nak join? klik banner ni yer

Thursday, October 22, 2009

@ Berita Sedih dari Sahabat Ibu

Berita ini Ibu dapat dari Zaza, sahabat Ibu dari yg berada di kepala batas, p.pinang melalui entry terkini di blognyer..salah seorg rakan blogger kita (bersahabat dgn Zaza) sudah kehilangan anak sulungnyer (Nur Fatimah) yg telah kembali ke rahmatullah pada hari ni, Khamis, 22 Oct jam 6.20 pagi td. Al-fatihah buat keluaga Kak Khadijah..semoga mereka dikurniakan kekuatan untuk menghadapi dugaan ALLAH ini.

Bagi yg belum mengetahui kisah ini, ibu ceritakan serba sedikit kisah baby yg bernama Nur Fatimah ni. Baby ni baru berusia 3 bulan, telah disahkan terjatuh di nurseri, kerana ada 2-3 tanda di kepalanyer...kemudian koma selama 2 minggu dan hari ni sudah pergi untuk menjadi penghuni syurga.

*************************************************************************************
Untuk membaca cerita selanjutnyer boleh ke blog zaza , dan untuk memberi kata semangat atau mengucapkan ucapan takziah juga boleh ke blog Kak Khadijah.
*************************************************************************************

Ibu nak pinjam kata2 dari blog zaza nih..boleh yer zaza..

" Hantar anak ke nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri..musibah tetap boleh berlaku kalau Allah dah tetapkan. Yang penting, tawakkal kena tinggi pada Allah..hantar ke rumah pengasuh pun, yang 'jaga' dia adalah Allah.."


Bersyukurlah kawan2 Ibu yg mghantar anak masing2 ke pengasuh, taska, nursery setiap hari kerana anak2 kita sentiasa dilindungi Allah dan semoga kejadian sebegini dijauhkan dari kita semua.
Diharapkan penjaga2 anak kita tu betul2 AMANAH dalam menjaga anak2 kita setiap hati.



p/s: Sedih dan sebak nyer Ibu rasa skrg..w/pun tak pernah bersua tetepi sejak menjadi Ibu, naluri sungguh cepat tersentuh berkenaan baby/anak nih..yer lah selalu kita keluar shopping pun bahagian mana yg kita tuju...sure bahgian pakaian baby/anak kan.. biar mak bapak tak bertukar baju.. asalkan anak dapat berbaju baru dan cantik selalu DI MATA KITA...(Ibu selitkan rasa simpati buat akak Ciutmiut juga..) SENTIASA SIHAT DISAMPING KITA.


Diharap kak Dijah, tabah menghadapi dugaan dr Allah ini. AL-FATIHAH.

Photobucket

21 comments:

m@m@yAyA said...

Tkziah utk keluarga arwah..

Tuela stiap mnusia nie ujian yg dihadapi lain2..
Ada yg senang dpt ank tp lain plak ujiannyer,yg sush dpt ank lain plak ujiannyer..

Yg penting kita kna sbr dn tabah kn..~!
Zura pn teringin sgt nk rasa jadi seorang ibu..
Klau zura berada dlm situasi nie,xthula mampu ke x nk hadapinyer..
Mntak2la segala2nyer dlm keadaan baik kn..~!

Ain said...

Al-fatihah...

semoga roh arwah aman di sana...

sedihnya bila perkara sebegini berlaku kan.. tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita sebenarnya....

semoga keluarga arwah redha diatas ketentuan Allah ini...

i.heart.health.beauty.happiness said...

sedihnyer baca n3 nih..mcm nak nangis jer..hopefully ibu si kecil tabah..ingatlah sikecil di sambut para malaikat di syurga sana.aamin

Ummi Eisya&Amani said...

dah baca gak tadi kat blog zaza. memang sedih pun.tapi kagum ngan ibu bapa dia..sangat tabah..

Monamie said...

=(

mamamuhammad said...

tu la.hari tu sy baru je baca psl baby nurfatimah kt blog kwn ibu..
harap ibu bapa arwah cekal n tenang hadapi ujian allah..
al-fatihah buat arwah..

ummi afifah said...

takziah utk ibu yg sdg diuji Allah tu ye... mungkin itu yg terbaik buatnya. sentiasalah kita bertawakal kepada Allah. semoga hidup kita dan anak2 sentiasa dilindungi Allah

Jiey Mien said...

Sedihnya..
Tak sangka akan baca lagi citer macam ni kat blog..
=(

mak encik | SZ said...

alfatihah...
:(

sue-ab said...

lately aku byk menerima cerita2 sebegini..yg pasal budak umo 3 thn semalam pun tak abih lagi..budak yg kena dera,rogol dan liwat tu..

CuTeMiUt78 said...

eemmm memang kan kita as a ibu pastinya akan cepat tersentuh klu bab anak2 ni.. lebih2 lagi bila bab camni.. memang sedih sgt..
salam takziah buat keluarga adik nur fatimah ni..

p/s: mekacih ya diatas simpati mu itu

e.l.i.z.@ said...

alfatihah..
ya allah sedihnya..
k.eli x baca lg tp dapat rasa kesedihan bila hilang anak =(

e.l.i.z.@ said...

huhuh dah baca...rs nya kecuaian babysitter ni..kalu betul dia ikhlas jaga fatimah, dia supposed bitau dijah kalu fatimah ada jatuh ke ape ke..x ptt diam je..kepala bby sgt la lembut..bahaya kalu terhentak

Yasmin Nabilah.. said...

Takziah buat keluarga Arwah..sedihnya..geram tul ngan nursery ni..susah nak ckp..jagalah anak orang betul-betul..sian kat budak..huhu..

Kawan ina pun anak dia baru meninggal tadi..jam 12 tadi..huhu..sedih la hari ini.. :(

Unknown said...

Sedihnya..takziah buat keluarga khadijah..alfatihah buat Nur Fatimah..

ibu wawa said...

♥ menitis air mata akak bila membaca cerita ini. mana taknya, arwah baby nur fatimah ni lebih kurang umur anak kak wa je.

♥ sedih rasanya bila ALLAH pinjamkan nur fatimah hanya selama 3 bulan dan cara pemergiaannya juga sungguh sedih. bagaimanalah rasanya kesakitan sehingga koma baby nur fatimah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir?...

♥ AL-FATIHAH buat nur fatimah. acik wa doakan semoga roh nur fatimah dalam kalangan penghuni2 SYURGA...

♥ buat keluarga kak khadijah, takziah kami ucapkan. banyak2kan bersabar kerana nur fatimah akan sentiasa menanti kehadiran akak di syurga...

10 said...

alfatihah wat nur fatimah dan takziah pada keluarganya... semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini...

MiJa said...

btul la,skg ni airmata ni cpt jer nk mengalir kalo bab2 anak..

Ummi Salsabila said...

Al-fatihah..takziah buat keluarganya..sedihnye bile bace kisah baby..

c-idah said...

takziah kepada keluarga arwah..
al-fatehah...

bab anak ni memang mudah
tersentuh.....

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

betui kan ajal & maut bkn dtgn kite...semuanya ketentuan Tuhan...

Takziah utk kelrga Zaza...Al-Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...