Rasanyer belum pernah lagi Ibu menulis cerita pasal fogging denggi ini. Petang hari Khamis (22 Apr 2010) baru ni, dengar orang buat announcement pada jam 5.30 petang tu, bagi tahu yang akan diadakan foggimg di sekitar blok dan kawasan perumaham kami pada jam 6.30 petang nanti. Ibu terus jer call Abah suruh Abah balik awal sikit petang tu. Pastu Ibu terus tutup/cover lah apa yang patut contonhya seperti pakaian2 dan permainan Dalila, katil, pinggang mangkuk serta barang makanan.
Dah siap semua Ibu bawa Dalila turun, tunggu Abah kat bawah. Hari tu Abah tersangkut dalam jraffic jam.. so Abah sampai pick up kami masa orang sedang fogging. Merasalah Dalila bau dan tengok asap kepul2 tu.. mula2 dia syok..lama2 bila asap makin banyak..dia jadi takut pulak.
Ni gambar pada hari Khamis lepas:
baru nak mula fogging.. Abah tak sampai lagi..Ibu dan Dalila tunggu Abah di kawasan parking.
Asap dah mula banyak
Muka budak suka tengok asap
Dia suka lagi..1st time tengok asap banyak mcm ni sejak umur 1 tahun ++ ni.
Masa tunggu Abah solat di masjid.
Lama2 Dalila macam takut dengar bunyi bising orang fogging tu..dah la keliling penuh asap jer.. dia dah mula nak nangis.. mulalah dia nak cari Abah dia..(anak Abah tau!) mujur Abah dah sampai masa tu. Abah ambik terus kami singgah Masjid Bayan Baru, Abah nak solat Asar. Pastu gi makan, dekat jam 8 baru balik rumah. Balik awal2 pun rumah berbau busuk lagi.
Kawasan rumah kami ni "orang kata" black area untuk denggi..yer lah belakang blok ni ada sungai yang airnyer tak berapa nak mengalir bila tidak hujan. Tapi kami tinggal/sewa rumah kat sini jugak sebab dekat dengan tempat kerja Abah dan rumah MIL Ibu. Bila terlalu banyak nyamuk, tido pakai kelambu lah + tarik kipas angin sekali masuk dalam kelambu :P.. penang kan malamnyer agak panas.
11 comments:
samalah kawasan umah azie pun kak min..mmg black area denggi..mudahan kita sentiasa sihat..amin
hi min..krn selalu berhati2 dgn nyamuk lah ye...
kawasan rumah izan ni pun dah 2-3 kali jgk kena fogging...tp nasib baik longkang dorg akan bersihkan 2 minggu skali..
dalam rumah disembur tak???kalau disembur cik lip cik cic semua mati berkelimpangan hahahahhaa
bagus ler ader fogging cam ni...kawasan rumah ayu tak der lak fogging2 ni...so kena beringat2 sendiri jer lah...
TO AZIE: sama jgk ker.. risau kan Azie. lebih2 lagibila nampak ada kesan nyamuk gigit. harap kita semua dijauhkan lah dgn kes2 mcm ni.
TO KAK IZAN: Baguslah ada yg sudi membersihkan longkang2 tu..kat sini susah..ramai yg stay sini pun pekerja2 kilang..so, time ada kat rumah tak menentu.
TO KAK FID: hahaha..kami xbuka pintu pun, sbb nak keluar gi makan2 pastu..tapi rasanyer dia akan sembur sampai kat pintu jer..tak masuk dlm rumah. nasib baik kali ni okey sikit..kalo tak..lantai rumah mcm sticky jer..dah lah kita ada budak kecik.
TO IBU DAMIA: Betul tu..kena berwaspada sendiri jgk lah.tapi mungkin kawasan rumah ibu damia xbanyak kes denggi lagi kot. tu yg xkena fogging tu.
Bayan Baru..SG Nibong dan kwsn sekitarnya mmg black area utk denggi.dayah pun denagr org kata sbb ramai kwn dok area2 tu.. take care
ooo... kat ctu black area ek... baru tau...
dulu2 ada juga depa wat fogging kat kg ni tapi skrg dah xda pun... nyamuk mmg byk almaklum la dalam kebun getah... kami pun tido pakai kelambu...
cute la dalila..dah nampak tinggi dalila..siap masuk kipas dalam kelambu tu..lawak tuk..wei,aku takut pakai kelambu tau..seram..
Post a Comment