gambar dari cik Google
Malam tadi saya dapat panggilan dari Abang kandung saya yang tinggal satu kampung (rumah lain-lain) dengan mak ayah saya. Mereka tinggal di Kedah, dalam dearah Kubang Pasu. Alhamdulillah..semua sihat. Abang bagitahu..air dah masuk rumahnya tengah hari tadi. Masa kakak ipar saya keluar gi ambik anak sulungnya (darjah 3) di sekolah... air tak naik lagi..balik jer dari sekolah, dah hampir paras lutut dah. Habis kerpet dan buku/majalah terapung dalam rumah..termasuk sekali tong gas memasak tu..pun dah tebalik habis dah. Lantai simen depan kawasan pintu rumah dah "terangkat/tertanggal" dah dari tanah. Kasihan family abang saya...
Petang tu jugak mereka satu keluarga dah berpindah ke rumah mak ayah saya/kami yang agak tinggi (rumah kampung)...sebab air dah sampai paras pinggang dah. Rumah mak ayah kami tak pernah lagi di masuki air banjir, paling dasyat pun air akan sampai ke pintu pagar rumah saja...alhamdulillah.
Sekarang ni..kampung saya dah terputus hubungan/jalan dengan kampung sebelah menyebelah dah..langsung tak nampak jalan tar dah.. dah semacam laut dah. Mujur abang ada menyimpan stok makanan yang mencukupi untuk di makan sepanjang musim hujan ni. Cepat2 lah berlalu wahai sang hujan.. kesian anak2 sedara ku tak dapat ke sekolah.
Dari apa yang saya baca di web jabatan meterologi malaysia..Kedah diramal akan hujan lagi sampai ke hari Isnin depan (8 Nov 2010).
Berikut adalah AMARAN HUJAN LEBAT yang saya perolehi di laman web Jab Meteriologi.
_________________________________________________________________________________
AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT MERAH)
Dikeluarkan pada: 7.40 petang 01/11/2010
(PERINGKAT MERAH)
Dikeluarkan pada: 7.40 petang 01/11/2010
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)
Ditingkatkan daripada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan pada 8.45 malam, 31/10/2010.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli), Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
KEMASKINI
I) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 8.45 malam 31/10/2010.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kedah (Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010.
II) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 1.25 petang, 31/10/2010
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Terengganu (Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.
_______________________________________________________________________________
** ada lagi sambungannyer..tapi saya nak copy yang ni saja. Nak baca lagi korang klik kat webside Jab. Metreologi yer.. kat bahagian "Amaran Cuaca" kat sebelah kanan-atas.
Masuk webside Jab. Meteriologi ni teringat masa saya nak dapat interview pegawai kaji cuaca time tengah 7 bulan preggy kan Dalila dulu2..banyak saya study kat webside nih.. Tapi apakan daya ..bukan rezeki saya kat sini..tak dapat nak kerja under MOSTI. Kalau korang nak tahu.. pegawai kaji Cuaca ni working hours nya 12 jam-12 jam tau. Tapi tak pe lah kan..asalkan keje dgn Goverment.
16 comments:
siankan..begitulah bila dah sampi hujung tahun musim tengkujuh pun tiba. anak2 lah kena jaga..bahaya banjir2 ni
hi, bloghopping here.semalam family kat kota bharu pun ada bagitau sana hujan nonstop.winter is kicking in now.
kena berjaga2 skrg ni musim tengkujuh dah tiba ...
KL pun kalo hujan tak berenti 2-3jam dgn angin kuatnya ... kejap jerk air naik.
banjir..musim hujan skang ni kan, sabar ye ..doa2 smoga banjir lekas surutnya..
owhh smpai banjir ye..tp ujan takda lebat sgt kan just meleret leret ujan tu smpai ptg...
kalo keadaan nmpk agak membimbangkan better pindah umah sedara jap kan...
tu la asik hujan ja... ni pun takut jugak, kena berjaga2 sbb rumah rendah...
Rumah k.ana pun dah jadi pulau..air tak naik sbb kwsn agak tinggi tp kwsn lain tenggelam jadinya terputus hbgn...jln keluar masuk tutup dan xle guna
skang musim tengkujuh..teringat time hubby dok perlis..kete pn tenggelam dek banjir..
siannya la time banjir ni la macam2 perkara berlaku kan...harap2 cepat la air surut
salam takziah yer...
zura doakan moga tak de paper perkara buyuk yg berlaku...
taking gud care yer dear=)
rumah mia kt kg pun banjir. masuk peringgkat jingga dh.
skrg musim kan...semoga ujan bhenti la x lama lg...moga cepat2 surut...
semoga cepat surut la banjir tu..
adehhh siannya...
kesian pada mangsa banjir...semoga matahari cepat bersinar panas terik.biar cepat surut.
kesian nya..semoga banjir lekas reda.
skrg ni dh nak masuk musim banjir kan..harap2 dpt la balik raya nanti...
New Entry "NEW!!! BRANDED GIRLS DRESS & JEANS"
Post a Comment