nak join? klik banner ni yer

Tuesday, November 30, 2010

@ Buah Pisang Kaki

Saya baru saja kenal buah ni, my MIL selalu beli kat market pagi area rumah kami. 1st time tengok, sangkakan tomato atau terung bulat...ingatkan dia sayur-sayuran. Tapi my MIL cakap tu "pisang kaki".. boleh makan gitu saja, macam buah-buahan biasa yang lain. Pisang kaki?! mana kakinyer? tak de bentuk macam pisang pun? Unikkan bahasa melayu ni.. sebab kalau nama glamor/ komersial bagi pisang kaki ni adalah "Persimmon" fruit...bukannya "banana leg/foot" hihihihi..

Saya juga pernah makan buah ni yang telah dikeringkan. Sedap juga. rasanya Kebanyakknya kaum Cina yang suka makan buah ni.



















ketika masih di pokok

buah pisang kaki

buah pisang kaki yg telah dipotong.. ada biji besar kat dalam

"Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.  Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung " (dari :sumber)

Korang pernah try makan buah ni? Suka tak?



photobucket

27 comments:

Izan Ishak said...

k.izan pun tak pernah makan lagi persimmon ni. tgk dalam AFC channel, mcm best je~

mama rifQy said...

tak pnh try pon lagik! tak tahu la rase die camne

Ummi Eisya said...

tak pernah..tapi pernah tgk la..pelik gak nape panggil pisang kaki..hihii

Ummi Eisya said...

tak pernah..tapi pernah tgk la..pelik gak nape panggil pisang kaki..hihii

murn!e said...

hahahah.same la..saye pun taktahu. baru tahu pasal buah pisang kaki ni.

saye keje INTEL. INTEL baik hati tiap hari bagi buah free kat employee dia. so 1 hari ni, masa nak amik buah tu, saye tengok buah yg saye tak penah tahu. dalam hati saye kate"apehal intel kasi tomato ni?"

pastu ade kawan kat belakang kate, pisang kaki la. bestnye lame tak makan.

pastu baru tahu.nasib baik cakap dalam hati pasal tomato tu. kalo idak malu je. hahahha

suka_haha said...

macam tomato je kekeke...jom komen sini lak hehe

zura@iwan said...

oo penah tgk..tp x penah mkn..hikss

HaNTwO said...

memang sedap buah ni..saya pernah makan sekali :)

SyidaGorjes said...

sukaaaaaaaaaaaaaaaa!tapi buah ni agak mahal sikit kat kl sbb susah ditemui.

Farra Dhelina said...

jarang jumpa biasa kat market2 plhn je kan..

YatieJay said...

Makan sejuk2 laaagggiii sedap tau!

tiqaa said...

tak pernah makan lagi. nty nk try la. aha :D

rynas said...

pernah makan...sedap dan suka sangat. rasanya manis2 lemak2 gitu..tapi cam tak sesuai namanya pisangkan...panggillah tomato kaki hehheheh

mamaMUHAMMAD said...

dah penah try..coz my mom slalu beli dulu..rasa die lemak2 manis . sedap. actually persimmon ni asal nye hanya ditanam di israel..dulu sesetgh negara islam mmg band buah pisang kaki yg dari israel..now dah melambak dari negara lain..so,boleh la kot..hehe..n most of people yg beli bkn malays la..knapa ek..?

zaza@mamaHanin said...

SEDAP TAU MIN.. NAK-NAK BUAH YANG MUDA SKET.. TAPI ZAZA PREFER LAGI YANG MASAK..

~Ifa~ said...

MCM TOMATO AJA.SEDAP TAK PISANG NIE.X PERNAG TRY PUN LG.KALU SAYA TGK PISANG NIE SAH2 SAYA CKP TOMATO.

*azni* said...

org klntan panggil buah ni buah cupu..hehe..

Syahida said...

eee...tak pernah dengar nama...tapi macam pernah tgk buah tu...sedap ke?rasa macam pisang ke?

mama_umar_maryam said...

dulu kecik2 suke mkn buah ni, skg ni dah besar ntah nape xnk dah,hehehe

10 said...

boleh tahan la rasa buah pisang kaki ni... sedap...

Ibu Ayra said...

buah pisang kaki nih selalunya tak manis sangat dan rupa dalam ala2 buah naga yang isi putih tu kan?

min, ada tag utk min
http://rosrusli.blogspot.com/2010/12/bloglarian.html

Mata Hati said...

1st time tgk. macam buah tomato pun ada

afraliza said...

ooopppsss!!! rmai yg suke buah ni? I pnh mkn tapi minat sgt..rasa ala2 tomato gitu..

auni said...

sgt sedap,, suke2

nba-Nur said...

Nur tak pernah makan buah ni.. Pernah nampak. Lepas ni boleh la cuba..Kalau rasanya macam tomato, ok la.. (suka tomato..)

AshAnas said...

shira tak bape suke buah ni tp hasben shira suka sgt...

JunAina said...

salam...

buah nie kalau org boston aka bota panggil buah cerepu...tapi aina lebih mengenalinya dengan nama pisang kaki sebab kami orang perelih...dan bila dok kajang lebih mengenalinya dengan persimmon...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...