nak join? klik banner ni yer

Tuesday, July 21, 2009

@ Injection Vaksin Pneumokukus -1st dos

Hari Sabtu (18hb Julai) lepas..Ibu bawa Dalila gi ambik optional immunisation injection kat klinik KIDS-CARE Children Specialist Center..kat area Lip Sin, Sungai Dua tu. Sebenarnya Ibu baru jer tahu yg ada optional immunisation injection ni dari blog Ummisalsabila dan Ummikhayra, kalo tak kerana mereka.. mungkin sampai sekarang Ibu tak sedar yg immunisation kat klinik kerajaan yg selalu Ibu bawa Dalila gi inject tu, TAK TERMASUK dalam apa yg di list kan sebagai 'optional'. Yer lah..nama pun optional kan..

Masa lahir Dalila(di hospital private) mmg doktor dari klinik KIDS CARE ni yg checkup Dalila dan bagi 1st injection BCG, Hepatitis B, dan Vitamin K...so mmg dah ada buku kesihatan Dalila dari klinik ni. Tapi di sebabkan klinik kesihatan kerajaan lagi dekat dgn rumah (dan juga percuma) Ibu pun bawa Dalila ke situ saja untuk 'complate' kan immunisasi nya. So, buku klinik private ni tak pernah diusik sejak balik ke rumah. Yang selalu ibu rujuk hanyalah kad kesihatan bayi (warna pink) dari klinik kesihatan kerajaan sehinggalah Ibu terbaca blog dan Ummisalsabila dan Ummikhayra...terima kasih yer ummi2 berdua :) W/pun masa tu Dalila dah pun menjangkau usia 7 bulan, (kire dah miss beberapa injection yg optional utk baby di bawah usia 6 bulan)

Semasa checkup dgn Doktor di situ, Dalila sibuk/riuh 'menegur' doktor cina yg sedang memberi penerangan pada Ibu dan Abah..sampai doktor tu tergelak dgn perangai Dalila pada mula2nya.. hihihi..Dalila puas 'bercakap' dan siap buat muka "busuk" dia tu sekali kat doktor..Ibu tutup mulut sendiri jer..tak tahan sgt nak tergelak bila tgk reaksi doktor tu...hihihi. Pastu minta doktor check gigi Dalila, terus Dalila menagis-tak kasi doktor tgk gigi dia..kuat plak tu!

Pujuk2 still tak ok gak..so terpaksa lah doktor inject dalam keadaan Dalila masih menagis. Ini kali pertama dia kena inject kat bontot..selalu kat paha jer. Next injection pneumokukus ni..lagi 2 bulan. Dah siap gi ambik umat demam dan kena bayaran RM 306 sekali ubat demam dan consultation.. (Cost untuk inmunisation ni RM 270 untuk sekali inject.) Dapat lak hadiah dari klinik tu...permainan Anmum.

apa yg ada beg hadiah ni Ibu?

ada mainan lah...Aunty2 semua nak main same?


main sambil makan bubur nasi+bayam+ikan bilis+ mentega--tak habis pun :(

Kepada kawan2 yg nak tahu lebih lanjut mengenai vaksin nih...boleh tgk blog Ummisalsabila dan juga Ummikhayra..(klik pada nama tu yer..Ibu dah buat kat link ke entry yg berkenaan) Ibu ada bertanya pada sister kat klinik gov...mmg diorg galakkan baby gi ambik optional injection ni...katanya "sebagai usaha kita melindungi anak2 kita..risau gak bila diorg pergi sek nnt..dah la skrg ni warga negara asing banyak masuk Malaysia-risau risiko penyakit makin tinggi"


p/s: dalam dok tunggu klinik tu buka (siang->buka jam 6 ptg-9mlm).. sempat gak Ibu dan Abah tgk perlawanan MU lawan Malaysia kat restoran Subaidah..(tgk 15 minit jer kot-pastu terus masuk ke klinik) khabarnyer..ini kali ke2 m'sia berjumpa dgn MU.

14 comments:

10 said...

wah... bestnye dalila dapat mainan lg... nape x rakamkan aksi dalila yg kelakar tu? tentu cute sungguh muka dia ek masa tu... hahahhahahaaaa... kalo baca n3 ni pn rasa nak tergelak tentu bila tgk betul2 dh terbahak2 apa...

betul la kos suntikan tu rm270... kn aritu org p amik ubat hawa yg fsl kulit sensitif tu doc rekomenkan amik 'suntikan prevenar' iaitu mencegah daripada mendapat penyakit pneumokokus...

Ummi Eisya&Amani said...

bagus la ambik injection tu..eisya dah ambik gak..

min,dalila punya bubur tu min isi mentegakan..pakai yang jenis ape?

Naura said...

nangis ek kena cucuk punggong..sedapnya mamam dalila tuh..

Ummi Shira (AshAnas) said...

mahal jugak ye... kena tunggu sikit ni, insya'Allah....

ummi afifah said...

bestnye dapat mainan..kak afifah nak main same leh? siannye kena cucuk bontot ye...

MeL said...

paed mika pn galakkan tuk ambik optional vaccines ni. alhamdulillah, so far sume mika da ambik. rotavirus, pnuemococcal (1-3dose), influenza (1&2dose) & alhamdulillah mika ssh sakit, xpenah demam setakat ni..highly recommended tk ambik vaccine2 ni. biar mahal, nnti bl jth sakit lagi 'mahal' :) kite cuba prevent je..

Nadiah Sidek said...

safiyyah tak ambil pun lg optional vaccines tu. dulu ingt nk ambil rotavirus tp ms tu 'ekonomi' agak gawat...tak jd nk ambil ms tu..

p/s: minat bola sepak ke? hehe. sy ni tak minat lgsg. nasib baik suami pun tak minat bola sepak :D

Nadiah Sidek said...

safiyyah tak ambil lagi optional vaccines tu. dulu ingt nk ambil rotavirus tp ekonomi ms tu tak mengizinkan..tak jd ambil la ms tu

p/s: minat bola sepak ke? hehe..

Nadiah Sidek said...

safiyyah tak ambil lagi optional vaccines tu. dulu ingt nk ambil rotavirus tp ekonomi ms tu tak mengizinkan..tak jd ambil la ms tu

p/s: minat bola sepak ke? hehe..

ibu_Arifa said...

TO 10: Hihihi..tak berani aku nak rakam aksi2 dia dgn doktor tu, dah lah first time gi situ, jmpa doktor tu..kang tak pasal2 jer malu. yer kos nya RM270..kalo tak termasuk cas2 lain lah. Nnt bwk hawa lak gi inject yer.

TO MRS ADZ: oo yer ke? apasal ko tak buat entry pasal ni, ku baru tau jer bende ni tau. sib baik sempat tau jgak.. pasal bubur tu..nnt ku tulis dlm komen blog mu yer.

TO NAURAH: Menagis lah..dia taksuka jarum.. sedap..mmg sedap..ibu yg tukang perabih nih.

ibu_Arifa said...

TO ASHANAS: yer agak mahal..tak pelah lagi pun 'optional' jer kan..

TO UMMI AFIFAH: Meh lah kak afifah, kita main same2..sakit tau kena cucuk..dalila tak suka tau :(

TO MEL: bagus lah kak Mel dah bawak Mika ambik semua vaksin2 tu..yg tu yg kita selalu mahukan ..mau anak kita sihat saja kan..aminn

TO NADIAH SIDEK: tak pe..lg pun 'optional' jer.. nnt dah 'ok' tu leh lah bawak saffiyah ambik..mana2 yg sesuai dgn usianya.
saya tak minat sport..apatah lagi bola sepak..ni tgk pun sbb asben nak tgk..lgpun kat kedai mkn time tuh..kat umah channel sport jer yg selalu asben tgk..apatah lagi kalo ada tenis..saya dok tanya jer 'lama lg ker nak abis'

BabyIntan said...

Arissa pon dah "lengkap" amik vaksin pneumococcol nie...baru je. Mmg poket "sakit" oooo but I think it is a good investment for our daughter's health and well being kannn ;)

alinalan said...

Best nya Dalila. Kene inject & dapat hadiah. Damia masa amik dos 1 tu demam. Masa yg ke-2 tuh balik jer dr hspital terus tuam kat bhgn paha yg kene inject tuh, org kata bg ubat tuh tak bkumpul situ, so tak ler demam. Ahamdulillah. Dalila mcm?

Ummi Salsabila said...

ibu, bagusla dalila dah amik :)
ur r welcome..kite sm2 sharing kan..
aufa sok amik 2nd dos.
hopefully die xdmm..
sbb wknd nak blk kg melaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...