nak join? klik banner ni yer

Monday, July 5, 2010

@ Denggi: Result Ujian Darah Kali ke 2

Kawasan area rumah kami ni sejak dahulu lagi memang "black area" denggi... Pernah sekali dulu ada saya buat entry pasal fogging di kawasan rumah saya kan.. tapi apa boleh buat, rumah MIL disini dan lagi pun DEKAT dengan tempat kerja Abah.

Mungkin faktor musin hujan sekarang ni menyebabkan nyamuk aedes makin "galak" membiak..dan sudah beberapa bulan kawasan ini tak de fogging. Oh ya!..sebut pasal fogging teringat pula cerita ni, masa di hospital haritu...selepas doktor beritahu darah Dalila +ve denggi, nurse ada minta butiran dan pengesahan alamat kami untuk buat diisi dalam borang report denggi untuk dihantar ke Jabatan Kesihatan.

Keesokkan paginya...datang seorang pegawai lelaki dari Jabatan Kesihatan untuk berjumpa kami berikutan kes demam denggi Dalila ni. Saya tak berkesempatan mendengar perbualan dari pegawai tersebut dengan Abah sebab Dalila ajak saya bermain kereta mainan di lobby. Bila dah selesai semua, Abah cakap "dia tanya dimana dan alamat yang telah kita pergi sejak dari 2 minggu lepas".." lelaki tu datang buat soal selidik jer". Tapi dia cakap mereka akan buat fogging di kawasan rumah kami dan di kawasan alamat2 yang telah Abah berikan tadi.

Ujian darah kali ke-2

Pada pagi hari ke-3 Dalila di hospital..saya nampak tangan sebelah kanannya yang dipasang drip tu dah membengkak...membengkak sampai seluruh satu lengan kanan. Terus saya beritahu nurse yang bertugas, terus dia stopkan air drip tu. Bila doktor sampai, doktor cakap nak ambil darah Dalila sekali lagi untuk diuji dan sekali tukar port tiup drip tu ke tangan kiri pula. Sayu sangat dengar suara Dalila memanggil "ibu..ibu..ibu" nak suruh saya tolong dia semasa doktor nak ambik darah tu. Seperti biasa, result ujian darah akan siap bila petang nanti.
 selepas "ambil darah"..tangan kanan dah tak berbalut lagi.. im free now!
senang Dalila nak makan minum

Dalam jam 3 petang, doktor datang bagitau keputusan ujian darah tadi pagi.. katanyer darah Dalila dah negatif (-ve) denggi, alhamdulillah... cuma kuantiti darah putihnyer yang belum normal lagi, 17+ lagi..sebab itu lah Dalila masih lagi demam tinggi lagi kadang2...sebab masih ada kuman lain lagi dalam darahnya. So, doktor sekarang kata, kita hanya perlu merawat demam Dalila sahaja sekarang..cirit birit tu kesan dari antibiotik..nanti akan hilang sendiri bila habis antibiotik..cuma perlu bagitau nurse/doktor sekiranya terlampau kerap dan banyak cirit birit.

Hari ke tiga ni Dalila dapat merasa sup ketam yang dibuat oleh MIL dan Kak Lah dan Abang Din (abang saya) yang datang menziarah dan memasakka sup ni. Sedap tul sup ketam ni...opps!! katoi pulak saya tumpang makan sekaki :P Saya pun dah pernah dengar yang sup ketam ni baik untuk pesakit Denggi. Kita ikhtiar sajalah apa yang orang cakap baik dan boleh menyembuhkan.
Kan dia sedang cirit birit, dah tu ada ulser sikit pulak dalam mulut..vitagen satu botol kecik tu pun tak leh nak habis..air jus buah pun dia minum sikit2 saja.. Risau kurang air jer kat badan Dalila nanti. Nurse suruh try bagi air 100 plus, budak demam2 ni kadang2 tak de selera makan/minum katanya.. mungkin air 100 plus ni boleh mambantu buang panas dalam badan dan mungkin Dalila suka. Terus saya call Abah suruh beli air 100 plus ni..kasi kat Dalila dengan dicampur sedikit air suam. Memang betul..dia suka minum air ni (kan saya tak pernah bagi air kaobonat lagi kat dia...so suka lah dia dapat minum kali ni)

Antara gambar2 di hari ke 2-3..setelah balutan di tangannya di buka. Bila tangan sebelah tu dah "free" Dalila nampak lagi happy..ada lah 1-2 kali dia nak kacau/tarik tiup drip kat tangan kirinya tu.

main kat kepala katil

Dah boleh makan suap sendiri

muka dan tangan comot dengan ubat ...nangis2 sampai terlena

Malam yang terakhir, untuk last ubat antibiotik yang dimasukkan melalui drip (yang terpaksa pasang semasa Dalila tidur) tiba2 Dalila terjaga dan menagis dengan kuatnyer sambil cakap sakit2 kat tangan yang ada drip tu. Kami mula2 tu pujuk2 dulu dalam 30 minit jugak dok pujuk tapi dia dok menagis bagitau "sakit..sakitt" lagi. Rupa2nya..tangan Dalila (kawasan ada drip) tu dah bengkak.  Terus panggil nurse stop kan air antibiotik tu. Abah suruh buka semua balutan tu..risau kot2 ada apa2 kecerdaan lain ker. 

kesian tengok tangan Dalila yang bengkak tu

keluar semula air dari tempat jarum drip tu setelah segalanya di buka

Lepas kejadian tu, terus saya tak boleh tidur..risau esok Dalila terpaksa "di cucuk" lagi sekali untuk dimasukkan drip tu lagi. Rasa tak sanggup dengar Dalila menangis lagi panggil minta tolong "ibu..ibu.." Bila doktor datang check jam 9 pagi nyer ..doktor cakap dah boleh balik dah hari ni. Demam pun dah tak berapa tinggi dah sejak 1-2 hari lepas. Alhamdulillah...

6 hari saya berkampung di hospital, masuk hari Jumaat pagi..keluar hari Khamis tengah hari. Memang letih, bukannyer nyenyak tidur kat sana..selang 2jam, nurse akan masuk ambil suhu badan Dalila. Macam tu lah dari pagi sampai malam. Yang best kat hospital ni, doktor datang jumpa kita di dalam wad 3 kali sehari. Kalau kat Hospital Pantai dulu..2 kali jer. Lagi satu- time nak bagi ubat pun, nurse boleh tolong bagikan. Huhuhu.. syukurlah kalo anak korang jenis senang nak makan ubat. Tak payah paksa, pegang kaki dan tangan dan picit pipi semua. Dah lah ubat yang melalui oral (mulut) ada 3 jenis..(2 ubat cirit, 1 ubat demam).
(Rasenya sebab kami dok "paksa" ni jugak buat jarum dripnya tersumbat dan meyebabkan tangan Dalila bengkak begitu.)


depan hospital..sebelum nak berangkat balik rumah..bye-bye

Terima kasih saya ucapkan kepada doktor2, nurse2 serta kesemua pekerja di Hospital Hope Children, di Sg, Ara ni. Layanan yang baik serta kerjasama anda semua amat-amat saya hargai. Cuma satu jcadangan yg nak saya berikan-- kalau ada disediakan servis makanan lagi senang, tak de lah terpaksa membeli makanan dari luar tiap2 hari. hihihi

.


photobucket

26 comments:

10 said...

kesiannya dalila... tangan bengkak... mungkin sbb jarum kat tangan tu kot... ciannya... xtau la nak ckp camna... baru tgk dalam gambar... terasa sungguh la 'sakit' yg dialami dalila tu....

apa2 pun alhamdulillah suma dah sihat kan...

alinalan said...

ooo dalila pun susah makan ubat cam Damia ek... jangan cam tu sayang. nk cepat baik kene makan ubat tau...

Sian tengok tangan dalila yg bengkak. alin pun masuk drip sakit inikan pula bidak tecik kan? kiss sket mmmuuuahahhh

Syida said...

geram tgk muka orang sakit main kat katil spital tu!mcm nak geget jek.

Zaidah said...

harap dalila dah semakin sembuh....susah jugak kan klu spital tak ade service makanan....kena bawak daripada rumahlah....cian tangan dalila bengkak...kekadang nurse nie cucuk senget...tu yang bengkak tu...

Ummi Eisya&Amani said...

demam pun still cute lagi si dalila ni..seriau tgk tgn dalila tu..dulu aku pun bengkak mcm tu gak..mmg sakit..nikan dalila yang kecik tu..nasib dalila dah leh cakap sakit..klu belum,emm menangis je la kejenya.

moga dalila terus sihat dan aktif seperti biasa..

Ummi Shira (AshAnas) said...

upenya dalila masuk spital... siannya dalila... ms anas ter'call' k.min hr tu, k.min kt spital la ek? maaf sgt2 shira xtahu n xtanya apa2 pun hr tu, tgh kelam kabut bsiap nak gi keje ms tu....

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

Ya Allah kesiannyer Dalila...semoga cepat sembuh ye sayang...makan ubat k

zaza@mamaHanin said...

salam..
min.. speechless tgk keadaan dalila.. moga2 cepat sembuh dah min sekeluarga terpelihara dari serangan penyakit tu lagi yer.. smg tabah selalu and wish dalila pun cepat sembuh n sehat.. :)

i cant imagine if i'm in ur shoes, u're very strong mother min..

Suziey Ahmad said...

huhu kesian dalila..seb bek la negative..smga dalila sihat sprti sedaikala...

mak encik | SZ said...

alahai sian btol tgk tgk dalila bengkak tu...huhuhu
ooo takde servis makanan ye...mmg haru gak tu nak kena beli/cari di luar ye..agaknya hospital tgh cr katerer kot..heheeh

Unknown said...

siannye tgk dalila..mmg sakit kan lg libat2 kan amik darah ni..

Ya ALiya said...

Alhamdulillah dah kembali sihat dalila.....air 100 plus tu bagus gak la,ya slalu bg sara minum bila suhu badan dia naik...

comel sangat tengok dalila....
kalau ada rezeki bila2 g umah maksu ya kt penang boleh jumpa dalila kan....

Farra Dhelina said...

alalala bgkak nya tgn dia..

sy blm ade pengalamn lagi ank masuk hosp. mesti sayu je hati kan kak.

mmg byk kali sy dgr, klu pesakit denggi, ubt nya dgn sup ketam..100 +, yg penting kita ikhtiar lah kan kak..

AYU said...

sian dalila...moga2 dalila cepat sembuh...kalau org dewasa demam pun x tahan,apatah lagi budah seusia dalila...

Bukan Bidadari said...

sian nye dalila bengkak2 tangan tu.. kalau aku mau nangis tu dgr dia panggil ibu..ibu.... mintak diselamatkan

Unknown said...

budak2...kalau amik darah kat tangan memang macam senang bengkak lah rasanya...aleesya pun macam tu gak masa dia kena admitted dulu...

dulu pernah baca entry blogger yg kalau makan sup ketam, ok sikit penyakit denggi tu...tapi tak pasti lak hasilnya...

YatieJay said...

6 hari kat sepital? Maunya muntah darah akak sebab kebosanan! Masa naufal masuk wad hujung last year sebab kena fever fit, 3 hari 2 malam pun bosan tak terhingga!

Tapi kat hospital sekurang2nya ada doktor dan nurse. Diaorg tau apa yg nak dibuat, kan? Asalkan utk kebaikan, gighkan jugak laaa...

Glad to hear Dalila dah sihat....sian dia!

Nadiah Sidek said...

ya Allah, kesiannya tgk tgn dalila tu. blh terasa sakitnya..

ibu_Arifa said...

TO 10: Terima kasih aten. tu lah kesian kan kecik2 lagi kena 'rasa' dah mcm tu kan.. kita yg tua ni pun xtahan..inikan pulak yg belum umur 2tahun mcm dalila ni.

TO MOMMA MIA: yer Alin..ni susah tahap gaban nih.. patut telah 3ml..rasenyer 1 ml jer kot yg betul2 masuk mulut..yg lain luah/'jampi' kat kita habis...tu kat hospital tu..leh mintak tolong nurse pegang kaki tangan tu..kat umah ni..alahai kena tunggu abah balik ler.
saya pun kesian sgt malam tu..rase mcm nak balik terus umh mlm tu jgak..tak sanggup tgk dalila sakit + menangis mcm tu.

ibu_Arifa said...

TO SYIDA:Dia memang aktif mcm tu kak syida..w/pun demam..merata nak 'kawat' satu level hospital tu. sampai semua nurse dan doktor kenal dgn dia.

TO ANJE: Terima kasih Anje.. harap benda mcm ni dijauhkan dari anak2 kita lah yer..tak mau jadi lagi kat dalila..amin..

ibu_Arifa said...

TO ZAIDAH: tulah kah..dah lah saya 24jam stay kt hospital..dalila still FULL BF lagi..bila demam dia manje dgn abah dia pulak..nak abah dia depan mata dia jer...so susah la sikit kalo nak kena keluar gi cari makanan..terutama bila hari abah gi kerja.

TO ASHANAS: Haah..masa Anas ter'call tu mmg dlm wad pun. kak min pun xsempat nak citer panjang2 masa tu. kejap2 dia cirit..kejap2 kena makan ubat pulak.

ibu_Arifa said...

TO UMMI EISYA: hahaha,,cute lagi yer. tu lah aku pun kesian tgk tangan dia..kalo leh ganti dgn diri aku..aku rela..sib baik lah dia reti bgtau kan..

TO MAMA HANIN: Terima kasih zaza.. harap2 dan doa2 saya pun agar mcm tu jga..agar penyakit ni tak berulang lagi...pada dalila atau pun pada anak2 kenalan saya.

ibu_Arifa said...

TO SUZIEY: Terima kasih suziey

TO SZ: hihi...tak tau lah pulak..tp mungkin sebab hospital ni cina yg punya kot..kalo ada servis makanan pun..sure ada yg was2 kot..entah lah saya agak saja.

TO HUDA: tu lah Huda..kalau lah ada cara ambik darah lain yg tak menyakitkan..seperi guna lintah ker..guna pacat ker..kan senang!

ibu_Arifa said...

TO YA ALYA: yer ker..saya tak pernah try lagi bg dalila minum air gas sebelum ni..tp pas keluar wad ni..pantang nampak botol 100+, nak beli jer lah si Dalila ni.
huhu..sila lah datang penang.. nak dtg bgtau kami jgk yer..you are welcome!!

TO FARRA: Alhamdulillah..Farra tak pernah mengalami lagi detik2 mcm ni.. moga kesihatan kedua permata hati Farra tu berterusan lah kan..sakit sikit2 tu biasa lah..asalkan jgn admited dah ler.
tu lah..kami pun ikhtiar lah apa yg org kata baik..lain semua tawakkal sajalah. alhamdulillah Dalila dah sihat skrg!

ibu_Arifa said...

TO AYU: betul tu ayu..kita pun tak tahn..apatah lagi budak kecik mcm ni kan. sabar je lah..ujian buat kami.

TO EMA: aku dengar aritu pun mcm nak lagi keluar jer..tak sanggup beb! dah lah selama 6 hari kat sana..2 kali pulak tu dalila kena ambik darah dan tukar jarum sebab tgn bengkak tu.

TO IBU DAMIA: agaknyer lah kan ayu..time dalila admitted kat Pantai Hosp aritu pun bengkak jgk..sebb budak2 ni lasak sgt kot.

ibu_Arifa said...

TO YATIJAY: Bosan mmg bosan kak..tak leh nak cakap apa dah..astro pun dapat 1 chanell jer..tv9 tak dapat pulak..kalo tak leh tgk "wander pet" dan halaqah masa kat sana. tp disebabkan anak tak sihat..kita sbg ibu kena berkorban lah kan.
Doktor ada nak bg 'cuti' balik sekejap..tp mlm kena dtg balik untuk inject antibiotik..tapi rasenyer baik dok je dlm tu sbb hubby pun kena kerja..kalo apa2 susah pulak nak kena p hospital semula.

TO NADIAH: kesian kan..rase mcm nak tukar jer dgn diri/tangan saya masa tu..tp tak boleh :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...