nak join? klik banner ni yer

Wednesday, April 1, 2009

Cloth Diaper pertama Dalila

Ibu di perkenalkan dengan benda ni melalui blog2 kawan2 ibu. Mula2 tu setakat tgk2 cenggitu jer.. Time survay kat web nak beli breast pum pun selalu nampak benda ni gak.. Dah sepakat ngan Abah beli breast pump kat Angie (my baby pit shop) sbb dekat jer umah dia dengan umah ibu..lagi pun nak mintak dia ajar kan cara nak guna pump tu, kalo nak servis ker, ada masalah ker tak la kelam kabut kalau berbanding dengan beli online. Dah siap Angie ajar semua..Angie keluarkan Cloth Diaper @ CD kat ibu..dia promot guna ni..bla..bla..bla Ibu jadi berkenan sbb ibu dah tengok sendiri CD tu sebelum ni tgk kat blog jer.. tak de perasaan lagi Kami plan nak beli hujung bulan mac ni.. petang pas balik MTest..so ni dia CD tu..beli 3 keping jer dulu..nanti slow2 beli lagi kan abah :p

2 Bum Genius, 1 Happy Heinys

Mari ibu tunjukkan apakah perbezaan antara 2 jenama ni..selain harga (beza RM 1) dan warna

Saiz Bum Genius kecil sikit je dari Happy Heinys
Happy Heinys ada 3 botton


Ruang untuk mengisi "insert" dan kain alas (warna putih) yang amat lembut

Ruang mengisi "insert" pd Bum Genius


Bum Genius ada 2 botton


Setiap set, akan dapat 2 "insert" satu panjang..satu lagi pendek. Perbezaan bentuk "insert" boleh diperhatikan seperti dibawah. Disebelah kiri (Bum Genius) yang kanan (Happy Heinys)




Insert Bum Genius yang panjang ada butang..jd kalo baby kecik lagi leh guna butang tu. Yang Happy Heinys tak de butang..lipat pun boleh jer guna.


Pandangan hujung (Happy Heinys ada ternampak sikit insertnya)

Basuh 2-3 kali baru boleh guna..gunakan sedikit saja sabun



Jemur bagi kena cahaya matahari bukan niat nak tunjuk kat jiran tau

Ibu dah try pakai kan (Bum Genius) dah semalam (7.30mlm-10.30mlm) kat Dalila. Okey jer dia pakai. Tak bocor pun. Pagi tadi pakai Happy Heinys (jam 7 pagi- 11pg) okey juga..tp Dalila berry..tukar pakai lastnyer CD..until jam 1.30tghhari..dan berry jugak lagi.. Masa Ibu mandi tadi..Ibu sembur jer poopo tu dengan air yg deras..tinggal bekas kaler2 kuning kat CD..pastu letak dalam mesin..suruh mesin yg basuhkan

gambar kabur2..Dalila yg tak mo dok diam


Pandangan belakang Bum Genius


Seperti biasa..Dalila akan buka pelekat tu kalo tak cepat2 pakaikan seluar. Ibu ingatkan bila pakai CD (Cloth Diaper) ni dia tak buka dah..tp semua dia reti tarik pelekat tu.

Pada pendapat ibu, guna CD ni macam guna lampin kain tu juga, kena rajin membasuh CD tu lebih2 lagi kalo anak berry. Cuma CD ni nampak kemas sikit bila pakai..Dalila kalo pakai lampin biasa tu..sekejap je..dah basah..pastu terburai ikatan. Yang bestnyer dengan penggunaan CD juga kita dapat membantu alam sekitar dengan mengurangkan pembuangan sampah yang susah nak terurai dek Bumi. Kalau sehari Ibu dah jimat 3 keping mamy poko (sbb buat masa ni ada 3 set jer CD)..kira seminggu..kire pulak untuk sebulan..wahh..dah banyak dah sumbangan Ibu pada alam sekitar dan juga poket abah.

9 comments:

Naura said...

nampak bagus lah..praktikal tak?tak bocor ker?kalau dalila yak,ok er?bli katner ek?baper harga dia..

Ummi Eisya&Amani said...

ok ke guna CD ni.insert tu leh basuh ke. berapa arga..cite la details skit.

ibu_Arifa said...

TO NAURA: dah 3-4 kali dia yak dalam tu..ok yer..dah la dia dah start makan..mmg byk yak dia..tak bocor la. seluar dia tu kalis air. Saya beli kat my baby pit shot. Tp byk dah org jual benda ni. yang murah pun ada, mahal pun ada..tp di sbbkan tak sabar nak try (beli kat kwn2 blog online ada lagi murah) so,beli je la 3 set.. Bum Genius rm83.

Leen Die said...

tuelah..huhuh..hubby suka main gitu..kiter nie lak duk sian kat anak.huhuh

ibu_Arifa said...

TO MRS ADZ: Cloth Daiper ni muat semua saiz baby dari new born- XL (kot) sbb ada butang nak ekjas saiz pada seluar tu. Leh pakai sampai anak ke 2-3 nanti sbb tahan lasak.

kakngah said...

wah..wah..wah.. dalila pn berCd dh.
gud.
slmtkn bumi & poket papa...
hihihi!!!
berapa harga sbenar??
kot2 ade saki baki blh gak aku tmbh koleksi lg...

Ummi Salsabila said...

comeinyer dalila berCD..cutenye muntut die..CD wane pink lg..:)

ibu_Arifa said...

TO KAK NGAH:Bum genius RM83, Happy heinys RM82 kalo tak silap..sbb asben yg bayar..huhu..

TO UMMI SALSABILA: alamak..malunyer..semua ibu selalu belikan wane pink..tak reti nak elak.

Jade said...

selamat ber-CD.. same le kita br nk bermula.

anyway.. salam singgah...nnt i link my blog with yours ek :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...