nak join? klik banner ni yer

Friday, January 28, 2011

@ Jalan-jalan di Pantai Queensbay

Ni masa 2 minggu lepas.. Abah bawa gi Pantai Queensbay..ni 3rd time Dalila datang sini. Datang tak pernah mandi pun..just jalan-jalan..lari-lari sambil pijak pasir pantai saja. Nak kasi Dalila biasa dengan pantai.

Cik Dalila ni sebenarnya mulanya tak suka pijak pasir pantai, kotor agaknya..suruh kami cepat2 lap kaki dia dengan tisu. Hihihi.. Nak suruh dia sendiri pijak air pantai tu dia kata pedih..last2 Abah dukung/paksa jugak kasi air pantai tu kena kaki dia. Mula2 menangis pastu sampai 2-3 hari sibuk cerita yang dia dah pijak air laut.

no camera please!!

excitet dapat conteng2 pasir

tulis apa tu sayangg??

jalan-jalan tengok ombak

Dah okey dan dah mula suka dengan pantai..esoknya pun dia ajak datang pantai lagi. Hihihi.. nanti Ibu ajar mandi pantai pulak yer sayang..



photobucket

@ Jom tengok "my cute graphics"

Kalau korang tengah mencari background atau icon yang cantik2.. saya  nak cadangkan satu web side ni..
cantik dan comel2 belaka background kat situ.

contohnyer background ni:












cutekan..ada bayank lagi yang korang boleh pilih.. boleh juga buat sebagai background blog atau background "blockquote" korang.

(Tutorial nak buat blockqoute disini.)


icon2 yang cute pun banyak:


So, sila jamu mata kat webside tu yer..

Selamat berhujung minggu!!!


photobucket

Tuesday, January 25, 2011

@ Sape pernah dengar Citer En. Lepat?

ni kuih lepat pisang..sedap dimakan petang2 gini

Bukan lepat kuih yang saya nak konsikan di sini...tapi En.Lepat atau nama penuhnya En. Ismail Ariffin. Sungguh kasihan bila membaca kisahnya di sini: 

Kisah beliau pernah keluar kat majalah Mastika, tapi saya dah lama tidak membaca majalah tersebut. Kisah Raja Bahrin tu saya tahu lah juga sikit. 

Sebagai seorang ibu, saya pun turut merasa simpati atas kehilangan anak yang di alami oleh En. Lepat ini. Sudah 13 tahun kes beliau masih belum bertemu jalan penyelesaiannya. Apa yang dikhuatiri sekarang, adalah isu agama anaknya itu. 

Alangkah bagusnya kalau terdapat mana2 pihak dapat membantu sedikit sebanyak dalm kes En. Lepat ini. Buakn isi politik yang ingin saya tekankan disini..tapi isu perikemanusiaan (agama anak yang terbabit) serta kasih sayang antara seorang ayah dan anaknya. Mungkin kes ini boleh jadi ikhtibar dan renungan buat kita bersama.


photobucket

@ Google PageRank dan Alexa Saya

Dah lama saya tak check benda ni. Tapi memandangkan sudah hampir 2 tahun saya di alam blogging ni, saja saya check buat simpanan/kenangan selama blog ini diwujudkan

Google PageRank
dapat 3 per 10

kalau korang pun nak check Google PageRank untuk bloh korang juga.. Klik kat SINI yer..


Alexa

Kalau nak check Alexa juga.. Klik kat SINI pulak yer.


Alhamdulillah lah..syukur apa yang di beri Allah sekarang. Tak de nak mengharap "yang tinggi-tinggi "sangat pun page rank dan Alexa tu, saya pun tak pandai nak cerita/menulis sangat. pun. Sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu serta apa yang ada di sekeliling kami saja.

Terima kasih kepada rakan2 bloggers yang sudi berkunjung ke blog ini. Tanpa sokongan korang, tentu tak meriah blog saya ini. Bagi yang sudi follow blog saya (dah 626 orang) tu pun..saya ucapkan berbanyak2 terima kasih juga. Semoga korang semua berbahagia dan dilindungi Allah dari segala yang tak diingini..aminn.







photobucket

@ Masuk Dalam "Perpustakaan Bergerak"

Tengah hari kelmarin, nampak bas Perpustakaan Bergerak parking dekat depan umah MIL. Dalila bising dok sebut "bas..bas..nak naik bas". Teringin nak masuk tengok kat dalam tu macam mana, sebab tak pernah lagi masuk bas yang macam tu.  Last masuk perpustakaan pun masa kerja 2006 dulu. Hihihi..kantoi !!!

 gambar pinjam cik Google jer dulu

Dah settle kerja2 kat umah MIL, terus ajak Dalila naik bas perpustakaan bergerak tu. Dalam bas tu ada 2 orang, sorang driver bas dan sorang lagi orang jaga kaunter. Yer lah ni first time bagi saya kan.. terkejut juga melihat keadaan kat dalam bas tu... sebab saya membayangkan ada banyak buku dan kerusi/ruang untuk membaca. Rupanya, perkhidmatan perpustakaan bergerak ni lebih kepada untuk meminjamkan buku dan dibaca dirumah saja sebab hanya satu saja kerusi disediakan untuk pengunjung kat dalam bas tu.

Saya sebelum ini memang dah daftar jadi ahli Perpustakaan Awam Pulau Pinang, tapi dah expired. Jadi saya terus renew keahlian saya dalam bas tu secara percuma..kalau buat di luar (kat perpuastaakan) bayar RM2. Dalila pun boleh daftar jadi ahli juga, tapi saya terlupa nak bawa mykid Dalila. Next time yer sayang..
Saya pinjam 4 buah buku (2 buku untuk saya, 2 buku untuk Dalila). Mulanya saya nak pinjam 3 buah saja, tapi pakcik yang jaga kaunter tu suruh pinjam 4 buah jugak. hihihi. malu2 kucing lah pulak nak pinjam.

Perkhidmatan perpustakaan bergerak ni akan datang kat kawasan perumahan saya setiap 2 minggu pada hari Isnin. So, lagi 2 minggu kami akan masuk lagi bas ni dan pinjam lagi buku lain pula.




photobucket

Monday, January 24, 2011

@ Faya..Nama Faya

Nama saya Faya..(tengah real action ni)


"Ni Faya punya".."cari Faya..Ibu" (bila tengah main sorok2 dlam rumah)

Bukan dia tak boleh sebut pun nama penuh dia tu..Arifa Dalila.. memang dah boleh sebut -penuh pun. Tapi kalo nak cepat, contohnya kalo dia nak bercerita ker.. tengah main2 ker.. dia mesti sebut diri dia sebagai Faya...Faya itu..Faya ini.

Sekarang ni dah cekap sebut nama Abah dia dah.. Kalau tanya Abah nama apa? Muhamad Fadli..dia sebut sepatah sepatah perkataan tu. Nama Ibu pulak.. mula2 dia sebut 3 patah.."Fa..thi..mah"... sekarang dah boleh laju dah sebut "Fatimah" tu. Good girl lah anak ibu nih...



photobucket

Friday, January 21, 2011

@ Jadi Ahli Sendayu Tinggi

Entah macam mana, hati saya boleh tiba2 nak jadi ahli/member Sendayu Tinggi pula. Memanglah butik Sendayu Tinggi(ST) tu depan rumah ni saya..tapi sekali tak pernah masuk. Tetiba jer Jumaat lepas, masuk dan tengok2 barang dan terus jadi daftar jadi ahli.. hihihi.

Barulah saya tahu betapa banyaknyer barangan jenama Sendayu Tinggi yang dah ada kat pasaran, dulu hanya tahu Pek Bersalin dia dan beberapa jenis ubat resedung dan juga ubat untuk wanita sahaja... sekarang, mak aii.. segala kelengkapan make up, alatan make up dan termasuk sekali dengan bulu mata palsu pun ada tau, jenama ST lagi!! kelasss gitu!

Daftar jadi ahli perlu bayar RM25 dan di beri buku voucher, buku katelog kecantikkan, beg kecik dan juga car sticker. 

Dalam buku katelog kecantikkan tu ada banyak juga tip2 untuk nak makeup. Sangat sesuai untuk orang yang tak reti makeup seperti saya ni.
teknik shading dan melakar hidung pun ada

Tak tahulah berbaloi atau tidak RM 25 tu, sebab sekarang ni langsung tak guna pun apa2 produk ST, ker hari tu tiba2 "hangat-hangat tahi ayam jer" sebab tu jadi boleh tiba2 daftar ahli/member..kui..kui..kui..kui..


photobucket

Thursday, January 20, 2011

@ Ada Penipu Blogwalking?!!

Terkejut juga saya bila  baca entry ni kat beberapa blog tadi.. terus naik seram sejuk dan rasa nak marah pun ada. Pada mulanya memang saya sendiri tak faham dengan apa yang dikatakan "Tipu Blogwalking" nih, tapi bila baca kat 2-3 blog..dan mereka dah terangkan "bagaimana diorang lakukan" dan "cara kita nak mengatasi dan menangani dari penipu-penipu cyber ini".. barulah saya faham.

Blog-blog yang ada menceritakan mengenai topik ini adalah:
1. Pendekar Berkuda
2. Belalang Hijau Perisik
3. Ozzy
4. Anak Ulu Cheka
5. Angin Malam

So saya kongsikan disini dari sudut pemahaman saya yer..

Apa yang dikatakan "Penipuan Blogwalking"?
Biasanya kita perlu blogwalking (singgah dari satu blog ke satu blog yang lain, sambil membaca entry dan meninggalkan link blog kita di ruangan "komen" ataupun di CBOX dan ShoutMix dengan harapan tuan punya blog tu akan singgah semula ke blog kita kan? Untuk nak naikkan traffic kita.

Tetapi bagi kes Tipu Blogwalking ni, mereka tak datang pun ke blog kita..tapi hanya menggunakan bantuan software komputer untuk buat kerja-kerja "blogwalking" ni. Maka akan terselitlah link blog mereka di ShoutMix dan CBOX kita tu (hasil kerja komputer tu). Kita yang jujur ni pulak, nampak ada orang singgah blog kita..secepat yang mungkin nak balas jejak tetamu kita tadi tu.. ye tak? Tapi sebenarnya bagi kes "Tipu Blogwalking" ni, traffic hanya one way saja.. kita saja yang dok bagi traffic kat blog mereka ni.


Siapa yang melakukannyer?
Berikut adalah nickname yang selalu guna kat ShoutMix dan ShoutBox:
Saya copy paste dari blog2 pencerita topik diatas.
  1. Newbie
  2. Kasim Ahmad (BulanPurnama | MariLompat)
  3. Innovator - 
  4. Joe -
  5. Fashion Girl
  6. Sembang Kosong
  7. Popolita
  8. Cilupbah
  9. Anggur
  10. Melati Putih
  11. Cahaya Cinta
  12. Suhaisweet
  13. GetMovie124
  14. Umar Yang Cute
  15. Blur a.k.a Jiwa Kacau -
  16. Syamsid - 
  17. Joe a.k.a Faizol-1

Ada perasan nickname ni tak? Pernah BANYAK KALI beberapa nickname tu singgah di blog saya tau.. geram jer. Nak cepat kaya tapi cara menipu.


Nak tau cara mereka tertangkap?
Korang klik kat blog Belalang Hijau .. dan  Blog Pendekar Berkuda siap brader tu dah print screen dah..agar kita mudah faham.


Cara NAK ELAK JADI MANGSA mereka?
Korang DIGALAKKAN menggunakan ShoutMix berbanding CBOX kerana ShoutMix ada "Website Lock". So, baik ler korang tukar chatbox korang tu daripada korang free-free dok munyumbang duit kat si penipu cyber ni.
Dah tukar follow step kat ShoutMix macam yang di tunjukkan kat link di sini, blog Pendekar Berkuda


Saya dah aktifkan "Website Lock"
..harap2 lepas ni tak de lah yang kaut untung sorang2 lagi..


photobucket

Tuesday, January 18, 2011

@ Cara Nak Buat Blockquote yang Cantik

Seperti yang saya terangkan kt entry sebelum ini..(Blockqoute baru saya) nak share bagaimana cara saya edit/tambah HTML yang saya maksudkan itu.

1. Masuk kat Design > Edit HTML
2. Cari (tekan Ctrl dan F) perkataan ini: .post blockquote {
so, harap2 akan jumpa koding seperti ini...
.post blockquote {
  margin:1em 20px;
  }
.post blockquote p {
  margin:.75em 0;
  }

3. Dibawah simbol } yang terakhir (seperti koding kat atas td tu).. korang perlu paste/tambah kan koding ini.
.post blockquote { background-image:url(url background yang korang suka ); -moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; padding: 6px; Border: 2px solid #F5A9F2 ; margin:1em 20px; }

4. Gambaran keseluruhan HTML korang  tadi akan jadi macam ni:
.post blockquote {
  margin:1em 20px;
  }
.post blockquote p {
  margin:.75em 0;
  }
.post blockquote { background-image:url(url background yang korang suka ); -moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; padding: 6px; Border: 2px solid #F5A9F2 ; margin:1em 20px; }
-----------------------------------------------------------------------------------------------
pastu korang kenalah edit sikit dalam koding yang korang tambah tu..edit perkataan yg saya warnakan tu yer..( rujuk pada perkataan yang berwarna , merah, biru, hijau)
-------------------------------------------------------------------------------------------

5. kat perkataan "url background yang korang suka tu" yg dalam koding HTML tadi tu..korang gantikan dengan url yang dah berkenan:
contohnya: bagi gambar2 ini...
 url backgroundnya adalah:
(http://i153.photobucket.com/albums/s213/manga476/Cute%20Background/cute-background-020.gif)

url backgroundnya adalah:
(http://i277.photobucket.com/albums/kk70/safiena_album/kawaii066.jpg)

url backgroundnyer adalah: 
(http://i274.photobucket.com/albums/jj242/joy_hellokitty/backgrounds/background-144.jpg)

****ada banyak lagi..korang boleh cari kat Photobucket dan google***


6.  kat perkataan Border: 2px pulak...korang  boleh ubah ketebalan berder korang..saya guna 2px..korang boleh try..2.5px atau 3px pun tak pe..ikut mana yang korang suka.

7. Kat perkataan #F5A9F2 tu pulak, adalah mewakili warna border.. #F5A9F2 tu adalah warna pink macam yang saya guna..korang boleh tukar ke warna lain dengan merujuk koding di sini.. koding warna


8. Dah siap ubah 3 benda tu..klik save template
So bila korang nak guna blockqoute ni..korang kena highlight perkataan tu then klik kat simbol " pada new post.. then preview or publish.

photobucket

@ Saya Dah daftar "Heartbeat"


Rasanya rata-rata blog dah daftar/pasang iklan "Heartbeat" ni kan. Suka dengan warnanya yg pink-pink gitu..gerak2 kat dalam blog ni. Katanyer boleh "menambahkan pendapatan" juga...hihihi. Sambil2 berhobi (tulis blog) boleh juga buat duitkan..

Heartbeat ni kena daftar macam nuffnag juga, then kena letak banner macam nuffnang jugak.

cara nak join adalah:..
1. daftar disini Heartbeat.my atau mana2 banner heartbeat kat blog saya
2. klik kat myHB Affiliate (saya biasa klik kat link di footer page tu)
3. ambik kod banner kat "Get A Code" terpulanglah nak letak 1 atau 2 atau kesemua banner tu di blog anda.
selamat mencuba!!


Update!!!
iklan Heartbeat ni tak jejaskan status Gliterati kita kat Nuffnang
Hooyehh.. suka..suka..
lagi pun nampak cute sangat kat blog saya ni..




photobucket

@ Dah ada "sesuatu" di bawah my header

Sebenarnyer, kat bawah header blog tu tak ada extra ruang tapi saya telah "adakan" sebab nak letak "sesuatu". Ni kes terpengaruh dengan rakan2 bloggers yang lain dah ni..hihihi. Nanti kita citer bab "sesuatu" tu yer..

Sekarang nak citer macam mana nak "tambah" ruang kat bawah header tu dulu.



Tak susah pun nak tambah "extra ruang kat bawah" tu. Begini cara yang saya buat tadi.

Design > Edit HTML >
guna find (tekan ctrl dan F) cari perkataan ini: <div id='content-wrapper'>
 then tukarkan perkataan "no" menjadi "yes"

 contoh seperti ini:

pastu " save template"

try check semula kat "Page Element"
sepatut nya anda akan dapati ada "add a gedget" di bawah header tu.
Contoh seperti di bawah:



so boleh lah korang nak letak apa2 gambar atau iklan kat bawah header korang tu.




sumber rujukan : http://tips-for-new-bloggers.blogspot.com/2007/02/add-page-element-to-blogger-header-and.html



photobucket

Monday, January 17, 2011

@ Testing..testing..

saya nak testing Blockquote baru saya yang comel ni..
sebelum ni, blockqoutes saya kosong jer.. sekarang dah jadi gini..yey!!

comel tak?

tulisan ini saya dah buat blockquote yer
sajer guna blackground pink2 lembut gitu.
siap buat border lagi..
hihihi..


bagi sesiapa yang tak tahu apa itu blockquote itu..
ia adalah simbol " (dua koma diatas)
buka kat posting--new post... ada tanda " kat toolbar new post tu. itulah blockquote

cara nak guna:
tulis (taip) apa2 perkataan then "highligh" pastu klik kat simbol " tu.
kalo xde apa2 lepas klik simbol tu, mungkin blog korang kena tambah sikit koding baru leh "jadi" blockquote ni..
Dulu blog saya pun tak jadi kalo klik simbol tu ", tapi saya dah tambah koding yg diperlukan tadi.. baru "menjadi"

photobucket

@ Aksi Lari- lari Dalila

Laju lagi..laju lagi..


cepat..cepat..cepat!!!

yesss!!!!..dah sampai dah




nak tengok sape jurulatihnyer??

*

*

*

*

*

*

*
hihihih...tekun dengar arahan coachnya

Sebenarnyer..minggu lepas, lebih kurang jam 6 ptg, kawasan rumah kami ada "fogging nyamuk". Tempat yang biasa kami pergi masa lari "fogging" ni adalah Masjid Bayan Baru. Kebetulan kawasan depan masjit tu baru potong rumput, saje Ibu nak kasi "can" Dalila pijak rumput tanpa berkasut. Ini 1st time dia tau.. Memula memang dia tak mahu..siap suruh Ibu pakai balik/semula kasut lagi. Dah pujuk2..dan ajak dia jalan dan berlari kat kawasan tu..suka lah pulak dia. Sampai tak mahu balik. Dalam keta pun dia sibuk pesan "esok datang lagi..na..na!?"


p/s: dah macam hari sukan neka tadika dah tengok gambar2 ni..

photobucket

Wednesday, January 12, 2011

@ Perempuan Dalam Blenket -Part ll

(sambungan dari entry Perempuan Dalam Blenket-Part l)...


Apa yang saya terfikir masa tu....
haa??!!..diorang ni buat keje tak senonoh ker dalam keta. Dah ler ruangan/poket yang di belakang seat perempuan tu penuh dengan VCD.. terus saya tak berani nak bernafas panjang2 dalam kereta tu...takut terbau sesuatu yang meloyakan pulak. Harap2 ler pompuan tu pakai baju.


Tindakan saya:
Saya masuk (buat macam biasa) sambil pura2 terkejut dan menyapa.."eh..ingatkan tak de orang tadi...maaf ya..lelaki tu suruh kami naik kereta ni". Dia membalas dengan senyuman dan menjawap.."tak apa" ..Curi2 intai jugak apa cerita (VCD) yang tengah perempuan tu tengok... harap2 bukan cerita "tuuuut"... dah ler Dalila ada sama nih.


Sebenarnya apa yang saya nak cuba ceritakan pada entry yang lepas tu adalah Kisah Benar/pengalaman sebenar saya pada bulan Nov 2010. Rentetan dari entry keMALANGan kereta aritu. Itulah pengalaman pertama saya bila TERPAKSA naik kereta brader cina vest hijau (bukan polis..tapi orang ni yang selalu ada masa kereta kemalangan). Kereta kami yang eksiden dah tak boleh nak gerak/pandu dah..depan remuk. So, kalo tak mahu naik kereta brader vest hijau tu..kena naik "tow car/track"...untuk nak ke balai polis, buat report eksiden.

Dah beberapa minit duduk dalam kereta tu, {kereta tak gerak lagi. Hanya kami bertiga..(saya, dalila dan perempuan tu) Abah dan lelaki cina vest hijau tu, masih lagi dok sibuk dengan kereta kami di luar.} ...perempuan tu mula menyapa kami..terutamanya Dalila. Dengar percakapannya ala-ala perempuan Indonesia saja...mungkin melayu tapi tak pasti. Katanya dia naik kereta brader ni..nak ke kedai..nak beli barang. Saya pulak tak de lah nak soal siasat /sembang banyak2.. dah ler menumpang kereta diorang kan.

Lepas dari peristiwa tu, baru saya tahu..kemungkinan ada perempuan dalam kereta brader vest hijau or "orang pertama sampai di tempat yang ada kemalangan tu"...atau hal-hal yg sewaktu dgn nyer..
buat peneman cari makan masa kerja kot yer...Syyhhhh!!!



photobucket

@ Perempuan Dalam Blenket -Part 1

Apa yang korang akan fikir sekiranya dalam situasi begini....

Cuaca hujan renyai2. Dalam keadaan TERPAKSA, korang dikehendaki masuk ke sebuah kereta 'itu' ..dan korang duduk di bahagian seat belakang. Korang nampak kat bahagian hadapan,side (kiri) penumpang tu.. ada seorang perempuan yang sedang baring dalam blenket/selimut. Dia berselimut dari hujung kaki sampai ke paras bahu..sambil tengah layan vcd dalam kereta.

gini lah lebih kurang gaya pompuan tu..tp korang hanya lihat dari seat belakang kereta
(contoh gambar dr Google)



Apa yang korang akan terfikir waktu itu? Pemilik kereta tu pula adalah seorang lelaki...

dan

Apa tindakan korang..

adakah korang:
  • menyapa perempuan itu dan buat2 mesra sebab korang TERPAKSA naik kerata itu.
  • tak menyapa perempuan itu..tapi sekadar berikan senyuman tak ikhlas di bibir.
  • buat2 tak nampak kewujudan perempuan itu...tunggu dia tegur kita terlebih dahulu.
  • terus keluar dari kereta itu walaupun korang tahu korang akan kena marah.
  • .....(sila beritahu apa tindakan yang korang nak buat...)

photobucket

Friday, January 7, 2011

@ Letak Kotak Update Twitter Gerak-gerak kat Blog

Wah..rajin pulak saya nak buat entry tutorial gini. Dah le nak kena "print screen" banyak2 kali ni. Tapi tak pe lah.. dah saya tengah rajin..hihihi

Kali ni nak share macam mana nak letak update twitter yang gerak2 kat blog korang.

Contoh yang kotak update twitter yg ada di blog saya



1. Login twitter korang.. KLIK SINI je. then.. klik pada "Setting"



2. Lepas tu klik kat "Profile" pastu klik pada perkataan "you can also add Twitter to your side here" (setelah korang masukkan link blog korang kat ruangan atas perkataan tu. Tengok contoh kat bawah ni.


3. Pastu klik kat "Widget" pastu klik "my webside" then "Search Widget". Masukkan username twitter korang.. tengok contoh kat sini.
4. Klik pulak kat bahagian "preferences" (bawah perkataan "setting"tadi tu) pastikan korang klik "timed interval" kat bahagian "behavior" tu. Baru dia leh gerak2.

okey tu jer..


photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...