nak join? klik banner ni yer

Sunday, May 31, 2009

Hadiah Baby Cute Contest~ 10Q Mama Aqish

Pada 27 hb May lepas..dah selamat sampai hadiah dari Mama Aqish untuk Arifa Dalila- seperti yang telah Ibu pilih hari tu. (Ibu pilih dress warna Hijau sbb tight dah ada 4 lai). Bagi yang tertanya2 hadiah aper..hadiah ni semperna Dalila telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Baby Cute Contest anjuran blog Mama Aqish pada bulan hujung bulan April yang lalu.

Disini Ibu letak beberapa gambar Dalila pose dgn baju baru nya itu..Tengok lah..betapa sukanya dia memakai baju baru..ini lah baju warna Hijau yg pertama Dalila..(krn asyik TER beli ada unsur2 pink jer selalu)
Pas mandi, pakaikan baju tu, letak dia kat ruang tamu, bagi pegang botol bedak satu, acah2 sikit.. tersenyum nampak 2 btg gigi tuh..

Senyum yer..Ibu nak ambik gambar ni


Senyum sampai terpejam lak pulak :P


Tima kasih ye aunty yg VOTE Arifa Dalila hari tu :)

Senyuman ni KHAS UNTUK Aunty2 semua..


Terima kasih yer mama Aqish..sbb bagi hadiah yg cantik nih..dan terima kasih juga buat kawan2 blogger Ibu yg telah mengundi memilih Dalila tempoh hari.. semoga anda semua di lindungi Allah selalu.

Friday, May 29, 2009

Minyak angin Dalila

  nak elak kembung perut
Kali ni nak cerita pulak pasal minyak baby yg Dalila pernah dan sedang gunakan. Memang banyak jenama yg ada dipasaran..jadi Ibu muda..masih muda ke? yang lom ada pengalaman jaga anak lagi pun try lah 2-3 jenis minyak.
Yang pertama- Minyak Yu Yi cap limau- beli sebab selalu dengar kat iklan radio. Beli ni untuk kegunaan Ibu sendiri yg pada ketika itu sedang mengandungkan Dalila..biasalahkan org mengandung..sekejap pening..sekejap sakit sakit pingggang..sakit belakang..kadang2 rasa perut cam sebu..semua Ibu tala minyak Yu Yi ni..pas bersalin minyak ni masih ada baki lagi..so Arifa Dalila pun guna jugak minyak ni sebagai minyak pertamanya. Habis jer satu botol terus nak tukar ke jenama lain sbb cam was-was jer ke"halal"an nyer..
Yang kedua- Minyak telon dari Leesa formula- guna sbb beli sekali dengan set lepas bersalin Leesa Formula tu..harga RM12. sebotol. Okey..tak panas sangat macam minyak Yu Yi tu. Habis jugak satu botol..nak tukar lagi ke jenama lain..sbb cam kurang berkesan jer kadang2..Dalila kembung perut jugak :(
Yang ketiga- Minyak Baby dari Amway- dengar kawan2 cakap bagus..so try lah jugak.. botol besar 60ml harga RM22 (bukan ahli). Start guna bila Dalila 3 bulan lebih..sampai sekarang..dah masuk 2 botol dah sekarang. Rasa bagus sebab tak de unsur2 KAPUR barus dalam minyak ni..so rasa selamat sikit.
tulisan di belakang kotak minyak baby-AMWAY


Thursday, May 28, 2009

Di sebalik tabir- sebuah filem

Tajuk filem: Jangan terlepas bertepuk

Dibintangi: Arifa Dalila sorang jer

Lokasi: Atas katil sebelum nak tidur

Tarikh: Awal bulan May 2009



Dek kerana dah lama terperap video ni dalam kamera..malam ni sempat juga Ibu upload aksi2 Dalila bermain 'tepuk amai2' ..Tapi yang lecehnya,,punya lah lama Ibu menunggu dia tepuk..dia tetap nak juga Ibu menyanyi dulu baru dia nak bertepuk tangan.. kedengaran suara ku AMAT lah sumbang dan sbb nii jugak lah Ibu lama berpikir nak publish ker tidak video ni
DINASIHATKAN..perlahankan volume speaker anda yer.. ku malu tau..



Take 1

Action!!!



Cut!!!
.
.
.
.
.
.
Okey ready for take 2...


Action!!!!





Cut!!!!
.
.
.
.
.


Camera ready..Take 3..
and..Action!!!!


Cut!!!


Tengok dia bersemangat nak bertepuk tangan sampai terangkat2 badan dia..video yg terakhir tu yg kesian tu-- sampai terlentang....(tp jatuh atas katil ajer)..hehehe



Wednesday, May 27, 2009

Beli Mainan Online

Sebenarnya berkenan kat mainan ni (hadiah contest) bila tgk blog kak Yana (BabyIbu) yg tengah buat contest masa tu...tp malas nak join..(maaf yer Kak Yana..lain kali saya join okey!). Memang dah lama rasa tak beli mainan baru kat Dalila..kesian lak dia dok gigit buku, kertas dan remote astro jer.. Jadi Ibu membelilah kat kedai leanalittleshop ni.. Dah lama tak membeli online rasa gian pulak..(last beli barang dulu pun masa beli tight..dan yang terbaru CD dari kak Nieza).

Ni lah barang2 yg Ibu harap dapat mengalihkan minat Dalila dari remote astro Ibu tuh.. Kak Yana tokey kedai ni (leana little shop) pun baik..ramah tamah orgnya..


Tiga barang mainan baru


Barang2 ni sampai pada 14 May 09 yg lepas..mula2 dia macam excitet sgt jer nak koyak kotak yg baru sampai tu..Ni ada Ibu video kan aksi Dalila yang baru bangun tido pastu terus main dgn mainan barunya tuh.

Tak sedar pun dirinya di video kan tuh..


Mainan tuh boleh gantung kat stroller jgk



Sebenarnya..stroller ni dah lama kami tak guna sejak kami beli bag carrier (awal Feb 09) aritu..baru Ahad lepas (24 may) first time gunakan balik..risau Dalila tak mahu duduk jer dalam tu.. nak guna bag carrier dah tak larat dah nak kendong lama2-sakit belakang.
Tengok tu..macam tu lah sejak dari mula2 letak dia sampai nak balik..Dalila dalam keadaan "duduk" saja..tak mau baring dalam stroller tuh..(risau sakit pinggang jer tgk dia mcm tu) pandai anak Ibu..tak nangis pun w/pun dah lama tak masuk dalam stroller.

Tuesday, May 26, 2009

Koleksi buku Dalila

Buku2 milik Dalila tak berapa banyak lagi..masih dalam proses nak menambahkan koleksi lagi.. tp Ibu tgk memang dia suka dgn buku.. apatah lagi kalo dapat gigit buku/kertas2 tuh..lagi peberet dia..

Buku pertama Dalila ni ibu dapat sebelum Dalila lahir lagi..masa ke kelas antenatal kat Hospital Pearl maternity ..lebih kurang 1 bulan sebelum due..(lagi pun kelas free kan..sape tak nak join) Buku ni Ibu dah kasi Dalila tengok dan pegang sejak umur 2 bulan macam tu lah..time ni dia dah stat kurang tidur..berbanding dengan masa umur sebulan kebawah..asyik nak lelap jer time tu.

Terima kasih Pearl Maternity Hospital..dan juga Anmum!!

Buku pertama Dalila

Buku di bawah ni baru je Ibu beli..Beli kat kedai buku Popular Queensbay Mall ..satu RM5.50 jer.. suka sebab gambar2 yg kat dalam buku tu ..gambar2 real.. bukan gambar2 lukisan atau gambar kartoon ..buat masa ni..Ibu beli tiga buah jer dulu..siap bawak nak kemana2 lagi ni..ni pun dia suka gigit jgak..mentang2 lah dah ada gigi tajam tuh..


Buku bergambar pertama Dalila


Buku kat bawah ni Ibu sangat berkenan bila tengok TV9 rancangan "USTAZ ZAMRI BERCERITA"..Ustaz Zamri tu ceritakan kisah nabi2..(Ibu sempat dengar kisah nabi Zakaria..Nabi Yahya..Nabi Isa..Nabi Muhammmad s.aw.) sambil pegang buku ni..so..puas ajak Abah gi carik kat MPH kat Queensbay tuh.. nasib baik jumpa jugak.. tu pun tinggal satu jer..RM 49.90 satu.. Kadang2 2-3 citer ibu baca kat Dalila..suka dia dengar..diam jer bila dengar Ibu baca cerita.. Setakat ni lum jumpa lagi citer2 nabi..tp bagus lah buku ni..dia ajar kita nilai2 mulia..seperti bersyukur..jangan sombong..tamak dan sebagainya..

Buku cerita pertama Dalila

P/S: Ibu dah belikan buku untuk sayang tau..kena rajin2 baca buku pas ni..jangan gigit2 buku tu..sian kat buku tu-- nnt dia nangis2..sbb Dalila suka gigit dia..

Monday, May 25, 2009

Dah Mandi Air Paip

Pada 20 May 2009 genap seminggu Dalila setiap hari Ibu mandikan dia dengan air paip biasa. Sebelum ni, Ibu sediakan air suam sebagai air mandiannya..masak air dalam cerek, pastu campurkan dalam besen mandianya yg dah diisi dengan air paip bertapis tempat mandi: di ruangan dapur rumah. Ibu tak tahu lah kawan2 blogger bagaimana mandiakan anak2 mereka...still dgn air suam atau dah lama dah mandikan anak mereka dengan air paip biasa tu.

Heater dah lama rosak, jadi terpaksa biasa-biasakan lah Dalila dengan air paip ni yer..Dalam seminggu ni setakat ni Dalila masih lagi okey..alhmadulillah..dia tak demam atau selsema lagi..risau jugakan..dia tak biasa mandi tanpa air suam sebelum ni..

Cuma hari pertama dia menagis bagai lah..sampai sudah letak atas katil baru diam..hari kedua kurang sikit aje dari hari pertama..hari ketiga..bila sampai depan pintu bilik air- dah start menagis dah..dah tau dah..menagis juga bila terkena air saja sekejap saja.. masuk hari ke-4..dia makin biasa..cuma bunyi2 ala-ala manja gitu..Ibu agah2..dia boleh ketawa lagi..

Ibu pun tak tahu sebenarnya..bila kah patut mandikan baby kita dengan air biasa..Ibu biasakan Dalila sbb umur dia dah nak masuk 8 bulan pd 23 May ni. Oleh kerana ibu rasa dia okey..Ibu akan teruskan mandi bersamanya di bilik air lagi selepas ini. Apa yg Ibu makin perasan..selera Dalila makin bertambah juga berbanding sebelum ni..makan banyak lak..sampai licin dalam mangkuk tiap2 kali makan..senang hati Ibu bila dia suka makan cam ni.. pandai anak Ibu!!!


Sunday, May 24, 2009

Sudah 8 bulan

Rasa macma lama saja Ibu tak ceritakan kisah perkembangan Dalila sejak hari tu mem 'private' kan blog jap tu.. Hari ni memandangkan umur Dalila baru masuk 8 bulan, Ibu nak ambik kesempatan nak tulis sikit berkenaan anak dara Ibu ni.




  1. Sejak masuk 7 bulan lepas..pantang tak nampak bayang Ibu, mesti menangis, tak kira lah dengan sesiapa pun (mahupun sedang di dukung Abah). Paling koman pun Ibu kena baring di sebelahnya-bila dia sedang bermain dgn mainannya.


  2. Selalu buat aksi TERJAH..sampai kadang2 buat Ibu macam nak putus nyawa saja..sebab tak sangka dia nak melonjak kehadapan macam tu terutamanya bila dia nak kan sesuatu benda dihadapannya.


  3. Kuat nak memusing badannya bila sedang baring atau sedang hendak didukung..memang lenguh tangan nak lawan kudrat Dalila ni..contohnya bila kita nak buat bagi dia pusing menagadap kita tapi dia nak memusing badan mengadap kearah lain (ke benda2 yg kita tak bagi dia main la selalunya...)


  4. Pandai buat bunyi kentut, tepuk tangan, main cak cekur udang gamit, dan buat bunyi dari lidah dah..sekarang tgh rajin main buat bunyi sambil tepuk2 mulut tu..


  5. Dalam usia 7 bulan 3 minggu aritu..ibu dah ajar Dalila mandi air paip biasa di dalam bilik air..basuh berry pun kat dalam bilik air dah sekarang ni.


  6. Ibu dah mula tinggalkan Dalila pada MIL selama 2-3 jam sehari -itu pun bila Ibu ada kelas memandu lah..


  7. semakin kerap meng 'angkat punggung' bila menirap..dah boleh merangkak satu tapak kehadapan dah..tp kadang2 jer dia mau buat..yg selalu buat menyulur ke belakang lah!


  8. Tak akan mahu didukung lama dengan org yg tak dikenali..mesti menagis kuat punyalah.. dah tu Dalila suka sangat tenung/tengok org..bila org ambik dia nangis pulak.


  9. Alhamdulillah..dia masih lagi minum susu Ibunya...w/pun makan dah makin berselera..senang hati tgk habis mangkuk..tiap2 kali makan.


  10. Gigi buat masa sekarang masih lagi 2 batang..tajam pulak tu.. sabar menahan saja lah bila kena gigit tuh..ohchh



Saturday, May 23, 2009

Hari pertama di kelas memandu

Ibu masih tak ada lesen kereta lagi malunya rasa Dah nak masuk umur 28tahun baru ter'panggil' nak pergi ambik lesen kereta. Sebelum ni rasa best jer duduk sebelah leh tido2 lagi kalo mengantuk..maaf yer Abah Tapi terasa kesukaran kian melanda sejak berniat hendak kembali berkerja nnt. (Ibu dah ada lesen motor, tp Abah tak kasi bawa motor bila gi kerja nnt.)

Pada 21 hb May lepas..Ibu dah pergi dengar ceramah yg 3 jam kat pusat latuhan memandu. Dalila ibu tinggalkan pada MIL dgn susu perahan 3oz. Mujur dia mau minum. Hari ni (22 May) ada kelas praktikal memandu pertama Ibu..takut dgn berdebar2 lah sbb tak de pengalaman dan memang tak reti lagi nak pandu kereta.

Latihan mula jam 8.45 pagi..guna kereta kancil ..mula2 cikgu ajar penggunaan gear2 semua..ajar bawa kereta di jalan lurus dulu..pastu ajar berhenti atas bukit pulak.. Ingatkan setakat tu jer untuk hari tu..rupa2nya kena belajar "side parking" dgn "tiga penjuru" tu juga. Sakit kaki dgn tangan dok memutar stereng kereta jer tadi. Tambah pulak cuaca panas terik..buat Ibu rasa macam nak demam saja.. Lebih kurang jam 11.45 baru abis latihan tu.

Balik singgah umah MIL..ambik Dalila..pastu terus ajak Dalila tidur sbb Ibu dah letih sesangat2 dah masa tu..tidur dulu baru fikir nak makan..huhuhu. Next latihan bila lesen L ibu dah siap.



Saturday, May 9, 2009

Dah pandai buat bunyi "KENTUT"

Tengah hari tadi (8 May 2009), masa Dalila lepas makan..Ibu tgk tv kt sofa dan dia masih lagi atas walker..tiba2 terdengar seakan2 bunyi kentut tp agar perlahan..Rupa2nya bunyi dari bibir Dalila.. ni first time dia pandai buat bunyi "kentut" mcm tu..sebelum ni dia suka sangat dengar bunyi "kentut yg di buat2 tu" dari Ibu atau Abah. Kalo tengah menagis pun mesti senyap dan terus ketawa punya lah.. bila dengar bunyi "kentut" kegemaran dia tu. bunyi dibuat2 saja tau..BUKAN bunyi kentut yg ASLI tu
Abah balik kerja..Dalila pun dengan sendirinya tunjuk kat Abah bunyi tu. Pandai nak ambik hati abah yg penat-baru balik kerja yer sayang! Abah pun terkejut + ketawa la tgk telatah dia td tu. (Bunyi tak kuat pun..sesuai la dgn mulut kiut Dalila ni)

Buat bunyi "kentut" sikit sayang!!



Sejak 1-2 minggu ni, time nak bagi makan, Dalila makin suka nak "main2 sambil makan". Kadang2 dia suka meniup makanan dalam sudu tu..habis bubur dia tu bertabur kat muka dan atas dashboard walker dia tu..kadang2 sampai masuk hidung! Ingatkan dia tak mau makan dah..try suap lagi..nak makan pulak..kejap2 lagi dok meniup balik makanan dlm sudu tu..

Rasanya dari dia pandai meniup makanan ni lah dia makin pandai buat bunyi "kentut" tu.


Friday, May 8, 2009

Award~ semperna HARI IBU

Tahun ini merupakan kali pertama Ibu meraikan Hari Ibu sebagai seorang Ibu, Ibu pun rasa tentu ada juga sesetangah kawan blogger Ibu yg juga seperti Ibu. Apa perasaan anda? Happy tak..bila ada satu hari untuk meraikan dan menghargai peranan/tanggungjawab seorang Ibu. Kadang2 bila tgk iklan promisi Hari Ibu kat tv pun dah best dah..dah rasa macam nak balik/ telefon mak kita pulak di kampung..(rindunya pada mak!!)


Tak kisah la..apa juga panggilan yg digunakan (Ibu, Mama, Ummi, Mummy) semuanya merujuk kepada seorang perempuan yang telah dikurniakan Allah peluang/rezeki untuk melahirkan, dan juga membesarkan zuriat hasil dari perkongsian hidup ikatan perkahwinan.


Bagi yang belum ada rezeki, saya dan kawan2 blogger yg sentiasa turut sama mendoakan 'agar kalian dipermudahkan Allah untuk bergelar seorang IBU nanti'. Banyak2 la bersabar ya..mungkin ada hikmah disebaliknya yg kita tidak tahu.


Bagi Ibu pula..syukur Alhamdulilah..kerana berpeluang bergelar IBU buat Arifa Dalila, rasa gembira dan dan kadang2 geram/pening juga dengan karenah anak ibu ni. Tapi semua tu mengajar Ibu kepada erti kesabaran. Mungkin beginilah perangai ku sewaktu ku masih kecil kot Lagi satu, dah 7 bulan lebih dapat BF Dalila ..akan Ibu cuba BF selama yg boleh..insyaallah.


Okey lah..Ibu ada terima award dari kak YattJay semperna hari ibu ni. Terima kasih kak Yati. Jadi Ibu pin nak ambik peluang nak kongsikan agih-agihkan award ni buat kawan2 blogger semua..harap sudi la menerima award ni yer..




khas untuk para ibu dan bakal2 ibu nanti..terima lah.. (korang ambik la..penat tau list nama sorang2 panjang berjela mcm ni :P)

kak ngah http://aslindaa.blogspot.com/

Adik 10 http://aten10.blogspot.com/

Kak mahirah http://mahirahabd.blogspot.com/

Kak Mummy Adam http://ena-ikhwan.blogspot.com/

Kak Nieza http://niezapunyablog.blogspot.com/

Kak Nurul Dhia http://sereniety.blogspot.com/

Kak My super kids http://mysuperkids.net/

Kak QQ http://qqinthehouse.blogspot.com/

Kak Ummi Salsabila http://ummisalsabila.blogspot.com/

Kak Mama aqish http://damiaqish.blogspot.com/

Kak Mama Qaisara http://ajournalofmybaby.blogspot.com/

Kak Yana http://babyibu.blogspot.com/

Ummuabdullahsyaakir http://ummuabdullahsyaakir.blogspot.com/

Ummieisya http://nuraleesya.blogspot.com/

Kak naura http://naurahmakwa.blogspot.com/

Kak Ifa http://ijanifa.blogspot.com/

Kak leadleedeea http://leadleedeeashawtee.blogspot.com/

Kak Ina http://yongnoina.blogspot.com/

Kak cute miut78 http://cute-miut78.blogspot.com/

Kak azie http://azie-zam.blogspot.com/

Kak zura http://ceriterayanzur.blogspot.com/

Kak Gie http://gieyana79.blogspot.com/

Kak Zue http://zueannie.blogspot.com/

Kak Ita http://itafed.blogspot.com/

Kak Sufarizan http://sufarizan.blogspot.com/

Kak Jiey http://kernakasihkita.blogspot.com/

Kak Putra mama http://putramama.blogspot.com/

Kak Azzul http://naufalaiman.blogspot.com/

Kak suziey http://szsh.blogspot.com/

Kak hayati http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/

Kak luvhaziq http://luvhaziq.blogspot.com/

Kak santai http://dmostsantai.blogspot.com/

Ibu aqil aqilah http://ibuanak2.blogspot.com/

Kak Mama Aqilah http://puteri1.blogspot.com/

Kak salmi http://ozzyorange.blogspot.com/

Kak ema http://hati-ema.blogspot.com/

Kak Akma http://akma80.blogspot.com/

Kak Intan http://www.babyintan.blogspot.com/

Kak Diniedinar http://diniedinar.blogspot.com/

kak sue http://sabngomel.blogspot.com/

Kak yanadzul http://yanadzul.blogspot.com/

Kak Na http://seharumkayumanis.blogspot.com/

Kak SZ http://syimirmikail.blogspot.com/

Kak mazz http://mazzny.blogspot.com/

Kak linda http://erozlin.blogspot.com/

Kak mama-miya http://boobiesmommies101.blogspot.com/

Mama Auni http://aunifirdinamohdhanif.blogspot.com/

Kak noy http://yoursabadi.blogspot.com/

Kak eliza http://elizakru.blogspot.com/

Kak nadnye http://keloncot.blogspot.com/

Kak padnani http://padnani.blogspot.com/

Kak sufiehas http://sufiehas.blogspot.com/

Kak herni http://dmostsantai.blogspot.com/

Kak mama hanin http://zalizazakaria.blogspot.com/

Mija http://mijabaik8.blogspot.com/

Kak ummiabbiqis http://mayaqarmyla.blogspot.com/

kak little mama diary http://littlemamadiary.com/

Kak wansteddy http://mummynaliya.blogspot.com/

Kak Arnirina http://arnirina.blogspot.com/

Kak Munira http://munira.inter.net.my/

Kak mama hana http://radzilin.blogspot.com/

Kak leen Die http://lilin8557.blogspot.com/

Kak Nur humairah http://nurumairahqarirah.blogspot.com/

Kak Idayu http://springwaltz81.blogspot.com/


Akhir sekali kepada semua kawan blogger Ibu arifa dan juga semua FOLLOWER serta sesiapa sahaja ibu/ bakal ibu yg membaca entry ini... saya ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI IBU !!!!





Kali ini masuk yg kali yg ke-3

Tajuk ni berkenaan dgn cekak rambut ibu, masuk yg ada sekarang adalah kali ketiga Ibu beli cekak rambut..mujur benda tu murah saja..RM 1 jer..tp amat-amat penting/berguna bagi Ibu di rumah. Almaklum lah..rambut jenis halus dan sederhana panjang pula, kalo tak pakai cekak rambut sure kadang2 rambut tertutup muka.
Ibu selalu buka cekak rambut time nak baring2, selalunya baring2 dengan Dalila la.. So bila Dalila meniarap..dia akan ternampak lah cekak Ibu ni. Ibu tak kasi pada dia, tp kadang2 dia nak nak juga main dgn cekak Ibu ni, dari pada dengar dia menagis kadang2 Ibu bagi kan jugak lah pada dia.

Cara Dalila main-kejap passing ke tgn kanan-kejap passing ke tangan kiri, kejap baling dekat saja dia baling kadang2 dia koyakkan cekak rambut tu.. kalo sempat Ibu nampak 'panjang lagi lah hayat' cekak rambut tu..tp sejak umur 7 bulan ni..dah 3 kali lah bertukar cekak rambut.

Lihat aksi dia bila Ibu pakaikan cekak rambut tu di kepalanya..



mula2 dia tak mau nak toleh tgk kamera



bila dah tgk kamera, muka hairan bila nampak 'lampu merah' pd kamera


Dalila tak buka pun cekak rambut tu dikepalanya tau..tp biasanya cekak tu yg akan terjatuh sendiri kerana terlalu longgar utk Dalila pakai..

Thursday, May 7, 2009

Tag dari yanadzul

Rasa nak cepat buat tag yg kawan2 blogger kasi..tak mo bertangguh2 lagi.. nnt bertimbun..susah nak carik balik sapa yg dah tag kita nnt?..lagi lama tunggu, lagi ramai yg men'tag'..kalo kita buat dulu..leh tag org lain pulak..hihihihi..alahh..sekadar suka2 saja kan..

Tag paling simple ni dari kak Yanadzul.. terima kasih kak..




TAG- WALLPAPER KU?



arahan tag ni:

1. Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jangan tukar tau.
ok siap!!


2.Bgtau kenapa anda suka wallpaper ini.
Suka sebab ada gambar Dalila kat dalam tu..rasa cam kelako jer bila tgk baby boy tu baca majalah yg Dalila jd covergirl nya.. mungkin baby boy tgh baca pasal Dalila kot ter perasan sekejap..hihihi


3. Sila tag 10 org kawan

Oleh kerana tag kali ni amat lah senang..HANYA PRINSCREEN JER..jd saya tag ramai kekawan yer.. maaf la kalo sape-sape yg dah kena.. or dah pernah buat tag ni..

Kak zura http://ceriterayanzur.blogspot.com/

Kak zue http://zueannie.blogspot.com/

Kak Ita http://itafed.blogspot.com/

Kak Gie http://gieyana79.blogspot.com/

Kak Ngah http://aslindaa.blogspot.com/

Ummieisya http://nuraleesya.blogspot.com/

Kak Hayatie http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/

Kak Sue http://sabngomel.blogspot.com/

Ummi Salsabila http://ummisalsabila.blogspot.com/

Kak Ina http://yongnoina.blogspot.com/

Kak Jiey http://kernakasihkita.blogspot.com/

Mama Aqish http://damiaqish.blogspot.com/

Kak Ema http://hati-ema.blogspot.com/

Kak SufieHas http://sufiehas.blogspot.com/

Mama Hana http://radzilin.blogspot.com/

Kak Nieza http://niezapunyablog.blogspot.com/

Kak Herni http://dmostsantai.blogspot.com/

Kak Leen Die http://lilin8557.blogspot.com/

Mama Alif http://ozzyorange.blogspot.com/

Putra mama http://putramama.blogspot.com/

Kak QQ http://qqinthehouse.blogspot.com/

Ummuabdullah syaakir http://ummuabdullahsyaakir.blogspot.com/

Kak Diniedinar http://diniedinar.blogspot.com/

Kak Linda http://erozlin.blogspot.com/

Cikgu Mahirah http://cikgumahirah.blogspot.com/

Kak Ifa http://ijanifa.blogspot.com/

Mama Hanin http://zalizazakaria.blogspot.com/

Ummi Afifah http://ummi-afifah.blogspot.com/

Mummy Adam http://ena-ikhwan.blogspot.com/

Kak Nurul Dhia http://sereniety.blogspot.com/

Kak Naura http://naurahmakwa.blogspot.com/

Mama sarah syimir http://syimirmikail.blogspot.com/

Mija http://mijabaik8.blogspot.com/

Kak Padnani http://padnani.blogspot.com/

Nadnye http://keloncot.blogspot.com/

UmmiabbiQis http://mayaqarmyla.blogspot.com/

Ibu Aqil Aqilah http://ibuanak2.blogspot.com/

Kak Munira http://munira.inter.net.my/

Kak Noy http://yoursabadi.blogspot.com/

Kak Arnirina http://arnirina.blogspot.com/

Adik Sepia http://sofiahsakinah.blogspot.com/

Kak mysuperkids http://mysuperkids.net/

Kak Ameen http://nurualanur.blogspot.com/

Kak YatiJay http://yattjay.blogspot.com/

Mama Irfan http://irfan-shah.blogspot.com/

Kak sufarizan http://sufarizan.blogspot.com/

Kak CuteMiut78 http://cute-miut78.blogspot.com/

Kak Luvhaziq http://luvhaziq.blogspot.com/

Kak Azie http://azie-zam.blogspot.com/

Kak wansteaddy http://mummynaliya.blogspot.com/

Kak Akma http://akma80.blogspot.com/

Kak Leedleedeea http://leadleedeeashawtee.blogspot.com/

Kak little mama http://littlemamadiary.com/

Fuhh..akhirnya siap jgk nak list nama2 geng2 blogger saya kali ni..rasa2 macam ada yg tertinggal gak ni..saya minta maaf yer..niat nak bg semua kawan FOLLOWER blog Ibu arifa ni..tp sesetengahnya tak dapat nak jejak..
Maaf yer kalo ada yang dah buat tag ni..

Tuesday, May 5, 2009

Tag dari Ummuabdullahsyakir dan Leen Die


TAG- CABARAN LANGSING KAH DAKU?

1. Berapa berat dan ketinggian anda sekarang?

Berat sekarang 45kg dan tinggi 155cm


2.Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?

Paling berat pun masa mengandungkan Dalila tahun lepas..time dah dekat2 due tu dah capai 65kg.. naik 20 kg tu..umur masa tu 27tahun.


3.Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?

Tak makan apa2 pun..rasanya berat kembali seperti sebelum bersalin ni sebab saya Full Breastfeeding Dalila kot..dalam pantang ada makan jugak kadang2..bila teringat set bersalin leesa formula..tp sampai sekarang dok ada lagi..tak habis2 pun. Tak sempat nak makan..kadang2 terlupa :P

4.Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?

Kalo paling rendah-waktu kecik2 tak tau la pulak..tp sejak belajar memang berat 43kg-45kg saja.

5. Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda.

Tak pernah..tp ku suka pergi sauna2 / areobik dan segala mcm hal2 yg sewaktu dgnnya..tp sejak berkawin..Abah tak kasi!! sedey tol


6.Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?

time belajar tu makan nasi sehari sekali saja..makan tengah hari banyak2..malam kalo rajin baru turun makan..tp yg penting KENA ambik breakfast w/p roti sapu mentega saja..kalo tak sampai ke mlm..rasa cam lembut lutut saja..

7. Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?
Tak de sebab naik mendadak melainkan ketika mengandung.

8. Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?

Rasanya tak de nak bagi kurus lagi dah..dah suka dah mcm ni..baju2 lama (kurung/kebaya)masih boleh pakai lagi w/pun baju semester 2 kat USM dulu2 (tahun 2001)..

9. Miliki gambar anda dahulu dan kini?
Ya.

10.sila upload ok?




Dalila baru nak masuk 17 minggu kat dalam tu


Gambar bulan mac 2009



11. Kawan2 yg anda ingin Tag 'cabaran langsing kah daku' ini adalah:


1. ummisalsabila http://ummisalsabila.blogspot.com/


2. ummieisya http://nuraleesya.blogspot.com/


3. Kak Azie http://azie-zam.blogspot.com/


4. Kak Nurul Dhia http://sereniety.blogspot.com/


5. Mama Hanin http://zalizazakaria.blogspot.com/


6. Kak Naura http://naurahmakwa.blogspot.com/


7. Kak Ifa http://ijanifa.blogspot.com/


8. Kak Nieza http://niezapunyablog.blogspot.com/


9. Kak Yanadzul http://yanadzul.blogspot.com/


10. Kak Luvhaziq http://luvhaziq.blogspot.com/

11. Ummi Afifah http://ummi-afifah.blogspot.com/

12. Cikgu Mahirah http://cikgumahirah.blogspot.com/

13. Kak Intan http://www.babyintan.blogspot.com/

14. Kak Mummy Adam http://ena-ikhwan.blogspot.com/

15. Kak Diniedinar http://diniedinar.blogspot.com/

16. Kak 10 http://aten10.blogspot.com/

17. Kak Erozlin http://erozlin.blogspot.com/

18. Kak Sue http://sabngomel.blogspot.com/

Maaf yer..kali ni ramai pulak yang ter'kena'..tak pe..buat slow2 okey..i tunggu tau :)

Tepuk amai-amai

Tgh hari tadi (4 May 2009) Ibu teramat terkejut bila melihat Dalila boleh tepuk2 tangan dengan sendiri..selalunya dia hanya tengok saja Ibu bertepuk..atau kita perlu gerakkan tangannya seperti 'bertepuk-tepuk' sambil menyanyikan lagu kegemaran kita dulu--Tepuk Amai- Amai--

Tapi hari ini, sewaktu Dalila sedang duduk di atas riba Ibu Ibu sdg baca blog kawan2 Ibu terpersan dia BERTEPUK-TEPUK tangan dengan sendirinya..w/pun tak berbunyi.. tapi bestnya tu sampai tak terkata!!..sebab baru kali pertama dia boleh buat sendiri mcm tu.

Tak leh nak videokan sbb dia tak mau buat selalu malu2 kucing lg rasanya tu ..next time maybe..dapat la ni.

..pandainya sayang..nanti Abah balik, Ibu cerita kat Abah yer...Dalila dah pandai tepuk2 tangan pada 4 may 2009 di usia 7bulan 1 minggu 4 hari...kiss..kiss utk anak Ibu yang pandai ni!!


Monday, May 4, 2009

Dalila makan ais krim

Teringat nak tulis entry ni bila baca blog Jiey..Ian first time mkn ais krim..

Sebenarnya Ibu dan Abah dah lama mem'boikot' segala barangan yg menyumbang kepada negara2 yg menentang berperang Pelastin. Kadang2 sampai kena check kat "list" dulu la..brand apa nak beli..atau brand makanan/barangan apa yg perlu ditukar kat dalam rumah tu. kitaorg dah lama tak minum Milo tau


.. Ish..nak cerita pasal McD laa..ter melencong sudah. Sejak keluar "list" barang yg perlu diboikot tu..kami dah tak pandang dah McD..tp sejak2 menjak ni Ibu teringin nak makan ais krim sundae kat McD. Akhirnya Abah yg kesian kot kat Ibu- dia kasi juga Ibu beli..kami beli kat drivethru jer..Abah kata makan dalam kerata saja. Ibu nak makan, Dalila pun nak makan sama..sibuk tangan dia nak capai..tak ambik gambar pun sbb Abah tgh drive..Ibu lak dok elak ais krim Ibu dari di capai oleh Dalila..



Kegemaranku dulu2

Kesian tgk dia..Ibu kasi sikit rasa kat bibir dia. Ingatkan tak nak dah sebab sejuk.. rupa2nya.. dia senyum2.. nak lagi pulak!!..sampai nangis2..tak jalan dah pujukkan Ibu time tu...Abah tak kasi bagi..Ibu lak sian kat dia nangis2..bagi la sekali dua lagi dia rasa..sampai umah MIL pun dok menagis lagi..

sian sayang..nanti besar sikit boleh la Ibu bagi rasa lagi yer.. sekarang kecik lagi..
so dengan rasmi nya..Dalila merasa ais krim pada 2nd May 2009 pada usia 7bulan 1minggu.

Sunday, May 3, 2009

Tag Kak Zue, kak Hayatie, kak Sufarizan dan Kak Diniedinar

Tag ni dapat dah lama dah dari Kak Zue dan Kak Hayatie, SuFarizan dan dan Kak Dinieninar. Dah lama buat tp tak siap2..Hari ni sempat juga edit2 sikit2..dah ini lah hasilnya..harap akak2 yg men'tag' saya ni berpuas hati yer..minta ampun..lambat nk publish.

1. Do you think you are HOT?

Hot?.. bila marah la baru "hot" kot. Aku hanya insan biasa..lain la kalo artis..bleh la hot2 ni.. makan HOTdog suka la..

2. Why do you like this picture?
(Upload your favourite photo using effacts at http://www.photofunia.com/ )



sajer jer suka gambar ni.. tu ada ku letak gambar pernikahan kat dalam board tu..mengimbau kenangan lama 2 tahun yg lalu.

3. When was the last time you ate pizza?
Awal bulan mac..masa kawasan rumah ku di "fogging".. hari tu tak masak..makan Domino pizza..sedap!!

4. The last song you listen to?
Lagu siti nor haliza kat blog sendiri...aci tak?

5. What are you doing right now besides this?
Selain jawab menyiapkan tag ni..ku akan pergi munyusukan Dalila..jika dia terjaga dari tidur...bagi susu sampai dia tidur..ku sambung balik dok depan komputer.


6. What name u prefer besides yours?
Kawan2 rapat panggil min /menn. kawan2 blog nak panggil min pun tak pe..saya okey saja.


7. People to tag

Ku rasa agak2 ayam je ramai yg dah buat Tag ni.. oleh kerana kelewatan ku mempublish..ku terpaksa memilih kawan2 yg baru. Dan sesiapa yg AKAN kena jgn marah ok..ku pun menurut perintah/arahan Tag ni saja.


1. Putramama http://putramama.blogspot.com/

2. Kak Intan http://babyintan.blogspot.com/

3. Kak Suhaila http://sabngomel.blogspot.com/

4. Kak Fid http://sweetstory.yuitsumuni.com/

5. Kak Yanadzul http://yanadzul.blogspot.com/

8. Who is no.1?

Kawan blog saya yg mempunyai anak teruna yg bernama Putra Fawzan Syahmy. Blog akak ni baru jer ber'wajah' baru..sejuk mata memandang gitu blog dia.


9. No.3 is having relationship with?

Kak Su selalu citer pasal Mr. X. ..Siapalahh Mr. X tu ek?..


10. Say something about no.5

Semoga perkenalan kita berpanjangan sampai bila2. Akak ni memang rajin update blog dia!!


11. How about no.4?

Kak Fid ni antara idola saya dalam breastfeeding..saya MEMANG kagum dengan pencapaian BF dia..dah 3 tahun lebih tau BF anaknya tu..kagum..kagum.


12. Who is no.2?

Kak Intan ni, baru juga saya kenal..ada baby nama Arissa yg jd cover majalah pa&ma bulan Mei ni..mcm anak omputih Arissa ni.

13. Other

Nak kasi kat Kak Azzul http://naufalaiman.blogspot.com/ dan mama sarah syimir http://syimirmikail.blogspot.com/ serta Munira http://munira.inter.net.my/ dan NOY http://yoursabadi.blogspot.com/ jugak kot.. mana tau dia lum wat lagi. Sesiapa nak buat pun ku persilakan... :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...