Save Template"



p/s: sekiranya anda hanya ingin hilangkan border HANYA PADA SIGNATURE SAHAJA.. saya cadangkan anda try dulu Plan A yang saya berikan diatas.. kalau tak jadi..terpaksa lah guna Plan B
entry lain yang berkaitan signature ada saya buat disini.




LINK untuk kegunaan saya

Photobucket

Saturday, May 22, 2010

@ Lyna's Giveaway

 Nama baby ni Lyna Nurfitrina..comelkan baby..

Very simple2 giveaway yang dianjurkan oleh MamaLyna

Siapa2 yang belum join sila klik SINI yer...

Tarikh tutup: 3 Jun 2010



Photobucket

Friday, May 21, 2010

@ Sekali Sekala..Dalila pun Nak Bergaya Juga

Beri laluan sikit yer..asyik2 entry contest/giveaway saja...

Kali ni nak bagi laluan untuk Dalila pulak..nak letak gambar permata hati Ibu seorang ni.. 
Gambar2 ni baru sahaja Ibu shoot minggu lepas, di sebabkan Dalila sporting hari tu..banyak jugak gambar yg 'menjadi' dalam erti kata lain..gambar tak blur sangat. Nanti kalo Ibu dah grab 'Cik Canon 'seketul nanti, lagi senang lah kerja2 shooting mooting kita ye Dalila ye.

Sebenarnyer Dalila happy + sporting haritu sebab Ibu  pakaikan baju barunye tuh.. 1st time dia pakai.. dia suka sebab ada banyak bear2 kat baju tu.

gaya yang tak disangka2

senyuman ni Ibu suka

gaya catwalk yang dilakukan

dan lagi..Ibu yang paling suka bila banyak gambar "jadi"

muka hairan ni....pun ok jgk.


p/s: Dalila makin pandai diajak bersembang sekarang..seronok sangat kalo sembang2 dengan dia tiap2 hari.


Photobucket

Thursday, May 20, 2010

@ Contest UnguPurple Crazy

Masih dalam mood nak ber'contest... (terjangkit dari Suziey a.k.a IbuaQeel kah aku ni?)

Dalam dok blogwalking terjumpa pulak contest Ungu Purple ni..
so saya pilih gambar ni untuk contest ni.

Gambar ini diambil di depan rumah my MIL tahun lepas. Time kami nak bawa Dalila keluar jalan2. Saya dan Dalila sama2 pakai baju warna purple masa tu.

Slogan:
"Purple atau ungu adalah warna yang cantik dan melambangkan kasih sayang dan romantis. Kerana.. ia adalah dari gabungan warna merah + biru menghasilkan ungu. Seolah2.. merah (perempuan)  + (plus, pengikat)  biru (lelaki) = ungu (kasih sayang/ romantis)"



Sila klik disini jika mahu menyertai contest ini.
Tarikh tutup: 31 Mei 2010


Photobucket

Wednesday, May 19, 2010

@ Contest Kasihnya Atuk

Disebabkan baru terjumpa gambar Dalila dengan MIL yang paling habis terkini yang saya ada...Saya pun nak join contest Kasihnyer Atuk ni jugak..

Dalila memang rapat dengan my MIL..dia panggil "tok".. pantang jumpa mesti tak mau balik rumah sendiri dah. Tapi sekarang my MIL dah jarang ada di rumah..sebab kena teman kan Fa'iq (sepupu Dalila) ke sesi kimoterapi kt GH.

Dan ini lah gambar yang paling clear yang saya suka.

Nama Cucu: Arifa Dalila
Umur cucu: 19 bulan ++
Nama Nenek: Pn. Habsah


Siapa2 nak join jugak sila klik pada banner di side bar (kiri)  blog saya.
Tarikh tutup: 05 Jun 2010


Photobucket

@ Gula Kapas

Saya bukanlah penggemar makanan yang manis2. Tapi bila selalu gi isi minyak kereta kat Petronas, selalu nampak gula2 kapas ni.. pink jer kan.. cantik jer dok tergantung gitu.. macam memanggil2 pulak..suruh kita beli dia. 


Hari tu ada nampak dalam citer "Adamaya"..si Dani belikan Maya gula2 kapas..sebab nak pujuk si Maya.. so sweet kan..

Dah lama tak makan benda2 merapu gini. Last2 saya beli jugak haritu ... RM1.80 je satu bungkus.. ingatkan Dalila nak makan jugak.. Last2 saya sorang jer, hubby dan Dalila memang tak suka benda manis2.

Korang pulak, bila last makan gula2 kapas ni?




Photobucket

Tuesday, May 18, 2010

@ Harum Sundal Malam Naik Eskelator?

Wah..tajuk hari ni cam pelik sikit..hahaha..saje nak kasi gempaq sikit.

Pokok bunga Harum Sundal Malam


My MIL memang suka tanam pokok bunga. Mujur rumah dia atas tanah...atau erti kata lain "ground floor" tak seperti rumah sewa saya ni. Bukan nak citer pasal rumah..tapi koleksi terbaru pokok bunga MIL saya iaitu "Bunga Harusm Sundal Malam" (BHSM).

Sedikit sejarah pokok bunga Harum Sundal Malam ni, ianya berasal dari Amarika Tengah. Dan dinama sedemikan kerana kembangnya pada waktu malam dan mengeluarkan bau yang amat wangi.

hasil tembakkan cik Sony T9 ku....boleh lah kan..

Berbalik kepada citer pokok HSM my MIL ni, kami beli satu pokok RM15. Beli masa pameran di Sunshine Square kelmarin. Rasa macam murah pulak harga pokok ni...selalu ingat harganyer mesti RM20 ++ gitu. cantik kan pokoknyer.. mesti korang pun nak juga pokok ni kan.. hihihi



dan

ini lah gambar yang menyebab kan tajuk pelik untuk hari ni..
*
*
*
*
*
*
*
*



Pokok bunga Harum Sundal Malam naik eskelator.... betul kan..gelakguling


jangan marah yer....

Photobucket

Monday, May 17, 2010

@ Seketika di Fiesta Safi 2010

Banner kat web side Suria.FM dah balik baru check


Saya sebenarnyer tidak tahu pun yang shopping complex area rumah saya ni sedang mengadakan Fiesta Safi 2010 kelmarian. Saya sampai sana, seperti biasa- hanya untuk membeli barang keperluan rumah.. tiba2 ternampakbanyak banner "Suria.FM" dan seseorang sedang menyanyi diatas pentas seakan2 pertandingan karaoke jer.

Abah ajak pergi beli barang dulu, lagi pun Dalila ada dirumah MIL. Masa on the way tu, ternampak iklan ni..
Baru tahulah saya yang ramai2 tadi tu ada artis rupanyer.. hihihi..sorry.. tadi tak sempat nak ambik port.
Lepas habis shopping, kami ke pentas konkos semula. Tapi time tu dah sesi penyampaian hadiah dah.. tak sempat pun nak tengok artis menyanyi.


Hihihi....kalau saya sampai awal kat fiesta ni..sure saya join jugak..tapi bukan nak join karaoke tu jer..nak join main "putar2 roda impian" tu jer. menari


pengacara Suria.FM
Maaf gambar blur..dua2 orang tak mau dok diam..sila marah kat diorg yer..

Jom kita ramai2 dengar radio Suria. FMpeace


***sorry..semalam saya salah taip..saya taip Sinar.FM..yang sebenarnyer adalah Suria.FM

Photobucket

Sunday, May 16, 2010

@ Contest Senyuman Paling Menawan

Sayang telah di tag oleh Momma Mia dengan contest ni...Contest Senyuman Paling Menawan.. rasanyer tak berapa layak nak join sebab saya bukannyer pandai nak senyum2 depan kamera ni...pemalulah katakan..tapi tak pe, Momma Mia punya pasal..saya langsaikan juga tag + contest ni.


Sebab musabab saya suka senyum:
  • sebab satu sedekah (senyum kan free jer..dapat pahala pulak)
  • sebab orang kata leh awet muda
  • sebab nak cari ramai kawan/memulakan perbualan..so kenalah senyum selalu..
  • sebab minda menjadi tenang bila tengok orang senyum pada kita, so..kenalah senyum kat diorg dulu..

Mangsa2 tag untuk kali ni:
Kak Syida Gorjes
Kak Rynas
Kak YanaDzul
Azie
Kak Ainerza
Mama C'FA
Ya Alya


So, kawan2 ku sila terjah blog penganjur yer pasni.

Tarikh tutup: 20 Mei 2010


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...