Lama juga saya tidak tulis cerita berkaitan milestone Dalila. Bukan apa.. dah makin "macam-macam" yang dia terer.. sampai susah saya nak "explain melalui tulisan" kat blog ni. Kalo sempat videokan semua benda tu kan bagus..Abah nak video cam satu!
Saya tulis apa yg terlintas di fikiran saja dahulu jer.. nanti kalo ingat lagi saya tambah lagi.
1. Dalila berani langkah longkang sendiri, (tp dengan saya memegang sebelah tangannya) pada bulan Ogos yang lalu. Biasanya sebelum ini..kalo tengah jalan2, pastu kena "langkah longkang" dia akan stop dan hulurkan tangan..suruh kita angkat dia...lepas je longkang dia sambung jalan mcm biasa.
2. Sekarang dah banyak ayat dia boleh cakap...kalau dulu masa kecik2...dok dengar "perkataan" saja... skrg ni "ayat" pulak.. contohnyer.. "ibu minum sampai abis tau..." "ibu...minumlah sikit" (siap dengan lenggok nada memujuk-suruh minum air dia kasi tu). Memang selalu sangat kami tergelak bila dengar Dalila bercakap. Kadang2 tak sangka dia akan cakap macam tu.. tapi mujur semuanya ayat-ayat yang baik. Alhamdulillah..
3. Usia Dalila dah 2 tahun 2 bulan..dan dia masih lagi menyusu badan..terutamanya ketika nak tidur. Saya siap ciptakan lagu khas..nak ingatkan dia yang dia nanti perlu 'stop' menyusu badan (Dalila panggil =anen). Lagu saya..Doraaaa...tak anen! Boots..tak anen!.. mickey mouseeee..tak anen! Pastu Dalila sambunglah lagu tu..letak semua nama ahli keluarga "mickey Mouse ClubHouse" dia tu..pastu saya tanya.. Arifa Dalila? dia pun jawab tak anen!.. kadang2 bila datang teringin nak anen tu..dia tanyalah..Goofy anen tak?.. dan beberapa watak kegemarannyer tu..bukan setakat dia tanya pada saya dan Abah saja..pada nenek..pada mak-mak saudara dia pun dia tanya. yang tak faham tu..terpinga2 lah kan kejap..tiba2 Dalila tanya "minie mouse anen tak?"
4. Yang baru lagi..minggu lepas... memang tak sangka Dalila cakap macam tu. Situasi: dalam kereta. Abah dok tanya saya.."sayang nak pakai kereta apa? saya pun balas (konon2 malu kucing la sikit) " ikut abang lah..abang yang tukang bayar"..pastu kami berdua "bertarik-tali" kejap.. (saya suruh suami..suami suruh saya yang pilih kereta baru kami nanti) Pastu Dalila tiba-tiba bersuara..Ifa Lilah? (Arifa Dalila lah tu).. hihi..yer lah kami tak tanya kat dia pun pasal kereta tu..sebab tu dia offer diri dia..suruh kami tanya?..hihihi
5. Kalo bab peel pulak..pergh..mencabar lah sungguh.. contohnyer.. kalo dia cakap " abah pakaikan apers (daipers)..maka hanya Abah sajalah yang boleh pakaikan..orang lain buat dia tak kasi. Kalo dia nak "ibu buka (buka sesuatu..mcm buka biskut ker)" memang hanya ibu sajalah yang boleh pegang bungkusan biskut tu. Kalau tak..menangis dan merajuk...terus tak mau makan biskut tu langsung.
Ini lah antara2 perkembangan terkini Arifa Dalila..dah makin besar dah dia ni. Semoga sentiasa sihat yer sayang!!
masa malam, main-main kat Hosp. Pantai haritu.
seronok dapat keluar bermain, yey!!
11 comments:
bagus Dalila dah besar anak ibu yer..samalah cam Fahim skang ni ayat penuh..complete pulak tuh
dah besar dah dia...
byk dh yg dalila tahu ye.best kan bla bercakap dgn budak2 sebaya dalila nie.
semakin besar, semakin bijak.geram je kadang2 kan?
bila anak dh mbesar...mmg nmpk sgt perubahan..mcm2 kdg2 x tlyn kan..bestnya...
bijak dalila,baby yg breast feeding selalunya lbh bijak.comel sungguh dalila.matanya memikat sesiapa saja yg memandang
tahnaih arifa top 20 contest baby ibu
http://babyibu.blogspot.com/2010/11/top-20-gaya-si-comel-berhari-raya.html
clever girl... rindu la... bila nak jumpa?
rambut dh panjang
comel arifa dalila..
comel..dah nampak besar...makin bnyk perangai diorg ni kan..eisya pun sama..
Post a Comment