nak join? klik banner ni yer

Friday, July 2, 2010

@ Kami Menyepi aritu sebab: Dalila +ve DENGGI

Kami "menghilang" aritu bukan pergi bercuti di mana2 pun. Cuma menemankan Dalila di wad saja. Tak sangkan betul dia +ve denggi. Syukurkan semuanya dah pulih dan sihat dah sekarang.
Admitted :25 Jun 2010
Discharge: 1 July 2010

Dalila mula demam sejak pagi Selasa 22 Jun, kami sangkan demam biasa, sebab dia memang aktif saja, yang bezanya pun badannya yang panas serta kurang selera untuk makan dan minum. Bagi dia makan syrup PCM (paracetamol). Kejap jer dia dah baik..dah tak panas dah..tapi 5-6 jam pastu dia demam balik. Demam "on-off-on -off" gitu sampai hari Rabu..Hari Khamis 1 hari dia langsung tak demam. Tapi pagi2 sebelum subuh hari Jumaat 25 Jun...badannyer teramatlah panas..saya raba belakang badan Dalila ada naik ruam sikit.. tapi masa tu tak terfikir langsung..yang ruam tu adalah tanda2 Dalila terkena demam denggi. Tuam kepala Dalila dengan tuala lembap sementara menunggu solat subuh dan menunggu hari siang untuk bawa Dalila ke klinik.

Kami merupakan 1st patien di Hospital Hope Children (di Sg.Ara) pada pagi Jumaat itu. Jumpa doktor..doktor check semua badan..dan doktor suruh admit ke wad..sebab risau/suspect denggi sebab demam dah sampai hari ke-4 dan ada ruam2 kecil di belakang badan terpaksa masukkan ubat melalui "bawah" sebab suhu dah nak dekat 40oC dah.
 ruam di belakang badan...tak berana nampak sangat pun. kecik2 jer macam dot-dot pen jer.

Kali ni adalah 2nd time Dalila admitted (sebelum ni di Hospital Pantai) Ini 1st time Dalila masuk wad kat Hospital Hope ni..sebelum2 ni just datang checkup dan ambik ubat  terutamanya bila waktu tengah2 malam sebab hospital ni beroperasi 24jam.

Hari pertama di wad dan keputusan ujian darah
Selepas masuk ke bilik/wad..doktor ambil darah Dalila untuk diuji samada +ve denggi atau tidak. Kesian Dalila bila dengar dia menjerit dan menangis semasa proses nak ambil darah tu. Doktor ambil kat tangan kanan Dalila, dan terus pasang port/tiub untuk masukkan drip. Doktor cakap result darah Dalila-nanti petang baru boleh tahu. Kasihan sangat melihat Dalila dan kedua2 belah tangannya dibalut bagi mengelakkan tangan kirinya membuka tiub drip di tangan kanan.

Tengah harinya Abah balik rumah kejap-ambik barang/baju dan bawakan makanan tengah hari untuk saya dan Dalila. Lagi sekali terasa begitu sayu hati bila melihat Dalila cuba sedaya upaya nak makan nasi sendiri. Cuna nak pegang sudu nasi sendiri dengan keadaan kedua2 belah tangannya yang berbalut sebegitu. End up dia menangis sebab tak dapat makan dan mengamuk bila saya atau Abah cuba membantu/menyuapkan makanan ke mulutnya. Dah lah dari pag dia tak makan apa2 lagi. (Dalila memang sejak dulu lagi nak makan suap sendiri. Kat mana2 pun dia nak suap makanan sendiri.) Tak lama pastu kami berjaya juga bagi dia makan dengan cara menyelitkan biskut di ibu jarinya...then dia kepit biskut tu dan terus suap ke mulutnya sendiri.
 nak makan suap sendiri jugak tau

Petangnya..doktor datang lagi bagitau result ujian darah Dalila.. positif (+ve) denggi. Macam tak percaya tapi terpaksa menerimanya. Ini adalah ujian dari Allah buat kami pada hari itu. Doktor menasihatkan agar kami tidak terlalu risau sebab denggi ada dua jenis..satu yang merbahaya..dan satu lagi yang tidak merbahaya. Kalau yang merbahaya tu..kuantiti platlet atau darah kuning akan menjadi kurang dan darah putih pun akan berkurang. Tetapi bagi kes Dalila..bilangan platletnya masih banyak dan sel darah putihnya pun bertambah banyak. Doktor cakap kuantiti normal sel darah putih adalah diantara 0-15.. tetapi Dalila pada hari tu adalah 19+. Ini bermaksud, ada kuman dalam badan, dan sel darah putih sedang 'berkerja' melawan kuman tersebut..that why sel darah putih Dalila menjad semakin banyak. Doktor asyik cakap jangan risau jer..sape tak risau bila anak kena denggi...walhal dia demam sikit2 pun kita dah bimbang dah..inikan pulak kena denggi. Aduhai..

Bab time nak kena makan ubat..macam biasa lah Dalila..susah sangat nak telan ubat. Dia dok "puhh..puhh..puhh " jampi  luahkan balik semua ubat yang masuk tu. Habis kena muka dan baju nurse dan serta ibu yang jadi tukang pegang tangan kaki dia. Sampai nurse kat situ dah kenal dengan suara dan peel Dalila dah..Dalila akan cakap " tidak!!..tidak!!" bila nak kena makan ubat..

Doktor masukkan antibiotik melalui suntikan terus di port drip pada tangan Dalila. Yang tak syoknyer.. antibiotik tu akan menyebab kan Dalila cirit birit. Dah lah demam masih tinggi 38oC ++, kena pakai drip untuk masukkan air, cirit birit pulak. Kesian sangat tengok Dalila tak leh nak bergerak jauh2, sebab ada wayar drip tu. Mujur katil di hospital tu rendah jer, tak de lah risau budak terjatuh ker ape ker.. Doktor bagi kelonggaran bila melihat Dalila asyik menangis nak suruh buka wayar drip tu, doktor cakap- pasang drip tu time Dalila dah tidur sahaja. Senang sikit dia bergerak bila dah tak terikat dengan wayar drip itu.

Gambar2 di hari pertama dan kedua di wad.

atas katil..sedang tengok TV..1 bilik ada 2 katil

bersama Barney dan mesin dripnya

tangan yang di balut kedua2nya..untuk mengelakkan Dalila buka balutan di sebelah tangan lagi.
tiup drip ditangan kanan.


balutan ditangan yang sering kali digigit Dalila--dan mesti tiap2 hari tukar sebab rosak.


Adalagi cerita result ujian darah ke-2 yang dilakukan pada hari ketiga..apa pulak resultnya? ok ker tidak lagi.. Nanti saya sambung lagi okey..harini tersangat lah letih..tambah pulak "sahabat baik" berkunjung pulak ni..



Terima kasih diucapkan kepada sahabat blog yang bertanyakan khabar saya semasa di hospital tempoh hari.  Khususnya Aten, Kak Syida dan Ummi Eisya..sorry tak boleh bersms2 sangat kat sana. Abah kerja, Dalila pulak kejap2 cirit jer..tak pun dia dok nangis sebab kena paksa makan ubat jer..dah la tak mau duduk dalam bilik..nak main2 kereta mainan kat luar jer. Sorry yer kawan2..jangan marah yer..


photobucket

43 comments:

SyidaGorjes said...

alhamdulilah dalila dah ok.cheq takde marah ape pun.hehehehe

kakngah said...

ada cuba bagi mkn sup ketam??? bagus utk pesakit denggi. 100plus pn sama. cuma rasaya ssh sikit kot dalila nk mnm air karbonat tu...

Dayah said...

kesiannya dalila..tak sangka kena denggi..dlm dok crita kwsn tu mmg black area utk denggi kan.. alhaamdulilah, dah baik..take care ye DAlila..

Ibu Ayra said...

kesian dalila... patut la ibu dia dah lama x online... harap2 dalila dah btol2 sembuh...

MeL MikaiL said...

ya Allah kesian dalila. denggi bahaya tu. mel paling takut kalau mika kena denggi even dia kena gigit nyamuk pn dah risau..hope dalilah dah sihat skg, nnti sambung lg entry ni k..

MRS. K said...

cian dalila.. rajin2 makan ubat, baru cepat sihat

zue @ annaleeya said...

aduhhh... dalila kene denggi yer... cmner dalila skang??? hrp2 dalila dah sihat sepenuhnya yer... tke cre yer..!!

chekna said...

kesiannya dia... teringat ziyad dulu masa kena drip, camtu la jugak.. dua2 tangan kena balut, siap kena gigit lagi drip tu...biasalah budak2..
moga cepat sembuh ye...

Huda said...

alhamdulillah arifa dah sihat..moga tabah hadapinye..sy pun risau n sedih bile tgk anak sakit..

ZiE FAUZi said...

alahai kak min... tak tahu plak dalila admit hospital hope.. belakang rumah jer tu.. kalau tak hari2 boleh gi tengok... zie pun hari2 pegi beli barang dapur kt kedai runcit imsona tu,selang beberapa kedai jer dgn hospital..

apa2 pun semoga dalila sihat2 selalu yer..

p/s; memang kawasan bayan baru ni ada kes demam denggi.. kat kuarters ni pun selalu jgk ada kes..

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

laaaa..kisahnya...

dalila kena admitted..

kesiannya....sabar jer lah..mungkin dugaan tuhan ni..

aritu aleesya pun demam 4 hari dah..ingat ke hari ke 5 tu nak bawak check darah...alhamdulillah...hari ke 5 dah sihat..suhu yg 39.5'c pun beransur kurang..

Mummy Zara Sofea said...

ala, siannye dalila...slmat dh ok...

takecare..

Farra Dhelina said...

syukur alhmdlh dah sembuh..

Zaidah said...

harap dalila semakin sihat...patutpun dah lama tak mendengar berita...tak sangka plak dalila +ve denggi....

Wansteddy Tales said...

ya allah... sedihnya akak baca entry ni >< patutlah min dah lama tak update. syukur alhamdulillah semuanya selamat. semoga dalila sihat sepenuhnya dan dilindungiNYa dari sebarang penyakit, amin...

Suhana Shahril said...

Kasihan nya si budak comel ni.Mesti dah susut badan. Tentu Min penat menjaga. Sabar banyak2 yer.Min kena pastikan dia minum banyak air.

Momma Mia said...

MasyaAllah. Ciannya dengan Dalila sayang. Memang la risau. Kalo kami di pihak Min pun pasti risau... Berehat elok2 ek dalila. kiss sket mmmmuuaahhh.. tak sabo nk tau apa kesudahan keputusan dalila.

Min pun kene rehat secukupnya ek. Mesti masa kat spital tak cukup tido.
jaga diri tau!

YatieJay said...

Dah keluar wad lah ni ye? Alhamdulillah....Dalila dah sihat! Sorry lah kalau tekaan akak Min berholiday tu salah....

Ummi Eisya said...

aduhai sedihnya baca.tgk pic dalila lg sedih.syukur dah ok.tabah ye min.moga dalila terus sihat.

Intan said...

Ya Allah, kesian nya kat dalila tapi alhamdulillah lega bila dengar dia dah discharge.

Sedih sgt tengok gambar dalila kat hospital tu...sabar ye Min.

Jahat betul lah nyamuk2 nie!

Izan Ishak said...

alhamdulillah dalila dah pulih dr demam denggi. sapa tak risau kan min... harap2 dalila baik sepenuhnya~

gee ryder said...

aqeel pn tgh demam skg ni, on off jugak tp dia xmcm dmm, aktif jer..
awk tgu bape ari yer bru bwk gi specialist? smlm bwk gi klinik, doktor kata kena tnggu 4 ari kalo xbaik gak dmm bru refer hosp sbb smlm ingt nk suh warded jer tp dok klinik suh tggu dlu..kita ni dh risau xbaik2..skg ni mcm2 kan

sz | m.s.s said...

alhamdulillah dalila dh sembuh! wahh sgt special la katil spital tu..gaknya mmg utk kanak2 shj ye, mmg buat rendah2 gitu je lg selamat....
akak pun dl dok menaangis2 masa doc nak cucuk jarum amik darah sarah...sedih sgt, masa tu dia dah pandi cakap dok melalak2 nangis lg la kita syahdu kan..masa dia admit baby2 dl tak pandai ckp ok lg...huhuhu

azzul said...

alhamdulillah semuanya selamat..cemas gak bila tau dalila +ve denggi. Harap min bersabar dgn ujian Allah..

rynas said...

alhamdulillah dah sihat dan kuar hospital. bahayakan denggi wpun doc kata jgn risau. kalau saya pun mesti risau sesangat..kalau demam biasa ok lagi ini denggi...alhamdulilah dah ok..

penjejak maya said...

salam ziarah..

ank demam ibu mana tak berhati walang..

Whitey Mommy said...

cian dalila... alhamdulillah dah sembuh... adoi... memang takut sangat kalau anak demam... panas sikit pun dah serabut... inikan pulak macam ni... tapi sekarang dalila dah sembuh... lepas ni mesti jadi lagi sihat dan kuat!!!

Ain said...

patut la min lama tak muncul, rupanya dalila terkena denggi....

sekarang ni memang musim demam ni agaknya....

syukur la dalila dah keluar wad...

hopefully makin sihat hendaknya....

rieda96 said...

alhamdulillah semuanya dah selamat, dalila dah sembuh. risau jugak kan, hati ibu mana yang tak risau tengok anak macam tu. saya pun dah pernah lalui dulu masa Irfan tarik sawan.
http://rieda96.blogspot.com/2009/06/irfan-masuk-wad.html
nauzubillah.. biarlah tak berulang lagi. tuhan saja yang tau kalau tngok anak sakit ni macam mana rasanya.. by the way.. semga dalila dah tak demam lagi.. aminn..

ibu_Arifa said...

TO KAKNGAH:dah try bagi makan dah masa hari ke-3 kat wad. Air 100plus tu pun dah try bg jugak..pastu pantang nampak botol 100 plus..terus nak minum jer.

TO SYIDA: Terima kasih kak syida..sayang akak!

TO DAYAH: tu lah..saya sendiri pun tak sangka jg. padahal nyamuk tak de lah banyak sgt pun. Terima kasih Dayah.

ibu_Arifa said...

TO IBU AYRA: Saya pun harap mcm tu jugak..skrg lepas keluar wad aritu dia tak demam lagi..just cirit jer yg ada lagi..tp semakin baik dah melihat pada keadaan poo poo dia tuh.

TO MEL: Tu lah Mel..benda nk jadikan..saya pun tak sangka yg demam tu demam denggi..dalila tak de gigil-gigil pun..just awal sebelum ke hospital tu dia termuntah sikit, tu yg terus p hospital awal2 pagi tu.

TO MRS K: huhu..kalau lah dia ni jenis suka makan ubat..sure tak sampai 6 hari kami kat sana kot.. suruh makan 3ml yg masuk dlm mulut 1mL jer..yg lain habis melekat kat badan kat muka.

ibu_Arifa said...

TO ZUE: Terima kasih kak Zue. Dalila dah sihat alhamdulillah dah..dah tak demam lagi sejak keluar hospital Khamis aritu.

TO CHEKNA: Kesian kan kak.. dok selalu bebas guna tangan..tiba2 dibalut pulak..mesti tak selesa budak2 tu. Terima kasih..kiss kat Ziyad yer nnt.

TO HUDA: Terima kasih Huda.. kita yg tua2 ni pun rasa sakit bila kena drip/cucuk..inikan badan kecik tu yg kena rasa..

ibu_Arifa said...

TO ZIE FAUZI: Yerker Zie..tak terfikir langsung yg ada umah zie kat area tu..bz+letih melayan anak yg demam ni...ragamnya lain sikit time demam.

TO IBU DAMIA: Terima kasih Ayu..mungkin ini dugaan utk kami. Syukur Dalila dah sihat skrg. Musim demam kot skrg ni, rata2 baca blog kawan2..ramai yg demam.

TO MUMMY ZARA: Terima kasih Mummy.

ibu_Arifa said...

TO FARRA: Alhamdulillah.. terima kasih Farra :)

TO ZAIDAH: Saya pun tak sangka jugak.. ada satu bintat jer kat tapak kaki dia..kurang ajar punya adeas!

TO WANSTEADDY: Terima kasih Kak Wan. Sama2 lah kita doakan agar kita dijauhi penyakit2 yg merbahaya itu yer kak!

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

hmm..sedihnya tengok keadaan dalila..dugaan untuk min sekeluarga..to..dalila..jangan takut2 makan ubat yang..

10 said...

sorry... terlambat singgah sini...
syukur alhamdulillah dalila dah sembuh...

[-suziey-] said...

seih tgk keadaan dalila..huhu..xsnggup rsnya...kecik lagi dh rs kesakitan kena cucuk..bahaya gk tu demam virus..

ibu_Arifa said...

TO SUHANA SHAHRIL: terima kasih kak Ana..mmg badan dia susut jugak nih..cirit birit sebab antibiotik tu boleh sampai 4-5 kali sehari. Bab nak suruh minum air tu pun susah jugak...air 100+ jer yg dia suka.

TO MOMMA MIA: Terima kasih Momma Mia kerana memahami.. mmg tak lena tido kat hosp..selalu terjaga bila Dalila terjaga then dia nak cari nenen pulak utk nak lena balik..skrg ni gigi dia makin tajam jer saya rasa..tiap2 kali rase mcm pisau jer yg menetek kat situ..sabar jer lah demi nak cukupkan 2 tahun fuLL BF..sikit jer lagi.

ibu_Arifa said...

TO YATIEJAY: Tak pe kan tak terasa pun..kalo saya pun mesti fikir org tu p holiday jgak kalo tiba2 rumah dia "sepi" jer.

TO UMMI EISYA: Terima kasih Fara :)

TO INTAN: Terima kasih kak Intan. tu lah..mmg tak berhati perut langsung..sanggup gigit baby mcm ni..kalo berani pergi lah gigit yg dewasa tu..

ibu_Arifa said...

TO IZAN: Terima kasih kak Izan. Saya pon dok doakan yg tu jgak..harap dia sembuh 100%.

TO GEE RYDER: ooo..saya tunggu 4 hari, bila masih demam balik saya terus bawa ke hospital.awal pagi dia ada muntah dah naik ruam kat badan. baik warded jer Aqeel tu Gee..kalo boleh suruh test jer darah tu kalo dah lebih 4 hari demam..bukannyer apa..risau benda2 yg tak diingini jer kan.

TO SZ: cantikkan katil rendah mcm tu.1st timejugak saya nampak hospital katil mcm tu..mugkin sbb hospital kanak2 jer kot nih.
bab melalak tu saya setuju sgt..dulu2 dia melalak tak reti lagi sebut "ibu..ibu" tak begitu terasa sgt syahdunyer tu..bial dah besar ni..terasa nak pitam jer- kalo leh mmg nk tolong dia..tp tu semua utk kebaikkan dia jgk.

ibu_Arifa said...

TO AZZUL: Terima kasih kak Liza.

TO RYNAS: betul tu kak rynas..mana boleh tak risau..demam denggi tu..dah lah xde ubat khas untuk denggi. alhamdulillah semua dah ok skrg.

TO PENJEJAK MAYA: saya sokong! anak kiat sendiri kan.

ibu_Arifa said...

TO WHITEY MOMMY: hihihi...terima kasih kak.. demam biasa2 tu pun kita dah gundah gulana. sabar jer lah dugaan buat saya kali ni.

TO AIN: Terima kasih kak Ain. saya pun pk mcm tu jgk..rata2 ramai kwn blogger yg demam kan.. harap2 bukan dneggi jgk lah..

TO RIEDA96: Terima kasih Kak Rieda, saya pun dah baca entry akak td tu.. betul2 buat rasa risau/cemas. harap perkara sedemiakn tak berulang lagi lah nanti..aminn.. semoga Allah lindungi anak2 kita yer kak!

ibu_Arifa said...

TO UMMI AISYAH: Terima kasih CikYah.. tu lah dugaan..kena byk2 lah bersabar.

TO 10: Terima kasih aten.. kiss utk hawa yer.

TO SUZIEY: Kita yg besar ni kena cucuk pun rase sakit giler..ni kan pulak budak kecik kan..huhu..kesiannyer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...