nak join? klik banner ni yer

Thursday, January 20, 2011

@ Ada Penipu Blogwalking?!!

Terkejut juga saya bila  baca entry ni kat beberapa blog tadi.. terus naik seram sejuk dan rasa nak marah pun ada. Pada mulanya memang saya sendiri tak faham dengan apa yang dikatakan "Tipu Blogwalking" nih, tapi bila baca kat 2-3 blog..dan mereka dah terangkan "bagaimana diorang lakukan" dan "cara kita nak mengatasi dan menangani dari penipu-penipu cyber ini".. barulah saya faham.

Blog-blog yang ada menceritakan mengenai topik ini adalah:
1. Pendekar Berkuda
2. Belalang Hijau Perisik
3. Ozzy
4. Anak Ulu Cheka
5. Angin Malam

So saya kongsikan disini dari sudut pemahaman saya yer..

Apa yang dikatakan "Penipuan Blogwalking"?
Biasanya kita perlu blogwalking (singgah dari satu blog ke satu blog yang lain, sambil membaca entry dan meninggalkan link blog kita di ruangan "komen" ataupun di CBOX dan ShoutMix dengan harapan tuan punya blog tu akan singgah semula ke blog kita kan? Untuk nak naikkan traffic kita.

Tetapi bagi kes Tipu Blogwalking ni, mereka tak datang pun ke blog kita..tapi hanya menggunakan bantuan software komputer untuk buat kerja-kerja "blogwalking" ni. Maka akan terselitlah link blog mereka di ShoutMix dan CBOX kita tu (hasil kerja komputer tu). Kita yang jujur ni pulak, nampak ada orang singgah blog kita..secepat yang mungkin nak balas jejak tetamu kita tadi tu.. ye tak? Tapi sebenarnya bagi kes "Tipu Blogwalking" ni, traffic hanya one way saja.. kita saja yang dok bagi traffic kat blog mereka ni.


Siapa yang melakukannyer?
Berikut adalah nickname yang selalu guna kat ShoutMix dan ShoutBox:
Saya copy paste dari blog2 pencerita topik diatas.
  1. Newbie
  2. Kasim Ahmad (BulanPurnama | MariLompat)
  3. Innovator - 
  4. Joe -
  5. Fashion Girl
  6. Sembang Kosong
  7. Popolita
  8. Cilupbah
  9. Anggur
  10. Melati Putih
  11. Cahaya Cinta
  12. Suhaisweet
  13. GetMovie124
  14. Umar Yang Cute
  15. Blur a.k.a Jiwa Kacau -
  16. Syamsid - 
  17. Joe a.k.a Faizol-1

Ada perasan nickname ni tak? Pernah BANYAK KALI beberapa nickname tu singgah di blog saya tau.. geram jer. Nak cepat kaya tapi cara menipu.


Nak tau cara mereka tertangkap?
Korang klik kat blog Belalang Hijau .. dan  Blog Pendekar Berkuda siap brader tu dah print screen dah..agar kita mudah faham.


Cara NAK ELAK JADI MANGSA mereka?
Korang DIGALAKKAN menggunakan ShoutMix berbanding CBOX kerana ShoutMix ada "Website Lock". So, baik ler korang tukar chatbox korang tu daripada korang free-free dok munyumbang duit kat si penipu cyber ni.
Dah tukar follow step kat ShoutMix macam yang di tunjukkan kat link di sini, blog Pendekar Berkuda


Saya dah aktifkan "Website Lock"
..harap2 lepas ni tak de lah yang kaut untung sorang2 lagi..


photobucket

21 comments:

Rusniza Mohd Nor said...

kak,untung ape yg dimaksudkan dgn blogwlking tipu ni..takut r.tu yg risau klu x private blog ni

Rusniza Mohd Nor said...

kak,untung ape yg dimaksudkan dgn blogwlking tipu ni..takut r.tu yg risau klu x private blog ni

Ain said...

akak suka n3 ni. akak pun pernah dapat kunjungan dari beberapa nama yang min mention tu. terror jugak dorang menipu kan....huhu

nampak gaya lepas ni akak kena la tukar cbox ke shoutmix. baru selamat....

rynas said...

hohohoho...lagu ni pun ada ka????teruk betoi ler...

Ummi Shira (AshAnas) said...

huhu, nk kena tukar gak nih... shira pun de perasan gaks...

Anonymous said...

mereka hanya untung lahiriah je...zahiriah langsung x untung...

blogwalking salah satu nak up traffic tapi itu lahiriah je la..

ilmu yang dapat semasa baca blog orang lagi berguna..banyak info bley dapat...walaupon info tu sebesar zarah jekkk..

nak baca buku konfirm malas n xtau nak baca ape...konfirm malas!...at least blogwalking dapat baca ape yang dorang dah hidangkan...cam anak burung..nganga jek mulot!

p/s: hanya bagi yg malas baca buku la cam sy...wahahaha~~..

Elly Emmy said...

buruk perangai kan..
patut laa.. laju semacam jer diorang BW.. sana sini ada..

Rozy said...

saya kalau setakat nak tinggal jejak jaa kat shoutbox tu..sowii laa nak singgah sana..
prefer org yg ikhlas tinggalkan komen..

Izan Ishak said...

mmg geram sgt2 sbb banyak nama2 tu selalu singgah belog k.izan.

ingat baru nak buat n3 ni tadi...takpelah min dah buat jugak~

Gieyana said...

mmg x patut kan! senang2 jer dtg blog kita dgn Auto BW..Thanks for sharing yer..:D

munna said...

mmg tak puas hati dgn cara diaorg tu.. ambil kesempatan aje .. munna pun website lock shoutmix munna

Sari said...

mmg ader pun nama2 tu yg rajin singgah kat blog akak tapi klau dh selalu sgt dtg tu cuak jgak..skang ni mmg bo layan jer kat dema..

Anonymous said...

mmg panas.. bongkar sampai habis:)

Farra Dhelina said...

siot je kan...haram tu nama nya..ishhh...

ibuayu said...

ada juga orang macam ni ye....

kekwa said...

dah tukar dah cbox kpd shoutmix. brani nak tipu2 depa nih. haihh~ ^__^

maya amir said...

laaa ye ke? saya tak tau pun... thanks for sharing

ibu_Arifa said...

To Rusniza Mohd Nor hihihi..agaknyer lah kan..tak baik tau tipu..tipu nih.

To AinTerima kasih kak Ain.. tulah..saya pun selalu mcm tu jgk. harap2 pasni jagan ada lagilah taktik dan teknik baru nak tipu ni.

To rynasterukkan mereka ni...senang2 jer boleh buat duit.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

thks min sharing,..

datin kelly ketak said...

info yg bagus..! saye akan berhati2 pas ni....tq tuan rumah

Liana Manjaku said...

sALAM,

Dari tadi blogger semua sibuk bercerita tentang blogwalking tipu ini. Cari2 kat sini baru tahu macam mana mereka beroperasi. tak patut sungguh mereka tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...