nak join? klik banner ni yer

Friday, April 23, 2010

@ My Dream Destination

Destinasi impian saya adalah Netherlands atau dikenali sebagai Hollands atau nama biasa kita sebut adalah Belanda. Negara ini berada dalam kawasan benua Eropah. Saya amat tertarik untuk ke sana kerana pernah melihat dokumentari berkenaan negara ni di televisyen suatu masa lalu. Oleh sebab itu, sekiranya diberi peluang saya ingin melihat sendiri negara Holland ini dan bagaimanakah muka buminya sehinggakan ianya boleh di katakan berada dibawah paras laut... sungguh menakjubkan!

Amsterdam merupakan ibu nagara Netherlands. Sekiranya saya sampai di sini saya akan menaiki bot dan menyusuri sepanjang terusan sembil menikmati keindahan seni bina bangunan dan pancaran lampu-lampu yang sungguh mempersonakan sepanjang malam.

Amsterdam di kala malam.

 Seni bina bangunan yang sungguh menarik

Dapat dinner atas bot lagi pulak..alahai..romantisnya kan..

Selain itu, saya pasti tak akan lepaskan peluang untuk melihat bunga tulip di Keukenhof Garden dan ladang tulip. Dah nama pun perempuan kan..sure minat dengan bunga2 kan.(tengok deko kat blog lah..).
Nak ambil gambar banyak2 di Keukenhof Garden

Ladang tulip yang selalu nampak dalam gambar kalendar sahaja.. here i come!!

Dan destinasi seterusnyer adalah ke Kinderdijk untuk melihat kincir angin. Sungguh saya teringin nak tengok kincir angin ni, kat kampung saya tak de :P. Kincir angin di Kinderdijt ni pada tahun 1997 telah di senaraikan dalam Unesco's Worlds Heritage List. Wah..bestnyer..nak tengok..nak tengok..
Terdapat 19 buah kincir angin di sini

Satu lagi daya tarikan di Netherlands adalah keju, kejunya memang terkenal di seluruh dunia. Saya akan ke Alkmaar untuk membeli beberapa potong keju sabagai buah tangan buat ahli keluarga dan kawan2 di Malaysia.
Tengok betapa banyak dan besarnya keju yang di jual di sini

Harap2 suatu hari nanti saya akan dapat ke sini, insyaallah..maybe on our next wedding anniversary...hihihi. Nak kena check dengan MAS traveller.com nih. Korang pulak macam mana? kat mana destinasi impian korang?

Episod 4-Project Alpha Season 2


Episod 5- Project Alpha Season 2



Episod 6- Project Alpha Season 2


Episod 7- Project Alpha Season 2



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Photobucket

11 comments:

Unknown said...

bestnya lah kan kalau day dreaming kita tu come true...

azzul said...

may ur wish come true...

Sharifah Norizan Syed A Kadir said...

ya allah.. nk pi jugakkk. best nyerr.. kene kumpul duit bertong2 baru leh pi ni hihihih

Farra Rizal said...

Jom join blog kite yg baru…blog lama (mybaby-farisha) problem…coz x view new entry…tengah bengang gile niey

Ni blog baru saye…

http://terataimewangi.blogspot.com/

ade yg menarik tau…nak layout muka sendiri??trylah..

Ummi Eisya&Amani said...

nak ikut leh..hihihi...

Unknown said...

teringat masa lepas spm dulu penah apply nak ikut 1 family ni p belanda.. konon2 nak jadi pengasuh utk anak2 org tu la... huhuuu, sudahnya x dpt pun.. kehkehkeh

alinalan said...

wah bestnya kalo ur dream come true... InsyaAllah one fine day. good luck!

nadnye said...

wah.. rajin sungguh cik Min nie buat contest.. kali project Alpha yea.. macam best jea nak join..

Netherland, teringin jugak nak gi ke kawasan pedalaman dia, kincir air dan bunga2 tapi ibukota Amsterdam nie, sex city jugaklah, dia ada red zone dan muzium lagi..

Nia said...

dah lama nak melawat kincir angin tu..huhu...

Suziey Ahmad said...

cewah...may ur dream come true:)

p/s: kita pn kolej yg sblh cafe tu..A1 jgk la..tingkat 4..ats skali..sains fizik..hehehe..awk course ape?tgkt bape?

10 said...

wah... bestnya tempat yg kak min nk p... mudah2an impian mu tercapai... aminnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...