nak join? klik banner ni yer

Wednesday, August 4, 2010

@ Kuih Kacang Potong

inilah kuih kacang potong

Dah lama tak makan kuih kacang potong macam ni. Nampak ada jual kat pasaraya tapi tak terasa nak beli pulak..sebab tau kuih ni MANIS. Tapi hari Sabtu lepas, Abah ajak ke stokis HPA, cakap nak beli kopi radix jer.. last2 dia beli kiuh kacang potong ni satu balang.

Satu balang rm19

Dalam hati saya berkata.."sapelah nak makan kuih manis dan keras macam ni". Nak buat stok raye ker apa nih..??!!



Tapi nak tengok apa yang tinggal..
tak sampai 24 jam kuih ni kat rumah kami...

tingkat atas dah hampir "clear" dah (ada 2tingkat jer)
Dimakan oleh kami ber-3 (saya, Abah dan Dalila)

 Sedap jugak bila sesekali makan kuih ni. Memang sekali rase pasti nak lagilah. Dalila sampai menangis2 kalo tak kasi dia makan kuih ni..Abah tak nak kasi sebab ..risau terlekat celah gigi dia. Lagipun manis..


--selingan--

Ni ketika saya nak ambik gambar kuih ni untuk diletakkan dalam blog,
Dalila pun sibuk nak minta makan kuih tu juga..



p/s: kan ada satu lagi jenis kuih yang dinamakan "kuih kacang potong" jugakan.. tapi kuih yang tu jenis ala berdebu sikit kan.. korang pernah tak makan kuih kacang yang tu? tapi still kategori 'manis' jugak lah..



photobucket

15 comments:

SYANI said...

Dulu ade member jual kuih ni kat sekolah. Memang laku.. Tapi saya jarang makan sebab selalu lekat celah gigi..

♥Azie♥ said...

teringat masa kecik2 suka makan kuih kacang nie..tapi sekarang ssh nak jumpa

Farra Dhelina said...

mksd akk kuih kacang tumbuk ke??

sedap tu..walupon mns heee..tak leh hadap sgt lah..kena mkn pelan2 kan..so tak terasa mns dia sgt..

kuih kcng potong ni sy panggil kuih bepang..

ada versi thai ke kelantan, bepang ni nipis, so tak manis & tak keras, sgt sedap kak..

eja said...

pagi..kuih ni sy mkn ms kecik2 je dulu.pastu mak x bg mkn sgt coz dia kate cha ya nun alif yg buat.x sangka skrg hpa da buat kuih ni.bgs sgt,bersih lg halal. (sy agen hpa tp da lm sgt x aktif n pegi kdi dia,hehe)

Izan Ishak said...

memang sedap kuih kacang potong ni. dah lama tak makan. tapi, nama lainnya ada juga kuih bipang ke apa ntah. dulu2 mak kak izan penah buat.

ohhh...ada lagi satu yg berdebu tu mmg sedap juga, tp kalau makan habis bersepah2 habuknya~~

Ummi Eisya said...

tak pernah makan..

eiNa said...

saya pun suka kuih kacang niii

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

memng sedap kueh kacang HPA tu menn.saya pon pernah mkan(orang kasik)..uish 3 beranak jer makn satu balang memg power tu.hahah

SyidaGorjes said...

kuih ni sedap, tapi keras.aqid tak suka makan manis2 macam papa dia.dulu penah bagi kuih ni, disebabkan keras, terus dia buang.

Ema said...

yang berdebu tu nama nya "kuih kacang tumbuk"

Ibu_Khalish said...

salam kak, wah cantik n cute langsir baru rumah akak ni. tak silap kuih ni orang selatan panggil kuih bipang. kuih produk HPA ni manis sangat tak?

~Blabberina~ said...

ada..yg berdebu tu lembut n rapuh.
lg best,yg arab punya..sy xsure nama apa..tp yg sy dpt dr dubai..

10 said...

dulu2 masa kecik2 makan jugak kuih kacang ni. sekarang gg byk dah rosak... dapat makan ckit je la... huhuhuhu...

yg hpa ni sedap ke kak min? tgk dalila cam suka ja makan?

sz | m.s.s said...

wahhh nmpk sedapppp...
kena cariks ni :)

rynas said...

suka sangat kuih kacang potong ni. keras dan manis tapi sedap. yang kacang berdebu tu pun akak suka juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...