nak join? klik banner ni yer

Thursday, April 8, 2010

@ Dalila Demam & Beautiful Blogger Award

Salam semua,

Hari Dalila xsihat, kelmarin dia baru kena injection untuk umur 16 bulan kat klinik gov. Malam tadi jam 12.30mlm, kami bawak gi klinik "Hope" kat sg.Ara sebab badan dia panas sangat..lagi satu dia xmau langsung makan ubat..habis dia luahkan/keluarkan balik semua syrup paracetamol tu-semua terlekat kat baju+seluar Ibu dan juga cadar/lantai.

Hari ni, dah okey sikit...tak de panas sgt mcm malam tadi. Tapi Ibu bagi jugak ubat demam tu jam 11pagi td. Harap2 harini dia sihat lah..sampai hati nak 'lipat' badan dan bergelut dgn dia lagi time nak bagi ubat.

***********************************************************************************
***********************************************************************************

Nak ambik kesempatan nak menempek award kejap..

BEAUTIFUL BLOGGER
AWARD
TERIMA KASIH kepada Kak Long NAZULA dan SYIDA kerana teringat pada Ibu dan menghadiahkan award ni pada Ibu..syoknyer dapat award ni.menari
Ini merupakan 1st award yg Ibu terima untuk tahun 2010 ni.. yey!!! Terima kasih

Senaraikan 7 perkara tentang diri saya? Apa yg korang xtahu lagi yer?

  1. Asal Jitra Kedah, yg ni dah tahu ker?
  2. Kat sek dulu2 aktif giler, asal ada kuiz ada program ada2 mesti muka aku yang ada..kadang2 tu cikgu paksa..sampaikan nk jadi juru tulis markah/pegang dulang pun haku..anak emas cikgu or kaki bodek cikgu haku ni dulu2..hahaha
  3. Tak suka pakai cermin mata..tapi terpaksa jgk pakai hari2 sbb power dah 350 dah kedua-dua belah mata
  4. Anak bongsu, atas saya ada 4 org abg. tak de kakak..tak de adik.
  5. PMR dulu2 dapat 5A 3B...SPM? alhamdulillah..bolehlah tercapai target saya..tak lebih 18 argregat.
  6. Kat sek dulu2 dan time matrik mmg minat giler dgn subjek Fizik. Tak akan akan kasi can org lain ambik hadiah subjek Fizik masa hari anugerah kecemerlangan sek.. giler punya konker haku ni time muda dulu2..
  7. B0leh cakap bahasa Thai sbb ayah bukan org Malaysia..bukan warganegara.

Photobucket

9 comments:

Noy said...

kalau tak nak ubat telan,how bout suppository..yang masuk bontot tu..

10 said...

semoga dalila cepat sembuh ya... makan ubat tau... jgn luah balik ek...

[-suziey-] said...

get well soon dalila..kesian dia ...

nadnye said...

dalila dah pergi cucuk yea.. Sarah blum lagi gi sebab asyik selsema dan batuk jea.. tak pun kitaorang plak busy.. hehehe..

Terror la Min nie, anak emas cikgu pun..:P

Nur Faziha said...

Ubat memang kena bagi.. kan? macam anak kita pun suka muntah kan balik.. tapi kena bagi jugak kan.. nak share.. bila anak demam, bacakan berkali-kali surah Al-Anbiyak ayat ke 69 tak berhenti & surah Al-Fatihah sambil letakkan air kat kepala anak.. insyaAllah.. surah al-anbiyak tu bermaksud "Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada
Nabi Ibrahim" - kisah semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaum apa tak ingat.. selamat mencuba..!

mamaAliff @ salmi said...

alahai cian syg dalila cikmi nih...moga cpt sembuh ye syg...

buat min, sawadikappppp..hihi...

Dayah said...

hope Dalila cepat baik..demam sbb injek, sat saja tuu..

oo..ayah org Thai..patutla Ibu Arifa ni cantik orgnya...

Izan Ishak said...

arifa..moga cepat sembuh ye!

YatieJay said...

WAaahh...Dalila boleh cakap 3 bahasa. Bagusnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...