nak join? klik banner ni yer

Wednesday, November 10, 2010

@ Kami Kemalangan on the way ke KL

Tak suka dan tak mahu nak ingat semula kejadian kemalangan jalanraya pada hari Sabtu lepas, 6hb Nov 2010. Tapi saya tuliskan juga di sini (blog ni) sebab ini adalah kemalangan jalanaraya yang pertama saya dan keluarga saya. Sebelum2 ni..memang tak pernah.. hatta terlanggar sikit pun bontot kereta orang..sebab Abah memang sopan bila memandu. Tak tipu tau!

Abah perlu ke KL (ke Putrajaya sebenarnya) selama seminggu atas hal kerja companynya.. di sebabkan agak lama..Abah ajak saya dan Dalila join duduk kat hotel tu sekali..sambil2 boleh ronda2 KL bila dah habis kerja. Saya pun dah lama tak jejak kaki kat KL..Last sekali datang pun 2 tahun lepas..masa mengandungkan Dalila (4bulan).. tu pun follow Abah sebab hal kerjanya..pun kat hotel yang sama..Shangri-la Putrajaya.

Tapi kali ni saya rasa tak berapa sedap hati nak ikut..rasa macam separuh hati jer nak ke KL. Tapi mengingatkan Dalila yang dah lama tak mandi kat pool hotel..dan dia yang excitet bila kami cakap  pasal "nak ke KL"..saya cuba pujuk hati saya... demi anak.

kalau tak silap area ni kot eksiden aritu


masa mula2 eksiden.. hujan lebat (kereta masih di lane kanan)

Kami bertolak dari Penang dalam jam 3.30 petang lebih. Masa tu hujan dan lebat. Dan makin lebat bila kami nak sampai di Bukit Merah. Semua kereta dah pasang lampu emergency. Hujan lebat selebat lebatnya sampai tak nampak kereta..sampai rasa macam kita tengah tengok serangga kelip2 di depan kita tu..padahal itu kereta. Memang banyak kereta time hujan macam ni. Kami cuba nak berhenti di "hentian sebelah"...tapi semua parking penuh. Abah terpaksa teruskan memandu secara perlahan2. Mujur tak lama lepas tu hujan dah makin reda..(tapi masih huja). Jarak penglihatan pun dah makin jauh. Tiba-tiba lebih kurang dalam 50m-60m (saya agak2 jer).. kereta Toyota Unser kat depan kami emergency break.. Abah dan saya, nampak kereta tu..saya just cakap "hati-hati bang" lagi. Tak pulak saya pesan atau jerit suruh Abah break..sebab rasa masih jauh lagi. Tak sangka..bedebum!!! kereta Abah melanggar Toyota Unser tu..  Saya terus toleh dan tanya Abah..."Abang tak break ke?" "Tak rasa pun kereta berhenti" Abah jawab "Abang break..tapi break tak makan" cepat2 toleh belakang melihat mana tahu, ada kereta pulak yang langgar kereta kami...alhamdulillah..tak de kereta kat belakang.
Nak dijadikan cerita (bertambah klimaxs lagi )..kedua2 handfon saya dan Abah..buat hal time tu.. handfon Abah-dah langsung tak boleh hidup terus dah. Handfon saya masih boleh on lagi (ada 1 bar) tapi handfon dah 4 tahun guna..1 bar tu kire tahap darurat perlu cas sangat2 dah.. asyik bg warning jer..padahal masa mula jalan, full jer bateri tu..(mungkin handfon penat cari signal kat dalam hutan kot.. tu yang sampai tinggal 1 bar tu...agaknyer lah)

Ketika berlanggar, saya tengah pangkukan Dalila tidur atas riba..so kami tak pakai tali pinggang keledar lah (ya memang saya salah) Dalila sejak dari rumah meragam nak tidur, masuk kereta..kena aircon.. dapat *anen (menetek)...terus dia tidur dari penang lagi. Bila dah berlanggar..terus Dalila terjaga menangis sambil cakap sakit2, dia pengang dan tunjuk bahagian yang sakit tu. Dalila terhantuk kat dashboard kereta. Saya pula ada bengkak sikit di tulang kering kaki kanan dan tangan serta kaki kiri saya pun sakit sebab menahan pada dashboard. Abah pakai tali pinggang keledar..cuma saya dan Dalila jer yang tak pakai.

 sampai pecah benda ni, saya tahan dengan kaki kiri saya..
wachaaaaaaa!!!

Saya tengok jam, tepat jam 5ptg kami eksiden. Masih hujan. Periksa semua..ALHAMDULILLAH..tidak ada yang tercedera. Abah keluar tengok kereta kat depan, teruk. Abang kereta toyota Unser tu pun keluar jugak..tapi kereta mereka tak seteruk kereta kami.. proton langgar toyota. Abah suruh saya call nombor syarikat insuran kereta..call nombor fon yang kat sticker cermin hadapan tu..ada 2 nombor..saya pun penuh tawakal (risau bateri habis) call aje... "nombor yang anda panggil..tiada dalam perkhidmatan" macam nak luruh jer jantung masa tu..dah lah signal pun kejap ada kejap tak de jer.. call pulak "nombor yang tiada dalam perkhidmatan"..check balik dah betul no saya dail tadi tu. Pastu Abah datang semula dengan handfon Abang kereta toyota tu di tangan. Abag toyota tu kasi pinjam. Sambil tersenyum Abah cakap "dugaan kita kali ni...eksiden tengah2 hutan..handfon pulak 2-2 tak de bateri..sabar yer" Tapi saya tahu..Abah senyum je tu..tapi Abah pun risau jugak..1st time eksident macam ni, dangan anak bina pulak tu dalam kereta.
Saya ambik buku catatan dan handbeg saya, terus salin no telefon orang yang penting2 (no telefon family yang rasa boleh bantu)..dari handfon saya..risau handfon mati jer nanti.

30 minit pastu..sampailah brader cina yang pakai vest hijau yang selalu di tempat kemalangan tu kat tempat kami. Dia kata dia orang dari bengkel kereta. Dalam hati saya..minta2 lah oarang tu oarang yang betul..kalo mau penjahat..perompak ker..habislah kami. Dia sembang2 dengan Abah dan Abang kereta toyota di luar, sambil masing2 berpayung. Tak lama (15 minit) pastu datang 2 orang lelaki memakai vest hijau " yang bertulis "PLUS RONDAAN" dan ada lambang polis di dada. Lega sikit bimbang hati saya. Dalila dah okey dah..kami siap makan dan main2 dalam kereta.

Plus ronda dah sampai.. kereta kami dah dialihkan ke kiri bahu jalan

Masa paling lama adalah bila menantikan "tow car" tu sampai. Dah ler duduk tepi lebuh raya (walaupun saya dalam kereta) tapi boleh terasa bila tiap2 kali kenderaan yang lalu di sebelah kereta kami yang tersangat laju (terutamanya bas dan lori)...risau hantam pulak kami kat tepi tu. Memang terasa segan jugaklah..bila ramai orang di luar memandang kereta kita (termasuk juga kita)..1st time jadi magsa..so ni baru tau. Hujan dah kurang sikit saya keluar ambik gambar kereta kami di luar..masa tu kereta Toyota dah lama pergi.. kereta kami jer yang tak boleh nak gerak..kena masuk bengkel dulu.

kereta dari depan
nampak tak betapa banyakknya kenderaan yg laju2 time tu.

closeup depan kereta

pandangan sisi kereta

jem.. sebab ada ambulan dah sampai kat kawsan kemalagan 2km depan kami

Abah pinjam handfon brader cina vest hijau 1st tadi tu. Call semua "orang penting"bagitahu kami eksiden,..termasuk cak mak sedara di Taipeng..minta tolong ambik kami di balai polis Kuala Kangsar. Brader Cina vest hujau  tu bagitau Abah..2 km depan kami, ada eksiden juga..meninggal 2 orang (mungkin sebab tu lah, Abang toyota Unser tadi tu break mengejut..ada eksident kat depan...4 km di belakang kami..pun eksiden jugak. kiranya  ada 3 eksiden dalam waktu terdekat. Dalam menantikan tow car tu sampai...dengar bunyi siren ambulan...van ambulan tu berhenti kat kami, terus brader vest hijau tu cakap "depan lagi...depan lagi"

Masa tow car dah sampai..kami naik kereta brader cina vest hijau tu..dan follow dibelakang kereta kami yang rosak tu. Di balai polis pun lama juga nak buat report..dekat 1 jam lebih. baru settle. polis datang ambik gambar kereta. Abah cakap..polis kat balai tu kata..kilomater tu memang biasa eksiden kalo hujan..sebab jalan licin.
 Hmm.. good bye kereta proton kami tu..berehat puas2 kat bengkel di Taipeng.. kata mereka, lebih dari sebulan boleh baru siap, tu pun bergantung dengan bilangan kereta yang rosak masa tu.


Malam tu jugak..dengan bantuan family kak Long Abah, mereka datang ambik kami kat Taipeng (rumah makcik Abah) ...(Thanks Kak Long dan Abang Zaki, thanks jugak untuk family Cik kat Taipeng) dan jam 12 malam baru sampai ke rumah di penang. Tak jadi ke KL. Masuk rumah pun masing tak boleh nak tidur..macam trauma..macam tak percaya yer kami dah amalami eksiden sebentar tadi. Dalila pun dok cakap kereta pecah..kereta pecah.. Seluruh badan dan kaki saya dah start rasa sakit2. berdiri dan berjalan lama dah lengunh sampai ke pinggang. Tu yang hari Isnin, 8hb Nov saya gi mengurut tu.. baru rasa okey sikit..


Alhamdulillah..Allah melindungi kami sekeluarga..semuanya selamat..saya pun dah pantau dalila dah 48 jam lepas terhantuk..semuanya ok..tak de muntah..tak de mata jadi "menumpu/juling" atau sebaginya..Alhamdulillah..syukur.. kereta boleh dibaiki/dibeli..yang penting nyawa kita semua kan.

photobucket

44 comments:

Unknown said...

byk kan bersabar kak..yg pntg semua nyawa selamat..

Ju@Lucky^Mummy said...

Alhamdulillah.. mujur tak serius kan..

NM said...

alhamdulillah, awak sekeluarga selamat..to be safe,bawak je dalila cek doc ok.

Suziey Ahmad said...

uish dasyat jgk kan..teruk keta tu..tp yg penting nyawa selamat...

chekna said...

nasib baik korang xape2...nak jadi kan... kitorg since ziyad baby sampai sekarang still akan duduk kat seat blakang tiap kali nak travel. siap pakai seatbelt skali. kalo stakat area2 kl ni, ok la dok depan. tu pun selalunya xlama, pastu dia akan sendiri cari tempat duduk dia sendiri kat blakang. lagipun car seat tu bleh pakai sampai 4thn, rugi plak kalo xpakai kan..

Ain said...

syukur la min sekeluarga tak pape, seriau akak kalau bab eksiden ni...

lagi la kalau jalan hujan, memang kena lebih berhati-hati...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

huhu~bahayanye..kadang2 kite berhati2, tp malang ta berbau..syukur sis n family ta apa2.. =)

Nur Faziha said...

Ya Allah... terkejut baca entry nie.. bahaya ya kawasan tu.. tak tau sebab tak biasa lalu jalan utara..

Apa pun, alhamdulillah awak sekeluarga ok.. take care!

zaza@mamaHanin said...

salam min..
ya Allah. teruk jugak keta min tu.. alhamdulillah.. sume selamat.. takziah atas kejadian yg berlaku.. harap bersabar dan tabah yea..

note: hope dalila pun tak trauma.. kesian, dia kecik lagi..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Alhamdulillah slmt semuanya....jd trauma juga gk pestime eksiden...time ujan mmg arr....licin..

miera said...

ya.allah..syukur kak min sekeluarga selamat..bahayakan klu bawa keta time hujan lebat..miera selalu pesan kt hubby berhati2 time hujan..

Izan Ishak said...

Ya Allah Min...teruk jgk accident tu ye. Alhamdulillah min n famili selamat. berdebar2 pulak k.izan baca n3 kali ni.
tp betul tu min, selalunya kalau gerak hati kita kata sesuatu...mesti ada yg tak kena kan~

Bukan Bidadari said...

alhamdulillah semua selamat

Ummimusa said...

Salam ibu,

teruk jugak ye kereta...kesian sgt kat dalila! berapa kena tu...jgn serik dtg Kl ye..takpe, alhamdulillah takde kena lebih teruk kan?

me said...

alhamdulillah semua selamat!!

fildza's said...

takutnya dengaq bab2 eksiden nie.. minta simpang sangat2... teruk jugak kereta 2 kan.. syukur semuanya selamat

firahadifa said...

Alhamdulilah... sume selamat...

Ummi Eisya&Amani said...

emm alhamdulillah tak ada ape2..betul tu,kete rosak leh baiki lagi..yang penting nyawa..benda dah nak jadikan..moga lepas ni lebih berhati2..

aku pun pernah langgar kete orang..menggigil lutut lepas tu..tak leh nak bawak kete..

nad said...

syukur alhamdulillah..takde apa2 yg teruk berlaku..

Azrina said...

Alhamdulillah semua selamat tapi saya dan pernah accident juga. 4 kereta terlibat, kenari saya no 3...remuk huwaaa! Proton saga keras..ok tak kemek tapi yg langgar saya Wira..jahanam bonet huhu. Saya paling takut drive ketika hujan sbb jenis mata rabun time hujan. Apa pun syukur semua selamat ye.

kakngah said...

aku pernah xsiden camtu. cium bumper kete dpn. hjn2 gini.. mmg bila brek tak mencengkam sgt. camne penyek kete ko.. camtu gak la penyek kete ku.. huhuhu!!!

Farra Dhelina said...

ya allh kak..teruk tu remuk kete akk..mujur takde pape..

Zue AnnaLeeya said...

teruk jgk kete tu min... sib baik min, somi dan dalila tak ape2...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

naseb baik x de sape yg cedera parah. al-hamdulillah...

10 said...

la... acident ka? kesiannya... masa kecemasan tu la macam2 nak jadi kan... apa yg penting semua selamat...
kiranya hentakan kuat juga la sampai dashboard pun pecah... selalunya keta blkg yg rosak teruk...
alhamdulillah kak min xda apa2... tgh baca rasa suspen ja...

MiJa said...

huih..mintak jauh la bnda2 camni kan.byk plak eksiden hari tu, ujian tuhan..betul la kata hubby ko tu..

mak encik | SZ said...

syukur semuanya selamat...

Fauzieah @ Chome said...

seriau dgr bab eksiden nih..syukur la semua selamat..mmg kalo time hujan saya tak berani nak bwk..mata tak berapa nampak..gitu gak kalau mlm2..silau cahaya lampu tu..kalo travel time ujan lebat tu mmg mata kita besau jek tgk ke depan..sbb takut hubby tak npk ke apa..paling geram ngan org yg pasang hazard light time ujan..tau tak hazard light tu utk apa? menyusahkan org aje..

Ibu Ayra said...

malang tak berbau min... alhamdulillah takdak yg cedera...

Anonymous said...

syukur alhamdulillah semuanya selamat...mamasue pun fobia xcden2 nih...

wan syamilah said...

alhamdulillah semuanya selamat...biarla kete tu rehat paus2 kt bengkel... ;-)

Nadiah Sidek said...

ya Allah, saya yg baca ni pun dah rasa berdebar2. alhamdulillah min 3 beranak tak apa2..

misSbLurRy said...

fuh, i pernah rasa juga tapi tak sedasyat nie...debaran tue terasa juga lah, sudah lah tengah mlm tp alhamdulillah semua selamat

Yan said...

Berjaya menghabiskan pembacaan tuk entri ni..

Dugaan kan.. mmg klu diingat2 balik mcm tak percaya..

Syida said...

mesti kuat juga hentakan tu sampai pecah glove box.ni baru 1st time tgk.nasib baik semua ok.
takpe min, kete bole ganti.
mesti ada hikmah disebaliknya...insyallah.

LIP (^_^) said...

alhamdulilah family awak selamat..

mama_umar_maryam said...

Allah..syukur sumer xcedera ..mmg fobia..zety pon pnh gak..huhu

Unknown said...

dasyat tol....huhu....naseb bek xde ppe

Unknown said...

kesiannye dear!! sabar yekk!!

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

Alhamdulillah semua selamat... bila baca entri akak teringat sy pun pnah terlanggar mcm tu jgk dulu.. tp xla seteruk mana.. kdg2 perkara2 mcm ni mmg x dijangka sbg peringatan malang x berbau dan ajal maut ditangan tuhan. kita ni hndklah sentiasa bertawakal dalam setiap urusan kita. semoga sntiasa dipermudahkn..

Unknown said...

Alahmdulillah, selamat sekeluarga.. tp ngeri juga dengor dekat2 ada kemalangan... semga dalila dah baik & tak trauma...

teruk juga depan kereta tu yer...

rynas said...

baru sempat baca [asal kemalangan ni. alhamdulillah semuanya selamat itu yg penting

alinalan said...

kira kuat gak la ek sampai dashboard pecah min tahan. Alhamdulillah semua selamat. Syukur sgt!

mamamuhammad said...

nauzubillah..syukur semuanya selamat..terkejut saya baca sampai meremang bulu roma..pangku anak kat depan kan..bahaya..betul..kereta rosak boleh baiki..nyawa yang penting..bahayanya saya dengar..tak sangka kan..apa2 pun boleh terjadi..kalau saya ni dah terketaq lutut agaknya..(memang duduk kat belakang dgn anak sbb suami bising kalau saya duduk depan)
apa2 pun banyak2 rehat dan jaga keselamatan diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...