nak join? klik banner ni yer

Tuesday, November 30, 2010

@ Buah Pisang Kaki

Saya baru saja kenal buah ni, my MIL selalu beli kat market pagi area rumah kami. 1st time tengok, sangkakan tomato atau terung bulat...ingatkan dia sayur-sayuran. Tapi my MIL cakap tu "pisang kaki".. boleh makan gitu saja, macam buah-buahan biasa yang lain. Pisang kaki?! mana kakinyer? tak de bentuk macam pisang pun? Unikkan bahasa melayu ni.. sebab kalau nama glamor/ komersial bagi pisang kaki ni adalah "Persimmon" fruit...bukannya "banana leg/foot" hihihihi..

Saya juga pernah makan buah ni yang telah dikeringkan. Sedap juga. rasanya Kebanyakknya kaum Cina yang suka makan buah ni.



















ketika masih di pokok

buah pisang kaki

buah pisang kaki yg telah dipotong.. ada biji besar kat dalam

"Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.  Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung " (dari :sumber)

Korang pernah try makan buah ni? Suka tak?



photobucket

Monday, November 29, 2010

@ Dah Selamat Balik Umah Dah

alhamdulillah... kami sekeluarga dah selamat sampai ke penang semalam, jam 8 malam. Bertolak dari Batu Pahat, Johor jam 9.30 pagi. Walau pun hanya 2 malam di sana, tapi memang terasa macam 3,4 hari kami kat sana.. memang seronok betul 1st time bawa Dalila jalan2 jauh... dan naik bas express pulak tuh.

... selamat pengantin baru Aida dan Sufian...
semoga berbahagia sampai ke syurga




nanti saya upload gambar ek..

photobucket

Thursday, November 25, 2010

@ Cerita Dalila ketika Usianya 2 tahun 2 bulan

Lama juga saya tidak tulis cerita berkaitan milestone Dalila. Bukan apa.. dah makin "macam-macam" yang dia terer.. sampai susah saya nak "explain melalui tulisan" kat blog ni. Kalo sempat videokan semua benda tu kan bagus..Abah nak video cam satu!

Saya tulis apa yg terlintas di fikiran saja dahulu jer.. nanti kalo ingat lagi saya tambah lagi.

1. Dalila berani langkah longkang sendiri, (tp dengan saya memegang sebelah tangannya) pada bulan Ogos yang lalu. Biasanya sebelum ini..kalo tengah jalan2, pastu kena "langkah longkang" dia akan stop dan hulurkan tangan..suruh kita angkat dia...lepas je longkang dia sambung jalan mcm biasa.

2. Sekarang dah banyak ayat dia boleh cakap...kalau dulu masa kecik2...dok dengar "perkataan" saja... skrg ni "ayat" pulak.. contohnyer.. "ibu minum sampai abis tau..." "ibu...minumlah sikit" (siap dengan lenggok nada memujuk-suruh minum air dia kasi tu). Memang selalu sangat kami tergelak bila dengar Dalila bercakap. Kadang2 tak sangka dia akan cakap macam tu.. tapi mujur semuanya ayat-ayat yang baik. Alhamdulillah..

3. Usia Dalila dah 2 tahun 2 bulan..dan dia masih lagi menyusu badan..terutamanya ketika nak tidur. Saya siap ciptakan lagu khas..nak ingatkan dia yang dia nanti perlu 'stop' menyusu badan (Dalila panggil =anen). Lagu saya..Doraaaa...tak anen! Boots..tak anen!.. mickey mouseeee..tak anen! Pastu Dalila sambunglah lagu tu..letak semua nama ahli keluarga "mickey Mouse ClubHouse" dia tu..pastu saya tanya.. Arifa Dalila? dia pun jawab tak anen!.. kadang2 bila datang teringin nak anen tu..dia tanyalah..Goofy anen tak?.. dan beberapa watak kegemarannyer tu..bukan setakat dia tanya pada saya dan Abah saja..pada nenek..pada mak-mak saudara dia pun dia tanya. yang tak faham tu..terpinga2 lah kan kejap..tiba2 Dalila tanya "minie mouse anen tak?"

4. Yang baru lagi..minggu lepas... memang tak sangka Dalila cakap macam tu. Situasi: dalam kereta. Abah dok tanya saya.."sayang nak pakai kereta apa? saya pun balas (konon2 malu kucing la sikit) " ikut abang lah..abang yang tukang bayar"..pastu kami berdua "bertarik-tali" kejap.. (saya suruh suami..suami suruh saya yang pilih kereta baru kami nanti) Pastu Dalila tiba-tiba bersuara..Ifa Lilah? (Arifa Dalila lah tu).. hihi..yer lah kami tak tanya kat dia pun pasal kereta tu..sebab tu dia offer diri dia..suruh kami tanya?..hihihi

5. Kalo bab peel pulak..pergh..mencabar lah sungguh.. contohnyer.. kalo dia cakap " abah pakaikan apers (daipers)..maka hanya Abah sajalah yang boleh pakaikan..orang lain buat dia tak kasi. Kalo dia nak "ibu buka (buka sesuatu..mcm buka biskut ker)" memang hanya ibu sajalah yang boleh pegang bungkusan biskut tu. Kalau tak..menangis dan merajuk...terus tak mau makan biskut tu langsung.


Ini lah antara2 perkembangan terkini Arifa Dalila..dah makin besar dah dia ni. Semoga sentiasa sihat  yer sayang!!
masa malam, main-main kat Hosp. Pantai haritu.
seronok dapat keluar bermain, yey!!



photobucket

Wednesday, November 24, 2010

@ Hadiah Masa Dalila Tak Sihat aritu..


Thanks AshAnas... cantik sangat hadiah ni..exclusive dari Shanghai lagi. Thanks a lot yer Shira dan semua juri yang telah memilih Dalila sebagai pemenang pertama.
Terima hadiah ni masa Dalila tengah demam, jd tak sempat nak buat entry masa tu.

---------------------------------------------------------------------------
dan lagi satu hadiah dari kak Syida Gorjes
 Hadiah Giveaway teka kat mana Kak Syida nak gi bercuti

Cantikkan...dari Universal Studio Singapore tu.. Terima kasih kak Syida..
Hadiah ni Abah check kat letter box..masa kami ambik "ward leave".. kiranya kami terima masa hari raya Haji aritu lah.


photobucket

@ Akan Turun ke BP


Insyaallah kami sekeluarga akan ke  BP malam esok (Khamis malam) nanti.. BP ni bukan "Balik Pulau" yer kawan2.. ini BP = Batu Pahat, Johor yer. Kawan baik saya semasa di USM dulu2 akan menjadi isteri orang tidak lama lagi. Semoga korang berdua kekal bahagia sampai akhir hayat..aminn.

Dah lama plan nak ke majlisnya, sejak dari beliau bagitau tarikh nak buat majlis tu lagi. Ini adalah kali pertama kami satu family "berjalan" dengan  menaiki bas. Harap semuanya okeylah yer.. Tiket basnya pun sudah lama di beli. RM55 seorang dari (Pulau Pinang - Batu Pahat).


Doakan perjalanan kami nanti yer kawan2..
semoga selamat sampai BP dan selamat balik semula ke Penang.


ada sape bloggers area Bp tak?.. insyaAllah..we all ada kt Parit Sulong Jumaat ni..


photobucket

Tuesday, November 23, 2010

@ Honda City ker Toyota Vios?

Kalau korang diberi pilihan mana yang korang prefer?

Honda City ker Toyota Vios?

gambar2 calon pertama yang cun..



-----------------------------------------------------------------------------------------

gambar2 calon ke-2 yang menarik juga


meter kat tengah2..

(sumber gambar SEMUA DIATAS adalah dari SINI dan SINI)

SO, APA PENDAPAT KORANG?

************************************************
Kereta Wira kami yang eksident awal bulan aritu dah siap...Abah dah gi ambik kat bengkel Ahad lepas. Abah ada cakap nak tukar kereta..lagi pun kereta kami tu dah guna sejak tahun 2003 lagi.. dah 7 tahun dia berjasa dengan Abah. Thanks WIRA, kau lah WIRA keluarga kami...

Kalau ikut Abah..dia nak ambik MPV je terus.. tapi saya yang masih fobia nak drive..so minta Abah beli keta yang kecik2 jer dulu..ingat nak Nissan Latio mcm Nabil (raja lawak dapat aritu) tak pun Suzuki Swift ker, Honda Jazz pun hokey jugak. Tapi abah tak setuju..dia kata tu kecik sangat..nak bwk byk barang nak jalan jauh susah..so 2 pilihan saja yang dia kasi sekarang? cik CITY ker cik Vios?

ada sape2 dah try cik City atau Vios tak?
tolong kasi komen yer..

photobucket

@ SIKAT gigi sebelum tidur?

Jangan Lupa Sikat Gigi Malam Sebelum Tidur

Hihihi..kenapalah saya baru perasan tulisan pada ubat gigi ni. Dah banyak dah dapat pek toiletries or goody bag dari Hospital Pantai ni, bila Dalila atau Abah masuk ward sebelum2 ini...tapi baru kali ni saya perasan. :P

 Mungkin sebab saya tak berapa minat menonton filem seberang... perkataan "SIKAT GIGI" memang kelakar bagi saya.. terbayang seolah2 sikat rambut di gunakan pada gigi.. hihihi


hahaha.. okey kawan2 semua..
Jangan lupa SIKAT gigi bila bangun pagi dan sebelum tidur ya!


photobucket

Monday, November 22, 2010

@ Negatif Denggi Dan Bilangan Platelet

Keputusan ujian darah Dalila kali ke-2 amat membimbang kan saya dan Abah.  Bilangan platelet darah berkurangan/ turun.. 1st ujian=160..2nd ujian= 139 (pada hari ke-3 di ward (15-Nov 2010)).  Tapi keputusan ujian terhadap denggi masih lagi -ve.  Yang lain semua okey (darah putih dan sbgainya). Walaupun doktor cakap "masih bukan dalam keadaan bahaya" tapi kita sebagai ibu bapa ni, sure risau dan nak anak kita sihat dan kembali ceria macam dulu2. Doktor cakap esok (16hb Nov) nak buat ujian darah  sekali lagi...ujian darah ke-3.

 hari ke-2 di ward..kesian kan tgk Dalila mcm ni.

 hari ke-3 di ward.. masih keletihan lagi

 ruam-ruam yg timbul sejak hari ke-2 masuk ward

Keadaan Dalila pula waktu itu: selalu nampak letih, tak ceria, senyum pun sebab terpaksa, makan dan minum pun teramatlah kurang..nak menetek saja (mujur dia masih fully breastfeed). Doktor meneruskan "masukkan air" melalui drip untuk botol yang ke-2. Ruam2 merah masih jelas kelihatan di seluruh badannya.. family terdekat yang datang menziarah  ada cakap dalila ni kena "campak"...campak yang jenis halus. Saya ada bertanya tentang hal ini kepada doktor... doktor bagitau ini bukan campak.. ini adalah disebabkan "viral infection".

Lepas doktor keluar terus call Abah kat tempat kerja.. bagitau result ujian darah yg ke-2 ni. Risau. Panik. Takut bilangan platelet makin menurun. Saya cepat2 call kawan2 rapat saya, Sheela dan Dina.. minta mereka tolong masakan sup ketam untuk Dalila.  Sebab dah tahu, sup ketam boleh membantu menambahkan bilangan platelet dalam darah. Call jugak family saya di Kedah..minta mereka tolong doakan Dalila cepat2 sembuh. Alhamdulillah, Allah permudahkan.. malam tu jugak Dalila dapat merasa sup ketam dari bantuan Sheela. Thanks Sheela.. semoga Allah memurahkan rezeki Sheela sekeluarga..aminn..

Esok pagi, 16hb ambik darah lagi untuk ujian darah ke-3.. kali ni ambik kat pergelangan tangan kiri pula. Kesian sangat tengok Dalila menangis dan meronta-ronta dalam balutan kain tu. Tahan sikit yer sayang.. uantuk kebaikkan sayang juga ni. Hari tu, Dalila kelihatan dah makin okey.. cergas sikit dari hari sebelumnya.. Tengahhari, doktor datang lagi bagitahu... bilangan platelet dah naik semula, 159. Masih lagi -ve denggi.  Alhamdulillah.. syukur sangat2.  Doktor cakap..tak de apa2 perlu di risaukan lagi.. dan kalo mahu balik rumah pun dah boleh dah. Demam Dalila pun dah makin berkurangan.  Drip untuk air pun dah di stopkan. Suhu tak tinggi lagi. Tapi saya minta nak tinggal lagi kat hospital..untuk sehari dua.. risau kalau2 demam balik lagi. Petang tu, kawan saya, Dina datang hantar sup ketam untuk Dalila. Baik betul Dina dan suaminya..bukan hari tu saja dia datang hantar sup ketam.. esok (17hb-hari raya korban) dan 18hb masa nak discharge pun dia hantar jugak. Thanks Dina dan Yazan.. semoga korang sekeluarga dilindungi dari segala yang tidak diingini...aminn.

17hb Nov..hari raya korban... pagi2 lagi dah dengar takbir raya kat TV. Syahdunyer.. 1st time ni beraya kat hospital. Haritu, doktor Hasanah yang merawat Dalila cuti. Ada doktor Chan yang ganti. Doktor datang periksa Dalila dan bagi ubat ulser untuk tekak Dalila. Alhamdulillah.. petang tu dia terus berselera makan. Doktor Chan pun cakap..kalau mahu balik/ discherge, bagitahu kat nurse saja. Abah cakap.. nak discharge esok.. tapi harini nak ambik ward leave saja. Saya ada tanya pada doktor Chan..tentang bilangan platelet tu.. risau dia kurang semula..doktor Chan cakap..peratusan nak kurang semula tu adalah rendah..melainkan Dalila terkena jangkitan lain semula... dan demam semula. Sekarang sudah lebih 48jam Dalila tak demam. Jadi tak perlu risau dan tidak perlu buat ujian darah sekali lagi. Petang tu ambik ward leave..bawa Dalila jalan-jalan.. dah makin sihat ni..asyik minta "nak jalan-jalan" saja. Kasian kan..dia pun bosan dok dalam hospital lama2.

Esoknya 18hb Nov. Doktor Hasanah datang melawat semula. Dia pun cakap harini dah boleh discharge. Dalila pun dah sembuh, dah aktif dan ruam-ruam merah kat badan dah hilang. Makan pun berselera.
 gambar b4 discharge.. nak makan tengah hari dulu

 bunga penghias bilik kami.
 Nov 2010..ini kali ke-2 masuk hospital ni.

Terima kasih kepada Doktor Hasanah..dan doktor Chan yang telah merawat Dalila.. termasuk juga nurse2 di Hospital Pantai. Terima kasih atas bantuan anda semua. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan2 blogger yang sama-sama mendoakan kesihatan Dalila. Hanya Allah saja dapat membalas budi baik anda itu.



p/s: satu page yg ada menerangkan tentang platelet untuk pesakit denggi
http://translate.google.com.my/translate?hl=en&sl=ms&tl=en&u=http%3A%2F%2Fwww.mail-archive.com%2Fsahabatinteraktif%40yahoogroups.com%2Fmsg06343.html&anno=2

photobucket

Friday, November 19, 2010

@ Dugaan ke-2 Bulan ini

Kalender bulan Nov yang "padat"

Ini mungkin dugaan buat kami sekali lagi.. dugaan anak jatuh sakit/atau tidak sihat selepas dugaan kami terselamat dalam kemalangan tempoh hari..(kemalangan pada 6hb Nov.) Tapi Alhamdulillah..Dalila dah sembuh dan kembali ceria seperti biasa sekarang..dah boleh discharge dari Hospital Pantai dah kelmarin (18hb Nov)

Esoknya,selepas kemalangan pada hari Sabtu 6hb yang lepas...Abah dah bertolak ke KL dengan menaiki bas..Abah mesti pergi juga sebab urusan kerja...memang sebab "last minit" so tak boleh minta orang lain ganti. Abah kena pergi seminggu..dari 7hb Nov..sampai 13hb Nov. Ni 1st time kami berjauhan dengan Abah dalam jangkamasa yang agak lama...biasanya sebelum2 ni..paling lama pun 3 hari saja.

Dalila okey juga..tak lah sampai menangis cari Abahnya.. saya pula selalu pesan "Abah gi keja".. so dia tau..abah dia tak de kat rumah..mesti abah dia gi keja. kadang2..dia terdengar orang lock/tekan alarm kereta yang seakan2 bunyi alarm kereta Abah dia...dia akan tanya.."Abah dah balik dah?"...saya cepat2 jawab.. "orang lain tu"..dia pun cakap balik "..orangg..(bunyi agak pelat)" Dia tak tahu kot..yang keta Abah kat bengkel dah.


Demam tanpa Abah disisi

Hari pertama Demam
Dalila start demam masa waktu subuh 10hb Nov. Panas yang teramat..39.+ C..saya cuba bagi suhu dia turun. Lap2 badan dia dengan tuala basah. Dah Tengah hari..Dalila dah lemah sangat2 dah.. bangun pun kejap jer..pastu terus baring semula atas katil. Terus saya call kawan saya Sheela minta tolong dia hantarkan kami ke Hospital Hope selepas dia habis kerja (jam 5ptg). Kebetulan waktu tu..Sheela cakap bagitau dia memang free..dan bosnya kasi dia keluar awal..dalam jam 3.30ptg..kami dah sampai kat Hospital Hope Sungai Ara. Masuk jumpa doktor..doktor cakap kemungkinan suspect denggi...lagi sekali saya bagitau hari ni (10hb) 1st day Dalila demam..lagi pun kalo nak admit ke ward...saya nak mintak admit ke Hospital Pantai.. sebab lagi dekat dengan rumah...suami pun tak de kat penang sampai 13hb ni..(dan yang penting..kat Hospital Pantai ada perkhidmatan makanan... tak delah susah saya nak 'cari makan' masa jaga Dalila di ward nanti). Doktor bagi ubat paracetamol yang masuk ikut "bawah" .. tapi doktor pesan kalo esok masih panas..better admit Dalila.

Thanks a lot to Sheela sebab hantar kami ke Hope petang tu.
.......................................

Hari ke Dua Demam
Esoknya (11hb Nov) Dalila masih demam lagi.. kebetulan kawan saya, Dina tahu Dalila tidak sihat kelmarin.. Jadi saya pun dah siapkan beg pakaian saya dan Dalila..kekonon ready nak admitlah hari tu. Dina dan suami serta anaknya Balqes datang lebuh kurang jam 12 tgh hari..nak bantu hantar kami ke Hospital Pantai. Mereka tunggu sampai selesai...lebih kurang jam 3.30 ptg baru settle semua..Jumpa doktor Hasanah..doktor yang biasa rawat Dalila kat Hosp. Pantai. Doktor check dan suruh kami balik rumah dulu..sebab katanya kalo denggi.. ujian darah paling berkesan hanyalah pada hari ke-4 demam dan seterusnya. So, terpaksalah balik ke rumah dulu..tunggu hari ke-4 demam baru datng semula.. kat rumah tiap-tiap 5-6 jam saya masukan ubat  (voltron) pada Dalila.. lepas tu dia okey dan berpeluh dan cergas semula..cukup 5-6 jam pastu.. suhunya kembali panas semula. .. 39.+ C berlarutan macam tu juga sampai hari ke-3..

Thanks a lot to Dina dan Yazan sebab tolong hantar ke Pantai pagi tu
...........................................

Hari ke-4 Demam
Hari tu 13hb Nov, Abah dah sampai rumah jam 4 pagi. Bukan main syok Dalila dapat jumpa Abahnya..tak tidur sampai jam 7pagi. Main2 dengan Abahnya. Saya pula, sepatutnya akan menduduki ujian mTest (KPLI) di Sek Men Bukit Gambir pagi itu. Tapi di sebabkan Dalila masih demam..dan Abah pula baru sampai dari KL.. tak sampai hati nak tinggalkan Dalila pada Abah sorang2..dah lah test tu habis jam 12.. mesti lewat nak sampai sebab nak kena call teksi bagai. (kan kereta kami kat bengkel-eksident) Lagi pun appoiment dengan doktor Hasanah kat hosp. Pantai sampai jam 1 petang jer..(hari Sabtu dia halfday)

Pagi tu, Acu (adik Abah) datang hantar kami ke Hosp. Pantai. Doktor check..dan terus suruh admit ke ward.
Boleh pulak semua ward yang single dan 2 bedded penuh hari tu. Terpaksa masuk yang 4 bedded.
 Dalila masih mampu tersenyum masa 1st day mula2 masuk ward

 muka demam dan lepas kena ambik darah

 tangan kanan dah di masukkan drip... still mau senyum lagi tu.


Mujur malam esok dah ada 1 bilik yang kosong...single bed kat tingkat 3..exclusive suite...Abah ambik bilik ni sebab guna insuran company dan insuran Dalila.. ingatkan mahal.... yer lah nama pun exclusive suite kan.. rupa2nya RM 180 per night. Kalo 2 bedded RM 150 per night jer pun.

Pada pagi 14hb...doktor datang bagitau keputusan ujian darah Dalila...Alhamdulillah.. -ve denggi. darah Dalila semua okey. Doktor syak kemungkinan ni "viral infection"..  Dalila pula dah naik banyak ruam merah2... kecil2.. kat seluruh badan termasukkan  ke muka... tapi tak gatal2. Malam pertama di ward.. suhu badan Dalila 41.5C.  Esoknya pagi 15hb ambik darah lagi..kat tangan kiri pulak.. result darah kali ke-2 ni tak berapa membuatkan hati saya dan Abah tenang!




....to be continued


photobucket

Tuesday, November 16, 2010

@ Selamat Hari Raya Korban Semua!!

SELAMAT HARI RAYA HAJI SEMUA RAKAN BLOGGER KU..

KORANG BALIK KAMPUNG KER CUTI NI?
KAMI BERAYA DI SINI (PENANG) SAJA.. tiap2 tahun macam ni.. Abah malas nak balik kamgpung Ibu.
Lagi pun tahun ni kereta masih di bengkel.. huhuhu



SEMOGA SELAMAT DALAM PERJALANAN ANDA SEMUA YER..


nota: tak sempat wat kad raya..agak buzy sikit.. ni pun dah 3 malam tak tiduk kat umah sendiri...waa..waa.. nak balik umah!!! 




photobucket

Monday, November 15, 2010

@ Ada Sesiapa Berminat tak?

 Saya dah lama plan nak buat simple GA ni.. Dulu pernah saya buat entry pasal ni..(klik sini untuk entry tu) tapi sampai sekarang tak dilancarkan lagi. Lagi pun saya ni tak ler berapa terer sangat pun nak design2 nih... setakat sikit2 tu boleh lah...buat bila saya lapang/free2 saje.

So, nak tanya a.k.a survey lah dulu pasal GA yang bakal saya lancarkan ini...ada yang berminat ker tak? Yer lah..rata2 sekarang ni semua orang dah ada watermark/signature sendiri kan.. tu yang agak risau tak dapat sambutan tu.

Tak berani pulak saya nak selalu memandai2 buat then kasi kat orang (orang tu tak suruh pun..saya yg rajin nak buatkan)...risau orang marah/tak suka dan pandang serong pulak kat kita. So, dengan adanya GA ni..kire korang macam request..so sape2 yang bertuah tu nanti saya buatkan lah watermark/signature untuk nya. Okey gitu?


sila beri pendapat ikhlas anda yer..

photobucket

Friday, November 12, 2010

@ Rekod Terbaik Saya bersama Nuffnang

Saya dah daftar dengan Nuffnang hampir 2 tahun. Sejak awal 2009. Satu tahun pertama memang teramat menyedihkan... angka "sen" tu maintain jer..susah sangat nak gerak2..apatah lagi angka "ringgit".. time tu Buffered Earning (BE) tak pernah dapat. Saya mula dapat BE pun sejak Mac tahun ni. Alhamdulillah..walaupun jumlahnyer tak de lah sehebat2 bloggers otai yang lain...satu iklan paling tinggi pun dapat RM 11 gitu jer. Tapi syukurlah kan...rezeki jugak walaupun tak banyak.

Nak tengok ker? tapi ni bukan niat nak menunjuk2 yer...tak banyak mana pun kalo cakap saya nak berlagak. Hanya sekadar buat kenang-kenangan sejak saya menceburkan diri bergelar "blogger" selama ini.

 ni rekod terbaik bagi blog saya...kempen awal tahun 2010 dulu

yang terkini, 4 kempen BE yang saya terima....alhamdulillah

Terima kasih kepada semua bloggers yang yang sudi singgah di blog saya ini. Jangan lupa tinggalkan jejak yer.. insyaallah.. saya akan balas kunjungan ke blog anda nanti.


photobucket

@ Dalila Bertudung Pink

Rasa lama sangat tak buat entry tentang Dalila, mungkin sebab tak de gambar dan cerita terkini nak di tulis.  Hujan sajer..susah nak ajak ambik gambar. Kalo kami jadi ke KL hari tu (jika tak kemalanganl ah)  mesti ada gambar terbaru Dalila tengah mandi manda. Tak pelah..lain kali kita ke KL yer sayang.

So sebagai peganti, saya letak aksi gambar hari raya Dalila baru2 ini. Banyaknye gambar2 ni saya guna untuk bercontest di blog contest saya yang lagi satu. Alhamdulillah... ada juga 1-2 gambar2 ini terpilih sebagai salah seorang pemenang...rezeki Dalila kali ini.

Dalila sesuai pakai tudung pink ibu ni kan.

gaya lentok2 sambil peluk m.i.c.k.e.y

assalamualikum...ada orang tak kat rumah?

sape lagi comel senyum? Dalila ke m.i.c.k.e.y ni?


p/s: TERIMA KASIH PADA KAWAN-KAWAN SEMUA YANG PRIHATIN DAN RISAUKAN KESIHATAN KAMI SELEPAS KEMALANGAN TEMPOH HARI.. SEMOGA ANDA DAN KELUARGA ANDA JUGA SENTIASA SIHAT DAN DIJAUHKAN DARI SEGALA PERKARA2 YANG BURUK.. AMIN :)

photobucket

Wednesday, November 10, 2010

@ Kami Kemalangan on the way ke KL

Tak suka dan tak mahu nak ingat semula kejadian kemalangan jalanraya pada hari Sabtu lepas, 6hb Nov 2010. Tapi saya tuliskan juga di sini (blog ni) sebab ini adalah kemalangan jalanaraya yang pertama saya dan keluarga saya. Sebelum2 ni..memang tak pernah.. hatta terlanggar sikit pun bontot kereta orang..sebab Abah memang sopan bila memandu. Tak tipu tau!

Abah perlu ke KL (ke Putrajaya sebenarnya) selama seminggu atas hal kerja companynya.. di sebabkan agak lama..Abah ajak saya dan Dalila join duduk kat hotel tu sekali..sambil2 boleh ronda2 KL bila dah habis kerja. Saya pun dah lama tak jejak kaki kat KL..Last sekali datang pun 2 tahun lepas..masa mengandungkan Dalila (4bulan).. tu pun follow Abah sebab hal kerjanya..pun kat hotel yang sama..Shangri-la Putrajaya.

Tapi kali ni saya rasa tak berapa sedap hati nak ikut..rasa macam separuh hati jer nak ke KL. Tapi mengingatkan Dalila yang dah lama tak mandi kat pool hotel..dan dia yang excitet bila kami cakap  pasal "nak ke KL"..saya cuba pujuk hati saya... demi anak.

kalau tak silap area ni kot eksiden aritu


masa mula2 eksiden.. hujan lebat (kereta masih di lane kanan)

Kami bertolak dari Penang dalam jam 3.30 petang lebih. Masa tu hujan dan lebat. Dan makin lebat bila kami nak sampai di Bukit Merah. Semua kereta dah pasang lampu emergency. Hujan lebat selebat lebatnya sampai tak nampak kereta..sampai rasa macam kita tengah tengok serangga kelip2 di depan kita tu..padahal itu kereta. Memang banyak kereta time hujan macam ni. Kami cuba nak berhenti di "hentian sebelah"...tapi semua parking penuh. Abah terpaksa teruskan memandu secara perlahan2. Mujur tak lama lepas tu hujan dah makin reda..(tapi masih huja). Jarak penglihatan pun dah makin jauh. Tiba-tiba lebih kurang dalam 50m-60m (saya agak2 jer).. kereta Toyota Unser kat depan kami emergency break.. Abah dan saya, nampak kereta tu..saya just cakap "hati-hati bang" lagi. Tak pulak saya pesan atau jerit suruh Abah break..sebab rasa masih jauh lagi. Tak sangka..bedebum!!! kereta Abah melanggar Toyota Unser tu..  Saya terus toleh dan tanya Abah..."Abang tak break ke?" "Tak rasa pun kereta berhenti" Abah jawab "Abang break..tapi break tak makan" cepat2 toleh belakang melihat mana tahu, ada kereta pulak yang langgar kereta kami...alhamdulillah..tak de kereta kat belakang.
Nak dijadikan cerita (bertambah klimaxs lagi )..kedua2 handfon saya dan Abah..buat hal time tu.. handfon Abah-dah langsung tak boleh hidup terus dah. Handfon saya masih boleh on lagi (ada 1 bar) tapi handfon dah 4 tahun guna..1 bar tu kire tahap darurat perlu cas sangat2 dah.. asyik bg warning jer..padahal masa mula jalan, full jer bateri tu..(mungkin handfon penat cari signal kat dalam hutan kot.. tu yang sampai tinggal 1 bar tu...agaknyer lah)

Ketika berlanggar, saya tengah pangkukan Dalila tidur atas riba..so kami tak pakai tali pinggang keledar lah (ya memang saya salah) Dalila sejak dari rumah meragam nak tidur, masuk kereta..kena aircon.. dapat *anen (menetek)...terus dia tidur dari penang lagi. Bila dah berlanggar..terus Dalila terjaga menangis sambil cakap sakit2, dia pengang dan tunjuk bahagian yang sakit tu. Dalila terhantuk kat dashboard kereta. Saya pula ada bengkak sikit di tulang kering kaki kanan dan tangan serta kaki kiri saya pun sakit sebab menahan pada dashboard. Abah pakai tali pinggang keledar..cuma saya dan Dalila jer yang tak pakai.

 sampai pecah benda ni, saya tahan dengan kaki kiri saya..
wachaaaaaaa!!!

Saya tengok jam, tepat jam 5ptg kami eksiden. Masih hujan. Periksa semua..ALHAMDULILLAH..tidak ada yang tercedera. Abah keluar tengok kereta kat depan, teruk. Abang kereta toyota Unser tu pun keluar jugak..tapi kereta mereka tak seteruk kereta kami.. proton langgar toyota. Abah suruh saya call nombor syarikat insuran kereta..call nombor fon yang kat sticker cermin hadapan tu..ada 2 nombor..saya pun penuh tawakal (risau bateri habis) call aje... "nombor yang anda panggil..tiada dalam perkhidmatan" macam nak luruh jer jantung masa tu..dah lah signal pun kejap ada kejap tak de jer.. call pulak "nombor yang tiada dalam perkhidmatan"..check balik dah betul no saya dail tadi tu. Pastu Abah datang semula dengan handfon Abang kereta toyota tu di tangan. Abag toyota tu kasi pinjam. Sambil tersenyum Abah cakap "dugaan kita kali ni...eksiden tengah2 hutan..handfon pulak 2-2 tak de bateri..sabar yer" Tapi saya tahu..Abah senyum je tu..tapi Abah pun risau jugak..1st time eksident macam ni, dangan anak bina pulak tu dalam kereta.
Saya ambik buku catatan dan handbeg saya, terus salin no telefon orang yang penting2 (no telefon family yang rasa boleh bantu)..dari handfon saya..risau handfon mati jer nanti.

30 minit pastu..sampailah brader cina yang pakai vest hijau yang selalu di tempat kemalangan tu kat tempat kami. Dia kata dia orang dari bengkel kereta. Dalam hati saya..minta2 lah oarang tu oarang yang betul..kalo mau penjahat..perompak ker..habislah kami. Dia sembang2 dengan Abah dan Abang kereta toyota di luar, sambil masing2 berpayung. Tak lama (15 minit) pastu datang 2 orang lelaki memakai vest hijau " yang bertulis "PLUS RONDAAN" dan ada lambang polis di dada. Lega sikit bimbang hati saya. Dalila dah okey dah..kami siap makan dan main2 dalam kereta.

Plus ronda dah sampai.. kereta kami dah dialihkan ke kiri bahu jalan

Masa paling lama adalah bila menantikan "tow car" tu sampai. Dah ler duduk tepi lebuh raya (walaupun saya dalam kereta) tapi boleh terasa bila tiap2 kali kenderaan yang lalu di sebelah kereta kami yang tersangat laju (terutamanya bas dan lori)...risau hantam pulak kami kat tepi tu. Memang terasa segan jugaklah..bila ramai orang di luar memandang kereta kita (termasuk juga kita)..1st time jadi magsa..so ni baru tau. Hujan dah kurang sikit saya keluar ambik gambar kereta kami di luar..masa tu kereta Toyota dah lama pergi.. kereta kami jer yang tak boleh nak gerak..kena masuk bengkel dulu.

kereta dari depan
nampak tak betapa banyakknya kenderaan yg laju2 time tu.

closeup depan kereta

pandangan sisi kereta

jem.. sebab ada ambulan dah sampai kat kawsan kemalagan 2km depan kami

Abah pinjam handfon brader cina vest hijau 1st tadi tu. Call semua "orang penting"bagitahu kami eksiden,..termasuk cak mak sedara di Taipeng..minta tolong ambik kami di balai polis Kuala Kangsar. Brader Cina vest hujau  tu bagitau Abah..2 km depan kami, ada eksiden juga..meninggal 2 orang (mungkin sebab tu lah, Abang toyota Unser tadi tu break mengejut..ada eksident kat depan...4 km di belakang kami..pun eksiden jugak. kiranya  ada 3 eksiden dalam waktu terdekat. Dalam menantikan tow car tu sampai...dengar bunyi siren ambulan...van ambulan tu berhenti kat kami, terus brader vest hijau tu cakap "depan lagi...depan lagi"

Masa tow car dah sampai..kami naik kereta brader cina vest hijau tu..dan follow dibelakang kereta kami yang rosak tu. Di balai polis pun lama juga nak buat report..dekat 1 jam lebih. baru settle. polis datang ambik gambar kereta. Abah cakap..polis kat balai tu kata..kilomater tu memang biasa eksiden kalo hujan..sebab jalan licin.
 Hmm.. good bye kereta proton kami tu..berehat puas2 kat bengkel di Taipeng.. kata mereka, lebih dari sebulan boleh baru siap, tu pun bergantung dengan bilangan kereta yang rosak masa tu.


Malam tu jugak..dengan bantuan family kak Long Abah, mereka datang ambik kami kat Taipeng (rumah makcik Abah) ...(Thanks Kak Long dan Abang Zaki, thanks jugak untuk family Cik kat Taipeng) dan jam 12 malam baru sampai ke rumah di penang. Tak jadi ke KL. Masuk rumah pun masing tak boleh nak tidur..macam trauma..macam tak percaya yer kami dah amalami eksiden sebentar tadi. Dalila pun dok cakap kereta pecah..kereta pecah.. Seluruh badan dan kaki saya dah start rasa sakit2. berdiri dan berjalan lama dah lengunh sampai ke pinggang. Tu yang hari Isnin, 8hb Nov saya gi mengurut tu.. baru rasa okey sikit..


Alhamdulillah..Allah melindungi kami sekeluarga..semuanya selamat..saya pun dah pantau dalila dah 48 jam lepas terhantuk..semuanya ok..tak de muntah..tak de mata jadi "menumpu/juling" atau sebaginya..Alhamdulillah..syukur.. kereta boleh dibaiki/dibeli..yang penting nyawa kita semua kan.

photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...