nak join? klik banner ni yer

Friday, April 30, 2010

@ Tag: Cekodok Pisang

Waa.. tengok gambar cekodok ni, macam sedapkan.. sapa breakfast tadi makan cekodok pisang angkat tangan!!tanduk

1. Sila 'copy' gambar cekodok dibawah:


2. Sebutkan nama penghantar sarapan cekodok ini.
Aten atau nama glamornyer '10'

3. Beritahu kenapa sarapan cekodok pisang ni menjadi pilihan anda?
Sebab sedap. Lagipun senang nak buat. Makan pulak time masih panas2.. pergh... bayangkan lah..rindu

4. Tag game ni hanya boleh di 'pos' kan pada waktu pagi "before noon".
Orait..donepeace

5. Akhir sekali 'pass' kan tag game ni pada 4 rakan anda yang lain.
Nak 4 org jer..kena pilih la pulak...fikir
okey,enjoy lah cekodokk ni yer kawan2..



p/s: sebut cekodok, teringat masa sek rendah dulu2, ada sekor kodok/katak masuk tidor dalam bag sekolah saya, esoknya dah dalam kelas baru saya perasan, masa tu cikgu dah ada dalam kelas, terpaksalah saya balut si katak tu dalam kertas, pastu pura2 gi buang sampah kat tong sampah luar kelas. Sape pun tak tau masa tu, yang dalam bag saya ada katak.. hahahagelakguling mujur saya bukan penggeli dengan katak. kalo tak...busuk


Photobucket

Thursday, April 29, 2010

@ Gorgeous Blogger Award

Buku 555 saya (ada kat tepi-kanan) dah makin nak penuh.. so ni nak buat/selesaikan dengan segera nih.. huhuhu..

Gorgeous Blogger Award

Award ni saya dapat dari Ibu Aqil a.k.a Salina. Terima kasih IbuAqil.. cantik award nih!

So, saya nak pass this Gorgeous Blogger Award to:...


Fuh..panjang dah list nama ni..ada yg tak tersenarai lagi tu, next award saya kasi okey..

p/s: kalau boleh nak kasi kat semua kawan2..tp tak terdaya nk listkan semuanyer :(


Photobucket

@ Adibah Nor Di Iklan Libresse

Korang semua sure dah tengok iklan Libbresse ni kan.. ada Yuna, Adibah Nor dan Chong sisters tu. Tapi saya suka yang iklan Kak Aibah Noor tu lagi.
Mula2 macam lawak jer bila part Kak Adibah tu letak buah tembikal kat belakang tu.. pastu bila lihat reaksi muka nya tuh.. memang terasa lucu giler.. Hahahaha.. pandai Kak Adibah Nor ni (saya peminat Adibah Nor hokey!)

Bagi sape2 yang lum sempat tengok lagi atau nak tengok berulang kali.. ni video iklan tu..saya dah cari malam tadi..


Iklan Libresse yang saya suka!

Lepas tengok iklan/video ni terasa macam nak tukar ke jenama ni pulak.. hihi.. berkenan dengan ciri-ciri 'istimewa' nyer tuh. Dah lama saya setia pada jenama cik K, dari bungkusan warna putih masa mula2 keluar dulu, sampai sekarang-dah macam2 warna dah.

Nanti saya dah try Libresse ni..saya bagitau ek.. tapi kalo korang dah try dulu pun bagitau saya jugak yer..
Sharing is caring kan..



p/s: masa dok blogwalking tadi..jumpa satu side ni..bunyi ala2 cam tak puas hati jer bila Yuna jadi model iklan tuala wanita Libresse ni.. katanyer katanyer Yuna ni ciri2 wanita muslimah (bertudung) tak sesuai jd model iklan tuala wanita... korang setuju ker?


Photobucket

Wednesday, April 28, 2010

@ Hati2 yer Kawan2 Peniaga On9 Semua

Kelmarin semasa dok blogwalking sambil2 tengok online bizz kawan2.. saya menjengah di blog Sweet Pinky Stuff..dulu pernah nak beli baju Dalila kat sini. Terbaca pulak satu entry yang agak menggemparkan..Kes PENIPUAN yang telah melibatkan ramai mangsa.

Laporan polis telah dibuat terhadap perempuan yang bernama Amira ni. Tunggu je lah balasannyer.. Korang sila Klik SINI yer untuk mengetahui cerita ni secara detail.. sambil2 tu saya tolong promote blog akak yang ditimpa musibah ni. Senarai blog2 yang terlibat pun ada ditulis termasuk juga blog si Amira tu..

Berhati2 yer kawan2 yang ada bisness. Mintak kita semua dijauhkanlah dari benda2 yang begini kan. Beringat sebelum kena betul tak?




Photobucket

@ Makan di Ah' Basri

Malam semalam gi makan satay kat Ah Basri, al-maklumlah bos punya birtday.. harus kena raikan 3 hari 3 malam..hihihi..

Ni 1st time kami makan kat restoran Ah Basri, baru jer buka dalam kat bangunan baru yg di namakan D'Piazza.

Signboard kedai
Halal okey..

Sebab 1st time masuk restoran ni, so xberapa nak reti nak pilih satay apa yg berkenan dihati. Biasa beli kat luar ada 2 pilihan jer.. satay ayam dan satay daging. Kat Ah Basri ni, macam2 jenis satay ada.. satay rusa, satay burung unta, satay itik. Kalo nak oder satay ayam pun kena pilih nak yg ori ker yg black paper atau BBQ. Haa..mau kena ambik masa jugak nak pilih nih..

Kami oder yg ni...total +-RM 46.

Kedai Ah Basri kat Bayan Baru ni 2 tingkat, so nak lah makan kat tingkat atas. Tak ramai orang makan disini malam tu.

Satay yg di order dah sampai..

bersama nasi himpit

Nampak jer macam sikit kami order..tapi kami bertiga makan sampai kenyang sesangat.
Suami makan sikit jer satay ni sbb dah kenyang makan wrap chic (ala2 twister KFC).. dalila 1 cucuk jer..yg lain saya kena habiskan semua.
Alhamdulilah.. saya memang suka makan satay..
Sape suka makan satay jugak angkat tangan!!!

budak ni kata sedap!!




Photobucket

Tuesday, April 27, 2010

@ Tukar Sabun Mandi

Hari Ahad gi shopping barang rumah sikit. On the way jalan nak gi bayar, nampak pulak sabun mandi ni, macam murah jer. 2 pack RM10. Kebetulan sabun kat rumah pun dah nak habis dah. Tapi kat rumah, saya guna g&g milk bath. Saya selalu macam ni tau.. suka tukar2 sabun mandi, asal rasa murah jer saya beli...hihihi, Sebelum g&g saya guna dettol, ni pas habis sabun May ni, tak tau sabun apa lagi akan saya try pulak.. okey ker tak, kalo kita selalu tukar2 sabun mandi macam ni?

Korang macam mana? sama pe'el mcm ni jugak ker..atau setia pada satu brand jer?



Photobucket

Monday, April 26, 2010

@ Dalila 1 tahun 7 bulan

Nak update sikit milestone Dalila setakat 1 tahun 7 bulan ni.
  1. Dah pandai sebut "ibu..ibu" dah..kekadang jer dia sebut "abu..abu"- good girl!
  2. Suka sangat tanya.. "ni apa?....ni apa?" kat Ibu dan Abah..dia tanya banyak2 kali..so kami kena rajin ulang jawapan tu banyak2 kali jugak lah.
  3. Paling tak suka makan ubat, Ibu sebut nak makan ubat (uabat demam kena inject umur 1 tahun 6 bulan aritu) terus dia nagis2..terus dia bagi alasan..cakap "nak anen"..."nak anen".. tiap2 kali macam ni.
  4. Senang kalo ajak gi mandi. Dulu2 agak susah..ikut mood dia jer.
  5. Teramat rajin nak gosok gigi sekarang..pantang nampak atau teringat kat berus gigi.. dia akan cakap "gigi..gigi"..banyaknyer dia suka hisap ubat gigi yg ada kat berus tu..mintak2 tambah2 lagi bila habis. Dia kasi jugak Ibu berus kan gigi dia..tp tak sempat berus semua gigi..dia tak kasi can tu lama2.
  6. Bila makan dia suka suap sendiri...w/pun habis sepah kat lantai.
  7. Suka sangat kalo ajak cuci tangan..kat kedai makan pun dia mcm ni.
  8. Bab nyanyi2 dan tiru2 iklan bercakap tu..memang terer.. habis orang dalam iklan tu cakap..Dalila pun sama habis ajuk..dia akan sebut "yey! yey!".. atau tersipu2 malu.
  9. Bila bangun tidur, dalila dah tak nangis2 dah bila tengok xde sape2 kat sebelah..Ibu perasan sejak awal Feb aritu dia macam ni.. bagus sayang.. :)
  10. Boleh dah kita suruh/bg arahan suruh dia gi ambikkan sesuatu..selalunya kami suruh dia ambikkan remote astro lah.
  11. Bila masuk bilk tidur jer..time nak tidur..dia lah akan jadi tukang tutup pintu bilik..kalo kita yg buat dia tak kasi..nasib baik xpernah ter'apit lagi kat pintu.
  12. Tiap2 dia nak tidur..bila Abah ada dirumah..sure dia nak Abah baring sama2.. teman dia "anen" (menetek) sampai dia tidur.. kalo dia xtidur lagi tapi Abah dah curi2 keluar bilik..dia amuk..dan panggil balik Abah..suruh tido/baring sama..kadang2 siap gi tarik tangan suruh masuk bilik tau. Anak Abah betul!
  13. Takut tengok viper kereta bergerak2..susah Abah nak drive kalo time hujan..pasang viper..si Dalila melalak..dulu dia okey jer dgn viper ni..sekarang jer dia mula takut.
Okey sayang, semoga membesar dengan sihat dan selamat yer..jadi anak yg solehah yer..patuh suruhan Allah..dengar cakap Ibu tau!

Photobucket

@ Celebrate Birthday Abah kat SR

Kelmarin 25hb kat Penang mendung dan hujan jer sampai ke petang. So, agak lambat dan liat nak keluar celebrate birthday Abah.. dekat jam 4 petang baru we all bergerak ke SR (Secret Resepi).. seolah kemestian jer bagi kami.... asal birthday jer..terjah SR. Tak de plan nak ke tempat lain. Last masuk SR pun 2 bulan lepas..kat SR di Jitra.

So, untuk birthday Abah kami ke SR Bayan Baru. Happy birthday Abah!!

Ni video masa makanan belum sampai, Dalila sibuk nak "teroka" segala yg ada atas meja tu. (Dan birthday boy..control2 encem sikit dalam ni..hihihi)


Dia tanya " Ni apa?"



Bila dah dengar jawapan..dia menari2 pulak..


On the way balik SR , hujan lebat pulak... bestnyer kalo dapat tidur petang sekali sekali macam ni kan?.


p/s: malam jam 12 tgh mlm 25hb.. Ibu dan Dalila nyanyi2 lagu "Happy birthday" kat Abah.. sampai kat part yg kena sebut nama birthday boy tu..Ibu diam kasi can Dalila nyanyi sorang2 dia sebut "Abahhhh.."..so sweet tau.. 2-3 kali ulang lagu tu... hihihi.

Photobucket

Sunday, April 25, 2010

@ Ini lah Rahsia mereka



















Tengok video ni kat FB kawan. Hahaha.. macam lawak pun ada jgk.

anggapkan sajalah sebagai lawak di hari Ahad.
 jangan marah yer..


Photobucket

@ Happy Birthday Abah!!

Today is 25 April, its my hubby birthday....yey!
Amongst the stars that are in the sky
You are the most shining and brightest
Along the long, task road of life
You have been at my side
You have wiped out my tears
All through the years
But Oh..! My dear
I have done nothing for you
I have always tried my best
To make fights with you
But I know my dear
Like stars studded in the sky
Your heart is vast and wide
And hence I will always LOVE YOU….!


Happy Birthday to my Husband

Sayang dan Arifa Dalila sayang kat abang tau...kiss..kiss



Photobucket

Saturday, April 24, 2010

@ Orang Blenderkan Baby?

Tadi pagi dengar segmen "Tanyalah Ustaz" kat TV9. Topik kalo tak silap " keliru identiti" cakap pasal orang yg tukar jantina, macam mana golongan ni nak bertaubat dan sebaginyer. Sempat lah dengar sikit sambil dok membasuh pinggan kat dapur tu. Dah siap kerja2 dapur, join lah Abah tengok Ustaz Zamri menyelesai beberapa panggilan daripada pemanggil2 yang ada ke muskilan.

Tapi part yg buat Ibu tersentap tu bila Ustaz cakap..ada yang sanggup nak lari daripada malu sehinggakan sanggup buang bayi..dan sampai "blender" kan bayi tu..tak nak orang kesan..tak nak orang tahu yang dia telah lahirkan bayi. Dasyat kan..blender tu..1st time Ibu dengar.

Ibu dengar pun mulalah dok fikir yang bukan2..selalu Ibu macam ni..dengar yang pelik2..mulalah otak ni ligat nak bayangkan segala bagai. Bayang mcm mana nak masukkan baby dalam "blender" yang kecik tu.. tulang dan tengkorak baby tu jadi hancur jagak ker? Nauzubillah lah kan..


Jari2 kecik Dalila masa umur 5 hari.



Photobucket

@ Kawasan rumah kami kena fogging

Rasanyer belum pernah lagi Ibu menulis cerita pasal fogging denggi ini. Petang hari Khamis (22 Apr 2010) baru ni, dengar orang buat announcement pada jam 5.30 petang tu, bagi tahu yang akan diadakan foggimg di sekitar blok dan kawasan perumaham kami pada jam 6.30 petang nanti. Ibu terus jer call Abah suruh Abah balik awal sikit petang tu. Pastu Ibu terus tutup/cover lah apa yang patut contonhya seperti pakaian2 dan permainan Dalila, katil, pinggang mangkuk serta barang makanan. 

Dah siap semua Ibu bawa Dalila turun, tunggu Abah kat bawah. Hari tu Abah tersangkut dalam jraffic jam.. so Abah sampai pick up kami masa orang sedang fogging. Merasalah Dalila bau dan tengok asap kepul2 tu.. mula2 dia syok..lama2 bila asap makin banyak..dia jadi takut pulak.

Ni gambar pada hari Khamis lepas:
baru nak mula fogging.. Abah tak sampai lagi..Ibu dan Dalila tunggu Abah di kawasan parking.

Asap dah mula banyak

Muka budak suka tengok asap

Dia suka lagi..1st time tengok asap banyak mcm ni sejak umur 1 tahun ++ ni.

Masa tunggu Abah solat di masjid.

Lama2 Dalila macam takut dengar bunyi bising orang fogging tu..dah la keliling penuh asap jer.. dia dah mula nak nangis.. mulalah dia nak cari Abah dia..(anak Abah tau!) mujur Abah dah sampai masa tu. Abah ambik terus kami singgah Masjid Bayan Baru, Abah nak solat Asar. Pastu gi makan, dekat jam 8 baru balik rumah. Balik awal2 pun rumah berbau busuk lagi.


Kawasan rumah kami ni "orang kata" black area untuk denggi..yer lah belakang blok ni ada sungai yang airnyer tak berapa nak mengalir bila tidak hujan. Tapi kami tinggal/sewa rumah kat sini jugak sebab dekat dengan tempat kerja Abah dan rumah MIL Ibu. Bila terlalu banyak nyamuk, tido pakai kelambu lah + tarik kipas angin sekali masuk dalam kelambu :P.. penang kan malamnyer agak panas.



Photobucket

Friday, April 23, 2010

@ My Dream Destination

Destinasi impian saya adalah Netherlands atau dikenali sebagai Hollands atau nama biasa kita sebut adalah Belanda. Negara ini berada dalam kawasan benua Eropah. Saya amat tertarik untuk ke sana kerana pernah melihat dokumentari berkenaan negara ni di televisyen suatu masa lalu. Oleh sebab itu, sekiranya diberi peluang saya ingin melihat sendiri negara Holland ini dan bagaimanakah muka buminya sehinggakan ianya boleh di katakan berada dibawah paras laut... sungguh menakjubkan!

Amsterdam merupakan ibu nagara Netherlands. Sekiranya saya sampai di sini saya akan menaiki bot dan menyusuri sepanjang terusan sembil menikmati keindahan seni bina bangunan dan pancaran lampu-lampu yang sungguh mempersonakan sepanjang malam.

Amsterdam di kala malam.

 Seni bina bangunan yang sungguh menarik

Dapat dinner atas bot lagi pulak..alahai..romantisnya kan..

Selain itu, saya pasti tak akan lepaskan peluang untuk melihat bunga tulip di Keukenhof Garden dan ladang tulip. Dah nama pun perempuan kan..sure minat dengan bunga2 kan.(tengok deko kat blog lah..).
Nak ambil gambar banyak2 di Keukenhof Garden

Ladang tulip yang selalu nampak dalam gambar kalendar sahaja.. here i come!!

Dan destinasi seterusnyer adalah ke Kinderdijk untuk melihat kincir angin. Sungguh saya teringin nak tengok kincir angin ni, kat kampung saya tak de :P. Kincir angin di Kinderdijt ni pada tahun 1997 telah di senaraikan dalam Unesco's Worlds Heritage List. Wah..bestnyer..nak tengok..nak tengok..
Terdapat 19 buah kincir angin di sini

Satu lagi daya tarikan di Netherlands adalah keju, kejunya memang terkenal di seluruh dunia. Saya akan ke Alkmaar untuk membeli beberapa potong keju sabagai buah tangan buat ahli keluarga dan kawan2 di Malaysia.
Tengok betapa banyak dan besarnya keju yang di jual di sini

Harap2 suatu hari nanti saya akan dapat ke sini, insyaallah..maybe on our next wedding anniversary...hihihi. Nak kena check dengan MAS traveller.com nih. Korang pulak macam mana? kat mana destinasi impian korang?

Episod 4-Project Alpha Season 2


Episod 5- Project Alpha Season 2



Episod 6- Project Alpha Season 2


Episod 7- Project Alpha Season 2



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Photobucket

Thursday, April 22, 2010

@ Pengumuman Contest di blog IbuArifa

Buat pertama kalinyer blog IbuArifa akan menganjurkan satu contest... jangan risau, contest yg simple2 saja.  Semua blogger boleh join, sama ada yang masih single mahu pun double atau yang kembali single semula.. hihihi.

Kalau ditanya kenapa teringin nak anjurkan contest? sebenarnyer niat nak buat contest ni dah lama, cuma asyik tertangguh jer, tetapi memandangkan hujung bulan April ni merupakan ulangtahun kelahiran suami saya, disamping ada 1-2 lagi rezeki yang Allah kasi lebih dalam bulan ini, ALHAMDULILLAH.. saya rasa inilah masa yang sesuai. Lagi pun selalunya sebelum ini saya akan menjadi peserta contest saja..so kali ni nak tukar kerusi ke kerusi penganjur pulak.

Risau jugak  sekiranya tidak mendapat sambutan jadi saya harap kawan2 semua sudi lah join contest saya ni yer. Nantikan pelancarannyer  petang nanti atau esok ok!

*********************************************************************

Gambar yg tiada kaitan dengan entry "Pengumuman Contest di blog IbuArifa"

Dalila sedang melakukan kerja2 geledah yang amat di gemarinya :P




Photobucket

Wednesday, April 21, 2010

@ Pukau ?

Pukau? seram jer kan bila dengar cerita2 mangsa2 yg terkena pukau ni.. bukan saja kehilangan wang ringgit dan harta benda, ia juga boleh membuatkan seseorang itu dinodai dalam keadaan 'sedar diri. Rata2 mangsa pukau mengatakan bahawa mereka sedar mereka sedang di pukau tetapi minda mereka tidak dapat mengingkari apa sahaja suruhan si prmukau ini. Bahaya kan!!
 pic sumber: En. Google

Saya menonton siri bual bicara di WHI di TV3 yg membincangkan topik " Pukau di Zaman Moden". Tetamu jemputan untuk topik ini merukapan seorang ustaz dari Pusat Perubatan Darul Ruqiyyah dan 2 orang mangsa pukau yg sedang mengikuti rawatan di Darul Ruqiyyah.Jadi saya pun nak kongsikan serba sedikit ilmu yang saya perolehi berkenan topik pukau ini.

Menurut ustaz, Pukau boleh berlaku dalam berbagai cara, iaitu:
  1. si pemukau menyentuh mana2 bahagian badan mangsa
  2. renungan mata oleh si pemukau
  3. si pemukau menghembuskan asap rokok ke muka mangsa
  4. melalui angin.. asap rokok yg di terbangkan angin..terkena mangsa.(tak direct hembus kt mangsa)
  5. melaui ijab & qabul.. cthnya: menjawab salam, w/pun salam yang di beri melaui interkom!
  6. melaui SMS.. dan email.. bila membaca SMS atau email yg dihantar dengan niat untuk memukau.
Dari cerita si magsa pertama: 20 tahun yang lalu, beliau sedang menantikan kehadiran kawannya tiba2 di tepuk dari belakang pada bahagian bahu, lalu diminta menyerahkan semua barang kemas serta wang yang ada. Bukan itu sahaja..sampai kehari ini, beliau mengalami sakit kepala dan kadang2 hilang ingatan seketika, kesan akibat di pukau.

Cerita mangsa kedua: beliau merupakan seorang peniaga, -didatangi oleh seorang pelanggan yang membawa sebiji kole/mug yang berisi air..si pemukau itu meminta magsa memasukkan sedikit air panas ke dalam kole yang di bawanya itu...si magsa menurut saja sambil boleh berbual2 dengan si pemukau.

Cara2 mengelakkan diri daripada pukau:
  1.  mendekatkan diri dengan Allah
  2. mengamalkan ayat ke-9 dalam sutah Yassin (sambil memasang niat agar Allah membuatkan benteng pukau di depan dan dibelakang kita) ayat ini untuk mengelakkan pukau melalui sentuhan dari belakang dan pandangan mata.
  3. ayat ke-17 surah al-Ak'raf - untuk mengelakkan pukau melalui kiri dan kanan kita.
  4. meminum air limau nipis atau memcium bau limau nipis.
  5. memakai wangian minyak kasturi putih.. (caranya: sapu pada nadi/pergelangan tangan dan layangkan sedikit di kawasan mata kita, untuk elakkan pukau melalui mata.
  6. membela ikan puyu didalam rumah, kerana ikan puyu mempunyai 'sensor' untuk mengesan benda2 unsur sihir..adakalanya apabila sihir cuba masuk rumah kita..ikan puyu ini akan menggelupur kepanasan, atau mati dengan badannyer seperti dikelar2.
Dan pukau yang paling merbahaya sekali adalah yang di lakukan olen orang Negro.. jadi berhati2 lah sekiranya ada orang Negro yang ingin bertanyakan jalan atau pun ingin menukar wang dengan kita.. sebaiknya jangan layan pertanyaan mereka langsung..

Jadi, sama2 lah kita saling peringat memperingati dan berhati2 selalu. Kalau dulu pepatah ada cakap"rambut sama hitam, hati lain2" tapi sekarang ni warna rambut pun bukannyer semua hitam lagi..so hati pulak? kenalah extra HATI-HATI kan..

Korang ada pengalaman/cerita pukau tak?
15 tahun yang lalu kakak ipar saya pernah kena sekali, ada orang yang kekonon nak jual barang datang berdiri depan pintu rumah, dia bagi salam, kakak ipar saya jawab salam tu..nasib baik "orang itu" ambik suruh buka rantai yang dia pakai saja..masa tu anak sulang dia masih kecil lagi, nasib tak jadi apa2. Kalau jadi apa2...susahlah..tunggu hubby balik kerja petang nanti lah jawabnyer. time dulu2 handfon tak femes mcm skrg lagi..dulu2 orang guna public fon jer..



SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DAN KELUARGA KITA..AMINN..

p/s: free-free silalah singgah blog Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah.

Photobucket

Tuesday, April 20, 2010

@ Buat Sendiri Signature pada Blog Anda

Sebelum ni, saya hanya create signature saya di MY LIVE SIGNATURE saja. Tapi bila dah tahu nak godek sikit2 guna software photoshope.. rase senang pula! So, kali ni nak share cara saya buat signature menggunakan photoshop.Ada banyak cara sebenarnyer..tapi cara INI yg saya reti buat.. harap kalo ada otai2 photoshope kat luar tu nak tambah..saya alu2kan.. sebab saya pun masih belajar2 lagi dengan software ni.

Bahan2nya:
1. software photoshope. saya guna photoshope CS2 je
2. jenis font yg anda suka dan image (sebagai hiasan) yg mahu di gandingkan dgn font tadi.
 photobucket
Cth: signature saya ada bunga pink. Saya google jer cari gambar bunga ni. Dah jumpa "save" gambar tu dalam pc anda. Lagi bagus kalau boleh dapat image/gambar dalam format PNG (dot png).
3. photubucket. Anda perlu ada acc untuk menggunakan photobucket ni.

Cara-caranya:
1. buka File> New
Korang boleh tiru "width" dan "Height" tu...kalo nak set kan lain2 saiz pun tak pe. Yang penting, kena pilih background contents tu "transparent" seperti yang saya bulatkan diatas.

2. Klik "tool" bar (kalo xjumpa tool bar..pi kat window> tick kat tool)  klik kat huruf "T" seperti yg saya bulatkan di bawah (rujuk bulatan merah kecil). Kalau nak pilih jenis font dan warna font pula.. klik kat kawasan seperti yg saya bulatkan dgn bulatan elip besar tu. Disini..saiz font tak berapa penting sangat..sbb nanti kita leh kecik/besarkan menggunakan "photobucket".

3. Lepas tu..taip lah apa perkataan "signature" anda tu.. cth: IbuArifa. Dah siap taip mesti commit iaitu klik tanda "betul" seperti yg saya bulatkan di bawah ini.
4. Untuk menghasilkan tulisan yg lebih "dramatik"..sila klik Layer >Layer style > Bevel and Emboss
pastu, anda try2 lah main2 kat area  yg saya bulatkan dgn warna merah tu. Kalo rajin lagi, leh try jgk di area dalam bulatan biru tu. then klik OK.

5. Dah dapat tulisan yg diingini, tiba pulak masa nak masukkan gambar/image yg telah anda "save" dlm pc anda awal td.(nak guna pic muka anda sendiri pun boleh jgk).. stepnyer adalah:  File > Place (cari image yg di "save" tadi tu)
Bila gambar yg diingini dah siap upload, klik pada Move pada Tool bar (spt dlm bulatan merah) untuk mengecil/membesarkan gambar tersebut.
Jika merujuk contoh signature saya di atas: gambar bunga pink berada dibawah (atau) tulisan "IbuArifa" bertindih diatas gambar bunga pink... anda boleh ubah susun atur ni dengan menyeret/manarik keatas atau kebawah pada "pop up" layer..seperti yg saya bulatkan dengan warna hijau dan biru (rujuk gambar diatas)

5. Ulang langkah no.4 bagi menghasilkan gambar bunga yg lebih "dramatik".

6. Crop signature kita agar senang nak edit photobucket dan agar 'saiz fail' signature kita ni jadi lebih kecil. Contoh seperti dibawah:
7. Klik File > Save As. Digalakkan save dalam 2 format iaitu
dalam format: photoshope (PSD)- agar senang kalau2 rasa nak edit2 semula lagi dan lagi..
Dan lagi satu "save" dalam format PNG.

Okey settle bab photoshope..ni nak citer pulak bab photobucket. Saya memang xreti sgt dengan photobucket ni...tau pun yg basic2 jer. Okey kita teruskan kuliah kita lagi. Sila buka acc kat photobucket anda.

8. Upload singnature yang dalam format PNG tu ke dalam photobucket. Letak lah nama sikit kat signature tu pastu Klik save& share. Then klik "return to album" then bila dah seperti gambar dibawah ni.. klik pada "resize"

Resize lah mengikut citarasa anda..saya guna 191x 64. Kemudian copy bahagian direct link seperti contoh dibawah:


 paste dalam koding dibawah ini:

<img src="paste kan direct link signature anda disini" alt="photobucket" border="0" />


 Kalau mahu tiap2 entry yang seterusnyer (secara automatiknya) ada signature.. anda perlu buat begini yer:
Dashboard > Setting > Formating
copy paste koding diatas tadi tu kedalam bahagian "post template"
hanya entry terbaru sahaja yg akan ada signature ini.


selamat mencuba.. jadi ker tak jadi ker sila bagitau saya okey :)





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...