Abah sempat ambik gambar saat2 kali pertama Dalila masuk dalam walker dia tu..Jom kita tengok reaksi wajah dia... detik demi detik permulaan bersama walker...
muka hairan jer (ada mainan laa..)
Dia senyum kat ibu (best la..sambil goyang2 kaki)
senyum gak kat Abah (sambil mula gerakkan walker-kebelakang)
Dalila main dengan stering walkernya (ada bunyi!!)
Menge"test" hon walker ni (ada bunyi jugak!!)
Kadang2 Ibu panggil walker Dalila ni "kereta' sebab ada stering dan hon. Bahagian depan ada 4 butang yang memainkan lagu (kanak2) yang kadang2 Dalila suka tertekan. Dashboard walker ni juga boleh di buka. Praktikal ketika nak bagi Dalila makan..takut tertumpah air pada butang2 lagu tu sebenarnya. Kalau hari2 yang Dalila memerap nak minta dukung..kadang2 ibu letak dalam kereta dia ni..senang ibu nak masak/buat kerja lain. Ibu alas belakang dan tepi dengan bantal2 kecil.
Ibu puas hati dengan walker ni sbb..Dalila memang suka goyang2 kan tangan dia (macam gaya memukul/mengetuk /menarik benda) jadi dia boleh guna skill dia tu dengan mainan yg ada pada dashboard walker tu.
p/s: Semoga anak ibu suka dengan walker tu yer... esok Ibu pergi ambik test..duk dgn Abah baik2 yer..
5 comments:
amboi..dalila dah ade 'kereta' sendiri la..eisya tak ade lagi (eisya jelous ni..)cute la dalila ni..geramnye..muahhhh
wahh..besarnya keta dalila..boleh tumpang?boleh jalan2 naik keta..syoknya..
TO MRS.ADZ: Eisya jgn la jelous..mai la kita gilir2 naik sama2 'kereta' ni..Dalila tak kisah :)
TO NAURA: Acik nak tumpang yer? Nanti Dalila ekjas kasi boleh muat kita 2 org..k
hai,dalila.salsabila nak pinjam bole x?kiter pun xde lg..hehe
TO UMMI SALSABILA : boleh..sila2..main ramai2 baru seronok.
Post a Comment