nak join? klik banner ni yer

Friday, September 25, 2009

@ Happy birthday Arifa Dalila

TO

ARIFA DALILA

Pada 23hb Sept yg lepas, Arifa Dalila dah genap setahun usianya. Disebabkan pada tahun ini, birthday Dalila jatuh pada hari raya ke-4..dan kami masih berada di kampung Ibu di Jitra..dan pada petangnye petangnyer dah bertolak balik ke Penang..jadi tak sempat nak buat majlis apa2 pun, entry birthday ni pun tak sempat Ibu nak buat awal2.. Hadiah pun lum sempat gi beli lagi..Nanti yer sayang...nanti Ibu belikan hadiah yg best2 untuk sayang yer..

Pada hari ulangtahun lahirmu yg pertama ini..Ibu doakan Arifa Dalila, anak Ibu ini...akan menjadi anak yg solehah...anak yg taat kepada perintah Allah..anak yg mendengar cakap Ibu dan cakap Abah, anak yg boleh menjaga Ibu ...sampai akhir hayat Ibu... jadi anak yg baik -skrg-esok-sampai bila2.
Semoga Arifa Dalila membesar dengan selamat dan sihat serta menjadi kebanggaan Ibu dan Abah, dan keluarga kita suatu hari nnt...amin..

Seperti selalu..bila usia mu bertambah ke bulan yg baru...Ibu akan menyenaraikan kebolehan yg Dalila kuasai setakat ini.

  • pandai minum guna straw.
  • pandai nak menang tiap2 kali kehendaknyer tak dipenuhi...cara nak menang : menangis sampai leleh2 air mata..air hingus..dgn suara yg kuat..tak makan dipujuk/disogok dgn benda2 lain dah...nak yg dia nak tadi tu jugak.
  • pandai bersalam cium tangan
  • pandai kiss pipi Ibu dan Abah bila kami minta kiss darinya.
  • pandai berkawan..dengan yg berusia dekat sebaya dgn usianya lah..sepupu2 dia semua dia suka berkawan.
  • gigi dah nak masuk 8 batang.
  • pandai pukk (= pukul) orang dah...dia akan sebut..."pukk...aaaa"..bila dia marah atau bila ada org nak ambik barang dari tangan dia.
  • boleh sebut atuh ( = jatuh)..bila dia buat bagi sesuatu/barang tu jatuh.
  • sebut "auwah"(= Allah) bila dgr azan, zikir, dan org baca al-Quran.
  • boleh dah bagitau apa yg dia nak dan tak tak...selalunya sebut "nak" bila mahu sesuatu dan akan geleng kepala bila-tak nak.
  • cepat ajuk perkataan yg didengarnya.
  • suka buat gaya malu2 bila jumpa org. Tersipu2 tunduk plak tuh.
  • bila menguap..dah pandai tutup mulut dgn tangan sendiri dah..tak payah Ibu tutupkan dah.
Nanti Ibu update lagi yer...tak berapa ingat pulak bila dah di depan pc nih...tadi bukan main lagi penuh dlm kepala..

*************************************************************************************


Gold award-12 months



Bagi diri Ibu pula, dengan usia mu dah genap setahun ini bermakna sudah setahun jugalah Ibu menyusukan Dalila dengan susu Ibu ini sepenuhnya. Ibu bukan nak membangga diri, tapi sekadar hendak meraikan dan bersyukur kpd ALLAH kerana memberi peluang utk Ibu menyusukan Dalila sampai ke saat ini. Terus terang Ibu katakan... bukan mudah nak menjadi FULL BF MOM ni..ada masanya saat2 susu merudum..ada masanya TER lalu meriah pulak dgn susu..nak kemana2 pun kena fikirkan tempat untuk menyusu bila anak menangis nnt.. Pernah Ibu suarakan pada Abah nak bg FM (formula milk) pada Dalila dlm bulan Ramaddan lepas (sbb risau susu kurang)..tapi Abah tak berapa setuju...so, Ibu pun tak jadi nak bagi FM pada Dalila. Ibu gagahkan juga nak BF selagi termampu. ALHAMDULILLAH.. sampai ke saat ini, Dalila masih full BF. Semoga next target (lagi 6 bulan) dipermudahkan-Nya.



p/s: Ibu nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH buat ATEN dan UMMIEISYA kerana sudi wish birthday Dalila melalui SMS pada 23hb yg lalu..sayang kat korang tau...


p/s: Ibu menganugerahkan diri Ibu sendiri dgn award- Gold award dari Kellymom.com sebagai penghargaan buat diri sendiri...


19 comments:

MeL said...

Happy 1st bday Arifa Dalila! :) kish2 pipi sket, muaahhh!

luv,
mommymika

Putra Mama said...

Happy birthday Dalila.. Congrats ibu arifa sbb berjaya full BF Dalila selama setahun.. mmg sgt ssh nak full BF smpi sethn..

Dilla Ady said...

dalila sayang,

aunty wish hepi beshday sayang..semoga panjang umur, murah rezeki n dapat jadi anak yg baik untuk ibu ye..

tak lupe, aunty kirim kiss2 gak ni..umuahhh...

Anonymous said...

happy bday my dear arifa..moga jd anak yg solehah yek..cpt2 jln tau..kikikiki

Yasmin Nabilah.. said...

Wah..kejap je dah setahun kan..hehe..ingat dulu masa mula2 nak blog..arifa kecik lagi time tuh..yelah beza ngan Nabila dulu pun 5 bulan je..hehe..Apapun acik Ina doakan Arifa sentiasa sihat, ceria, jadi anak yang solehah, dan jadi kebanggaan ayah dan Ibu.. :) dan..yang penting..mesti makin comel dan cantik tau..acik ngidam tul mata arifa tuh..hehe..comell bangatttttt!

10 said...

selamat hari lahir arifa dalila...

tahniah pada kak min coz masih mampu dan bertahan bf pada dalila...

Nadiah Sidek said...

happy 1 year old dalila!

Jiey^Mien said...

Happy befday Cik Arifa Dalila..
=)

NzA said...

Hepi besdy utk dalila..moga pjg umo n jd ank yg solehah n baik..amin...umuah!!!!

BabyIntan said...

Happy 1st besday to big girl Arifa Dalila!

Semoga menjadi anak yg solehah dan menjadi kebanggaan buat ibu dan ayah dalila ye sayang.

Tahniah juga buat min kerana berjaya full BF Dalila up until now. Teruskan BF hingga genap 2 years tau min...caiyok caiyok!

ibu wawa said...

cayang arifa dalila. happy birthday to you. acik wa doakan semoga arifa gembira bersama ibu dan abah dan menjadi anak yang solehah...
salam peluk cium dari acik wa ♥♥♥

Ummi Eisya&Amani said...

dalila dah setahun...cepatnya masa berlalu..dah hampir setahun juga la perkenalan kita kan min..dulu dalila kecik dan sekarang makin cute la..bila la eisya leh jumpa dalila ni..

moga dalila menjadi anak yang solehah dan menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah..jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat..

tahniah juga wat min sebab dah berjaya BF dalila..bangga sangat ngan min..leh jadi pendorong ni..hihiii

Ain said...

happy 1st birthday dalila...

semoga menjadi anak yang solehah dan kebanggaan ibu dan abah....

congrats utk min kerana berjaya menyusukan dalila sehinga kini. semoga usaha min sentiasa dipermudahkan olehNya...

YatieJay said...

Happy Birthday utk Arifa Dalila...Semoga membesar jadi anak yg berguna dan dibanggakan oleh ibu dan ayah....

Utk Min,
Tahniah dan teruskan usaha murnimu!

Anonymous said...

Selamat hari lahir Arifa Dalila.
Tahniah utk si ibu yg berjaya BF smp skrg.
Teruskan. Insyallah byk manfaat pd Dalila dn ibu.

Unknown said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Dalila...Auntie doakan Dalila sentiasa sihat dan moga jadi anak yang yang solehah dan terpuji sifatnya. Insya aAllah...
Tahniah ye Min da berjaya fully BF Dalila. Akak doakan Min dapat teruskan BF selama yang terdaya ye...

Amin...

A.H.A.D said...

hepi bday arifa!
sowi aunty lmbt wish...

be a good gal n stay cute k :)

Ibu Ayra said...

happy 1st besday to ARIFA DALILA...semoga menjadi anak yg solehah...

c-idah said...

harap2 masih berkesempatan lagi untuk wt ucapan yek...

hari nie baru menjengah kemari...

ok arifa dalila..
acik mengucapkan semoga dipanjangkan umurmu,di murahkan rezeki dan jadi budak baik ye...

ok..happy besday dalila....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...