nak join? klik banner ni yer

Monday, November 22, 2010

@ Negatif Denggi Dan Bilangan Platelet

Keputusan ujian darah Dalila kali ke-2 amat membimbang kan saya dan Abah.  Bilangan platelet darah berkurangan/ turun.. 1st ujian=160..2nd ujian= 139 (pada hari ke-3 di ward (15-Nov 2010)).  Tapi keputusan ujian terhadap denggi masih lagi -ve.  Yang lain semua okey (darah putih dan sbgainya). Walaupun doktor cakap "masih bukan dalam keadaan bahaya" tapi kita sebagai ibu bapa ni, sure risau dan nak anak kita sihat dan kembali ceria macam dulu2. Doktor cakap esok (16hb Nov) nak buat ujian darah  sekali lagi...ujian darah ke-3.

 hari ke-2 di ward..kesian kan tgk Dalila mcm ni.

 hari ke-3 di ward.. masih keletihan lagi

 ruam-ruam yg timbul sejak hari ke-2 masuk ward

Keadaan Dalila pula waktu itu: selalu nampak letih, tak ceria, senyum pun sebab terpaksa, makan dan minum pun teramatlah kurang..nak menetek saja (mujur dia masih fully breastfeed). Doktor meneruskan "masukkan air" melalui drip untuk botol yang ke-2. Ruam2 merah masih jelas kelihatan di seluruh badannya.. family terdekat yang datang menziarah  ada cakap dalila ni kena "campak"...campak yang jenis halus. Saya ada bertanya tentang hal ini kepada doktor... doktor bagitau ini bukan campak.. ini adalah disebabkan "viral infection".

Lepas doktor keluar terus call Abah kat tempat kerja.. bagitau result ujian darah yg ke-2 ni. Risau. Panik. Takut bilangan platelet makin menurun. Saya cepat2 call kawan2 rapat saya, Sheela dan Dina.. minta mereka tolong masakan sup ketam untuk Dalila.  Sebab dah tahu, sup ketam boleh membantu menambahkan bilangan platelet dalam darah. Call jugak family saya di Kedah..minta mereka tolong doakan Dalila cepat2 sembuh. Alhamdulillah, Allah permudahkan.. malam tu jugak Dalila dapat merasa sup ketam dari bantuan Sheela. Thanks Sheela.. semoga Allah memurahkan rezeki Sheela sekeluarga..aminn..

Esok pagi, 16hb ambik darah lagi untuk ujian darah ke-3.. kali ni ambik kat pergelangan tangan kiri pula. Kesian sangat tengok Dalila menangis dan meronta-ronta dalam balutan kain tu. Tahan sikit yer sayang.. uantuk kebaikkan sayang juga ni. Hari tu, Dalila kelihatan dah makin okey.. cergas sikit dari hari sebelumnya.. Tengahhari, doktor datang lagi bagitahu... bilangan platelet dah naik semula, 159. Masih lagi -ve denggi.  Alhamdulillah.. syukur sangat2.  Doktor cakap..tak de apa2 perlu di risaukan lagi.. dan kalo mahu balik rumah pun dah boleh dah. Demam Dalila pun dah makin berkurangan.  Drip untuk air pun dah di stopkan. Suhu tak tinggi lagi. Tapi saya minta nak tinggal lagi kat hospital..untuk sehari dua.. risau kalau2 demam balik lagi. Petang tu, kawan saya, Dina datang hantar sup ketam untuk Dalila. Baik betul Dina dan suaminya..bukan hari tu saja dia datang hantar sup ketam.. esok (17hb-hari raya korban) dan 18hb masa nak discharge pun dia hantar jugak. Thanks Dina dan Yazan.. semoga korang sekeluarga dilindungi dari segala yang tidak diingini...aminn.

17hb Nov..hari raya korban... pagi2 lagi dah dengar takbir raya kat TV. Syahdunyer.. 1st time ni beraya kat hospital. Haritu, doktor Hasanah yang merawat Dalila cuti. Ada doktor Chan yang ganti. Doktor datang periksa Dalila dan bagi ubat ulser untuk tekak Dalila. Alhamdulillah.. petang tu dia terus berselera makan. Doktor Chan pun cakap..kalau mahu balik/ discherge, bagitahu kat nurse saja. Abah cakap.. nak discharge esok.. tapi harini nak ambik ward leave saja. Saya ada tanya pada doktor Chan..tentang bilangan platelet tu.. risau dia kurang semula..doktor Chan cakap..peratusan nak kurang semula tu adalah rendah..melainkan Dalila terkena jangkitan lain semula... dan demam semula. Sekarang sudah lebih 48jam Dalila tak demam. Jadi tak perlu risau dan tidak perlu buat ujian darah sekali lagi. Petang tu ambik ward leave..bawa Dalila jalan-jalan.. dah makin sihat ni..asyik minta "nak jalan-jalan" saja. Kasian kan..dia pun bosan dok dalam hospital lama2.

Esoknya 18hb Nov. Doktor Hasanah datang melawat semula. Dia pun cakap harini dah boleh discharge. Dalila pun dah sembuh, dah aktif dan ruam-ruam merah kat badan dah hilang. Makan pun berselera.
 gambar b4 discharge.. nak makan tengah hari dulu

 bunga penghias bilik kami.
 Nov 2010..ini kali ke-2 masuk hospital ni.

Terima kasih kepada Doktor Hasanah..dan doktor Chan yang telah merawat Dalila.. termasuk juga nurse2 di Hospital Pantai. Terima kasih atas bantuan anda semua. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan2 blogger yang sama-sama mendoakan kesihatan Dalila. Hanya Allah saja dapat membalas budi baik anda itu.



p/s: satu page yg ada menerangkan tentang platelet untuk pesakit denggi
http://translate.google.com.my/translate?hl=en&sl=ms&tl=en&u=http%3A%2F%2Fwww.mail-archive.com%2Fsahabatinteraktif%40yahoogroups.com%2Fmsg06343.html&anno=2

photobucket

29 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

alahai.. kesian dalila..
takmo demam lagi hokey!

rambut dalila dah panjang la... comellss

Syida said...

alhamdulillah dalila dah sembuh.

Unknown said...

ala,cian nye kat tomei aunty ni..aunty doakan semoga dalila cepat sembuh..yg penting dalila kena mkn ubat..

Nadiah Sidek said...

ya Allah..kesiannya dalila. tak perasan entry sblm ni. alhamdulillah ok dah dia. moga terus dikurniakan nikmat kesihatan ye dalila..

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

siannye dalila kne sakit.. nseb baek dh pulih.. smoga dalila x sakit2 lg.. ameen...

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

siannya dalila, moga cepat sembuh ye teringat time balqis admitted dulu

Bukan Bidadari said...

sian dia...... semoga sihat sentiasa

10 said...

alhamdulillah dalila dah sihat... boleh nampak kerisauan di muka kak min...

Yan said...

denggi lagi???
aritu dia dah kena sekalikn???

area awak tu mmg bahayala.. ni target budak plak tuh.. sian dalila..

Suhana Shahril said...

Mujur bukan denggi,kwsn umah min tu memang kwsn denggi ke?
semoga Dalila sentiasa sihat dan ceria seperti selalu.

gnesop said...

alhamdulillah..syukur kpd Nya.. :)

deem said...

moga dalila semakin baik dan sembuh ye kak...:)
anyway she still cute even no smile at her face ^__^

ladymiss said...

alolo comel je dalila ni :D

YatieJay said...

Platlet berkurang tapi memg bukan denggi ye? Kerana viral infection?

Baguslah kalau dalila dah sembuh sepenuhnya. Kalau anak sakit, dengna kita-kita sekali tak ceria kan?

Ummi Eisya&Amani said...

syukur alhamdulillah..pergila jauh2 demam tu dari dalila..tak sanggup rasanya tgk budak2 ni kena masuk ward..masa amani kat nicu dulu pun,aku asyik nak nangis je..kecik2 dah kena cucuk sana sini..

moga anak2 kita semua terpelihara dari penyakit..amin..

♥ Funna ♥ said...

syukur dalila dh get well..sh nmpk keceriaan dia balik dah..so cuteeeeeee..geram tgk..

YEASLMN said...

Alahaii , kesiannye tgok dye ;( Huhu . Tp seb baek da sembuh . Moga dye kembali ceria ;) Amin .

firahadifa said...

alahaiii.. sedihnya baca.... cian kat u n dalila..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

sedihnya tengok muka dalila..dugaan ya min, bersabarla banyak2

ibu_Arifa said...

TO MRS.K: Terima kasih sis :) this time xmo potong rambut ida..paksa dia ikat hari2.

TO SYIDA: Alhamdulillah...terima kasih kak Syida

TO AZNI: Terimakasih Aunty AZNI.. mcm tau2 jer saya ni jenis susah nak makan ubat.. kena paksa baru mau telan sikit2. lain habis sembur kat muka dan baju nurse..

ibu_Arifa said...

TO NADIAH: Terima kasih Nadiah. Tu lah..dah jadi mcm ni baru rasa betapa nikmatnya bila kita sihat.

TO MOHD WAKIYUDDIN: Terima kasih Uncle Yuddin.. moga Allah melindungi uncle sekeluarga juga ya..aminn

TO ANJE: Terima kasih Anje. kesian tgk budak2 sakit. mcm nak minta ganti dgn diri kita saja..

ibu_Arifa said...

TO EMA: Terima kasih Ema :)

TO 10: Terima kasih aten.. pandai yer aten ni.. boleh nampak ker? hihihi

TO YAN: haah..ingat yer kak Yan. tu lah dah lama merancang nak pindah rumah..tp rumah kat area pulau ni..susah nak dapat.. kan area kilang sini..rumah sewa mcm 'pisang panas'..nak beli, kena lipat gandakan usaha/kerja cari duit lah dulu.

ibu_Arifa said...

TO SUHANA: Terima kasih kak Ana. Alhamdulillah..lah bukan denggi kali ni. mmg kwsn sini "black area" denggi..kami pun dalam proses nak cari rumah baru nih..doakan kami yer kak Ana.

TO SOP: Terima kasih en.Sop

TO DEEM: Terima kasih deem. semoga Allah melindungi deem sekeluarga yer.. aminn

ibu_Arifa said...

TO BAZILAH: Terima kasih :)

TO YATIEJAY: tu lah..kata doktor bukan denggi..ujian darah 3 kali still -ve denggi.. tp masa 1st time kena denggi pertengahan tahun ni.. ujian darah 1st time dah confirm denggi..tp darah semua okey..tak de yg kurang.

TO UMMIEISYA: Terima kasih Fara. tu lah antara dugaan nak membesarkan anak..anak yg sakit..kita pun rasa sakit juga. moga Allah melindungi kita sekeluarga yer Fara ..aminn

ibu_Arifa said...

TO FUNNA: Terima kasih sis Funna. tq juga sbb singga blog kami ni.

TO YYUNIE: Terima kasih atas doa Yyunie tu..Allah saja dapat membalasnya.

TO FARAHADIFA: Terima kasih.. dugaan buat kami..redha dan sabar sajalah.

TO CIK YAH: Terima kasih Cik Yah.. tu lah..semua ni dugaan. tanda Allah sayang kat kami lagi kan.

rynas said...

alhamdlulilah dah sembuh..risaukan bila anak-anak sakit nie.

chekna said...

alhamdulillah, moga dalila makin sihat & ceria ye.. nasib baik ibu ada kawan2 yg baik & prihatin..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

semoga dalila cepat sembuh yer.....kesian tgk dia....

e.l.i.z.@ said...

ouh ni la sebabnya min beraya kt spital..sib baik dalila dh ok..nk tahu pasal platlet tu tp mls lak nk baca kt link yg min bg :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...