Alhamdulillah.. Allah panjangkan lagi usia saya sehingga usia 29 tahun hari ni. Kesihatan saya pun masih lagi sihat walafiat..tak de lagi batuk2 atau demam seperti 2 minggu lepas....Alhamdulillah. Semalam Abah belikan kek kat kedai 'resepi Rahsia'.. kami bertiga celebrate secara kecil-kecilan saja di rumah MIL.
Sambutan kali ni bagisaya lebih meriah sikit berbanding tahun2 yang lepas.. sebab tahun ni Dalila dah pandai tiup lilin.. dan dah pandai nyanyi lagu "happy birthday to you"..seronok sungguh tengok dia yang excitet malam tu. Bagus lah..ini sebagai 'latihan' untuk birthday party Dalila nanti. Latihan apa? latihan tiup lilin kat atas kek kot? hihihi..
Nak tengok gambar malam tadi tak.. dapat lah tengok muka acik yang dan masuk umur 29 tahun hari ni..
banyaknyer lilin..
kek yang amat sedap...nyum2
tiup lilin..side ibu dah padam..side Dalila tak padam2 lagi
jom kita potong kek!!
bergambar bersama birthday girl (sepatutnyer Dalila yg cakap mcm ni)
To Abang: Terima kasih kerana buat sambutan yang simple2 macam ni. Sayang suka..lebih2 lagi tengok Dalila yang PALING SUKA dan excitet malam tu. Terima kasih ya Abang.
TO ALL MY FRIEND: Terima kasih kepada yang telah mendoakan dan memeriahkan sambutan hari lahir lahir saya di dalam entry yang sebelum ni. Sungguh terasa teramat dihargai lebih2 lagi bila membaca setiap "wish" korang tu. Terima kasih yer semua..sayang korang tau.
p/s:(uhh..cepatnyer masa berlalu..rase kejap je usiaku dah nak masuk 3 series dah tahun depan..waaa..waaa..)