Hari Khamis lepas Ibu terkejut bila menerima satu bungkusan pos laju..dikala jam dah 5.30ptg. Dah settle urusan dgn dengan encik pos laju semua tuh,,,cepat2 nak tahu sape lah pengirimnyer..
Rupa-rupanyer dari QISFA ENTERPRISE..iaitu sebuah perniagaan baru milik Aten.
Korang jangan jeles plak yer...Aten kasi hadiah ni sebab Ibu antara 3 follower terawal dalam blog perniagaannye tuh...QISFA ENTERPRISE.
Meh tengok apa hadiah tersebut...
Terima kasih Aten...akak suka kedua hadiah tuh...Ikan tu dah masak mlm tadi..buat makan dengan nasik waktu berbuka puasa...asben cakap sedap....Alhamdulillah..
So, pada kawan2 nak try ikan perkasam resipi ibunda nih...sila lah oder di blog QisFa Ent. haraga pun tak mahal...RM3 satu pack..ada 3-4 ekor dlm tuh...selalin ikan perkasam...ada juga jual CD..cloth daiper...so...jom singgah ke blog Aten skrg..
p/s: kami nak balik Jitra kejap lagi..hari Isnin baru sampai Penang balik...nak balik cari baju raya...huhuhuhu
Saturday, August 29, 2009
Friday, August 28, 2009
@ MamaFc.com Photo Contest-Vote Arifa
Semalam jejalan blog kawan2.. ternampak iklan mamaFc.com...cakap tgh ada photo contest..
Teringin sebenarnyer nak join..sbb contest MamaAqish yg baru2 nih..tak sempat nak join...entry dah buat dah cuma ada sikit2 lagi yg lum siap. ..tiba-tiba kat sek dan rumah TERAMAT LAH banyak kerja lah pulak time2 dekat2 nak dekat tarikh tutup contest Mama Aqish tu..last2..tak sempat nak post entry..simpan saja dlm draf.. (tu lah..time2 free..suka bertangguh kerja..last2 tak sempat join)
Vote rank nyer seperti berikut:
tarikh akhir vote: 15 Sept 2009

So, saja nak cuba nasib pulak untuk contest MamaFc.com nih..menang atau kalah..Ibu tak kisah.. lagi pun semua berdasarkan undian pengunjung web MamaFc.com..
Vote rank nyer seperti berikut:
1 = cute
hingga
5 = the most cutest
hingga
5 = the most cutest
Taip vote rank (dari 1 hingga 5) pada ruangan komen pada link DI SINI
atau
klik pada gambar banner yg disebelah atas-kanan blog Ibu ini...
Untuk membolehkan anda untuk tolong VOTE Arifa..anda perlulah menREGISTERkan diri anda di link ini atau di web MamaFc.com.
atau
klik pada gambar banner yg disebelah atas-kanan blog Ibu ini...
Untuk membolehkan anda untuk tolong VOTE Arifa..anda perlulah menREGISTERkan diri anda di link ini atau di web MamaFc.com.
tarikh akhir vote: 15 Sept 2009
@ Necklace Boutique Giveaway 1
Ada satu lagi giveaway yg Ibu rasa sangat best untuk disertai...hihihi. Kalau menang voge lah Ibu di pagi raya nanti..jangan jeles!!
Necklaceboutique.blogspot.com iaitu Cik Ann telah menganjurkan satu GIVEAWAY yg menawarkan hadiah yg berupa RANTAI BATU DAN MANIK yg cantik..sesuai di pakai menjelang hari raya nanti tau.
Cara nak menang mudah saja...hanya perlu meneka bilangan rantai yg ada dalam gambar diatas tu...jadi Ibu pun nak meneka..dan angka yg menjadi pilihan Ibu adalah...
Cara nak menang mudah saja...hanya perlu meneka bilangan rantai yg ada dalam gambar diatas tu...jadi Ibu pun nak meneka..dan angka yg menjadi pilihan Ibu adalah...
33 utas rantai
haa..apa pendapat kawan2 semua...rasa2 betul tak? Kalo ada jawapan lain silalah bgtau ye...kalau nak join contest ni pun masih sempat lagi...sampai 4 Sept 2009 nih.
Thursday, August 27, 2009
@ Terima kasih Kak Wa..
my first birhday card ~ this year!!
Ibu menerima kad ucapan dari Kak Wa (pemilik blog "Buih-buih Cinta" dan blog "Selagi IDEA mencurah") Terima kasih Kak Wa...semalam lagi saya dah ambik kad dari Kak Wa ni tp...ada masalah nak tinggalkan komen kat blog kak Wa pulak...2-2 blog macam tu tak leh nak komen.. hari ni pulak saya cuba dan cuba lagi beberapa kali...guna IE baru boleh...alhamdulillah.. terima kasih ya Kak Wa kerana sudi bagi kad yg cantik lagi cute nih..saya suka sgt:)
Dah terlanjur buat entry pasal Kak Wa nih..saya jamak kan sekali lah dengan kad ucapan Ramaddan dan award dari Kak Wa yer..
Wednesday, August 26, 2009
@ Happy Birthday..
Hari ni, 26 Ogos...adalah hari ulangtahun kelahiran Ibu. Kali ni..umur Ibu dah masuk ke angka 28 tahun.
Alhamdulillah..Allah masih beri peluang Ibu untuk terus menjadi hamba-Nya..
Masih mampu menjaga kepada Abah dan Arifa..setiap hari..
Dan masih lagi BAHAGIA bersama keluarga kecil kami miliki skrg..
TERIMA KASIH YA ALLAH!!!
KU BER SYUKUR ATAS SEGALA PEMBERIAN MU INI..

Memang rasa cepat jer masa berlalu.. HARI NI umur Ibu dah dekat 30-an dah.
p/s: semalam birthday kak Akma..SELAMAT HARI LAHIR kak AKMA!!
dan
anak Ummi Khayra...HAPPY BIRTHDAY KHAYRA AMIRA!!
Monday, August 24, 2009
@ Dah 11 bulan usianyer..
23 Ogos kelmarin Arifa Dalila dah melangkah ke usia 11bulan. Alhamdulillah, Ibu masih lagi berkesempatan menyusukan nya dengan air susu ibu sendiri. Antara perkembangan Arifa sekarang adalah:
- boleh berjalan/melintas diantara dua dinding/laluan TANPA sokongan/bantuan. Kami baru perasan benda ini kelmarin-- semasa dia merengek nak minta di dukung..sedangkan Ibu dan Abah sedang sibuk nak menyiapkan juadah untuk berbuka puasa....kami tinggal dia sorang2 kat depan TV di ruang tamu..dengan menagis2 manja gitu..Arifa akan meniti meja-dinding di ruangtamu....slow-slow jer dia dah sampai kat dapur sambil dalam keadaan memegang dinding lagi..so, memang terkejut+ syok lah sbb itu menunjukkan Arifa dapat "cross" dinding ruangtamu tu untuk ke dapur (kalo dia tak cross dinding..dia akan meniti dinding tu sampai ke dalam bilik..tak sampai lah kat dapur)...syabas sayang!!
- sudah mula melakukan langkah pertama kelmarin...didapur.
- kalo dia sedang duduk dilantai...dia dah boleh bangun dan berdiri sendiri TANPA bantuan..tapi dia tak buat selalu lah..suka lagi nak meniti-meniti..sbb leh bergerak kot..
- gigi atas masih lagi 4, dan bawah sudah bertambah menjadi 3 batang..total 7 batang gigi sekarang.
- cepat meniru perbuatan Ibu/Abah..sekali jer Ibu buat dan dia nampak...dia tiru apa yg kita buat. Contohnya..Ibu risau Arifa akan buka rak kasut, ketika dia sedang meniti berhampiran dengan rak kasut tersebut..jadi Ibu pun tolak lah sikit pintu rak kasut tu (nak pastikan betul2 rapat)..dah tu...si Arifa ni pulak buat mcm tu jugak kt pintu rak kasut tu.. Lagi satu yg teramat dia suka buat adalah menekan butang pada screen TV...Ibu haritu tekan butang tu sbb nak tutup TV sbb dia meniti depan screen TV tu..nak cepat tekan jer butang "off" kt screen tuh..tengok2..tiap2 kali dia p main/meniti di situ...mesti sekali menekan butang "off" tu jugak...aduyaiii
- Sekarang ni makin2 ligat menunjuk sana sini dengan jari telunjuk comel dia tuh..
- Yang ni kelakar...Arifa suka sangat buat gaya "bercakap handfone"..apa saja-asal boleh jer dia buat konon2 hangfone..letak kat telinga..sambil sebut "looo??".."looo??" siap buat mata bulat+muka heran-hairan lagi tuh.
SILA BACA DGN NADA "GERAM" ayat dibawah ini..
Ibu dah banyak kali try upload video aksi-aksi Arifa ke dalam blog nih...tp mcm hampeh jer..TAK BOLEH NAK UPLOAD..lama sangat menunggu nak complate..pada hal video tak sampai 1 minit pun....geramnyer...dah lama tau Ibu tak leh upload video ke dlm blog..sejak entry ole2 Aten haritu lagi..
Untuk entry yg ni...ibu dah try upload beberapa kali sejak jam 10pagi lagi dan menanti utk siap upload tu sampai jam 2 ptg tau..lama kan?..dah tu cancel jer nk letak video.

Sunday, August 23, 2009
@ Selamat Berpuasa
Thursday, August 20, 2009
@ Contest Baju Raya Sedondon
Tertarik sangat nak masuk contest Baju Raya Sedondon yang dianjurkan oleh Naz -Iburikazz nih. Bukannya apa, tahun ni punya lah bersemangat nak sambut hari raya..yerlah tahun lepas Ibu dalam keadaan berpantang melahirkan Arifa Dalila yg baru berusia 7 hari...so, tak beraya pun tahun lepas..balik kampung pun dah hari ke 50 raya dah..ada mak ayah jer. kt kg..adik beradik dan anak2 sedara yg jauh2 tak sempat nak jumpa dan ber konvoi beraya bersama2...huhuhu
Berbalik pada contest baju raya sedondon ni, Ibu memilih baju raya/gambar raya masa kali pertama berhari raya sabagai seorang isteri..iaitu pada tahun 2007. Gambar ni diambil di rumah mak teh..masa baru balik solat sunat aidilfitri. Tema tahun tu kaler ungu muda..sebab ungu kan antara warna romantik..dan warna kasih sayang!! Oleh kerana baju Ibu hanya dihiasi kerawang2 saja..Ibu memilih tudung yg agak berbunga2 bagi menceriakan penampilan di pagi raya tu. Okey tak?..
Contest ni akan berakhir pada 22 Ogos ni tau.
Contest ni akan berakhir pada 22 Ogos ni tau.
p/s: Tahun ni punya baju raya lom ada lagi..ingat nak beli ready made jer..nak upah pun dah tak sempat..tapi sebab H1N1 ni, dok bertangguh nak kuar bershopping..risau nak keluar rumah kan bila dgr kes2 ni semakin menjadi2.
Sunday, August 16, 2009
@ Cabutan Bertuah
Hari ni, Sabtu..Ibu kena ke sekolah kerana ada sambutan ada buat Hari Kokurikulom dan aktiviti cycleton.. Seperti biasa lah..semua barang/makanan pada hari itu akan dijual menggunakan kupon.
Semua pelajar diwajib kan membeli minimum RM2 seorang, manakala bagi para guru pula..di WAJIB kan RM 20 seorang..Untuk aktiviti Cycleton pula..para guru juga DI WAJIBkan menderma RM20 seorang..huhuiii...total semua RM40 ringgit dah untuk aktiviti hari Sabtu nih..
Sekiranya telah menderma minimum RM 20..nama/no pada kad derma kita akan tersenarai untuk acara "cabutan nombor bertuah"..Ibu tak "ghairah" sgt pun dengan bab-bab cabutan nombor bertuah ni..tapi disebabkan Ibu terpaksa menunggu sehingga jam 3 ptg untuk punch kad "out" ..Ibu dengar sajalah si pengacara tu mengumumkan satu persatu no "bertuah" tu.
Tengok hamper memang banyak..tp yg paling hebat adalah TV LCD 29 inci, handfon sony erikson, labtop, dan digital camera...huh..dasyat tul hadiah yg sekolah ni tawarkan...kawan Ibu berbisik "tak dapat hadiah grand2 pun tak pe..dapat blander pun cukup dah"..hihihi..cam hadiah org kawen plak.
Entah sesi keberapa tah diorg dok umum cabutan bertuah tu..(sebab Ibu lari..balik umah jap-pastu dgn balik dgn Abah dan Dalila)..tengah Ibu syok-syok makan jagung dalam cup tu..tiba2 dengar pengacara tu panggil nombor Ibu..mulut tgh mengunyah jagung..nak langsung telan kang tersedak ker tercekik plak..angkat tangan je lah dulu..dah lah dok belakang..kena bertindak cepat nih!..kang dah 3 kali panggil nombor..kalo diorg tak nampak..rugi plak.
Cepat2 lah Ibu berlari ke depan sambil mengunyah saki baki jagung dlm mulut kang nak ucap TERIMA KASIH tersembur pulak :P hihihi..ALHAMDULILALAH..SYUKUR kepada ALLAH.. sebab ni first time dapat hadiah cabutan no bertuah "live" sebegini.. nak tau apa hadiah nyer..??
Semua pelajar diwajib kan membeli minimum RM2 seorang, manakala bagi para guru pula..di WAJIB kan RM 20 seorang..Untuk aktiviti Cycleton pula..para guru juga DI WAJIBkan menderma RM20 seorang..huhuiii...total semua RM40 ringgit dah untuk aktiviti hari Sabtu nih..
Sekiranya telah menderma minimum RM 20..nama/no pada kad derma kita akan tersenarai untuk acara "cabutan nombor bertuah"..Ibu tak "ghairah" sgt pun dengan bab-bab cabutan nombor bertuah ni..tapi disebabkan Ibu terpaksa menunggu sehingga jam 3 ptg untuk punch kad "out" ..Ibu dengar sajalah si pengacara tu mengumumkan satu persatu no "bertuah" tu.
Tengok hamper memang banyak..tp yg paling hebat adalah TV LCD 29 inci, handfon sony erikson, labtop, dan digital camera...huh..dasyat tul hadiah yg sekolah ni tawarkan...kawan Ibu berbisik "tak dapat hadiah grand2 pun tak pe..dapat blander pun cukup dah"..hihihi..cam hadiah org kawen plak.
Entah sesi keberapa tah diorg dok umum cabutan bertuah tu..(sebab Ibu lari..balik umah jap-pastu dgn balik dgn Abah dan Dalila)..tengah Ibu syok-syok makan jagung dalam cup tu..tiba2 dengar pengacara tu panggil nombor Ibu..mulut tgh mengunyah jagung..nak langsung telan kang tersedak ker tercekik plak..angkat tangan je lah dulu..dah lah dok belakang..kena bertindak cepat nih!..kang dah 3 kali panggil nombor..kalo diorg tak nampak..rugi plak.
Cepat2 lah Ibu berlari ke depan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Friday, August 14, 2009
@ Mee Sultan
Kali ni Ibu nak cerita sikit antara makanan fav kami..terutamanya Abah lah.. iaitu MEE SULTAN..mee ni ala2 mee gorang mamak lah jugak..
Dulu masa baru2 kawen..Abah pernah bawa Ibu p makan mee sultan ni..masa tu kedai dia kat area Tanjung ..masa tengah mengandungkan Arifa pun banyak kali Abah bawa makan kat situ lagi..org len yg mengandung..org len yg mengidam :P..
Beberapa bulan lepas melahirkan Arifa..kami ke kedai tu lagi..tapi dah ditutup..mungkin mereka berpindah tempat kot..Meronda2 jugak mencari kot-kot ada kedai mereka di sekitar Tanjung tu..tapi tak jumpa..Ingat tak dapat lah nak merasa lagi Mee Sultan lagi pasni.
Tapi baru2 ni, masa lalu depan USM, Sg.Dua..ternampak plak gerai pakcik tu disitu..betul2 sebelah USM. Apa lagi..singgah lah beli sambil bertanya khabar pakcik penjual tu...hihihi. Korang yg lum biasa makan Mee Sultan ni...kalo datang Pulau Pinang...baik korang try.. sedap!!
Dulu masa baru2 kawen..Abah pernah bawa Ibu p makan mee sultan ni..masa tu kedai dia kat area Tanjung ..masa tengah mengandungkan Arifa pun banyak kali Abah bawa makan kat situ lagi..
Beberapa bulan lepas melahirkan Arifa..kami ke kedai tu lagi..tapi dah ditutup..mungkin mereka berpindah tempat kot..Meronda2 jugak mencari kot-kot ada kedai mereka di sekitar Tanjung tu..tapi tak jumpa..Ingat tak dapat lah nak merasa lagi Mee Sultan lagi pasni.
Tapi baru2 ni, masa lalu depan USM, Sg.Dua..ternampak plak gerai pakcik tu disitu..betul2 sebelah USM. Apa lagi..singgah lah beli sambil bertanya khabar pakcik penjual tu...hihihi. Korang yg lum biasa makan Mee Sultan ni...kalo datang Pulau Pinang...baik korang try.. sedap!!
Meh tgk gambar plak..kedai area USM
gambar bumbung kedai
p/s: Ibu tak sure sebab apa namanyer mee SULTAN..hihihi..tau mkn jer..
Wednesday, August 12, 2009
@ Update kes ukk!..ukK!
Ramai kawan2 blog yang tanya pasal murid Ibu ter buang air BESAR dalam kelas tu.. jadi Ibu jawab kat sini yer...
benda 'tu' tak de empunya nyer..tak de sape yg mau mengaku.. memang Ibu tabik lah kalo ada yg tampil mengaku "barang tu" dia yg punya..hahaha
rasanya bukan cirit birit kot.. sebab paling emergency pun toilet guru lelaki dekat jer..mungkin murid sesi petang kot yg buat gitu...kelas tu budak form 2 yg guna bila sesi petang.
Murid sesi petang (form 1 dan form 2) ni pun tahap dasyat jugak...apa yg kami tampal kat papan belakang..esok pagi sure koyak/hilang semua..bukan kelas Ibu saja yg jadi mangsa (keganasan-mengoyak kertas-hiasan) ni..semua kelas jadi macam nih..mcm kartun tazmania masuk dalam kelas jer..sepah!
Tapi Ibu agak2 saja lah budak2 sesi petang yg berak tu...sebab hari Isnin jadual mengajar kelas Ibu FULL..so..tak sempat Ibu nak jadi CSI hari tu..
Apa yang pentingkerjasama!!-lagu wonderpet hari selasa kelas tu mesti selamat untuk dihuni oleh murid2 kelas Ibu..hihihi.
Terima kasih pakcik yg sudi tolong buang "barang" tu.
benda 'tu' tak de empunya nyer..tak de sape yg mau mengaku..
rasanya bukan cirit birit kot.. sebab paling emergency pun toilet guru lelaki dekat jer..mungkin murid sesi petang kot yg buat gitu...kelas tu budak form 2 yg guna bila sesi petang.
Murid sesi petang (form 1 dan form 2) ni pun tahap dasyat jugak...apa yg kami tampal kat papan belakang..esok pagi sure koyak/hilang semua..bukan kelas Ibu saja yg jadi mangsa (keganasan-mengoyak kertas-hiasan) ni..semua kelas jadi macam nih..mcm kartun tazmania masuk dalam kelas jer..sepah!
Tapi Ibu agak2 saja lah budak2 sesi petang yg berak tu...sebab hari Isnin jadual mengajar kelas Ibu FULL..so..tak sempat Ibu nak jadi CSI hari tu..
Apa yang penting
Terima kasih pakcik yg sudi tolong buang "barang" tu.
CITER LAIN:
susah jgk yer jadi guru tingkatan ni...nak-nak kelas belakang2 plak.. murid selalu ponteng..nak urus yg kena buang sek lagi.. surat amaran lagi..
bab nak mintak duit tu yg tahap MALAS GILER nak buat..mcm2 alasan..minggu ni kena kutip duit wajib RM2 seorg (utk beli kupon), untuk acara cycleton dan hari kokurikulem sek (hari sabtu nih)..tu tak masuk lagi bab -nak mintak lagi derma yg suruh murid2 gi carik tuh.
Hari sabtu ni kena datang sek cam biasa..ganti cuti hari deepavali. Kena balik 2.30ptg.

To ummieisya:
sek aku hari Isnin memang balik jam 2.30 ptg..sbb ganti waktu perhimpunan (awal2 pagi tu).. hari2 biasa balik 1.50ptg..jumaat 11.50pagi.
sek aku hari Isnin memang balik jam 2.30 ptg..sbb ganti waktu perhimpunan (awal2 pagi tu).. hari2 biasa balik 1.50ptg..jumaat 11.50pagi.
Tuesday, August 11, 2009
@ Hari yg tak BEST :(
Pagi Isnin tadi merupakan hari yg paling tak best dalam dalam bulan Ogos ni..nak tau kenapa?
- Masa on the way ke sek..masih dalam kereta..baru tersedar yg tertinggal corong pam.. last pam jam 6.10 pagi..basuh..pastu sidai kat rak..boleh plak hari ni terlupa nak masukkan dalam bag pam ibu...geram betul!!! kalo tak ambik corong tu..sure kat sek Ibu tak leh nak pam.. dah lah balik 2.30 hari ni. Nak-tak nak Abah lah yg terpaksa patah balik umah ambik kan pam tu...Ibu kena masuk 'punch' kad kat opis dulu...sbb dah dekat 7.20pagi dah time tu.
- Biasalah hari Isnin..kat sek ada perhimpunan..tapi Ibu TERPAKSA ponteng sebab nak tunggu abah hantar corong pam tu..perhimpunan plak kat dalam dewan besar..cikgu2 kena duduk atas kerusi atas pentas...segan plak nak turun naik pentas tu..tangga depan pentas jer yg boleh guna..pintu belakang di kunci sbb dulu2 ada kes budak masuk merokok sampai buat dewan terbakar sikit.. Lagi satu..sebab tak pergi adalah ingatkan perhimpunan abis jam 8.10pagi cam biasa...tup-tup tadi leh plak abis jam 8.45 pagi.. wahh..ruginyer tak pergi..apalah yg diorg buat kat sana tuh lama2...Abah sampai balik depan sek -hantar corong pam tu dah jam 7. 55 pagi.
- Ada murid dalam kelas Ibu terbuang air besar dalam kelas plak.. selonggok kat dalam kelas tu..habis semua terbau
aromaterapi'best' tuh!!..dah lah Ibu guru tingkatan tu..ramai yg datang komplen kat Ibu..baik murid atau cikgu.. last kali bgtau pakcik tukang kebun tu lah..suh tumbis dgn pasir dan tolong buang 'BENDA'kerastu. Bayangkan apa perasaan Ibu bila pertama kali dengar ayat "cikgu ada org berak dalam kelas kita"..antara percaya dgn tidak lah..sbb Ibu jaga budak form 5..berak dlm kelas plak tu??!! - Seperti selalu hari Isnin abis mengajor 2.30ptg..so hari ni Abah tak leh ambik Ibu balik.. Ibu akan naik teksi balik umah..buat plak handfon Ibu leh abis bateri terus..sampai nak 'on' sekali pun tak leh...pagi tadi Ibu tgk hanfdon cokia Ibu ni kurang satu bar jer dari keadaan 'full'...dah lah no. fon stesen teksi dalam handfon tu..Ibu dah try tukar sim kad dgn kawan..ingatkan boleh call teksi dgn hanfon kawan lah..sekali cari2..no fon teksi dalam fon memori plak??!! Adoiiii.. macam2 hal lah..nak balik cepat nih..kalo tunggu bas jer mau lama..kesian Dalila menunggu..call Abah..abah suh tunggu..dia nak datang ambik. alhamdulillah..2 kali Abah sebangai penyelamat hari ni..
Moga esok semua berjalan lancar lah.. esok sek Ibu dah start percubaan PMR.. paper pendidikan Islam.
Monday, August 10, 2009
@ Hadiah dari MamaPayish-10Q!!
Sungguh cepat MamaPayish menghantar hadiah yg Ibu menang contest tempat kedua haritu. Tak sangka betul hari Sabtu dah sampai, kalau macamni lah MamaPayish berurus niaga..sure customer dia berpuas hati bila cepat dapat barang cam ni.
Terima kasih kerana memilih kami sebagai antara pemenang dan menghadiahkan wet bag yg cantik ni.. buka2 jer sampul pos express tu ....si Dalila lah yg paling teruja...mcm tau2 jer hadiah sebab dia yg menang! :P
Sunday, August 9, 2009
@ Tote Bag Ibu Dah Sampai
Alhamdulillah.. pada hari Khamis lepas, Ibu dah pun menerima tote bag yg cantik ni yang Ibu oder dari blog Cik As dalam bulan Mei /Jun aritu. Oleh kerana terpukau dengan kecantikkan rekaan dan harga yang Cik As tawarkan..Ibu telah meng'oder 2 tote bag.. dengan niat satu mau dihadiahkan kepada kakak Ipar Ibu di kampung.
Tapi bila dah sampai..dah tengok secara real kedua2 tote bag ni..rasa mcm tak jadi pun ada nak kasi...hehehe..memang CANTIK sesangat..Abah pun puji bag ni cantik. Tapi Ibu akan tetap hadiahkan juga padanya sebab dah berniat begitu sejak mula2 oder bag ni lagi. Abah tanya "kenapa tak beli yg tote bag PERMATA HATI tu" (dia tgk Ibu ada buat entry giveaway Permata Hati Giveaway kat entry ni aritu)..Ibu cakap "yg tu rekaan terbaru Cik As"
Jom tengok bag2 yg Ibu oder tu. Dalila yg dok sibuk nak main dgn bag2 ni.
Kepada Cik As,
Terima kasih kerana menghasilkan bag2 yg cantik ni kepada saya, saya memang suka..puas hati 100%. Terima kaish juga kerana Cik As sudi ber sms dan email dengan saya sehingga bag cantik ni telah sampai ke tangan saya. Moga perniagaan Cik As bertambah maju dan Insyaallah..saya pasti oder lagi pasni...hihihi..
Tapi bila dah sampai..dah tengok secara real kedua2 tote bag ni..rasa mcm tak jadi pun ada nak kasi...hehehe..memang CANTIK sesangat..
Jom tengok bag2 yg Ibu oder tu. Dalila yg dok sibuk nak main dgn bag2 ni.
Kepada Cik As,
Terima kasih kerana menghasilkan bag2 yg cantik ni kepada saya, saya memang suka..puas hati 100%. Terima kaish juga kerana Cik As sudi ber sms dan email dengan saya sehingga bag cantik ni telah sampai ke tangan saya. Moga perniagaan Cik As bertambah maju dan Insyaallah..saya pasti oder lagi pasni...hihihi..
Thursday, August 6, 2009
@ Berus Gigi pertama
Pada 25 Julai lepas, kami sekeluarga singgah ke Mother Care kat Gurney..niat nak cari bekas nak simpan susu perahan Ibu..almaklumlah Ibu kan dah berkerja sekarang..kena pam dan simpan susu perahan buat Dalila minum semasa Ibu gi kerja nnt. Bekas yg kami cari kebetulan baru jer habis stock dan ada jenama lain tapi poket pulak tak berapa berkenan...:P
Tapi Ibu TER berkenan plak kat berus gigi baby nih..jenis yg masuk jari cam ni. Ade sape2 yg pernah guna?..sila beri nasihat ya..Ibu beli sebab Dalila belum ada berus gigi lagi.. Ibu selalu gosok dengan kain lampin, dia meraung-menagis2 tak suka.. Harga berus gigi baby ni pun murah saja RM9.90 sebelum less.
Balik rumah pas basuh dengan air panas...bagi Dalila..suka pulak dia gigit2 benda ni..lembut.. try gosok jugak pada gigi dia..okey lah..better than guna kain lah...w/pun tak boleh nak gosok lama2/semua ke6-6 batang gigi tuh. Biar dia main dgn berus tu sambil ajar cara nak gosok gigi.. hehehe..kelakar jer bila tgk dia cuba nak tiru gosok gigi tuh.
Sama lah bila kita dok sikat rambut dia, puas nak berebut nak ambik sikat dari tangan kita- dia nak sikat sendiri..sudah nya.. gigi sikat keatas tp dok buat gaya2 menyikat rambut sendiri.. hihihi. Apa-apa sajalah sayang..
Wednesday, August 5, 2009
@ Yey!!..menang tempat ke-2
Alhamdulillah...syukur atas kurniaan rezeki dari Allah lagi.. Ibu telah terpilih sebagai pemenang ke-2 contest mamaPayish yg Ibu masuk tempoh hari...tak sia-sia juga Ibu bangun buat entry contest ni pada jam 3pagi..hihihi..
Pilih punya pilih..edit punya edit..Ibu pertaruhkan gambar Dalila yg ni dalam contest tu. Mungkin rezeki Dalila kali ni..alhamdulillah dan TERIMA KASIH kepada MAMA PAYISH selaku penganjur contest ni...
Jadi, sesiapa yg berminat untuk berCD..boleh lah berkunjung ke blog MamaPayish.. banyak info2 berkenaan CD disediakan di blognya..
Pilih punya pilih..edit punya edit..Ibu pertaruhkan gambar Dalila yg ni dalam contest tu. Mungkin rezeki Dalila kali ni..alhamdulillah dan TERIMA KASIH kepada MAMA PAYISH selaku penganjur contest ni...
Tahniah juga pada pemenang2 yang lain iaitu Momma Mia dan kak Nadye..pasni makin semangat lah kita utk join mana2 contest lagi yer...
Berikut adalah para peserta yg telah mengambil bahagian dalam contest kali ni.. semuanya hebat2 dan kiut2 belaka berposing dengan memakai CD.. bagi yang tak bernasib baik..diharap jangan berputus asa...mungkin esok2 rezeki anda pula..siapa yang tahu kan...

JOM KAWAN2..KITA BER CD
SELAMAT !!
JIMAT !!!
SELAMAT !!
JIMAT !!!
@ Bagaimana nak buat 'link' entry ke blog lain
Semalam, Kak Azie ada bertanya " bagaimana nak buat link entry ke blog lain"
Begini langkah2 nyer..
1. Highlight tulisan/perkataan yang nak di link kan tu
contoh: aten
2. Klik button link
3. masukkan alamat blog yg nak di link kan td tu.
4. siap!!
p/s: Kak Azie try lah..kalo tak jadi, bagi tau saya ok :)
harap dapat membantu

Tuesday, August 4, 2009
@ Thanks To Aten
Bulan Julai-23 hb lepas Ibu ada terima hadiah/ole-ole dari aten. Aten sekeluarga pergi bercuti di Cameron Highland...tak sangka pula dia belikan Ibu buah tangan dari CH ni..
Hairan jugak mulanya tuh bila dengar org ketuk pintu tgh2 hari.. tengok2 encik pos laju rupanya.. ada 2 barang untuk Ibu. Dah sain apa yg patut..tgk bungkusan dari Aten.. dok teka dalam hati..mungkin kuih samperit...sebab hari tu ada oder kuih tu kat blog dia..tp kenapa dia nak hantar awal...bulan puasa pun belum lagi..teka lagi..mungkin 'sample' kuih kot..

Terujanyer!! apa yer...???
Cepat-cepat Ibu buka..
Cepat-cepat Ibu buka..
..rupanya ole-ole dari CH...baik sungguh hati mu Aten.. ingat juga kat kami di penang ni. Moga Allah murahkan rezeki Aten sekeluarga yer...aminnn!!
oleh itu,
IBU INGIN BERTERIMA KASIH buat ATEN
kerana sudi memberi dan mengirimkan buah tangan ni. First time dapat ole-ole dari kawan blog nih..sungguh seronok rasanyer :)..
kerana sudi memberi dan mengirimkan buah tangan ni. First time dapat ole-ole dari kawan blog nih..sungguh seronok rasanyer :)..
hadiah untuk Dalila..?
dah dekat 2 hari-2 malam Ibu cuba upload video Dalila bermain dengan bola yg berbentuk strawberi tu..tapi tak boleh2 jugak.. nnt2 Ibu try upload lagi yer..maaf yer aten...tak tau kenapa lah xleh nak upload nih..
anyway...terimakasih yer Aten... :)
Sunday, August 2, 2009
@ Permata Hati - Giveaway
Seperti biasa..blog Kak As ni mesti Ibu jengah setiap kali Ibu online..bukan aper.. suka sangat tengok bag2 yg Kak As hasilkan tu.. cantik2 semuanya..disamping mengintai2 kalau2 dia nak buat GIVEAWAY lagi... yess!! seperti yg dinantikan..ada lagi GIVEAWAY dari kak As.. murah rezeki Kak As ni kan..rajin buat giveaway kat kawan2 blog ni.
Komen tentang Bag ni:
Bagi Ibu bag permata hati ni MEMANG CANTIK..MENARIK sebab banyak bermain dengan warna merah dan putih. Ditambah pula dengan hiasan RIBBON GEMOK tu..memang tip top lah dengan citarasa Ibu.. rasa cam nak oder jer bag nih TAPI...ada tapi nya tuh.. lagi menarik rasanya kalau tali tu juga berwarna merah...rasa cam tiba2 jer warna hitam plak kat bag tuh...
Bagi sesiapa nak join contest ni...cepat2 lah yer..nak ditutup hari Isnin nih tau... korang tak berkenan ker dgn bag nih? Kalau Ibu..tak tunggu dah..sekarang jugak Ibu terjah kat blog kak As ni toteboutique.blogspot.com tambah lagi kalo boleh dapat FREE...sape tak suka kan :)

Subscribe to:
Posts (Atom)