Saya pagi Khamis kelmarin ke Pearl Maternity Hospital, Sg.Ara untuk buat test pep smear. Hospital ni jugaklah tempat Dalila dilahirkan, memandangkan disini doktor (bidan)nyer adalah doktor perempuan, Islam iaitu doktor Rosita... jadi tak de lah rase "segan" atau malu sangat bila membabitkan pemeriksaan di tempat2 sulit ni..
Kali ini merupakan kali ke-2 saya buat ujian ni. Kali pertama dulu ketika (2007) sebelum mengandungkkan Dalila. Dah dekat 3 tahun lepas. Patutnyer perlu buat 1-2 tahun sekali kan.
Prosesnyer sekejap saja, dan tak rase sakit..cuma akan rasa ketika "benda" iaitu alatan yang di masukkan kedalam situ saja untuk diambik sample tisunyer. Sekejap saja pun. Kos yang kena untuk ujian pep smaer adalah RM25. Result ujian ini akan di pos..mungkin dalam 2-3 hari jugak kot.
Korang dah buat ke ujian pep smear ni?
Persediaan awal sebelum ujian pep smear:
- Digalakkan datang untuk ujian selepas haid kering ataupun peringkat pertengahan pusingan haid.
- Tidak boleh bersama (melakukan seks) 2 hari SEBELUM berjumpa doktor kerana dikhuatiri ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
Sumber rujukan:
www.sabah.org.my
Tentang scar Cesarean:
Selepas habis proses ujian pep smaer saya ada bertanya pada doktor tentang parut C-section saya yang kadang2 terasa GATAL.. bukan 100% diatas garisan parut tersebut, kadang2 di keliling tepi2 parut tu.
saya: Adakah rasa gatal itu normal?
doktor: ya, normal..tapi tidak semua parut c-section akan rasa gatal.
bukan aii punya ok..ambik foto kat cik google
saya: kenapa boleh jd gatal?
doktor: ada beberapa sebab, kemungkinan disebabkan parut awak tu "parut yang masih hidup".. so lebihan 'isi' yang tumbuh diatas parut tu boleh jadi lagi besar lagi. Ada sesetengah orang parut C-section nyer cantik saja..hanya 1 garis saja. Itu menunjukkan badannyer "healing" pada kadar yang sepatutnyer.. dan tidak terlebih healing sehinggakan muncul "isi" seperti itu. (lebih kurang beginilah penerangan doktor td..banyak telan semut..so ingat2 lupa)
saya: apa perlu/boleh dilakukan sekiranya rasa gatal?
doktor: tak boleh lakukan apa2..just kena tahan saja. sekiranya digaru maka proses penyembuhan (secara semulajadi) sekali lagi akan berlaki di kawasan tersebut.. dan mungkin akan menyebabkan "isi" tu tumbuh lagi besar.
so, kesimpulannyer..kalo gatal tu tahan or letak bedak sajalah.. ke korang ada cadangan lain? sila bagitau / kongsi dengan saya ye.