nak join? klik banner ni yer

Tuesday, December 29, 2009

@ 1st Checkup Gigi Dalila

Rabu minggu lepas, sewaktu datang checkup biasa Dalila untuk umur 14 bulan, Ibu ada mintak nurse check kan gigi Dalila (sbb dah tumbuh banyak batang dah) dan ingin meminta nasihat dalam bab penjagaan gigi anak ni...tetapi nurse cakap kena ke bahagian pergigian di tingkat. Dah naik ke tingkat atas...mak aiii!!! ramainyer org. So, nurse suruh datang hari Isnin sbb selalu tak ramai org.

So, Kelmarin 28 Dis 09 Ibu pun datang ke klinik kesihatan Bayan Baru sekali lagi untuk checkup gigi Dalila. Pada mulanya, Ibu agak mesti just jumpa nurse saja (mcm checkup bulanan yg biasa2 tu) dan penerangan tentang penjagaan gigi pun nurse yg beritahu. Almaklumlah klinik kerajaan...kan PERCUMA. Dah selesai daftar di kauter pergigian (hanya perlu bawa my-kid atau surat beranak baby sahaja) terus Ibu dianggil masuk ke bilik. Rupa2nya pendapat awal Ibu tadi tu salah! Dalila akan di check mcm kita org dewasa check gigi..kena baring atas kerusi khas tu semua. Dan kita akan terus berurusan dgn doktor gigi.

Seperti yg dijangkakan..Dalila sure tak mau baring sendirian atas kerusi tu..so Ibu kena baring bersama dia lah. Bila doktor ekjas kerusi nak bagi kebelakang sikit/terlentang sikit terus dia menangis ..cakap mm.. mau..mmm mau (maksudnya=tak mau) sambil geleng2 kepala. Terus menangis pastu...hehehe..Doktor suruh Ibu angkatkan bibir Dalila untuk dia lihat giginye. Dia cakap cantik gigi Dalila :)
Pastu, siap lah 1st checkup gigi Dalila tadi, sebelum keluar sempat Ibu bertanyakan tentang tabiat penjagaan gigi Dalila skrg:

  • Dalila memang suka dengan berus gigi, cakap jer "jom gosok gigi atau dah gosok gigi ker belum" sure dia akan cari berus gigi atau tunjuk kat mana Ibu selalu simpan berus gigi. TETAPI bukan berus gigi kanak2 punya..dia nak berus gigi Ibu punya. Ayooo.. Kalo kita tak kasi dia menangis meraung..kalo kasi yg kanak2 punya dia tak mau.. Bila dapat berus gigi Ibu tu (selepas Ibu rendam dan bilas dgn air panas yer kawan2..) terus Dalila gigit2 berus tu dan buat gaya org gosok gigi..(tp gigi depan jer) Dah 3 batang Ibu beli berus gigi kanak2 yg cantik2 (ada bear2) tapi still nak yg Ibu punya juga. Pada hal yg bear tu dia yg pilih kat shopping complex..so Ibu tanya lah doktor: dia jawab tak pe berus guna org dewasa punya tetapi bagi berus yg baru dan dari masa ke semasa cuba ajar dia guna berus gigi kanak2 tu jugak..untuk elakkan gusi anak terluka dan lebih sesuai dgn saiz mulut anak yg kecil. Dan memudahkan kita untuk menggosok bahagian2 gigi yg dalam..spt gigi garham.
  • Sejak bila kita perlu mula untuk memberus giginya? Doktor kata sejak dari awal kelahiran anak walaupun giginya belum tumbuh. Caranya: basahkan sapu tangan/kain lembab dan balutkan pada jari kita, lapkan pada gusi, lidah dan lelangit. Cara ini adalah untuk membiasakan bayi dgn sesuatu didalam mulutnya agar dia tidak takut bila tima masa untuk memberus gigi kelak. Bila umur bayi dah masuk 6-7 bulan, dan giginya sudah mulai tumbuh, barulah di perkenalkan berus gigi kepadanya.
  • Sejak umur berapa perlu guna ubat gigi? doktor jawap sejak anak dah pandai meludah..selalunya umur setahun mcm tu. Buat permulaan, cuba ubat gigi yg TANPA FLORIDA..sapu sikit saja pada berus...bila lama2 anak dah pandai memberus baru letak sebesar biji kacang.
  • Jika anak kita sedang tidak "selesa" atau sakit bila gigi nk tumbuh, apa yg kita perlu lakukan? Jawb doktor adaalah berikan teether agar dia dapat mengigit2nye. Jika badan anak terasa panas, berikan syrup panadol.
  • Sejak umur berapakah perlu bawa anak kita untuk berjumpa doktor gigi dan lakukan rutin checkup gigi? Doktor tu bagitau sejak anak berusia 1 tahun agar dia dah biasa di periksa giginya oleh doktor gigi.
  • Jika anak lambat tumbuh gigi, sebelum usia 1 tahun..perlukah kita risau?..doktor cakap tak perlu risau kerana lain2 budak lain2 tahap perkembangannya.

Rasenyer ..itu saje yg Ibu tanya kelmarin..seperti biasa doktor gigi akan pesan..jangan beri anak kita makan gula2 kerana selain risau gigi mereka cepat rosak.. kita risau nnt mereka dah terbiasa makan gula2, bila nampak jer gula2 terus minta kita belikan..


Mujur dapat doktor melayu perempuan yg baik hati hari tu...'selesa' dan senang nak tanya soalan2 tentang gigi anak. Dia pun pandai ambik hati Dalila..siap buatkan belon dari rubber glove lagi. Nurse pun sporting gak :)


gambar selingan...senyuman untuk tunjuk gigi


next 2nd appoiment checkup gigi pada lagi 6 bulan pasni.




p/s: gigi dalila skrg dah 8 batang gigi kacip hadapan... + 4 gigi garham atas dan bawah + 1 gigi taring dah mula nk keluar (taring atas, sebelah kanan)




Photobucket

17 comments:

nadnye said...

cantiknya gigi..

Suziey Ahmad said...

cantek gg dalila..aqeel pnya gigi abis rosak dh sume..huhu..dr dulu paksa berus gigi tp dia xmau..mane dpt jek..so syg la dh rosak xleh nk buatpe..so dalila jg gg elok2 ok:p

miera said...

cantik nyer gigi dalila...alieya blom tumbuh gigi lg..dah 9 bulan nie...tak sabarnak tgok...ha..haa..

Naura said...

naura tak pernah bawak damia gi check gg lagi.gg damia pun dah banyak..skang dah rajin berus gigi guna kodomo lion..pandai gak dia guna ubat gg..hehe..

pasni kena bawak check up la..

nurulayuni said...

slm..
wah bgs la ibu dalila share info camgini..
sesuai sgtla ngn saye yg bakal nk melihat gg ptma my bb
thanks yea ibu dalila

pstt...dalila..senyum seindah suria..comell

Bukan Bidadari said...

byk nyer gigi dalila.....

AiNeRzA said...

kalo Adib kena baring macam tu pun sah-sah la nangis jugak...nangis macam kena dera...hihihihih

Nadiah Sidek said...

terima kasih atas perkongsian psl gigi. sgt membantu :)

Ummi Eisya&Amani said...

hah,bagus info ni..nasib soalan aku terjawab jugak..cantik gigi dalila..

dah banyak ye gigi dalila..eisya still 4 batang lagi..

Unknown said...

byk nyer gigi dalila.. cantik pulak tu.. aliya dah 17 bulan, baru nak masuk 5 btg gigi..

ibu wawa said...

cantiknya gigi dalila.

ibu MZW @ farah idayu said...

wahh...entry yg sgt berinfomasi. Macih ye ibu arifa. huhu. tak terfikir plak pasal nk wat cek up gigi ni utk baby (mgkn sbb gigi zharif baru 4 btg) and soalan2 yg ibu tanyakan pada doktor tu akan saya cuba praktik kan. gigi dalila cantik sebab ibunya sgt rajin gosokkan ;)

10 said...

amboi canteknya gg dia... pandai dalila jaga gg... hawa baru ada 7 batang gg...

Ain said...

elok kalau bagi pendedahan awal mcm ni dekat anak-anak...

takde la besar nanti dia takut jumpa doktor gigi kan...

mcm akak ni, dah tua mcm ni pun kalau tak kerana terpaksa jangan harap akak nak pijak klinik gigi...

fildza's said...

gigi adam dah buruk.. 2 btg yg atas 2... suka sgt makan ais.. skrg br rajin nak gosok..

A.H.A.D said...

cantik gigi dalila..
nsb baik aqeel pun suka nk gosok gigi

Unknown said...

chanteks gg Dalila...thanks Min share pasal ni...sbb akak pun lom penah bawak aina g cek up gg dia walaupun dah nak abes sume tumbuh...

ingat tahun baru ni nak bawak aina g cek up gak la..

'aina rajin gosok gg, tp gosok cara 'aina lah kan...hehehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...