nak join? klik banner ni yer

Tuesday, September 29, 2009

@ Cerita Aidil Fitri di Kedah

Tahun ini, kami berhari raya pertama di Penang..keluarga sebelah Abah..Tapi Ibu tak nak cerita lagi part raya di Penang sbb nak tunggu gambar raya yg ada dalam kamera Abah tu dulu.. Dah ada gambar baru syok sikitkan..

Sekarang nak citer raya kali kat kampung Ibu di Kedah dulu. Kami balik Kedah pada pagi raya ke-2. Dah siap janji dgn abang ibu (abang sulung) yg tinggal di Seberang Prai dah..nak konvoi balik kampung sama2. Sampai kampung lebih kurang jam 11.30pagi. Lepas jumpa dgn abang no.2..kami pun (seperti tahun2 lepas) akan pergi ke rumah saudara di area Padang Sera, dan juga Perlis..sedara sebelah ayah Ibu. 3 buah kereta sekali singgah.. hihihi... terkejut tuan rumah..

Rumah pertama kami singgah..rumah Pak Lang Mid..di Padang Sera..mmg tiap2 tahun wajib singgah sini dulu sebelum ke Tok Pulau dan Pida 7. Ni antara foto2 yg sempat Ibu ambik semasa di rumah Pak Lang Mid...

Bersama sepupu2nya..dari kiri: Siti Balqis (7), Arifa Dalila (1), Nor Alia (8), Nor Amaliyana (4).


Tengok tuh..siap main haloo..haloo telefon lagi tuh..cepat mesra dgn sepupu2nyer.

Yang baju purple tu kakak ipar Ibu (org "New Castle")..isteri kpd abang no.2...Dalila kena panggil Mak Ngah kat dia..yang baju merah tu Isteri tuan rumah...tengah sembang dengan kakak ipar no.1.


Cantiknyer tudung kak Balqis nih...beli mana tudung ni?

Lepas umah Pak Lang Mid...Dalila panggil Tok Lang Mid..kami terus ke Perlis...hari tu balik rumah pun dalam jam 9 mlm dah..syoknyer dapat berjumpa saudara mara sesekali macam ni.

Ni nak cerita sikit pasal Dalila sepanjang raya di Kedah.
Dalila sporting habis masa berjalan raya sepanjang di Kedah...w/pun tidur tak berapa cukup..tidur sekejap2..dah sampai rumah nak berraya...terus terjaga. Dah lah Ibu nak makan pun senang sbb Dalila mau bermain dgn sepupu2 nya tuh...kadang2 langsung tak ingat kat Ibu dah..kat Mak Long dan Mak Ngah dia pun dia mau di dukung...syok sgt bila tgk dia mau berkawan mcm tuh...yerlah...sepupu2 dia ni bukannye selalu jumpa..family Mak Ngah tinggal di Kelantan..setahun sekali (time raya) baru diorg balik Kedah. Family Mak Long pulak..baru je pindai mai seberang Prai...insyaAllah boleh jumpa selalu pasni.


p/s: tak banyak gambar raya di Kedah tahun ni...SEBAB: DALILA TAK BOLEH TGK KAMERA...ASYIK NAK AMBIK MAIN JER..pegang2 pastu lempar...sayang oitt kamera lama ibu nih..banyak jasa nih..



Friday, September 25, 2009

@ Happy birthday Arifa Dalila

TO

ARIFA DALILA

Pada 23hb Sept yg lepas, Arifa Dalila dah genap setahun usianya. Disebabkan pada tahun ini, birthday Dalila jatuh pada hari raya ke-4..dan kami masih berada di kampung Ibu di Jitra..dan pada petangnye petangnyer dah bertolak balik ke Penang..jadi tak sempat nak buat majlis apa2 pun, entry birthday ni pun tak sempat Ibu nak buat awal2.. Hadiah pun lum sempat gi beli lagi..Nanti yer sayang...nanti Ibu belikan hadiah yg best2 untuk sayang yer..

Pada hari ulangtahun lahirmu yg pertama ini..Ibu doakan Arifa Dalila, anak Ibu ini...akan menjadi anak yg solehah...anak yg taat kepada perintah Allah..anak yg mendengar cakap Ibu dan cakap Abah, anak yg boleh menjaga Ibu ...sampai akhir hayat Ibu... jadi anak yg baik -skrg-esok-sampai bila2.
Semoga Arifa Dalila membesar dengan selamat dan sihat serta menjadi kebanggaan Ibu dan Abah, dan keluarga kita suatu hari nnt...amin..

Seperti selalu..bila usia mu bertambah ke bulan yg baru...Ibu akan menyenaraikan kebolehan yg Dalila kuasai setakat ini.

  • pandai minum guna straw.
  • pandai nak menang tiap2 kali kehendaknyer tak dipenuhi...cara nak menang : menangis sampai leleh2 air mata..air hingus..dgn suara yg kuat..tak makan dipujuk/disogok dgn benda2 lain dah...nak yg dia nak tadi tu jugak.
  • pandai bersalam cium tangan
  • pandai kiss pipi Ibu dan Abah bila kami minta kiss darinya.
  • pandai berkawan..dengan yg berusia dekat sebaya dgn usianya lah..sepupu2 dia semua dia suka berkawan.
  • gigi dah nak masuk 8 batang.
  • pandai pukk (= pukul) orang dah...dia akan sebut..."pukk...aaaa"..bila dia marah atau bila ada org nak ambik barang dari tangan dia.
  • boleh sebut atuh ( = jatuh)..bila dia buat bagi sesuatu/barang tu jatuh.
  • sebut "auwah"(= Allah) bila dgr azan, zikir, dan org baca al-Quran.
  • boleh dah bagitau apa yg dia nak dan tak tak...selalunya sebut "nak" bila mahu sesuatu dan akan geleng kepala bila-tak nak.
  • cepat ajuk perkataan yg didengarnya.
  • suka buat gaya malu2 bila jumpa org. Tersipu2 tunduk plak tuh.
  • bila menguap..dah pandai tutup mulut dgn tangan sendiri dah..tak payah Ibu tutupkan dah.
Nanti Ibu update lagi yer...tak berapa ingat pulak bila dah di depan pc nih...tadi bukan main lagi penuh dlm kepala..

*************************************************************************************


Gold award-12 months



Bagi diri Ibu pula, dengan usia mu dah genap setahun ini bermakna sudah setahun jugalah Ibu menyusukan Dalila dengan susu Ibu ini sepenuhnya. Ibu bukan nak membangga diri, tapi sekadar hendak meraikan dan bersyukur kpd ALLAH kerana memberi peluang utk Ibu menyusukan Dalila sampai ke saat ini. Terus terang Ibu katakan... bukan mudah nak menjadi FULL BF MOM ni..ada masanya saat2 susu merudum..ada masanya TER lalu meriah pulak dgn susu..nak kemana2 pun kena fikirkan tempat untuk menyusu bila anak menangis nnt.. Pernah Ibu suarakan pada Abah nak bg FM (formula milk) pada Dalila dlm bulan Ramaddan lepas (sbb risau susu kurang)..tapi Abah tak berapa setuju...so, Ibu pun tak jadi nak bagi FM pada Dalila. Ibu gagahkan juga nak BF selagi termampu. ALHAMDULILLAH.. sampai ke saat ini, Dalila masih full BF. Semoga next target (lagi 6 bulan) dipermudahkan-Nya.



p/s: Ibu nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH buat ATEN dan UMMIEISYA kerana sudi wish birthday Dalila melalui SMS pada 23hb yg lalu..sayang kat korang tau...


p/s: Ibu menganugerahkan diri Ibu sendiri dgn award- Gold award dari Kellymom.com sebagai penghargaan buat diri sendiri...


Tuesday, September 22, 2009

@ e-Kad untuk Semua

Ini adalah e-kad pertama dari blog Ibu Arifa semperna menyambut Aidil Fitri pada kali ini.


Diharap sudilah kiranya para pengunjung blog ini-->menerima kad ucapan ini dari saya..
SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, September 19, 2009

@ Dapat e-kad Raya

Disaat akhir nak sambut raya yg kian menghampir...sempat lagi Ibu update blog dan sambil2 melihat dan menanam apa yg patut diladang 'maya' Ibu tuh..hehehe.. Kali ni nak tempek e-kad yg Ibu ambik dari blog kawan2 semua...tapi ..mungkin ada e-kad yg TERTINGGAL lagi nih..kalo e-kad sape2 yg lum ada dlm entry ni...SILA INFORM pd Ibu yer..'copy'..'paste' e-kad korang sambil2 kemas2 umah ni...sambil berlari2 pujuk Dalila..dek kerana bunyi mercun.

TERIMA KASIH KERANA PEMBERIKAN e-Kad YANG CANTIK2 INI.. suka sgt dapat... meriah sikit rasa umah Ibu ni..."mood raya" banyak sikit..


Kak Suhaila

Kak Eliza

Dari Ummieisya

Dari Aten

Dari Kak Mardiana

Dari Miera

Dari Kak Yong

Dari Nadiah

Dari Ibu Ayra

Dari Padnani

Dari Lead

Dari Ummi Afifah

Dari Kak Rina

Dari Kak Wa

dari Kak Miela77

dari Kak Akma

Kak Gieyana

Kak NZA


Terima kasih sekali lagi..semoga anda semua bergembira dan berbahagia di hari raya ini.. Ibu akan kembali dari kampung mungkin pada raya ke-5 nnt..insyaALLAH..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, September 17, 2009

@ Alhamdulillah...menang tempat ke-3


ALHAMDULILLAH.. Ibu menang contest yg dianjurkan oleh MYDEARSHOPPE E-SHOP yg telah berlangsung baru2 ni. Rasa suka sgt.. walaupun dapat tempat ke-3 ajer...hehehe... Cam na lah kalo yg menang tempat pertama tu yer..(Mummy sofea lah tuh) dapat CD Lunatots dambaan kalbu tu. Oleh itu..Ibu nak ucapkan jutaan..

TERIMA KASIH
kepada
MYDEARSHOPPE e-SHOP

kerana memilih Ibu sebagai antara pemenang contest kali ini..

suka sangat dapat sama2 memeriahkan contest anjuran Kak Mardiana ni..


Hadiah yg bakal Ibu dapat adalah:

3RD PRIZE

Hotel Voucher (HILTON PJ) Guestroom bernilai RM200.00 nett
Lunatots Brochure
Lunatots Sampul Duit Raya

Nampak gayanyer ni..ada alasan lah nk ajak Abah turun jejalan di KL nnt...leh jugak jumpa geng2 bloggers area 'tengah' tu nnt...ader sesiapa free??



TAHNIAH juga kepada pemenang2 dan peserta2 contest kali ni.. semua sukakan...akan dapat hadiah semuanyer...yey!!


p/s: tagline tak "jadi"..tak kena konsep..malunyer...cam ner leh tak perasan hoh!

p/s: Abah dah cuti esok...leh kuar shopping...yey..yey :)





@ Spray Halau Nyamuk


Nak balik kampung Jitra haritu..Ibu ada beli benda ni, Little Buddy-Mozzy Repellent Spray iaitu spray untuk menghalau nyamuk. Harga dalam RM 25.90 (150ml). Biasa lah kan...bila balik kampung..nyamuk banyak..besar2 pulak tu tanda bila sekali kena gigit.. selalunyer Dalila akan menangis bila tiap2 kali kena "serang"..pastu tengok lah...anak dara tu tergaru2 dan beberapa kesan merah diseluruh badannya..

TETAPI sejak kami guna spray ni...ALHAMDULILLAH..kurang sikit kena "serang".. Dalila pun tak balik sini dgn kesan2 merah yg banyak seperti selalu...adalah 2-3 jer kesan jer. Bau dia pun..bau limau purut dan serai wangi jer..tak merbahaya w/pun kita spray di kulit kaki baby.. dan ni Ibu sertakan keterangan mengenai spray ni:

Ibu copy dari web site yg menjual spray ni. (http://mybabypitstop.com/)

Protect yourself. Protect your lil' ones against MOZZ bites. It can cause serious complications, including the transmission of diseases such as malaria, dengue fever and encephalitis which can be passed on to human and animals. Mosquito-borne diseases can not only make people ill; in severe cases, they can be fatal. So, if you're planning an outing with your lil' ones, do go prepared and well protected!

LITTLE BUDDY MOSQUITO AND INSECT REPELLENT SPRAY is an effective and safe productfor babies and adults. Provides long protection against mosquitoes and other blood sucking pests. It is easy to use – just spray at desired location, i.e. cribs, curtains, sofas or onto our clothes directly. If we are using it in a closed area, for example in an air-conditioned room, just leave the room door open for about 10 minutes, giving the mozzies the 'opportunity' to escape. Close the door after 10 minutes and you can spray a little at the door frame to prevent mozzies from flying in again.

Ingredients: 100% natural herbs – Citronella, Pine, Garlic, Peppermint and Lemon. This mozzy repellent smells 'better' when being compared with other repellents, because of the high lemon content. Contains no chemicals or diethyl-toluamide, thus rendering it safe for regular use. The product is Non-greasy and non-staining, it is said to be safe for you, your children, babies and also the environment!

We do not need "poisons" to chase mosquitoes away.

Comes in a 150ml bottle. 150ml equals to 700 times of spraying, which will last you for quite awhile... it's a diaper bag essential too. :-)
So, Buzz off mozzies!!

HELPFUL TIP: Can also be used by those who love outdoor activities ie. jungle trekking, camping AND even Golfers (especially if you're playing at a mosquito infested golf course) I trust you wouldn't want to ruin a perfectly good day by coming back pale, severely blood-sucked, and dotted with big, puffy red hives


so.. sape2 yg rasa memerlukan juga benda ni, time2 nak balik kampung raya nnt.. bolehlah mendapatkannya di web side berkenaan.




p/s: kot-kot kawan2 blogger ada cadangan lain nak hindari nyamuk...silalah bagitau saya yer.

@ Hadiah Dari UmmiEisya

Hadiah pertama- 1st birthday Dalila

Kelmarin tengah hari dapat kiriman bungkusan pos laju dari UmmiEisya, Terima kasih UmmiEisya..buat susah2 saja..

UmmiEisya ada belikan Dalila drees ni..cantikkan...katanyer suh Dalila pakai time raye nnt dan semperna birthday Dalila 23hb nih... oh..terharunyer..Terima kasih UmmiEisya.. Dalila suka tau..buka jer bungkusan...bgtau dia-ini baju dia... terus dia nak ambik sambil senyum2... mcm tau2 jer.. bilalah dapat berjumpa dgn korang pulak nih..? kiss2 untuk Eisya tau nnt. Terima kasih UmmiEisya.!!



p/s: Ibu sendiri pun belum cari lagi hadiah birthday untuk Dalila...tak tau lagi nak bagi ape kat dia? ada cadangan?

Tuesday, September 15, 2009

@ Persediaan Menyambut Syawal

Hari ini dah 25 Ramaddan. Rata2 kawan2 blogger sedang rancak melengkapkan checklist raya mereka masing sekarang...kalau yg sudah lengkap membeli kelengkapan barang2 untuk menyambut raya, mungkin sekarang ni tengah buzy untuk mengemas/menghias rumah pulak.. hai..semua nak kena buat.. rasa macam tak cukup tangan saja...macam2 plan yg terbayang dalam fikiran kita seorang Isteri dan Ibu ni kan..mujurlah tahun ini Ibu tak buat kuih raya...memang niat nak beli saja...kalo tidak memang sah-sah tak sempat nak update blog ni.

Persiapan raya Ibu tahun ni biasa2 saja...baju raya Ibu dah beli masa balik Jitra bulan lepas, sempat ambik 2 helai. Abah pula baru dapat 1 baju rayanyer...lagi satu susah nak dapat warna yg nak sama dgn baju kurung Ibu..nnt cari kat penang lah kata Abah.. Untuk Dalila pula, baru dapat 2 pasang...dua2 Ibu beli dress jer..kalo sempat nak cari jugak lagi untuk Dalila buat tukar2.

Memang terasa ralat sikit sebab tak sempat nak buat baju kurung untuk Dalila...lain kali yer sayang.. Tahun ni mcm buzy sikit...mana dgn nak ambik lesen keretanyer..nak ganti puasa nyer (lambat habis sbb tak terdaya nak puasa direct...puasa 2-3 hari saja seminggu).. pastu Ibu dapat tawaran mengajar sbg guru ganti pulak..langsung tak terfikir pasal raya :P

Ini ada aksi2 Dalila yg bersesuaian dgn entry "persediaan menyambut Syawal" kali ni. Maaf ye..seksi pulak dia kali ni..sbb tak plan pun nak bervideo ni..tiba2 dtg idea nak videokan aksi Dalila salam/amin pulak...hihihi




Sebenarnyer ada lagi video ni....(Dalila akan tepuk tangan lepas bersalam) tapi secara tak sengaja pulak Ibu tertekan butang "STOP"...so tak sempat nak rekod habis.





Video no.2 ni pulak...entah macam mana pulak dia boleh mcm malu2 kucing pas bersalam dgn Ibu...tertunduk-tunduk kepala dia tu sambil terus pusing ke belakang...hahahaha...malu yer sayang?


Monday, September 14, 2009

@ Berbuka Puasa Bersama Aten



Hari Sabtu lepas, Ibu, Abah dan Dalila sempat berbuka puasa dengan Aten sekeluarga di Queansbay Mall. Memang tidak merancang pun sebenarnyer nak jumpa dengan Aten ni..just sms2 cakap dia nak datang penang nak hantar kuih pada Ibu (yg Ibu oder aritu) hari Jumaat sebelumnyer tuh..Hari Sabtu (esoknyer) tu..terus jadi jumpa...ada rezeki nak jumpakan.. alhamdulillah :)

Kami sampai sana pun dah lewat...lebih kurang jam 6.45ptg dah. Abah ada hal kat opis.. cepat2 lah Ibu cari mana2 restoran/tempat yg still kosong time2 cenggitu.. sbb semuanyer sure dah FULL dah.. Bila Aten sekeluarga sampai ..we all sama mencari mana2 tempat untuk berbuka sama-sama.. and finally dapat gak satu meja kat restoran Manhattan tuh.. Ibu tak berapa gemar makan kat sini sebenarnyer tapi dah takde pilihan dah..jam pun dah 7 lebih dah..dah dekat nak berbuka dah pun..belasah je lah kan..

Sambil menanti makanan sampai, boleh lah kami bersembang2.. ketika kami kaum ibu2 dan bapak2 rancak berbual..kami biarkan anak2 kami untuk bermain bersama..mujur Dalila mau berkawan ...risau jugak sbb 1st time jumpa dgn Hawa..Nasib baik Dalila okey hari ptg tu..mau pulak dia berdiri kat lantai sambil pegang kerusi sebelah tuh.. good girl..Ibu suka tau tgk sayang petang tu...tak byk peel..mau berkawan dengan Hawa.. kawan baik2 yer sayang.. Kalo tak- risau Abah ajak balik awal jer nnt. Hawa pulak aktif..bijak Hawa nih..yer lah - usia Hawa kan lagi tua dari Dalila, bam-bam tul tengok pipi dan lengan dia tuh..geram nak picit2 jer tengok banyak isi gitu..

Inilah kawan pertama Dalila selain dari sepupu2nyer..

berdiri sambil pegang kerusi

Hidangan kami dihari itu

Kat situ, kami oder makanan ni..tak ingat lah apa namanyer...1 set pun punya lah banyak jenuh nak abis kan sbb oder 2 set. Sedap!

Antara gambar2 yg sempat Ibu ambik.

Aksi kontoversi (Dalila kiss Aten) yg bisa buat Hawa cemburu..hehehe

Kaum bapa-bapa dan "handbag2" terkini mereka..


Dihadapan tempat pertemuan pertama kami.

Harap2 Atan sudi lah nak jumpa dengan kami lagi pasni.. nak sangat window shopping dgn Aten aritu..tp tak sempat..keluar restoran tu oun dah jam 10mlm dah...kedai2 kat situ pun dah nak tutup dah...lain kali ek..

to Aten:
Thanks yer sbb sanggup hantar kuih tuh sampai ke penang.. dan maaf lah jika ada terkurang kat mana2 ketika pertemuan kita haritu..
suka sangat dapat jumpa Aten tau!!..tu yg rasa nak ajak jalan2 tengok2 barang tuh...tp apakan daya..tak sempat.

@ MyDearShoppe - Aidilfitri Giveaway Contest


Alhamdulillah..sempat lagi nak join GiveAway di blog mydearshoppe.blogspot.com kepunyaan kak Mardiana nih. Ibu rasa gambar yg Ibu baru ambik ni lebih jelas sedikit CD yg Dalila gayakan.


Nama anak: Arifa Dalila
Umur : 11 bulan
Tempoh berkecimpung dengan dunia CD: dah 8 bulan
Bil CD dirumah: 8 set (pelbagai jenama TETAPI CD LUNATOTS lum ada lagi)


TAG LINE:
Cantik!
Selamat!
Multisaiz!
Jimat!

Sebab itu ia menjadi pilihan saya...

Soalan wajib pertama:
kenapa anda harus mendapatkan mydearshoppe e-shop giveaway?

Ikhlas saya katakan saya suka menggunakan CD daripada daipers pakai buang biasa tuh. Kalau dengar org lain bagi alasan..renyah lah..susah lah..kena cuci lagi...tak tahan bau najis lah..dan jawapan paling muda- MALAS...saya rasa macam nak pimpin saja tangan mereka itu.. untuk melihat cara saya mengendalikan CD ni dirumah...ia semudah 1..2..3..saja. Cantik pun cantik CD ni.. dah lah selamat untuk baby dan selamat untuk bumi, saiznyer pulak boleh ekjas(multisaiz) dari S-M-L.. sure jimat...memang berbaloi-baloi lah kalo kita guna.
Jadi, memandangkan sekarang ni mydearshoppe ada giveaway CD...LUNATOTS pulak tuh..memang saya selaku PENGGUNA TEGAR CD..tak kan lepaskan peluang lah..lagi pun jenama ni saya belum ada dalam koleksi saya lagi...di tambah pula dengan corak2 (printed) yg menarik itu..memang nak cakap I LOVE U lah kat LUNATOTS..meh join koleksi CD I kat umah ni yer..

Soalan wajib kedua:
sejauh mana anda tahu mengenai blog mydearshoppe e-shop ini?

Saya tahu mydearshoppe ni daripada chat box dalam blog saya..kak Mardiana pernah drop message kat situ ajak join contest di mydearshoppe ini. Saya awal2 lagi tersangat excitet nak join giveaway ni..hari2 saya buka blog mydearshoppe tuh...risau penganjur mempercepatkan closing datenya pulak nnt.
Blog mydearshoppe ni ada menjual cloth daipers berjenama LUNATOTS dan cotton blanket. Showroom mydearshoppe (HQ) adalah di Lestari Apartment, di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. dan jika ada apa2 sebarang pertanyaan atau temujanji boleh hubungi:
MARDIANA ALIAS
012-9306501
mydearshoppe@yahoo.com
YM: eye_diana
http://mydearshoppe.blogspot.com/




Friday, September 11, 2009

@ Bunyi Mercun

Di rumah kawan2 blogger Ibu semua tak de ke bunyi bising orang main mercun?? dum ..dam..dum..damm..tak kira masa..siang pun main mercun..kalau malam lebih-lebih lagi lah bunyiknyer.. geram betul..lagi2 kita yg ada anak kecik ni..

Kenapa ya tiap2 kali musim nak raya..mesti ada bunyi mercun? Bunga api yg kecil2 tu Ibu tak kisah..asalkan pandai main, ia tidak membahayakan/mengganggu org awam.


<U>TAHUN LEPAS

Tahun lepas, Dalila lahir 23 Ramaddan.. balik rumah dalam 25 Ramaddan ..memang lagi "dasyat" bunyi nyer bile makin nak dekat raya.. macam nak pi ketuk pintu umah mak bapak diorg jer...bgtau yg kami ada new born baby dalam umah.. kesian tgk budak kecik tu terkejut2 tiap2 kali letupan "mainanan" mereka.

Bukan setakat raya kita saja..Deepavali pun sama jugak..bahkan lagi dasyat..jiran atas (Hindu) siap pasang mercun papan yg warna merah yg panjang tu ..sampai terjuntai ke koridor umah Ibu..ingatkan dah habis "seksaan" tu aman lah kami anak beranak...rupa2nyer diorg main berbalas2 tembakkan plak dgn jiran/kawan blok sebelah...2-3 hari mcm ni tau..sabar jer lah kan.

TAHUN INI

Tahun ni, lagi beberapa hari Dalila dah nak masuk 1 tahun usianyer...still tak leh nak tidur /biar sendirian bila ada orang bermain mercun..buat dia terkejut dan menangis2. Sudahnyer Ibu yg tak boleh nak buat kerja, kejap2 dia terjaga/terkejut saja. Kesian kan..


W/pun kita hidup di negara yg aman tp kadang2 rasa mcm tak aman saja bila ada segelintir manusia yg tak ada kesedaran sivik mcm ni kan? Yang hairannyer tu...ada pondok polis kat bawah tu...tp polis tak ambil apa2 tindakan pun..Sabar sajalah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...