nak join? klik banner ni yer

Thursday, April 30, 2009

Don't turn on A/C immediately



If You Drive a Car, do not turn on A/C Immediately as soon as you enter the car!

Please open the windows after you enter your car and do not turn ON your air-conditioning immediately.

In brief, the above article says: According to research done by a U.C., the car dashboard, sofa, air freshener will emit Benzene, a cancer causing toxin (carcinogen- take note of the heated plastic smell in your car).In addition to causing cancer, it poisons your bones, causes anemia, and reduces white blood cells.

Prolonged exposure will cause Leukaemia, increasing the risk of cancer.. May also cause miscarriage.Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft.. A car parked indoors with the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level..

The people inside the car will inevitably inhale an excess amount of the toxin.It is recommended that you open the windows and door to give time for the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.

P/S: BAHAYA ni..kadang2 kita tak sedar.. Ibu selalu pesan kat Abah pasal botol minuman dan bekas makanan saja- yg tak boleh tinggal dalam kereta..lepas ni kena beringat pasal air cond. jugak lah :)

Wednesday, April 29, 2009

Asyiknya Dalila Bermain..

Alhamdulillah..kali ni sempat juga Ibu rakam aksi2 Dalila bermain bercakap sorang2 Selalunya bila nak rakam jer..Dalila dah perasan Ibu bangun nak ambik kamera lum beli video cam lagi.. bila Abah! :P mesti dia berhenti cakap-cakap dah, dah mula sengeh2 + kepak2 tangan nak minta Ibu angkat pulak...

Tapi kali ni, dengan bangga nya..ter'rekod' juga akhirnya..walaupun berlatar belakangkan filem sedih..tapi nak tgk juga BUKIT KEPUNG di astro kirana. Abah yg bagi isyarat suruh ambik kamera (yg baru sudah di cas baterinya di depan TV.) Kebetulan Ibu memang baring tepi rak TV.


Meh kita tgk apa yg Dalila dok cerita dgn anak patung hadiah pemberian Acunya ittew...




AMARAN: hati2 yer..mungkin anda akan terkejut bila dgr jeritan anak dara ku ini. Ibu2 yg sedang mengandung still boleh tgk lagi video ini..

Ini juga merupaka video pertama Ibu upload sejak ada blog ini... ..ku baru nak blajar letak video




nota kaki: selain main2 mcm ni, Dalila juga suka berdehem-dehem..dan berpura2 seperti batuk orang kaya..(yg belum sempat Ibu video kan lagi.)

Sunday, April 26, 2009

Dalila Bersama Meraikannya..


Abah hari ni ajak Ibu makan tengah hari kat restoran Pan Mutiara kalo tak silap namanya.. Ibu tak ambik gambar pun, segan la..sbb nampak restoran tu cam 'dasyat' jer..cantik sangat kat dalam nya..siap ada kolam air terjun lagi kat dalam tu air terjun buatan saja. Lokasinya pun tak jauh mana, kalo dari rumah Ibu, jalan terus jer ikut pantai Seagate tu..sampai jumpa simpang tiga 'T', kalo ambik kanan...akan ke TELUK TEMPOYAK..kalo ke kiri..ke restoran tu lah!!. Sape2 yg lum try..gi la try..makanan sure terangkat kesedapannya!! tp tak best tang lalat satu jer..siap terjun dlm air fresh oren ibu tu..sedey..tul kena oder lain pulak.

Balik mkn gi beli kek kat secret resepi..tak berani beli kat kedai lain..sbb tak de tanda HALAL pun tgk... jom kita tgk aksi pertama Dalila dgn kek birthday abahnya.. kui..kui..kui.. tak pernah tgk kek lagi sejak umur 7 bln ni ..sian


muka confius jer- bila ibu nak buka kotak merah tu?


Kotak merah- target Dalila mlm ni



cobaan untuk mencapai kotak tu..



Cobaan demi cobaan -semakin dekat



bertambah teruja bila Ibu bukakan kotak tu


muka kehairanan -kenapa tak boleh ambik Ibu?

Frust!! bila Ibu tak kasi..


Bukan Ibu tak mau kasi, tapi kita tunggu Abah balik dari mengaji dulu la okey.. kita makan sama2. Ibu beli sebiji cam ni sebab nak makan ramai2 esok kat rumah MIL, ada SIL semua, yg baru dapat baby hari tu pun datang juga..meriah la esok dgn anak2 dioarng.. Cuma kami jer nak potong nak rasa dulu Lagi pun esok ada kenduri di blok tetangga sini..Abah jd org angkat hidang..so risau lambat la nak tunggu Abah balik esok.

Selamat Hari Lahir Suami ku !! tengok sapa yg excitet tu

p/s: hari ni (25 April) kali pertama Dalila merasa air jus tembikai dan jus oren di restoran.. bukan main suka dia.. time sblm lalat terjun dlm air Ibu dan juga kali pertama merasa kek strawberry- letak sikit je buah strawberri tu kat bibir dia..


Saturday, April 25, 2009

Terima kasih semua

1st Winner- Baby Cute Contest
ARIFA DALILA
terima kasih yer kerana memilih caye..caye sayang semua!!

Terkejut yang amat bila dapat tau Arifa Dalila menang dalam pertandingan BCC anjuarn Mama Aqish ni. ALHAMDULILLAH..syukur kepada ALLAH.. Yer lah..first time join contest2 baby macam ni, selalu contest ibu2 jer (mcm Gin& Jack, The lilCaliph) huh..kalah jer Lagi pun last minit punya karang untuk BCC ni sehari sblm tarikh tutup Mungkin rezeki Dalila kot kali ni..sebab Ibu tgk semua baby yg join contest MEMANG COMEL2 BELAKA..SEMUA MEMANG LAYAK JADI PEMENANG. Nasib balik la bukan Ibu yg jd juri..kalo tak..mau sakit2 kapala nak pilih.

Mula2 tu sekadar nak memeriahkan contest saja, bila dapat tau ada hadiah tight tu, syok gak (sbb time tu Dalila tak ada lagi tight w/pun sehelai . Tapi tak harap la akan menang... tak caya tgk la kat entry yg Ibu buat time tu siap ckp "kalo tak menang Ibu nak belikan" lagi.. Nak juga tgk Dalila ni pakai tight.. Nak beli dari Mama Aqish..takut nanti "kontrovesi" lak sbb ibu join contest BCC tu time tu.


zwani.com myspace graphic comments


Okey lah.. tak mau nak buang masa lagi..Ibu nak ambik peluang ni untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH buat:


1. MAMA AQISH- kerana mengajurkan pertandingan seperti ini, saya dapat kenal ramai kawan2 baru. Terima kasih juga kerana telah memilih Arifa Dalila sebagai pemenang untuk kali ini.

2. KAWAN-KAWAN BLOGGER- yang telah mengundi Arifa Dalila, jasa baik anda semua, Allah saja yg dapat membalasnya. Ibu pasti, jika Dalila tau (jika dia faham) pasti dia pun gembira kerana anda semua turut menyokongnya selama ini. Tak kiralah sama ada blogger2 yg Ibu kenal atau pun tidak..terima kasih juga Ibu ucapkan..

Maaf lah, nak sebutkan nama serang demi seorang, risau nanti ada yg terasa pula sekiranya namanya tertinggal. Jadi bagi yg mengundi tu, anda sendiri tahukan.. bagi yg tak mengundi pun..Ibu faham..PELUANG MENGUNDI HANYA SEKALI diberi UTK SATU KATEGORI KAN.. anyway..terima kasih juga kerana SAMA memeriahkan contest BCC kali ini.

Kalau sudi terima lah grafik di atas tu sebagai penghargaan dari saya.

Kegembiraan kali ini mungkin boleh dikongsi bersama dgn sambutan Hari lahir Suami ku (25 April) hari ini.. SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU TERSAYANG. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan diberkati dan dilindungi Allah selalu. Cari rezeki yg HALAL utk keluarga kita yer. Sayang dan Arifa Dalila sayang kat abang tau.. muahh..muahh.muahh.. ops!! jgn marah yer kwn2


zwani.com myspace graphic comments




P/S: tahniah juga buat 5 lagi pemenang BCC kali ini :)


Buat Arifa Dalila: Ini adalah sebagai salah satu tanda penghargaan dari Ibu diatas ketekunan mu belajar dan pencapaian mu selama ini yg baru mencecah usia 7 bulan. Kiss..kiss..dari Ibu. Ibu sayang Arifa Dalila tau.. Jadi anak yg baik okey :)


Friday, April 24, 2009

opps!!..Terlebih sudah!!

Dah beberapa hari rasanya tak update blog, buka ajer blog suka ronda2..Pastu smlm abah dah kasi kebenaran untuk publishkan satu kisah sedih kami, so, smlm Ibu karang2 la sikit2. Nantikan ceritanya nanti okey. Entry kali ni, saja buat tatapan Dalila, bila dia besar nnt.. bior dia tau..kecik2 lagi dah pandai nak nakal2...hahaha...

Dalila sekarang ni, dah makin kuat keinginan/kemahuannya untuk mencapai sesuatu yg dia ingini. Kalo tak kasi ..dia akan menangis2..leleh2 la air mata dia nanti.. Bukan boleh ganti dgn benda lain pula tu..melainkan kena angkat dia dan pujuk sambil dukung jalan2 sekeliling rumah

Tp minggu lepas, sempat la Ibu ambik gambar, Dalila tertumpah bedak di mukanya.

tolong Ibu..tolong caya...


Biasanya lepas mandi..Ibu bedakkan dia satu badan semua..dia pula dok sibuk nak pegang botol bedak tu.. KADANG2 Ibu kasi la kat dia - lepas tutup tudung botol tu..

Entah mcm mana, hari tu Ibu terlupa tutup botol bedak tu, tp Ibu memang dah letak jauh sikit dari Dalila, sbb memang tak nak kasi kat dia pun. Pastu Ibu cakap baik2 kat dia, "Ibu nak pergi buang pempers jap ni sayang, tunggu sekejap ya". Kat Dapur terus terdengar Dalila managis kuat, cepat2 la Ibu datang tengok..rupa2nya..dia dah guling2 pergi capai juga botol bedak tu.. lalu tertumpah kat muka dia.. "tu laa..Ibu cakap tak boleh main, nak main jugak" sempat lagi tuh Ibu ambik gambar (sbb kamera memang ada dekat almari sebelah katil tu)... alahai..sayang Ibu ni..macam2 hal.. tak sabar2 nak pakai bedak ker


Tuesday, April 21, 2009

Tag dari Kak Zaza dan Ummi Salsabila serta Mama Hanin

Ibu telah di tag oleh Kak Zaza..tp rasa macam Ummi Salsabila dan bagi tag ni kat Ibu..tapi belum sempat Ibu buat lagi aritu. So, tak mo bertangguh2 lagi..Ibu selesaikan hutang dgn kak Zaza dan Ummi Salsabila ni cepat2.

1. Letakkan gambar anak yg baru lahir..Gambar kalau boleh mestilah yg masih dalam wad maknanya gambar anak hari yg PERTAMA


Detik2 indah..milik kita berdua

Ini adalah antara gambar2 terawal di wad selain gambar2 yg dah memang Ibu letak kat blog ni.
Ibu memang TERAMAT SUKA tengok gambar ni. Ini merupakan detik2 pertama anak ibu dibiarkan berdua2an dengan ibu saja di wad. Wajah Dalila ni ibu ambik pakai kamera h/p ibu selepas SECARA RASMInya Dalila MINUM SUSU IBU.. masa tu jam 9pagi..hari ke-2 lepas lahir.

Malam sebelumnya..ibu dah alami bengkak B dah..nurse dah bawa Dalila dah untuk try hisap tp..susu mcm tak kuar malam tu..puas Ibu cuba dgn bantuan nurse malam tu. (minta bantuan nurse sbb tak tau teknik nak bagi susu/ nak dukung / dan Ibu tak boleh bergerak banyak..sakit tang luka operation tu) Pagi esoknya Dr. Rozita buat rondaan/check semua..dia suruh bawa bawa Dalila dan try bagi susu juga sbb B Ibu dah keras sesangat dah, nanti Ibu demam..lagi lambat pulak nak balik umah.


Dan akhirnya..ALHAMDULILLAH..berjaya juga anak Ibu ni hisap susu ibu yg pertama kalinya. Tengok tu mukanya..tak nangis pun! baiknya Arifa Dalila ni.. (suka tgk matanya yg ala2 bengkak-sepet time tu) Alaa..bushuk2 masyam ibu ni..


2.Letakkan butir ini:


  • Nama anak:

  • ARIFA DALILA (arifa= bijak/terpelajar. dalila= pertunjuk/pemimpin)


  • Panggilan:

  • ARIFA/ DALILA/ ARIFA DALILA..mana2 pun boleh


  • Jantina:

  • PEREMPUAN


  • Tarikh lahir:

  • 23 sept 2008 jam 8 mlm (due 21 tp tak rasa sakit apa2 pun lagi)


  • Tempat lahir:

  • PEARL MATERNITY HOSPITAL, SG. ARA, PULAU PINANG.(sbb dekat dgn rumah)


  • Berat sewaktu lahir:

  • 3.4 KG dengan panjang 51CM (kat operation room tu sempat lagi dok dengar doktor cakap..(ibu separuh sedar je time operate tu..dok dengar doktor2 dan nurse2 bersembang pulak..macam2 hal :P


  • Cara kelahiran:

  • EMERCENCY LSCS..(baby dah terberry kat dalam dah jam 4 ptg tu, masa doktor pecahKAN air ketuban dah nampak. Pas doktor keluarkan Dalila, doktor letak dekat Ibu, bagi Ibu sentuh2 usap2..kejap dia mcm tertidur..kejap dia macam nangis..bila menagis sekali keluar air mata pulak tu..mata sepet tu melilau2 tgk sekeliling....Bagi Ibu masa tu..rasa macam tak percaya jer dah ada anak sendiri. Alhamdulillah..semuanya dah selamat.

3. Harapan ibu pada anak ni. Jadi ape besar nanti n KENAPA?

Sebelum Dalila lahir Ibu selalu berdoa agar Ibu dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah, yg dapat menjaga Ibu di hari tua Ibu, dan yang dapat mendoakan Ibu setelah Ibu tiada nanti. Bila dah selamat lahir semua ni..Ibu doakan agar anak Ibu ni sentiasa sihat, dilindungi Allah dari segala bahaya dan menjadi anak yg solehah (mematuhi suruhan-Nya..menghindari larangan-Nya), dan mendengar cakap Ibu dan Abah sampai bila2. Agar Dalila ni.. berjaya dalam apa juga yg dia minati..Abah harap Dalila ni jd seorg Doktor, Ibu pulak..dulu2 berharap nak dia jd peguam..tp bila Dr. Fadhilah Kamsah kata 2/3 dari kalangan peguam akan masuk neraka.. terus cencel niat tu..Ibu tak kisah Arifa Dalila ni nak pilih kerjaya apa nnt (yg baik2 saja yer nak) asalkan daia ingat pada Ibu dan Abah, hormat org tua..dan menjadi anak yg SOLEHAH..aminn..

4. Nak tag kawan2 bat bawah ni la rasenyer.. kalo ada dah buat..tak pe lah k.
kak azzul http://naufalaiman.blogspot.com/
kak ifa http://ijanifa.blogspot.com/
Ummieisya http://nuraleesya.blogspot.com/
Kak Nadnyehttp://keloncot.blogspot.com/
Kak Diniedinar http://diniedinar.blogspot.com/
Kak Yan http://mayaqarmyla.blogspot.com/
Kak SZ http://syimirmikail.blogspot.com/

dan pada saper2 kawan saya yg nak buat la..yg list ni saya pilih secara rawak jer..

Monday, April 20, 2009

Beli baju lagi..dan kempen Save our Earth

Petang td, Ibu berkesempatan ke Sunshine Square, sampai sana pun dah dekat jam 5 ptg. Datang saja jalan2.. sebenarnya niat nak cari flash card kt Dalila, tp offernya dah abis laa.. Ajak abah gi naik tingkat barangan Baby dan kanak2.. sampai2 jer..depan2 eskelator tu..ada sale la pulak.. poney lak tu yg mula2 nampak rambang mata nak pilih..semua less 50%. Ibu belilah 2 helai baju kat Dalila(satu buat pakai kt umah..satu lagi buat gi jejalan), satu botol bedak Pureen, dan bib (nak buat gilir2 guna) alasan je..padahal dah ada 3 kt umah hik..hik..hik

Inilah hasil beli belah dan blah hari ni


On the way nak turun..terserempak la dgn geng2 kakak2 makcik2 yg sedang bawak bag ijau/ bag hitam/ bag coklat/bag kuning ni yg bertulis "save Earth"dan sewaktu dgn nya..dan ibu dok dengar bising2 mcm ceramah dlm bahasa cina kat area banquet Sunshine ni. Rupa2nya ada kempen "Save Our Earth" sedang berlangsung..tp dah nak abis dah time tu.. Ibu pun suka nak masuk gi tgk sambil mengutip apa yg patut kat dalam tu.. Di sebab kan dah acara penutup..Ibu dapat benda ni jer..



Bag hijau wane ni yg last..CD dan kayu.


Bag hijau tu..ibu ambik 6 keping..niat baik nak bawak tiap2 kali nak shopping, tak mo guna plastik bag dah, nak jaga alam sekitar juga.. keinsafan @ kesedaraan sejak2 pakai Cloth Daiper kot..huhuhu..tp tak tau lagi..bleh bawak tak bag2 hijau ni..kot nnt pak gat dok check2 selalu or kena "ikat" dgn cable tie ker..malas la pulak jd nya.

Yang kayu tu pulak...diaorang balik suruh tanam..katanya letak dalam air..akan tumbuh..ibu ambik 2 jer. Tak tau la pokok apa ni yg nak tumbuh ni..sbb org yg bagi tu pun tak tau pokok apa.

CD tu lum tgk lagi..tp makcik yg bagi tu pesan jangan makan daging..makan sayur jer.


muka depan bag ijau tu


Ini CD yg ibu sempat ambik

Kat luar CD tu tertulis web side http://www.suprememastertv.com/. Kalau ada yg rajin leh la check web tu. Yang hairanya..kenapa ceramah/kempen yg best mcm ni diaorg buat dalam bahasa cina kat dalam shoping complex mcm ni?.. org kat bumi ni..banyaknya org cina kah?..mungkin sbb penganjur or tuan punya Sunshine ni org cina kot.. tp tak best la..dah la kami tak tau..dah 2 hari dah kempen ni sebenarnya berlansung kat situ..sedey2..

p/s: kat dalam tu pun ada org jual Cloth Daiper gak..tp buatan Australia katanya Ibu tak beli pun..sama jer harga RM 80++ juga satu set.

IBU STILL VOTE FOR EARTH..w/pun tak tutup lampu 1 jam lagi mcm hari tu.

Friday, April 17, 2009

Please Vote for Arifa

Hari ni 17 April 2009 bermulanya tarikh mengundi bagi BABY CUTE CONTEST (BCC)yang dianjurkan oleh mama_aqish.. Huh!! leh sekali jer vote utk setiap kategori (kategori girls dan kategori boys)..tu yg tak berapa best tu.. anak kawan2 blog pun ramai gak yg masuk maaf ye kawan-kawan, ku terpaksa buat pilihan

Ibu pun nak cuba tuah juga..kepada kawan2 Ibu..


TOLONG VOTE untuk ARIFA ok..


NO. 29



cara-cara nak vote adalah seperti berikut:


buka blog mama_aqish..klik disini utk ke blog tu.


masuk ruangan komen


tulis begini pada ruangan komen tadi


BCC_girl's_29_5 bintang


terima kasih kepada yang sudi mengundi Arifa Dalila

tarikh tutup untuk vote adalah pada 23 April 2009


Thursday, April 16, 2009

Proton Exora

Hari ini 15 April 2009 telah diadakan majlis perlancaran kereta MPV buatan Malaysia yang pertama yg telah diberi nama Exora..(nama sainstifik bagi bunga Siantan..nama kampungnya bunga Jejarum) Nama ini telah dicadangkan oleh seorang guru perempuan dari Changloon, Kedah orang sekg Ibu ni dan beliau telah berjaya mendapat kereta ini sebagai hadiah free.
Dah glamor de amor dah namanya skrg..



sumber : proton-edar


Harga kalau tak silap dari RM 72, 000. Menggunakan teknologi enjin Campro CPS 1.6 L. Rekaannya seakan-akan Toyota Wish. Ibu tak reti nak ulas banyak2.. buat entry ni pun sebagai info buat diri sendiri kalo2 kat interview nanti ditanya "pengetahuan Am" pasal kereta Malaysia terbaru ker.. ada lah juga bahan nak goreng cakap depan orang. Lagi satu..kalo nak buat rujukan senang..tak la tercari2 sbb dah tulis kt blog w/pun sikit jer


Pengeluaran Proton dari 1985- 2009

Maaf yer, graf tu kecik. Dah abis edit dah tu..
Mengikut apa yg TV td bagitau..hanya 18 bulan sahaja diperlukan untuk membina MPV ni.. sekali dengan design semua..dan melibatkan hasil kerja anak tempatan kita. Komponen yg digunakan pun 90% adalah komponen buatan Malaysia.. Ishh..ishh.. cayalah Malaysia.. Tahniah!!..Tahniah!!

Tuesday, April 14, 2009

Baby Cute Contest

Saya Arifa Dalila..umur 6 bulan


Apa yang menarik tentang Arifa Dalila?
  • seorang anak yang baik, tahu saja bila sesiapa saja panggil namanya..sure tersenyum..
  • rajin nak belajar buat sesuatu yang baru, yang ada disekelilingnya..sama ada nak mencapai benda tu dengan kaki mahupun dengan tangan, atau bergolek2 berkali2 untuk kearah benda itu. senang nak cakap dia rajin berusaha..
  • Buat pada masa ini..Arifa Dalila lah satu2 nya anak Ibu dan Abah di muka bumi ni.. yang merupakan AMANAH ALLAH yang amat berharga.
  • pandai memujuk sesiapa saja untuk mengangkatnya, dengan lirikan mata bulat nya tu..sambil mengepak-ngepakkan kedua2 tangannya..sure sesiapa saja akan terawan/kalah.
  • Sudah tumbuh 2 batang gigi bawah, dan amat becok sekali mulutnya sekarang (mungkin menyanyi/berbicara.

Kenapa Arifa Dalila perlu menang contest ni?
  • Kerana Arifa Dalila memang comel di mata Ibu dan Abah.
  • Kerana Arifa Dalila memang pandai senyum.. walaupun baru berusia 6 bulan ++ ambik gambar dia pun tak susah.. di pakaikan tudung atau topi pun dia tak kisah..
  • Kerana Ibu ingin kan yang terbaik untuk anak ibu ni..dan sebagai penghargaan buat nya kerana pencapainya selama 6 bulan lebih ni.
  • Kerana Ibu usaha sendiri ambik gambar ni..tak guna studio (kat rumah saja tau).. tak guna photographer profesional pun.. moga berkatlah segala usaha Ibu ni yer. Amin..

Last minit punya karang..harap kalau dapat tight tu.. ALHAMDULILAH..SYUKUR.. kalo tak dapat..nanti Ibu belikan la untuk anak Ibu ni...Jadi kawan2 Ibu..vote for Arifa Dalila sama yer.. sila tengok blog mama_aqish ni untuk tolong vote arifa dalila okey.

VOTE ARIFA DALILA

VOTE ARIFA DALILA

VOTE ARIFA DALILA



Dalila bertudung tau :)

Hari ni rasa nak cerita pulak pasal tudung pertama Dalila..Lama dah ter'pending' citer ni. Ibu beli kat market pagi area dekat rumah Ibu jer.. harga dalm RM6. Kaler tak banyak pilihan makcik tu jual..ada 2 jer tudung baby..satu (semua putih)..dan satu yg ibu beli ni.
Saja nak sekali sekala bagi Dalila bertudung..nak biasakan dia juga. Selalu keluar dengan topi jer.. ni tukar pula dengan tudung ..biar nampak ayu dan cute ala2 muslimah gitu..
Ibu tak pakai kan selalu..kadang2 jer.. bila keluar gi mana2 malam2..boleh la pakai.. kesian pulak kalau dia berpeluh..

Assalamualikum aunty2 semua...


Antara aksi2 kali pertamanya

Mujur dia okey jer bila pakai tudung ni..tak de la pulak nak tarik2..atau menangis2 nak cabut tudung ni.. Bagus sayang..pandai sayang pakai tudung

Rasa nak hantar gambar bertudung ni masuk contest kat blog mama_aqish tu (nak sama2 memeriahkan contest kawan2 blog sambil menambah kawan2 baru).. tp tak tau nak hantar gambar yg mana satu pulak.. semuanya Ibu suka.. ada cadangan??


Monday, April 13, 2009

Lagi 3 Cloth Daiper~ dah sampai

Hari Sabtu baru2 ni sempat jugaIbu dah Abah balik Kg ibu kat Changloon tu. Rindu sesangat kat Mak Ayah ibu kat kg. Alhamdulillah semua sihat. Sampai balik penang dalam jam 4ptg td. Best woo..tgk kampung, orang disana baru jer org mula membajak sawah..akan ternampak la kubota atau traktor di pinggir2 ban sawah tu.. Kalo time Ibu budak2 lagi dulu-dulu..rajin juga ikut belakang traktor tu (bila mambajak sawah yg penuh air lumpur)...follow dgn kawan nak main tangkap ikan darat..saja suka2. kecil2 dulu ganas sikit sorry tak snap gambar sbb nak hari hujan time sampai tu.

Nak citer pasal Cloth Daiper (CD) baru dalila pulak la..Hahaha..CD ni Ibu beli online tau..kat babycool09 hanya 3 keping=RM100. Terima kasih KAK AKMA.. Inilah KALI PERTAMA ibu mambuat pembelian secara online...ye lah sejak dah mula berblog2 ni..rasa macam dah ketagih pulak pasni pasti rajin nak tengok2 baju untuk Dalila pula :P


Disebabkan dah kehabisan warna... hanya pink saja ada..tu pun 4 pcs je ibu beli juga sbb nak try jenama ni.. ibu tgk tak banyak beza ada pro dan kontranya juga laa..dengan apa yg ibu guna sebelum ni..

Dah sampai CD babycool09

Keasyikan Dalila membelek2 barang

Opps! baru perasan Ibu nak ambik gambar yer..

Buka2 jer CD tu dari kotak, cepat2 jer dia capai..macam dia tau barang tu dia yg punya.. Dalila time tu sedang pakai Happy Heinys nyer CD..kaler oren lagi-jangan marahh.. Jenama Happy Heinys ni pelekatnya kuat dan lebar..jd Dalila tak boleh buka yess!! Ibu menang kali ni

Bagi yg belum mencuba CD (berCD) ni, ibu cadang kan..cuba la..anda pasti akan rasa best bila anda sedar bahawa hari ni anda dah berjaya jimatkan daiper pakai buang tu dah beberapa keping dalam sehari.. Rasa best tu..memang tak dapat Ibu nak ceritakan.. Abah.. ibu dah bantu Abah berjimat sikit2 ni tau.. sambil senyum sampai ke telinga :) bangganyaa..




Saturday, April 11, 2009

Welcome to our family!!!

Nak citer pasal sepupu baru Dalila pula kali ni, adik Abah baru sahaja melahirkan seorang lagi cahayamatanya yang ke-3, pada Ahad lepas (5 April) di Pearl Maternity Hospital, di Sg. Ara Pulau Pinang. hospital ni juga tempat Dalila dilahirkan dulu ..Sungguh mengimbau kenangan lalu bila melihat baby baru tu.. ish..ish..

Kalau tak silap..due 18hb April ni..tp baby dah tak mau duduk lama2 lagi kat dalam tu, keluar awal 2 minggu. Apa apa pun..semuanya dah selamat jadi Ibu sekeluarga nak ucapkan tahniah pada Fauziah dan Fathul sekeluarga dengan kehadiran cahayamata mereka kali ni. Kepada Faiq dan Aqif..kena tolong mama jaga adik tau!..kalo tak Pak Lang/Mak Lang ambik adik ni ayat ugut Abah selalu ckp kat anak2 Fauziah

Inilah pemenangnya!!!

close-up sikit wajah pemenang kita pagi ni..

Stiker yang dimiliki olehnya.

Nak juga jer tunjuk stiker Dalila dulu2.. tp segan la pulak..nanti orang salah faham lak.. Anyway pada tika entry ini ditulis..belum 7 hari lagi baby tu..so nama baby tak akan diumumkan lagi lah.. Nanti dah 7 hari, Ibu tanya k.

Huhuhu..Tahun lepas giliran Ibu, tahun ni giliran Fauziah..tahun depan kita tunggu Kak Long pulak okey.. Bagi MIL ni cucu ke-6..dan cucu lelaki yg ketiga.. makin meriah la keluarga kita pas ni!!

Thursday, April 9, 2009

Dalila memerap~ Ibu demam

Dah beberapa hari Ibu tak sempat nak update blog. Buka je blog sibuk membaca citer kat blog kawan2 yg baru update..sibuk kunjung/jenguk rumah blog orang. Lepas entry Encik GiGi on the way tu..Ibu demam (2hari)..mungkin sebab terkejut terkena beberapa kali gigitan Dalila tu :P jangan la test gigi mu kat situ sayang.Dalila dah makin pandai memerap kadang2 mengamuk sampai tak mau diletakkan atas katil, nak dukung jer..nak tidur pun mau didukung Ibu..adehh..nak buli Ibu ker sayang?
Sekarang pantang lambat sikit ibu angkat ..mula la menangis bagai.. kuat yang amat suaranya. Kalau menangis tu boleh sampai tersumbat hidung dia..sok-sek sok-sek jer dengar dia nafas....kesian tengokk dia macam ni ..mungkin sebab tak selesa nak tumbuh gigi.. kalo boleh pass pada Ibu apa yg sedang dialami..Ibu sanggup gantikan sayang.

Dulu2..Ibu buat entry pas jam 12.30 ++pagi..bila Dalila dah tidur.. (dia memang tiap2 hari jam 12 malam baru mau tidur) tp sejak ada gigi ni..tidur dia tak lama..kejap2 asyik terjaga..dah terus menangis2.. siang pun macam tu juga.. tak sempat ibu nak update blog..Bukannya tak de citer..citer adik abah (Makcik)baru lepas melahirkan anak ke-3 Ahad lepas, citer solid food Dalila, citer Cloth Daiper baru yg Ibu beli online, citer tudung baru Dalila..semua tak tau bila sempat nak karang.

Buat mulut seksi sikit...

Apa yang Ibu perasan sejak Dalila dah masuk 6 bulan ni:

  • rajin+suka cakap..cakap banyak, sayang tau sbb Ibu tak berapa faham bahasa dia.
  • dah mula melentikkan badan (angkat badan/bontot) tinggi2 bila kena letak sebab tak mau dibaringkan, menggelupur sambil nangis kuat2..sebelum ni..tak macam ni.
  • dah pandai mengamuk2 kalo apa yg dia nak tak dapat (cth remote astro), tukar dgn benda lain lagi la dia bebal.. dulu mengamuk juga tp senang sekejap je boleh di pujuk.
  • time mandi tak mau nak duduk dalam tub mandian dia..nak baring lentang jer..sambil kaki menendang2 air..Ibu nak bilas susah sebab Dalila tak mau duduk atau berdiri.
  • pandai kangkang kaki luas2 kalo tau Ibu nak masukkan dia dalam walker, dah sampai kat dalam tu dia kepit sekepit2nya..tak mau turunkan kaki kat ruangan kaki tu..jadinya macam nak bertinggung dalam walker la :P (boleh lak pastu dia wat selamber jer main mainan kat dashboard walker tu..cam tak de paper je)

p/s: membesar dengan sihat dan selamat yer sayang.

Saturday, April 4, 2009

Encik GiGi ~ dah on the way

Gambar ni Ibu snap masa lepas bagi Dalila makan puri pisang emas-lenyek. Nanti ada masa Ibu cerita pasal solid food Dalila pula okey. Tak sempat nak edit/resize gambar lagi..
Perkenalkan..Encik GiGi- 2 batang

Ini lah gigi pertama Dalila..ada 2 batang kat gusi bawah..yg kiri besar sikit dari yg kanan. Gambar ni jer yg jadi..yg lain semua gambar gerak2. Tak muncul sepenuhnya lagi tu hehehe.. ibu masih 'selamat'.

Friday, April 3, 2009

Dah nampak sikit gigi 1st dia

Petang tadi Ibu baca blog Kak Hayatie..dia tulis pasal anak dia (Azri) dah tumbuh gigi. Umur Azri baru 5 bulan lebih. Ibu pun hari2 tertunggu2 Encik GiGi kat gusi Dalila juga..sbb hari2 bukan main ligat seligat-ligatnya gatal nak menggigit..habis barang2 Dalila sondol dgn walker sebab nak capai-nak masuk mulut untuk digigit. Demam pun dah berkali-kali dah.

Pada petang 24hb Mac, tiba2 jer Dalila demam..tak pernah lagi Dalila tiba2 nak demam..selalu pun lepas kena inject ajer.. 6-7 kali Ibu ambik temperature badan Dalila..pas satu ketiak tukar ke satu ketiak lagi. Sah demam ni..sbb termometer keluar pun bunyi amaran. Dah agak dah mula2 tu, sbb biasanya Dalila tidur siang di bilik depan akan berpeluh2, bertompok cadar dengan peluh dia. Tapi petang tu..tak berpeluh pun. Ibu bagi dulu ubat demam yg bulan lepas yg Ibu simpan dalam peti sejuk. Lagi pun esok pagi ada monthly checkup kat Klinik kesihatan Bayan Baru-boleh jumpa doktor minta ubat demam baru. Makan jer ubat..cepat pula dia berpeluh..mungkin sebab menangis- tak mau makan ubat kot.


Esok pagi, awal2 lagi dah bersiap..tepat jer jam 8 dah keluar rumah..Dalila demam lagi..memang dia mood tak berapa baik pagi tu..jumpa misi, misi dok cakap "demam sebab nak boleh apa-apa kot". Pastu kena pergi dengar ceramah pasal penjagaan gigi bayi pula..sian abah..bertambah lambat la dia nak pergi kerja...

Minggu pastu demam lagi.. 1 hari. Encik GiGi tak juga keluar2 lagi..Sebenarnya Ibu hanya tengok gusi Dalila yg sebelah atas saja..gusi yg bawah tak belek sangat, ye lah..Dalila senyum nampak gusi atas..jadi selalu ibu tengok gusi atas..bila baca blog kak Hayati tadi baru tau..gigi keluar yang bawah dulu..Ibu tengok..yess!! dah ada 2 putih pjg dah...dah nampak sikit2 dah 2 batang gigi yg bakal nak tumbuh..tp side kiri lagi jelas/banyak dari side kanan. Harap2 tak gigit ibu punya ***** nanti. Okey sayang..dah nampak sikit2 gigi tu 2 batang kat gusi bawah pada 2 April 09 yer (umur 6 bulan 1 minggu 3 hari).

sekadar hiasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...