nak join? klik banner ni yer

Saturday, June 27, 2009

@ KedaiChomel Give Away..

Situasi begini setiap kali sebelum keluar rumah..


Sebagai salah seorang Ibu yang masih FULL BREASTFEED Arifa Dalila sehingga sekarang -dah 9 bulan :) Terdapat sedikit masalah yg perlu Ibu dipertimbangkan jika Ibu dan Abah ingin keluar berjalan2/bershopping/.. (sebarang aktiviti di luar rumah)
  • berapa lama kita akan keluar? -selalunya kalo shopping 2 jam pun tak cukup kan...
  • tempat tu ada menyediakan ruangan/bilik untuk ibu-ibu yg breastfeed tak? - Jusco ada kan..that y i like ke Jusco kt Queensbay Mall..ada "baby room"
  • kalau tak de bilik khas nak breastfeed -apakah alternatif lain yg boleh kita buat? selain dari TERPAKSA patah balik ker parking kereta- breastfeed dlm kereta- pastu sambung shopping balik...ATAU TERPAKSA balik rumah terus sebab anak dah mengamuk2 nak susu (dalam erti kata memendekkan masa bila setiap kali ada aktiviti di luar rumah)
DAN satu lagi tempat yang kadang agak memeningkan kepala Ibu apabila Arifa menangis nak susu sama ada dia sedang lapar atau pun mahu tidur (nak minum untuk tidur..hihihi...) Tempat yang dimaksudkan adalah di


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
majlis perkahwinan!!
.
Kalau buat di rumah tak pe lah jugak- (leh pinjam bilik pengantin)..kadang2 orang buat kat dewan, kadang2 orang buat kat padang/garden... (paling dasyat kalo kenduri start waktu malam) ...sure tak de bilik nak tumpang menyusu..so tak selesa nak makan nasi kenduri pun.. nak nak lagi kita ni datang dari jauh lak..tak biasa dgn jalan ke rumah pengantin tuh berpeluh2.. sampai2 jumpa lak kawan2 lama yg berpuluh tahun tak jumpa..(mcm jejak kasihan lak pulak..).. tak kan kita nak sembang2 sekejap jer..pastu terus blah kan?..



Tetapi masalah untuk menyusukan anak di kawasan public ni boleh diatasi dengan bantuan Kak Anasfadilah. Beliau amat rajin dan kreative dalam menghasilkan Nursing Cover.. dan kebetulan pula sekarang di blognya iaitu KedaiChomel sedang mengadakan GIVEAWAY..

GIVEAWAY = HADIAH PERCUMA!!!

sape yg tak mau barang percuma?.. kalau anda semua nak juga GIVEAWAY dari KedaiChomel ni.. sila klik pada banner di bawah nih..
Handmade by Anasfadilah

Hadiah yg ditawarkan amatlah best iaitu:
  • Jusco Shopping Vouchers (included in the voucher booklet are free make over with Shiseido and RM50 Hush Puppies Voucher) and Chomel Nursing Cover/Poncho
Tarikh akhir nak join GIVEAWAY ni adalah pada 5 Julai 2009.. Jangan lepaskan peluang berharga ini okey..

Terima kasih kak AnasFadilah...masalah saya akan selesai jika saya dapat Nursing Cover yg cute tu.. tak pun bagi lah vouchers JUSCO pun tak pe..itu pun Ibu suka juga...hihihi


p/s: nnt Ibu sambung ttg parenting workshop tu yer.. nak dekat test memandu nih..dok pinjam keta Abah jap 2-3 hari nih..

Thursday, June 25, 2009

@ Parenting Workshop (I)

TAJUK : A Great Way to Increase Children's Intelligence! - Mathematics Can Do That!

oleh: Prof Yeap Ban Har

Kali ni Ibu nak share apa yg Ibu dapat kat parenting workshop pada hari Sabtu lepas. Penceramah yg memang arif ni datang dai Singapura, merupakan seorg cikgu matematik di sana (Natoinal Institute of Education di Nanyang Technology University). Jadi dia banyak memberitahu teknik2 pengajaran matematik di sana yg sama sekali berbeza dengan teknik pengajaran di Malaysia. Ibu tak mau cakap lebih2 pasal "perbezaan" nih.. nnt takut2 kena tahan dengan pakcik ISA plak nnt...sikit2 tu boleh lah yer..

Katanye..di singapura murid2 darjah satu hanya diberi 2 soalan matematik sehari untuk di selesaikan. Cikgu nya pula akan membiarkan kanak2 tersebut berfikir sendiri untuk mendapatkan jawapan...sama ada berbincang dgn rakan sekumpulan..dan diakhir waktu pembelajaran..mereka semua akan sama2 berbincang berkanaan soalan tersebut di hadapan 'white board'..dengan ini murid2 akan "mengembangkan" atau "meningkatkan" tahap penggunaan IQ mereka sejak dari kecil lagi -conthnya berfikir utk mendapatkan jawapan matematik tersebut. Mereka juga digalakkan berbincang secara berkumpulan - boleh menjana kemahiran komunikasi.

Juga diterangkan tentang "Intelligent Behaviours" iaitu:
  • Kebolehan mengadaptasikan/menggunakan 999-124 utk menyelesaikan soalan 1000-124.
  • kebolehan menerangkan mengapa "3 (simbol bahagi) 3/4= 4" adalah lebih berguna daripada menyelesaikannya menggunakan cara biasa (tukar kedudukan, darab dsb)
  • Kebolehan untuk mencari/mendapatkan luas sesebuah trapezium tanpa perlu menggunakan formula (contohnya mengubah struktur trapezium, membahagikan trapezium kepada bentuk2 segi tiga dan segi empat -untuk mendapatkan jwpan)
Intelligent Behaviours ni perlu kita semai pada anak2 kita agar mereka bukan sekadar tahu menghafal formula (dan akan "blank" bila terlupa formula) tetapi dapat menerangkan setiap sesuatu jawapan itu dengan lebih lanjut..disamping mencari jawapan yg betul.

Kebolehan menyelesaikan soalan matematik (tambah tolak bahagi darab) sahaja tidak cukup untuk menjana anak kita untuk menjadi lebih pintar..tetapi perlu ada ciri2:
  • attitude- perlu belajar dalam keadaan yg selesa dan seronok. Kanak2 perlu diberi peluang untuk membina cara pemikiran seperti : looking for possibilities, looking for pattern, having confidence with their ideas and asking "what if".
  • Communication- kanak2 perlu di beri peluang untuk memgemukakan sebarang idea.
  • Thinking- Able to see patterns, able to visualize, able to reason.


mata dah mengantuk ni..esok Ibu sambung lagi yer..asik salah taip jer nih..ada permainan kad nombor lagi..esok Ibu ajar ok..




Tuesday, June 23, 2009

@ Apa yg Bz sgt?

Apa yg Ibu bz sangat minggu lepas tu ye?
Awal2 minggu dok cari kawan sebagai peneman ke 'parenting workshop' yg akan bermula 20hb June..niat tu nak cari kawan yg dekat area dalam pulau saja lah..sebab workshop tu pun 3 jam saja. dan 1 seat jer kosong (ganti tempat Encik Asben ku yg ada hal).. tapi sampai on the day 20bh tu tak jumpa2 jugak..

Hari Sabtu (20hb) pagi ada kelas memandu..letihnyer..cuaca panas sangat hari tu ..abis jam 11.30pagi cam tu. Sampai umah..makan aper semua ..jam 2.30petang dah keluar rumah dah.. ke 'parenting workshop' tu.. start jam 3- 6 ptg..dah p sorang2..kena la p awal sikit.. nak share juga apa yg ibu belajar kt workshop tu.. tp tengah fikir2 cam nak nak buat entry tu nnt.. sbb ada aktiviti jugak dlm workshop tu..kalo boleh nak la..tunjuk 'bahan' tu. Tapi..nnt yer Ibu karang untuk kawan2 Ibu yg mana tak dapat join 'workshop' tu.

Maka, hari Sabtu lepas..Ibu tidak bersama Dalila untuk jangka masa agak lama bagi kami lah..(kan Ibu tak berkerja-tak pernah lagi pisah lama2).. Malam pulak, teman Abah gi tengok anak sedara dia (umur 3 tahun) kat hospital..jam dah 10.30mlm dah time tu..ikutkan malas nak kuar jugak..tp kesian kat Dalila..nak sangat ikut abah dia keluar rumah.. sampai kat hospital.. Ibu dan Dalila tunggu dalam kereta saja..balik dah letih giler dah..

Esoknyer..Ahad 21hb..pagi ada lagi kelas memandu... memang tgh pulun nak habiskan cepat2.. dah dapat lesen..senang Ibu nak merayap :P hihihi.. Hari Ahad punya lah ramai org nak tapak memandu tu..dah kena bawak keta sorang2 plak hari tu..dah cukup masa belajar..ingat boleh balik dah.. rupa2 nya ada TEST QTI lak kena buat ari tu.. kena test memandu kat dalam dan luar.. sib baik semua ok..tester tu lak baik..ramah..senang hati memandu cam tu.. Dek kerana ramai..habis sampai rumah hari tu jam 1.30ptg dah..dah tak sempat nak tgk MELODI!! hihi
Cikgu sek memandu cakap, Ibu TEST JPJ hujung bulan ni...confiden2.. :)
Petang keluar p shopping barang rumah.. jam 8 keluar lagi ke QueensBay..

Tulah citernyer kisah keBZ-an Ibu sampai dha tak lart nak celik mata nak update blog minggu lepas..

gambar tak de kena mengena pun dgn entry ni

Ni gambar yg baru kami ambik minggu 2 lepas kat studio.. cik Arifa Dalila kita ni tak berapa mau senyum kt depan kamera org lain... dia nak kamera murah cap ayam jantan berkokok ibu dia jugak...so tak banyak gambar Dalila ni tersenyum..

p/s: first time ni Dalila ambik gambar studio..umur 8 bulan 2 minggu ++

Monday, June 22, 2009

@ Vote Arifa Dalila -Contest Aksi Tido

Assalamualikum semua,
Terasa lama sangat dah tak update blog, (sampai kawan blogger-10- tanya "kemana menghilang?-THANKS yer 10") Sebenarnya, sejak hari jumaat- sabtu - ahad yang lalu.. Ibu buat-buat buzy sesangat. Buzy dengan kelas memandu, dengan parenting workshop nyer lah.. huhuhu..letih...next entry Ibu citer pasal tu yer..kali ni nak citer pasal.....

" VOTE ARIFA DALILA - A0026 "

Alhamdulillah, Dalila terpilih masuk final contest AKSI MENARIK KETIKA TIDUR anjuran MAMA UZMA yg dianjurkan tempoh hari..memang ramai kawan2 kita yg join contest tu.. dan memang sungguh comel dan kelakar tengok aksi-aksi anak kecil tu tidur..hehehehe (kalo takde contest macam ni, mungkin Ibu tak tahu "ada banyak aksi MENARIK anak-anak kita ketika sedang tidur..")

Cara-cara nak mengundi....

Sila taip A 0026 dan tinggalkan dalam komen pada entry SINI..(sila klik pada perkataan SINI)

Anda boleh buat 5 undian.. jadi disamping mengundi anak2 kawan2 yg lain tu.. jangan lupa undi untuk Dalila jugak yer...A0026..

last date for vote: 3 July 09

TERIMA KASIH pada yg telah mengundi Dalila..





p/s: thanks ye Mija.. sbb tinggal msg kt "chat box" tu..kalo tak aku tak perasan result final contest ni dah keluar..

Thursday, June 18, 2009

@ Menu hari ini...

Pagi tadi bawa Dalila ker market lagi..beli bahan2 nak masak untuk tengah hari nnt. Mission Ibu hari ni nak masak Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak & bunga Kantan (pjg nyer nama masakan ku ini).. untuk santapan En.Somi ku tgh hari nnt. Ini merupakan cobaan pertama utk resepi nih..harap2 menjadi lah..suke sbb rasa simple sangat resepi ni..leh buat sambil dukung2 Dalila jer..sebab main campak2 jer..hihihihi :)

Bahan2 nyer:
  • ikan Jenahak -Ibu beli 1 kati =RM 18..mahal tak?
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan santan cair
  • 6 biji cili padi -suka hati byk mana
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 keping asam keping/asam gelugur
  • 2 kuntum bunga kantan.
Cara masakkan Ibu:
  • Tumbuk cili padi tu bersama kunyit hidup..dah siap didih lah bahan tadi dengan asam keping dan santan cair.
  • Masukkan ikan dan biar seketika.
  • masukkan santan pekat dan bunga kantan
  • masukkan garam.

Dan ini lah rupanya..

Untuk Dalila pulak..Hari ni Ibu buatkan bubur nasi + isi ikan +halia. Kali ni tak boh carrot. Saja nak tgk dia mau makan tak bila tak de carrot..sbb dah berbagai2 cara dah ibu masak bubur (tambah kismis/ tambah kurma/tambah prun / tambah kentang/tambah ikan) bersama2 carrot..semua tak "jalan"- (dia tak mau makan..) So, mungkin dia tak suka carrot kot..jd hari ni try tanpa carrot pulak..

Dan cam ni lah rupanya yg lum di lenyek lg..


Memang susah hati bila anak tak mo makan ni.. tp tak pe ..Ibu buat2 lah cam HAPPY jer sbb mungkin mengambil kesempatan meletakkan kesalahan ni pada "Situasi Dalila nak tumbih gigi" tu buat dia tak selera nak makan ha haha..ku tak mau rasa risau2



p/s: esok jam 9pg ada kelas memandu lagi..mungkin balik tak sempat nak masak..so hari ini kire "cover" untuk esok lah yer.

Wednesday, June 17, 2009

@ Contest Aksi Menarik

Dah dekat 2 bulan Ibu tak join apa2 contest rasanya..tp baru2 ni terlintas nak join satu contest bila Mama Uzma ada drop pesanan kt ruangan 'jom borak' kt blog Ibu ni..pastu Ibu pun singgah ke blog Mama Uzma.. tengok tajuk contest AKSI MENARIK KETIKA ANAK TIDO.. cam best jer..tp ade ker gambar Dalila time tidor? rasa cam tak de lah gambar yg 'terkini' lagi sensasi sebab Dalila dah kurang tidur sejak 2-3 bulan yg lepas..kalo siang..sure tak lebih 1 jam nyer..

Tapi tak pe..berbekalkan semangat nak join contest Mama Uzma ni..dlm masa yg singkat tu sempat Ibu ambik gambar AKSI Dalila ketika tidur..mmg macam ni lah AKSI TIDUR Dalila yg terkini.....

Nama Anak : Arifa Dalila Mohd Fadli
Umur Anak : 8 bulan 3 minggu
Kategori : 2 bulan -1 tahun

Kenapa pilih gambar ini?
  • Gambar ni adalah gambar AKSI TIDUR yang TERKINI -(15/06/09) Bukan sekadar tidur cam biasa2 tu ( Bukan just tutup mata..pastu zzzzZZ)
  • Dalam gambar ni menerangkan AKSI DALILA yg suka pegang jari kaki dia sebelum nak mula lelap..kalau sedang berstokin, sure dia jerit2 sambil cuba menarik keluar stokinnya itu dari kaki...tapi sebelah kaki kiri jer pulak.. :P
Serta slogannya.."bila rasa mengantuk..saya suka buat cam ni (main jari kaki)...ibu cakap saya kelakar bila terlena sambil pegang kaki nie..betul ker?"


Bagi sesiapa yg lum join contest ni..anda semua masih boleh lagi berbuat demikian kerana contest ni berlangsung dari 8 June sehingga 28 June 2009. Keputusan contest akan di umumkan pada 6 July 2009 yer..(harap2 bg lah kami menang ye Mama Uzma..)

Mama Uzma anjurkan contest ni untuk 2 kategori:
  • umur anak dari 2bulan sampai 1 tahun
  • umur anak dari 1 tahun hingga 3 tahun
Untuk keterangan lanjut..sila terjah ke blog Mama Uzma (sila klik pada perkataan 'Mama Uzma') sekarang...anda pasti suka melihat hadiah yg ditawarkan oleh beliau!! Pastikan juga anda telah memenuhi syarat2 pertandingannya itu...mudah saja kan!!


Tuesday, June 16, 2009

@ Lagi kisah Encik GiGi

Entry kali ni nak story pasal gigi Dalila lagi.. sebelum ni hanya ada 2 batang gigi bawah jer.. tp hari sabtu lepas (13 June) Ibu terperasan ada putih2 2 garis di gusi ATAS PULAK.. yg peliknya.. TAK tumbuh sebelah menyebelah pulak tu... satu di tengah..dan satu lagi pada bahagian tepi -mcm kawasan gigi taring tu..gambar mmg susah lah nak ambik..kena bagi Dalila terjuntai kepala kebawah-- pastu cucuk2 badannya dgn jari...kasi geli2..sampai dia ketawa..baru senang nak tengok gigi dia tu..

Hari ni makin ketara garisan gigi dia tuh..patut lah dia dah tak berapa mau makan sejak kebelakangan ni.. ada kaitan ker..hehehe Nnt sempat Ibu snap gambar gigi tu..ibu letak kat sini yer..

Gaya merengek tak selesa gusi



Monday, June 15, 2009

@ Selamat hari Abah!!

Sempena menyambut Hari Bapa pada bulan June ni..Ibu ada video yg rasa sesuai dengan sambutan Hari Bapa nih..Dalila di ajar panggil "Abah"..so, kire HARI ABAH lah yer.. Dalila baru pandai sebut 'Abah' saje..Perkataan "Ibu" dia sedang belajar nak sebut..kadang2..dgr gak dia panggil 'buuuh' tapi tak sejelas sebutan 'abah' lagi..huk..huk..huk.. sian kat Ibu tau. But anyway.. Ibu pun suka sangat bila dengar Dalila dah pandai sebut 'Abah' ni. Pandai cayang Ibu ni, nnt cepat2 boleh panggil Ibu pulak tau...Ibu tunggu yer..




Saturday, June 13, 2009

@ Kelas Memandu -- Hari ke-2

Kelmarin (12 June) Ibu ada kelas memandu kereta untuk kali kedua.. Yang kali pertama pada enrty ini...hanya belajar side parking, naik bukit dan "tiga penjuru"..Dah lama tak pergi kelas ni..lagi lambatlah nak dapat lesen ni..aduyaii..


Dah janji dgn apek-cikgu ajar memandu tu jam 8.30pg..so..kire start jam 9 jugaklah (+- masa mendaftar)..Ibu kena ulang balik apa yg diajar pada kali pertama aritu..pastu cikgu tu dah suruh pandu keluar ke jalan raya dah..huh..mmg lah takut mula2 tu.. Dia cakap bawak ke jln yg bakal kena 'test dgn JPJ' nnt..kire jln ni diorg istilahkan sbg- JALAN "A". Semua ada 3 jln (A,B,C) yg bakal di 'test' nnt..tp pilih satu je jalan..dipilih org pegawai JPJ pd hari test tu nnt.


Bila pandu sendiri kat jln raya ni rasa jauh jer perjalanan tu..cam banyak yer kenderaan lain kat jalan raya..tu lah..dulu selalu Ibu bersenang lenang je dlm keta dah la kena lalu kt stesen bas Sg nibong tu sampai ke bulatan area Queensbay Mall tu..nasib baik okey..tak de mati2 enjin semua..cikgu pun puji cakap 'okey tak gelong2 sgt'..hihihi..best+takut gak rasa. Buat latihan jalan raya ni 2 kali. Pastu sambung balik latihan yg kat dalam litar JPJ dulu tuh..


Cam susah nak buat side parking nih..dah la streng berat cam batu jer..sakit habis tapak tangan dok pulas. Habis latihan tepat jam 11pagi..on the way nak balik..cikgu cakap ada 5 kali lagi belajar..baru leh test..tp kalo rasa nak belajar lebih dari 5 kali-kenalah bayar RM20 satu jam. Next kelas hari Isnin ni..jam 8.30 pagi jugak..so 2-3 hari ni kena rajin2 kan diri utk pam susu lah..Tarikh test JPJ pun tak tau lagi bila. leh ke Ibu lepas ni nnt nih..?? confident..confident :)



Friday, June 12, 2009

Award dari Ainerza dan Mama Auni

Kali ni Ibu dapat award dari kak Ainerza dan Mama Auni Firdina. Terima kasih daun keladi yer kak Ainerza dan Mama Auni Firdina..saya amat menghargainya..best3..dapat award ler katakan..So, tak mo tangguh2 lagi dah macam dulu pening nak cari balik nnt cepat2 Ibu tempek kat blog ni..

Ini award dari Kak Ainerza..

Ini pula award yg Mama Auni kasi..



sebab soalannyer cam lebih kurang jer..jd Ibu buat serentak je lah yer..bolehkan.'

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
okey..siap!!

2)Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award
Ibu cam tak reti nak pilih lah..cam biasa lah..list panjang2 akan Ibu buat..tp kali ni cam tak sempat nak buat 'link' lah..so Ibu list nama kawan2 Ibu jer okey..

Ummieisya
UmmiSalsabila
Mija
Kak Nieza - Baby Zulaikha & Khadeeja
Naurah
Kakngah
KAK Ita fed-baby sarra
Kak leendie-baby rayyan
Kak Yan- UmmiAbbi Qis
Kak Intan- baby Arissa
10-baby Hawa
Ummi Khayra
Zaza-baby Hanin
UmmiAfifah
Kak suhaila ab
SufieHas
Adik Ahlami
Mama Aqish
Kak YanaDzul
Kak PadNani- Baby Hafiy
JIey Mien
Mama Qaisara
Azzul
Kak Diniedinar
putra Mama
Kak QQ
Ibu Aqil-Aqilah
Kak Rynas
Kak Akma
Kak Nadye
Ema Red -Baby Yasmeen
Kak Ifa- Baby Naufal
Kak Ina- Baby Nabila
Kak Na Shari
Kak Cutemiut78- Baby Amirul
Kak Zue Annie
Kak GieYana
Kak ZuraIwan
KakLong Nazula
Kak Hayati -Baby Azri
Kak YattJay- Baby Naufal
Fara Adura -Baby Sofea
Kak Munira -Baby Zahraa
Cikgu Mahirah
Ummuabdullah Syaakir
Kak AmiGrow
Kak Herni - santai@dmost
Ibu Ayra - Baby Ayra
MamaHana -seindah Hidup ini
Kak Umie/Salmi -Mama Aliff
Kak Fid
Kak Azie -Baby nonie dan erin
Kak Nurul Dhia -baby Hafeez
Kak Fiza -Baby Adam Muqri
Kak NyIzD / Noy - Baby Darwish
Pija 5120
Mama Sarah Syimir
Fauzieah -Baby Faris
Ibu Zharif- Baby Zharif
Kak Dora- My simple life
Mama Ayin Fasha - Baby Ayin
Mama-Danish & Sarah
Kak Linda -Mama Payish
Kak ELIZA kru
Kak Illa -Baby Damia
Kak SuFarizan
Ibu umairah - happiness family
Little mama Dairy - baby Izzah
Cikgu Leadleedea
Kak Puteri1 -Baby Aqilah
UmmiMUSA
Idayu - Beyond My Life

Cam ade yg terkurang lg nih..tak pe lah..dah 2 malam dah Ibu buat dok list nama2 kawan2 blogger ni..mana2 yg tertinggal..Ibu minta ampun yer..tp SILA LAH AMBIK KETIGA-TIGA AWARD INI..ikhlas nih!! (berpinau mata dok list-nak kasi kat korang tau)
Okey yer..harini 12hb ada kelas memandu jam 8.30pg nih.. Ibu pergi minta diri dulu :)


Wednesday, June 10, 2009

1st day Puasa Ganti

Kelmarin, (9 Jun) ada lah hari pertama Ibu berpuasa ganti. Pergh.. mmg perit tekak sgt lah sbb tak bersahur pun pagi td.. memang niat nak bangun sahur ..dah set jam kat H/P jam 4.30am dah..siap panaskan nasi dah sebelum nak tidur pas menerjah blog kekawan- mana yg sempat
Dah bunyi alarm jam 4.30am..sekali dgn Dalila pun terjaga..nangis nak susu, susukan lah kejap.. Pastu dia tak mo lepas lak..nak 'bergantung' lak pulak.. lepas je menagis..so teruskan menyusu lagi.. ingat sempat lagi..sbb habis waktu sahur jam 5.31am.. tup..tup..terjaga jam dekat jam 6am dah..
So...puasa dgn segala kudrat yg ada jer lah td..alhamdulillah..bekalan susu masih seperti biasa.. cuma tekak jer perit.. Tp target esok nak puasa lagi..kurang2 seminggu dapat 2-3 hari okey lah kan..Ibu puasa ganti tau..bukan puasa nak kuruskan badan..kan Dalila lahir bulan Ramadan tahun lepas..risau jgk kalo dok bertangguh jer lagi..next Ramadan pun dah nak dekat dah nih.. nak settle kan belajar memandu lagi nih..malasnyer nak p kelas memandu nihh...

p/s: ader nasihat atau tips ker untuk ibu yang BreastFeeding dan berpuasa ni?

Monday, June 8, 2009

Shopping di Butik Mom Care

Hari ni sempat kami singgah LAGI ke butik Mom Care 2 minggu lepas dah datang gak kat butik ni Niat hanya nak mencari sepasang kasut buat Dalila.. selalu Ibu pakaikan stokin.. dia mesti cabut 2-2 belah. So, niat nak try pakaikan kasut lah pulak.( Oh, lupa nak cakap, butik ni ada di Queensbay Mall kat tingkat 2) Best sesangat2 jamu mata kat sini.. dan untuk sesiapa nak cari barang keperluan baby/anak- mmg lengkaplah kat butik ni.. baju, tight, perkakas2 am bayi, mainan, bumboo chair pun ada dijual kat sini.

Inilah yg sempat Ibu beli setelah buat2 xnampak brg lain tadi.

Headband pertama - terus pakai sbb ketidaksabaran Ibu nya nak tgk.


Cloth book baru

kasut pertama Arifa Dalila


cantikkan bila dipakai..simple jer designnyer :)


Cakap bab kasut ni, MESTI KENA TENGOK VIDEO ni.. memang rasa nak tergelak pun ada. Begini lah perangai Dalila dah masuk 8 bulan ni..bila marah jer..mulut dia bising2..tak tau lah apa yg di bebelkan tuh..dah lama niat nak rakam aksi dia 'marah' nih..cuma kali ni yer BERJAYA..hihhihi..


2 Minggu lepas kami beli 1 mainan (ketam merah) yg Abah cakap Dalila pilih sendiri, sehelai baju dan kipas mini (terpikat dgn kipas kepunyaan Eisya-sorry yer Fara)




Harus Ibu jadi members Club nih!!



p/s: tight kat MOM CARE ni pun cantik2 gilerr..singgah2 lah tgk kat web mom-care ni.

Saturday, June 6, 2009

Koleksi Tight Dalila

Dah lama dah tulis cerita ni, tp niat nak tunggu dulu hadiah dari Mama Aqish (yg Baby Cute contest) tu sampai dulu...tp disebabkan xsempat nak buat entry baru..jd saya publishkan entry lama ni yer.

Sebenarnya sewaktu baca yg mama Aqish buat contest tu..memang tak terpikir pun boleh menang..dan Ibu rasa 50-50 jer nak masuk contest tu..tgk gambar2 para perserta yg dah submit..lagilah Ibu kecut perut.. Last2..buat la jugak entry pada hari terakhir contest nak ditutup.

Sebelum ini memang Ibu dok meronda2..untuk melihat dan meninjau blog2 kawan2 yg menjual tight untuk baby..nak pulak Dalila tak de lagi tight..niat memang nak belikan juga lah nnt. Bila dah submit link dan email ke blog mama aqish.. rasa cam tak leh nak menang sangat waktu tu.. (sbb Ibu tak de ramai kawan sgt masa tu).. habis kawan2 Ibu..dah Ibu promote untuk undi Arifa waktu tu Ibu pun belilah beberapa tight online.. (maaf yer mama aqish..saya tak beli kat mama aqish sbb saya takut dikira "rasuah" kan penganjur/juri contest pulak)



Sekarang, Dalila dah ada 4 tight..(1 daripadanya..lum muat untuk di pakai lagi..Ibu oder saiz 12-24month :P) Leght warmers pulak..Ibu beli 5 pasang..(baru pakai 3 pasang sekarang).. cukup lah yer Dalila..dah tak muat tight2 ni..baru ibu beli lagi yg baru yer..




Tight de purple




Tight putih (ada LOVE kat buntut..cute!)


Leght warmers pelangi..



Sebab dah banyak tight ni lah buat ibu pilih dress HIjau sebagai hadiah Baby Cute Contest tu..

Friday, June 5, 2009

Adobe Photoshop (nak buat 'gelap' keliling gambar)

Hari ni rasa nak buat entry tutorial guna Adobe Photoshop lak.. (sbb kadang2 asyik terlupa jer cara nak edit2 gambar nih..) Ibu pun tak de lah sepandai mana pun..apa yg Ibu tahu sikit2- Ibu konsikan pada kawan2.. Jom tgk blog2 kawan2 kita yg dah memang MASTER giler bab-bab edit2 gambar nih..iaitu blog Kak ITA, GIEyana, ZURAiwan, dan FARA ADURA..memang cantik/berseri jer gambar jadinyer kan.
Ibu guna Adobe Photoshop CS2 saje..banyak teknik sebenarnye dalam penggunaan Adobe Photoshop ni..semua mengikut kemahiran/keselesaan masing2.
Okey untuk kali ini, cara2 nak buat sekeliling yg ala2 hitam dalam gambar. mengikut cara Ibu selalu guna.

1. Buka software Adobe Photoshop > open (pilih mana2 gambar)


2. Right klik pada toolbar yg ada tulisan "background" > duplicate layer >ok


akan jadi cam ni pas kita "duplicate layer"


3. Pergi ker "Marquee tool" (boleh pilih bentuk bulat/empat segi-ikut suka kita)
Lukis atas gambar td tu...akan jd "dot-dot" mengikut bentuk yg dipilih td.

Dah buat kawasan "dot-dot" terputus2 tu..pastu klik ctrl shift dan huruf I- secara serentak

4. Pastu klik kat Edit > Fill > Black


Pastu ubah kecerahan warna tadi tu guna "Opacity" dan "Fill"


5. Dan inilah hasilnya..Ibu buat 2 warna. Yang kiri guna Fill "black" dan yang kanan guna Fill "Blue". Try mana2 warna yg rasa sesuai. Pastu main2 kat "opacity " dan "Fill"

Jangan lupa save guna file JPEG kalo nak terus guna gambar tu..kalo next time rasa nak edit2 lagi , save guna PSD lah.
Boleh paham ker?..ini first time try nak buat tutorial Photoshop dlm blog nih..mmg banyak step tul.. print Scr--paste--


Thursday, June 4, 2009

Tag & Award: Vespa Blogger Award Friendship

(maaf yer..award ni saya dah "edit" sikit dah..hehehe..)

Tag dan award kali ni datangnyer dari kak YatieJay dan Kak Munira. Dua2 kawan blogger Ibu yang paling best dan sporting :)..Terima kasih yer bg award ni kat saye..suke3..

1. Copy badge "Blogger Friendship Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
Ok..nnt saya tempek kt sebelah kanan blog saye ni ok.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
i) Kak YattJay - Kak yati ni antara kawan2 blog yg terawal Ibu kenal..sejak Ibu mula2 berkecimpung di alam "blogging" ni. Mempunyai seorang anak yg bernama Naufal. Seorang Ibu dan isteri yg penyayang.. insyallah kalo ada rezeki..Ibu nak jumpa dengan dia kalo dia balik kg nnt.

ii) Kak Munira - Kak Munira ni sebenar nya mula2 Ibu conpius..sbb ada yg nama seakan2 dia..mahirah..rupa2nyer diorang ni adik beradik..kire lain2 empunya badan lah..Ingatkan seorang tp guna 2-3 nama pena..hihihi..Kak Munira kalo tak silap dah 2 kali menang hadiah dari contest dalam blog ni..bestnyer..tahniah yer.. Baby nyer nama Zahraa..geng guna CD cam ibu gak..


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

Sebenarnyer jawapan ni dah ada dalam TAG kat blog lama ibu..tp bagi tak menghampakan..Ibu jawab juga sekali lagi yer

1. Suka bab2 tanam2 pokok bunga - bab2 gubahan2 -jahit menjahit - mekap2 org (tp semua takde masa nak buat)
2. Suka kumpul majalah PA&MA. Dulu2 suka kumpul stem (hehehe..hobi cam budak sek kan)
3. Suka shopping/window shopping- cam pening2 kalo seminggu tak masuk kena air con kat shopping complex..hihihi-kes parah nih!!
4. Full Breasfeeding Arifa Dalila dan sokong kawan yg breasfeeding.
5. Suka nak balik kg..rindu nak jumpa mak ayah.
6. Tengah dalam proses nak belajar ambik lesen kereta...(malasnyer nk gi belajar ni..)
7. Sekarang amat suka menyanyi2 dgn Arifa Dalila..cerita2 dgn dia..sbb dia pun akan ikut 'nyanyi' sama jgk :)
8. Tak suka dgn orang yg suka "mengungkit"-tak kisah lah ungkit apa pun..perbuatan atau pemberian ker...kalo tak ikhlas baik jgn bagi/jangan buat kann..
9. Tak suka dgn org yg rasa diri dia 100% perfact!! mesti tiap2 kali jumpa nk suruh kita buat cam apa yg dia buat..komplain sana..komplain sini..benci tauuu.
10. Tak suka bila berjauhan dgn anak..w/pun sekejap..mesti tak senang duduk..teringat jer kat dia.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda

sbb ada yg pernah buat tag yg seakan2 ni..jd Ibu mau kasi tag ni pada:


1. Zaza

2. Ema

3. Umisalsabila

4. Intan

5. Nadnya

6. mama sarah danish

7. Azzul

8. rynas

9. Putra MAMA

10. mija

11. Kak Nieza

12. Kak Suhaila

13. Kak Padnani

14. Kakngah

15. 10

16. Mama Auni Firdina

17. Jiey Mien

18. Mama-Qaisara

19. Kak zue

20. Kak YAN

21. Fara (ummieisya) -ku tahu Fara tak akan buat(sbb dh penah buat kan)-tp ku nak bg award ni kat Fara jgk..ambik yer..

KALAU KAWAN2 SEMUA MALAS NAK BUAT, AMBIK AWARD PUN TAK PE YER..IBU TAK KISAH-(tp kalo free buat lah.)

Sebenarnya nak kasi ramai lagi..tp tak sempat nak buat "link" tu..so..harap kawan2 yg dalam bloglist saya nnt sudi ambik yer..harap maaf..

Wednesday, June 3, 2009

Dah berry dah!!!

Kejadian : seakan2 dilanda banjir lumpur

Masa : Jam 4 ptg -lebih kurang laa

Tempat : Bilik Komputer



Seperti yg di post pada entry sebelum ni..Ibu sedang menanti Dalila untuk berry pada hari ni (hari ke-5)..nekat jugak akan bawa dia gi klinik kalo hari ni still tak berry2 lagi.. Sedang menjengah blog kekawan (dgn menggunakan sebelah jer tgn-sbelah lagi pegang Dalila atas riba- depan PC) tiba2 terperasan Dalila cam senyap/diam jer..tak ligat2 nak lempar/jatuhkan barang mainnya cam selalu (jatuh-ibu kutip-dia buat2 TER jatuh lagi-ibu kutip lagi).. terbau cam tak best jer..tgk2 kot tepi..ALHAMDULLILAH..dah berry dah rupanya..


Cepat2 angkat dia ..bawa nak cuci dalam bilik air.. huhhh..memang cam dilanda 'banjir lumpur' lah.. penuh sesangat CD yg dipakai tu.. utk 5 harinyer yg tertunggak tu kot..(Sukanyer dalam hati sbb dia dah berry nih.) Lum sempat nak bagitau pun kat Dalila-kalo tak berry hari ni, nak bwk ke klinik esok..hehehe


Kepada kawan2 yg membantu terutamanya ZAZA, KAK NIEZA, KAK LIZA (AZZUL), KAK INTAN, KAK ZUE, KAK NOY, JIEY MIEN, FARA, berjuta2 terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar anda semua serta keprihatinan anda terhadap masalah saya ni.. akan saya ingat sekiranya ianya berlaku lagi oh no!!



Tuesday, June 2, 2009

Tension -- perlukah saya rasa begini?


Ada banyak perkara buat Ibu rasa tension lately ni..tak tau nak buat macam mana..waa..waa...waa



1. Tensian bila Dalila dah masuk hari ke-5 lum berry2 lagi.. Last berry hari Khamis lepas..tu pun ciput jer yg keluar..tak mcm biasa..Tp sebelum tu (hari Isnin- Selasa) dia mcm berrymarathon jer..tak henti2...tiap2 kali tukar daiper sbb berry. Hari Rabu chack up..nurse bising2 berat Dalila naik tak banyak..Hari Rabu nyer Ibu start bagi mkn "intensive" 3-4 kali sehari..kire kerja suapkan bubur kat mulut Dalila lah selang beberapa jam..Dia pun mcm suka jer mkn-- mkn banyak--habis tiap2 kali bagi..susu (susu Ibu) Dalila banyak juga minum..kadang2 pas makan..dia terus nak minum susu. Dah tu minum pun suka "bergantung" jer..bila tidur.
Semalam hari ke-4 (rasa okey lagi--tp still menanti Dalila berry jgk) try bagi mkn puree epal..dia tak suka..asyik luahkan balik apa yg masuk mulut..asyik paling2kan muka bila Ibu suap puree tu..air kosong dah try bagi jugak..cuma jus oren jer lum bagi lagi (kelmarin dan hari ni)..tp hari Jumaat lepas dah bg dia minum banyak dah jus oren..masa Ibu dan abah gi makan ikan bakar aritu..
Dia makan banyak..minum banyak tp tak berry2 lagi... tu yg TENSION nih..dan tak tau nak buat cam na?? help!!help!!help me!!



2. Tension dgn bunyi bising- org (jiran) renovate umah- betul2 depan bilik tidur kitaorg.. susah Dalila nak tidur..Dah lah dia ni mmg jenis susah dah nak tidur..tension tul!! Kalo Dalila tak tidur --> nak main/nak didukung sajer..-->tak leh buat kerja umah. Boleh tgk pc (blog) dan kadang kala menaip sebelah tangan jer nih..sebelah lagi dukung Dalila.



3. Tension ni mungkin kah dengan kehadiran "sedara" yg dah sekian lama tak berkunjung/ menjenguk.. Dalila dah 8 bulan lebih baru "dia" nak datang..Ibu berdoa2 jugak biar "dia " datang bila Dalila umur setahun lebih (mcm Kak Fid tu..bestt!!) Tension bila tgk hasil yg dipam tak seperti biasa..rasa down sangat semua nih.. tak de stock susu-- tak leh gi kelas memandu lah..

Itu lah antara perkara yg buat Ibu paling tension sekarang..ada lagi yg kecil2 yer hal..malas aku nak fikir sangat hal2 yg kecik2 tu.. buat sakit kepala saja..

apa yg PALING terasa NAK BUAT SEKANG nih...nak kuar p SHOPPING jer.. dapat tgk-tgk barang saje pon ok..keluar ber2 dgn Dalila saje (asban kerje kan..) Mesti BEST GILER terapi nih.. leh elak fikir2 sekejap menda2 yg tension ni..tunggu jer lah kalo2 dia berry nnt... (ayat nk sedapkan hati sendiri)

Ais Krim potong satu!!!


Sejak kebelakangan ni..tiap2 kali shopping mesti beli ais krim potong ni. Sedap dan simple jer rasa..mcm dulu2 jugak rasenyer..tak tukar pun. Kena lak cuaca panas cam sekarang nih, memang syok lah layan ais krim murah ni.. (memang dijual dual pack RM 6++ kalo tak silap)


Dalila sure terliur gak lah tiap2 kali tengok Ibu makan ais krim nih...nanti besar sikit Ibu kasi makan ais krim yer sayang.. kawan2 blogger Ibu arifa pernah try tak ais krim potong nih? Ada kacang merah dalam nyer...kalo lum try.. try lah nnt..anda pasti suka mcm kami suka...hihihihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...