Entry ni dah lama terperap dlm post memandangkan tahap kemalasan nk update blog paling memuncak kebelakangan ni. Entry ini juga adalah rentetan beberapa entry sebelum ni, kes
Dalila cirit- birit (hujung bulan Sept), pastu awal Okt pula, ada
sedikit lendiran darah dalam yg bercampur dlm najis nyer.. lendiran tu pun warna light2
pink gelap-merah gitu..bukannyer merah fresh
mcm darah kalo jari terluka tu.Memang agak terlambat juga Ibu mempublish kan cerita ini, disebabkan Ibu ingin betul2 memastikan kesihatan Dalila sudah pulih sepenuhnya dan menantikan follow up (19 Okt) dgn Doct after 1 week lepas discas (11 Okt). Alhamdulillah.. Dalila dah sihat, semua sudah kembali normal,
TIADA lendiran darah lagi sampai ke hari ini.
Jadi ingin Ibu ceritakan disini, pengalaman Ibu, keli pertama menemani Dalila tinggal di wad selama 4 hari. Masuk hari Khamis ptg (8hb Okt) di Hospital Pantai yg berhampiran dgn rumah Ibu ni.
Pada
ptg Khamis (8 Okt) hari berkenaan, Dalila aktif mcm biasa saja,
(siap leh ambik gambar dalam walker utk contest ni lagi) makan pun macam biasa jugak.. cuma ada mcm sikit ketumbit jadi kat mata kanannyer..lebih kurang pukul 2 ptg gitu, terbau mcm dia berry jer, so check daipers, comfirm! dia dah berry..bwk lah gi tandas utk basuh, buka2 daipers tu Ibu terkejut tgk lendir darah tu makin bertambah...biasanya (2-3 hari sebelum nya-- hanya 1-2 lendir.. tp ptg tu dah jadi 4-5-6 lendir darah dah pulak...apalagi cepat2 basuhlah berry Dalila.. (
masa tu..Dalila still seronok dpt main air paip mcm biasa-tak menangis langsung) Call Abah bgtau ttg tu... tak lama pastu Abah balik terus kami bawa Dalila ke Hospital Pantai, bawak sekali dgn daipers yg ada darah tu.. Jumpa pead bernama Dr.Hasanah..time mula2 masuk bilik doktor tu, Dalila siap 'bertegur' dgn doct dan nurse2 di situ lagi, bila Dr. Hasanah tu dah start pegang2 dia..baru dia start nak menangis...hehehe.
Dah check semua, xde apa2. Doct cakap kemungkinan alahan dgn susu lembu-boleh menyebabkan berry berdarah juga, Ibu pun bagitau yg Ibu still full BF Dalila, tp seingat2 Ibu, haritu ada Ibu kasi Dalila makan dadih (yg dalam cup) masa gi open house baru2 ni...ada susu lembu kot dalam tu..entah lah
So, Doct ambil 2 sample berry Dalila yg Ibu bawa tu untuk di buat ujian di makmal.. satu untuk test "rotaVirus" dan satu lagi untuk test kuman yg lain. Result mngkin akan keluar esok (Jumaat) atau lusa (Sabtu). Pastu doktor cadangkan nak admit Dalila ke wad..untuk memudahkan pemantauan. Lepas jumpa Dr. Hasanah..kami kena bawa Dalila ke bahagian ultrasound, nk scan kot2 ada apa2 yg abnormal dalam perut. Result ultrasound- Doct bagitau ok, semua normal saja. Lepas tu ke kaunter pendaftaran semula, nk daftar untuk admit ke ward.
Ni adalah f1st time Ibu masuk ward kat Hosptal Pantai. Mujur kat sini semua company Abah yg cover, dapat bilik single, selesa ya amat kat hospital ni, makanan yg di hantar pun mabeles sgt2...semua sedap2! Malam tu Ibu tidur dgn dalila lah di hospital.
masa mula2 masuk bilik- happy jer dia bermain atas katil, tak tau apa2 lagi nih..
Ibu kena umpan Dalila dgn hp..sbb nurse nak pakaikan tag kat kakinyer
Ini lah tag Dalila tu..
Esoknyer
(Jumaat), Dr. Hasanah datang check pagi2, Dalila nampak muka doct..terus cakap.
."ak mau..ak mau" sambil geleng2 kepala..Doct cakap buat masa skrg..continue antiboitik dan probiotik dulu..sementara nak tunggu result najis Dalila tu siap..Dia cadangkan untuk buat ujian ke atas darah Dalila sebab kemungkinan ada infaction sbb pada pagi tu kelopak mata Dalila merah- makin bengkak..telinga pun mcm tu jgk.
mata dan telinga Dalila yang bengkak
Tak lama selepas tu..berperanglah Dalila dgn doct dan nurse2 masa nak ambik darah. Ibu pun masuk juga untuk bantu pegang Dalila semasa proses ambik darah tu, nurse bedung badan dan tangan kanan Dalila dgn kain pastu pegang tgn kiri Dalila (yg akan doct cucuk dgn jarum ambik darah tu). Dia meraung dan meronta time..sampai doct ckp tak pernah lagi jumpa baby umur 1 tahun yg sebegini kuat kudratnya. Nurse2 pun sampai merah2 muka menahan/menekan gerakkan badan Dalila nih. (sampai tag kat kaki Dalila leh tercabut) Kesian Dalila....kesian jgk kt doct dan nurse2 tu :P
Dah siap ambil darah...Ibu bawa Dalila pujuk sambil bg susu dalam bilik...pastu dia terus terlena.
Beginilah rupanya tgn yg dah diambil darah tu...berbalut sebegitu untuk menyembunyikan tiub nk masuk ubat/antibiotik.
Bangun tidur terus ceria seperti sediakala...macam tak sakit pun. Dah boring main atas katil..dia ajak turun katil, dok suruh Ibu pakai tudung,,,nk keluar lah tuh..jumpa nurse kat luar... terus geleng2 kepala... sambil cakap
ak mau..ak mau...apa yg tak maunyer tu tak tau lah.. petang Jumaat tuh...Dalila berry 1 kali jer aritu..tp ada sikit2 lendir darah lg dlm daipers dia, so Ibu panggil nurse tgk...kot2 diorg nk rekod/nak ambik sample lagi ker. Bila malam pulak sibuk nk ajak ibu dan abah bertatih..
..dah lah lama --Ibu kena lebih membongkok dari biasa pulak tu..sebab perlu pegang pada lengan Dalila, sebab kat belakang tapak tgn ada balutan tempat ambil darah siang td....risau kawasan yg bertiub tu sakit jer.
Sabtu, Pagi2 lagi Dr. Hasanah dtg bgtahu ada jangkitan kuman dalam darah..dan result -ve untuk ujian sample najis Dalila- pendarahan tidak disebabkkan oleh "rotaVirus". Ibu tak ingat pulak kuman apa..dok sibuk memujuk Dalila menangis sebab tak mau di periksa oleh doktor. Rasnyer doktor bgtau ujian untuk kepialu pun -ve jugak. So,Dalila still continue antibiotik dan probiotik seperti biasa. Kena tunggu dia berry utk hari ni pulak.
Yang bestnyer hari ni
Dalila ada dapat jambangan bunga...dari pihak hospital, so sudah tentu Ibunyer yg ter'over' excitet..hehehe..ni kali pertama dapat jambangan bunga bila masuk ward... petangnyer Dalila berry 1 kali-dah tak de darah dah.
Malam nyer pulak nurse dtg seperti biasa untuk masukkan antibioti melalui tiub di tangan Dalila, memang dia menangis2.. tp nurse cakap tangan Dalila yg bertiub tu mcm bengkak sikit...ibu pun perasan juga sebelum ni perkara yg sama..so, nurse cuba check balik sama ada tiub tu dah tersumbat atau tidak..dan...hasil pergelutan Dalila dgn nurse2 tu..sampai semua dah tertanggal habis dah...nasib baik antibiotik semua dah sempat masuk dah untuk dos time tu..next dos sok pagi...tp Ibu minta tukar ke antibiotak yg jenis oral..kesian pulak kalo Dalila di cucuk sekali lagi kalo tak boleh ambik yg oral punya antibiotik..so, tak lama pastu tu, nurse datang inform, doct kata boleh tukar ke antibiotik syrup -oral taken..alhamdulillah..
Ahad Doct Datang check lagi pagi tu, dia kata harini dah boleh discas dah...mata dan telinga Dalila pun dah tak merah dan bengkak lagi...berry Dalila pun dah tak berdarah lagi. Alhamdulillah.. jam 11 tgh hari kami pun check out dari Hospital Pantai.
Pose sebelum keluar wad...
Alhamdulillah. saya dah sihat!Keputusan: Doktor cakap Dalila dapat infaction mata, telinga dan perut. Nama penyakit tu Ibu tak ingat...dia cakap kalo mata Dalila jadi bengkak lagi/ketumbit, datang hosp ambik antibiotik.
Skrg tgh proses clain insuran.
p/s: Hari ni (27 Okt) Abah masih ada kat S'pore..ada training until hari esok.. we miss you Abah!!