nak join? klik banner ni yer

Saturday, March 28, 2009

Citer Kelmarin

Kelmarin pagi Ibu ada MTest KPLI pagi nak jadi cikgu la kononnya ni start test jam 9 pagi sampai jam 12 tgh hari. Dalila ibu tinggal kat Abah dirumah dengan 2 botol susu perahan 3oz. Ni first time tinggal dia. Tempat test di..SMK Bukit Jambul. Ramai tul org nak ambik test..semua berpusu-pusu nak jadi cikgu gamaknyer bila ekonomi teruk macam ni. Test tu ada 5 paper (analitikal, Verbal, English, Insak, Kuantitatif)...masa 30minit satu paper. Rehat 10 minit sebelum mula paper seterusnya.

Alhamdulillah..Ibu boleh buat..ada la jugak yg hemtam.. tapi tak tau la ada rezeki ibu tak kali ni..Ibu dah ambil test ni sejak 2004 lagi. Kire soalan2 paper Insak tu dah leh agak la..soalan aper nak ditanya. Kawan ibu cakap KPLI kali ni buat 1 tahun setengah...biasa 1 tahun jer. Tak pe lah..yang penting ADA KERJA..ada duit lebih kalau nak shoping sakan nanti.. Lepas test abah datang ambik dengan Dalila..tengok dia relex jer dalam car seat sebelah Abah. Tanya kat Abah..dia minum tak susu tadi..Abah cakap dia tak mau minum..Terkejut la Ibu..last bagi susu pun jam 8 pagi lebih dalam kereta..tu pun dia minum sambil nak tidur tidur ayam.. Sian Dalila..Dalila tunggu Ibu nak minum yer..OTW nak balik umah tu dia memang minum sungguh2 lah..

Sampai umah Abah cakap mak (my MIL la -tinggal kat blok sebelah) ajak makan umah dia. Dia buat makan2. Kak ipar dan adik2 ipar semua datang kelmarin. Tak ambik gambar pun la..segan dengan ipar duai.. Petang jam 5 pergi jumpa Angie (My baby pit shop) ambil bag pack yeyeh dah sampai yang ibu beli set breast pump aritu.. beli sekali cloth diaper...nanti ibu citer okey pasal cloth diaper ni.

Kebetulan pulak malam tadi kan ada kempen yg "light off" tu.. Ibu kira vote for Earth juga la..rumah ibu tutup lampu semua dan stay kat rumah MIL sampai jam 9mlm jer..pastu pergi beli barang dapur kat Sunshine Square. Jam 10.30 lebih baru sampai rumah..tak sempat nak tulis blog dah malam tadi.

Oh lilin..next time I guna U okey

3 comments:

~~zuraiwan~~ said...

hi ...kite pun g test KPLI tu...kt SMK bukit jmbul gk. tp x jumpa kan....ye la...ramai kan...

ibu_arifa said...

TO ZURAWAN: awat tak habaq ambik test kat situ..tidak sempat la jumpa. saya kat kelas "i" test.

~~zuraiwan~~ said...

Min, mn nk tau min pun ada amik KPLI....ni tau pun tgk blog then zue bgtau..hehe...
kite duk kelas "A1"tgkt 3.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...