nak join? klik banner ni yer

Wednesday, December 29, 2010

@ Tidur Kelambu

Nak cerita kisah dalam kelambu pulak kai ni.. hihihi.. Malam tadi kami sekeluarga tidur BERJAYA dalam dalam kelambu. Sebelum ni, masa Dalila umur satahun ada juga tidur dalam kelambu, tapi sampai seminggu Dalila menangis tak mau masuk tidur dalam kelambu, so last-last kami tanggalkan ajer lah kelambu tu. Pasang ubat nyamuk dan kipas sajalah.

Tapi malam tadi, kami try lagi pasang kelambu..mahu pulak dia masuk dan main2 dan tidur dalam kelambu tu. Syukur..alhamdulillah.. Senang sikit tidur dalam kelambu ni.. nyamuk tak leh gigit dan tak de sakit tekak pagi2 dek kerana bau ubat nyamuk elektrik tu. Kami masukkan kipas angin sekali dalam kelambu..kalo tak sure berpeluh2 lah tidur dalam tu.

 gambar pinjam Cik Google yer

Biasanya kami tidur dalam kelambu hanya bila balik ke kampung saya saja. Dah kire jatuh "WAJIB" dah tidur mesti berkelambu..kalo tak esok pagi berbintik2 merah lah satu badan..Dalila lah yang selau jadi "fav" nyamuk. 
Saya pun masa sekolah2 dulu2, hari2 tidur kelambu. Kalau terlupa tutup pintu kelambu betul2, bangun pagi esok, rajin leh tampar nyamuk yang dah gemuk kenyang dalam kelambu tu...hihihi.

Korang pulak..Bila kali terakhir korang tidur kelambu?



photobucket

Tuesday, December 28, 2010

@ Handfon Apa Yang Best?

 Abah nak kasi hadiah handfon kat saya untuk hadiah anniversary kami kali ni. Alhamdulillah..rezeki.. Saya? mestilah suka.. asben nak kasi hadiah.. mestilah TAK TOLAK PUNYA.. hihihi. Tapi yang menjadi kebuntuan sekarang adalah bila Abah suruh saya pilih sendiri handfon apa yang nak/berkenan dihati.. Huhuhu..Problem betul bab ni.. dah le tak pernah nak survey mana2 brand handfon pun..(sebab handfon yang sekang ni masih boleh digunakan lagi..w/pun kekadang pening2 gajah jugak). Ikutkan hati nak pilih brand Nokia juga..sebab dari dulu hanya setia pada cik Nokia jer..
 Cik Nokia N73 ku.. (since 2006 - now)

Cik N73 ni pun Abah yang belikan juga..sebagai hadiah perkahwinan kami 4 tahun yang lalu. Kali ni, saya nak handfon baru saya ada ciri2 terkini seperti berikut: Mak aii..ada hati nak demand pulak tu..hihihi
  • WiFi
  • 3G - Dalila/saya memang selalu ber3G dengan Abahnya hokey!
  • kemera handfon sekurang2nya 3.2megapix..lagi banyak lagi bagus ;)
  • user friendly- senang nak akses blog/facebook
  • harga +- 1k  agak2 jer dulu
teringin juga nak guna Blackberry atau Iphone4 macam kawan2..tapi seperti yang saya jelaskan awal2 tadi..saya tak sempat lagi nak survey..risau mahal pulak nanti..kasihan kat Abah juga.

tapi kalo tengok pada minat Abah...macam nak belikan Encik Samsung jer..
adakah yang ini..S8000 JET untuk saya?

Esok, lusa pasti Abah akan tanya keputusan saya nanti.. mana satu nak pilih nih? buntu..buntu..

So, nak minta pendapat kawan2 semua:
tentang handfon yang agak best di mata korang. Apa yang BESTnyer handfon tu?


photobucket

Monday, December 27, 2010

@ Happy 4th Anniversary

Baru berkesempatan nak buat entry ni...hihihi..bukan terlupa yer...tapi tak sempat nak update blog sejak kebelakangan ini.









24 Dis 2010 yang lalu..genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami
semoga segalanya di permudahkan Allah..aminn..

gambar tgh malu2 lagi...lepas majlis akad nikah



photobucket

Wednesday, December 22, 2010

@ Banjir: Rezeki Selepas Banjir

Masa saya belik kampung saya di Kubang Pasu, Kedah awal bulan lepas. Terkejut sungguh melihat kerosakkan yang disebabkan air banjir tempoh hari. Rumah kedai abang saya, retak teruk didinding dan dilantai, sampai tak berapa selamat untuk dihuni lagi. Jalan raya di kampung pulak memang banyak yang rosak sana sini. Jalan tar merekah sehingga menjadi lubang besar yangg dalam. Bahaya sekiranya memandu di waktu malam..jakan kampung..bukannyer ada lampu jalan...kalo tak sempat break.. alamatnya jatuh lubang lah. Kasihan juga pada petani yang padi mereka tanamannya musnah haritu, ada 2-3 petak sawah yang penuh dengan batu2 yang di bawa oleh kederasan air banjir tempoh hari. "sawah yg ditanam padi jadi sawah batu pulak". Mujur sawah mak ayah saya, tak berapa teruk, setakat perlu tanam semula 1-2 "petak"/bahagian  saja.

Balik rumah haritu dapatlah saya mengintai apa bantuan yang pihak BN kasi,  apa yang pihak PAS kasi kepada mangsa2 banjir tempoh hari..(tak perlulah saya sebut barang2 dan apa makanan2 itu disini yer.).So, nak  ucapankan "jutaan terima kasih" buat yang sudi memberi/membantu. Sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban terutamanya yang berkeluarga besar,

Semapat juga haritu saya ke Pekan Jitra, memang tak sah kalo balik kampung, tapi tak jejak kaki kat Pekan Jitra...macam tak lengkap jer aktiviti balik kampung saya ni...kalo tak ke sana. Sampai jer sana, terlihat ramai orang berebut2 memilih pakaian/barangan yang di lelong. Kakak Ina (SIL) bagitau..kedai banyak buat lelong pakaian lepas banjir aritu..murah2 dan masih cantik2 lagi keadaannya. Mungkin pakaian/barangan yg sempat diselamatkan oleh tokey kedai tu sebelum banjir..agaknyerlah.. Ada baju kurung , tudung, pakaian sekolah (satu helai RM1), kain tuala saiz sederhana..kain ela dan macam2 lagilah. Saya dan Kak Ina tak boleh nak singgah sebab anak  masing tengah tido masa tu. Just leh snap gambar sajelah masa lalu depan kedai yang tengah lelong tu.

dari dalam kereta...kedai tepi maybank Jitra

ramaikan orang kat kedai lelong tu
tak jelas lah pulak tanda harga tu.... baju 10sen kalo tak silap tu.



photobucket

Tuesday, December 21, 2010

@ Stail Rambut Terkini: Bertocang ala2 Mickey Mouse

Inilah stail rambut terkini Dalila yer.. sekarang dia dah makin mau di tocangkan rambutnyer..  Kalau sebelum ni..jangan harap ler kita leh main rambut dia.. sure dia lari satu rumah. Adehh..
Sekarang bila rambut dah makin panjang, saya pulak selalu bagi Dalila pilihan.. "kalo tak nak ikat rambut.. nanti rambut masuk mata.. kita potong  jer rambut tu nak?. Pastu dia akan geleng2 kepala...tak mau potong! "Kalo tak mau potong rambut tu..kena bagi Ibu ikat...boleh?" Terus dia bagi saya ikat rambut dia sekarang.

muka bila dah "biasa" kena tocang

sukalah tu, ada tocang ala2 telinga mickey mouse tu. hihihihi

opss!!  haa..malu lah tu..tutup2 mulut gitu tu

Kalau sebelum ni, saya buat kan tocang "pokok kelapa" kat tengah2 kepala dia tu. tp bila dah tinggi dan agak besar pulak saiz pokok kelapa tu...saya try buat tocang dua gini..ala2 telinga mickey mouse ni. Sebut ajer mickey mouse..apa2 saja dia suka..cartoon fav dia lah katakan..

Rambut kat belakang pun dah lepas paras bahu, Ingat kalo di atak ruam2 lagi mcm dulu2..nak simpan panjang jer rambut tu...tapi hari2 kena rajin ikat lah kan. Hihihi.. leh beli sepit rambut yang cantik2 nanti.


photobucket


Monday, December 20, 2010

@ 2 kaki, 9 inci

Sekarang tinggi Dalila dah 2 kaki 9 inchi, atau pun dalam 'sentimeter'nya adalah 84cm. Umur dah hampir 2 tahun 3 bulan, dan still menyusu badan lagi. Memang terasa sungguh "kepanjangan"nya tiap2 kali dia baring atas riba untuk menyusu...terutamanya bila menyusu dalam kereta.


Rasanya fizikal Dalila ni ikut fizikal saya masa saya kecik2 dulu....kurus dan tinggi. Kalau di imbas semula memori lama, saya antara 1 ,2 pelajar yang "terpaksa" menjadi pelajar terakhir ketika dalam barisan/beratur dalam perhimpunanan semasa sekolah rendah dulu. Masatu rasa sungguh tak "best" sebab tak leh join kawan2 lain curi2 sembang, sebab kat belakang kita dah ada pengawas. Aduyaiii..

Satu jer perkara yang sering berlaku bila dia dah makin tinggi ni... selalu terhantuk dahi/kepalanya. Bukan saja di rumah, tapi di shopping komplek juga.. kadang2 dia suka berlari2 tepi2 rak barang.. tengok2 dah benjol dah dahinya tu.. pandai pulak dia tak menangis masa terhantuk kat luar rumah gitu.

 Anak2 korang pulak macam mana?badan ikut korang ke ikut hubby korang?


photobucket

Thursday, December 16, 2010

@ Result "Double Line" untuk 6 minggu Saja :(

 Kalo ada yang perasan, sejak awal bulan Dis ni, blog saya ni agak sepi jer.. tak berupdate seperti selalu. Nak tahu kenapa? sebabnya saya baru mengalami keguguran, kandungan yang tidak disangka-sangka..setelah bulan lepas, yang begitu banyak dugaan buat kami sekeluarga (eksident kereta dan Dalila warded).

Bila di kira2 kem,bali..saya telah hamil semasa terlibat dalam kemalangan kereta tempoh hari, 2 hari selepas kemalangan pulak..saya pergi mengurut, satu badan sakit2 lepas eksident tu. Masa sedang menjaga Dalila di hospital haritu memang teringin sesangat nak makan asam dan sewaktu dengannya. Tak terpikir pulak yang itu petanda nak yang saya tgh preggy.. Masa di hospital..teramat lah stress bila blood count darah Dalila "menurun" pada ujian darah Dalila yang kedua. Sedih sampai nangis2 call family dan kawan2 yang terdekat. Bila dah boleh keluar hospital..memang terasa "lain sikit" kat badan ni..antaranya sakit bawah perut yan teramat..sakit kepala..selalu pening2.. tapi waktu tu (minggu tu) saya sedang menantikan "kedatangan sahabat baik" tiap2 bulan..sebab biasanya paling lewat pun 1-2 hari saja.

1 malam sebelum nak bertolak ke BP, saya bgtau Abah..yg period saya dah lewat beberapa hari.. terus beli pregncy test.. result..ada "double line" kat test kit tu. Esok pagi baru bagitau Abah..Abah suka dan tak sangka. Malamnya kami bertolak ke BP. Dalam bas, saya usahakan agar Dalila tidak duduk atas perut saya. Kadang2 boleh..kadang2 tak boleh elak juga..sebab dia tak mau langsung nak duduk dengan Abahnya.
Kat BP pun saya tak buat apa2 kerja sangat..sebab kekadang terasa pening dan sakit bawah perut saja. So, banyak rehat2 kat bilik/rumah sajalah.

Dalila pulak asyik memerap nak minta  saya dukung, dia tak mahu Abah dukung... macam tu lah sampai dah balik sini dan sampai hari pertama (30 Nov) saya "keluar darah".. petang selepas mandikan Dalila.. (jugak nak di dukung masuk kebilik yer).. tiba-tiba terasa ada keluar sesuatu.. check tengok...ada darah sikit.
Esoknya 1hb still keluar lagi darah dari pagi sampai petang.. gi check kat doktor.. cakap "dah tak nampak kantung dah dalam rahim". Doktor bagi pilihan sama ada nak ambik ubat bagi cepat habis keluar saki baki darah, atau nak buat DnC atau nak tunggu lagi 1 minggu baru datang check semula. Saya cakap nak tunggu lagi 1 minggu..mana tahu darah ni akan stop dan baby dah okey ker(saya harap lah...mana tahu.. ada keajaiban berlaku ker..nampak kantung baby pulak minggu depan).. doktor suruh saya berpantang macam biasa. Darah yang keluar itu juga dikira sebagai darah nifas. saya ingatkan..janin yang masih baru macam saya ni, yang keguguran macam ni (<8 minggu) boleh dianggap seperti darah haid semula..tak payah pantang segala bagai lah.

Saya balik berpantang di kampung halaman saya di kedah..senang, ada mak ayah dan kakak ipar boleh tolong jaga makan minum saya dan Dalila kt sana. Saya pun bukannya reti sangat apa yang boleh di makan..dan apa yang tak boleh di makan semasa pantang ni.. lagipun, orang cakap pantang orang keguguran ni lagi teruk dari pantang orang bersalin.. tak boleh terlalu sejuk sangat,tak boleh terlalu panas sangat. risau nanti susah nak "lekat" lagi. kalau pantang orang bersalin..nak selalu panas jer badan tu...bertungku bertanggas segala bagai.

Lepas seminggu, datang check lagi..dah confirm tak de kantung dah dalam rahim saya. Buat prenency test lagi kat klinik..sah dah prenent...result dah jadi 1 line dah. Doktor cakap tak perlu buat DnC lagi darah dah tak keluar dah lagi.

Hmm..itu lah sebabnya saya menyepi sejak awal bulan Dis ni. Saya balik berpantang di kampung. Kalu ikutkan due baby tu..Dalila akan dapat adik pada 28 Julai 2011 nanti..tapi apakan daya.. bukan daya saya nak melawan kuasa Allah..semua ini ujian bagi Allah lagi buat kami sekeluarga. Saya redha..



ps: sedih jugak..sebab memang target nak baby 2011.



photobucket

Tuesday, December 14, 2010

@ 1st Time Naik Bas Express

(Entry yang sepatutnya di publish hujung bulan Nov aritu, tp kabel kad reader pula ada yg pinjam..)

Dalila memang excitet bila kami cakap akan "gi jalan-jalan naik bas". Mungkin dia tak mengerti lagi situasi "naik bas express", tapi suka sebab cakap "nak gi jalan-jalan". Hihihi.. Sebenarnya bukan Dalila sorang yg excitet, Ibunya pun excitet plus risau jugak..sbb bukan nya sekejap perjalanan ke BP.. paling lama hampir 10 jam baru sampai. Macam-macam saya risau..Risau dia menangis dalam bas, risau dia tak selesa, risau dia boring dan nak minta turun dari bas.... haii.. risau segala bagai lah...1st timelah katakan.

Nak tengok aksi Dalila malam masa menanti bas kat terminal bas express Sg. Nibong. Terminal bas ni betul2 sebelah dengan tapak Pesta Pulau Pinang.

masa mula2 sampai.. lebih kurang jam 9mlm

Bas dah sampai.. pakai "uniform" dulu..risau sejuk. beli sweater yang ada hood..nak elak sejuk kepala.

cute lah anak ibu pakai sweater ni!

Dalam bas lebih kurang 2-3 jam jer dia mau pakai sweater tu. Pastu dia suruh bukak...suruh simpan. Tunggu dia terlena baru saya buat sweater tu sebagai selimut..cover mana yang boleh. Sepanjang perjalanan tu..alhamdulillah..Dalila okey.. tidur sambil menetek jer.. ada sekali dua juga dia merengek tak selesa..sempit kot-tidur atas riba saya. Sampai ke BP lebih kurang jam 6.30 pagi. Turun bas pun mujur dia tak "bad mood", alhamdulillah..risau juga kalau2 dia "bad mood" dengan 1st time pengalaman berjalan jauh naik bas macam ni.
Bagus anak Ibu..nanti kita gi jalan2 lagi yer sayang..

photobucket

Tuesday, November 30, 2010

@ Buah Pisang Kaki

Saya baru saja kenal buah ni, my MIL selalu beli kat market pagi area rumah kami. 1st time tengok, sangkakan tomato atau terung bulat...ingatkan dia sayur-sayuran. Tapi my MIL cakap tu "pisang kaki".. boleh makan gitu saja, macam buah-buahan biasa yang lain. Pisang kaki?! mana kakinyer? tak de bentuk macam pisang pun? Unikkan bahasa melayu ni.. sebab kalau nama glamor/ komersial bagi pisang kaki ni adalah "Persimmon" fruit...bukannya "banana leg/foot" hihihihi..

Saya juga pernah makan buah ni yang telah dikeringkan. Sedap juga. rasanya Kebanyakknya kaum Cina yang suka makan buah ni.



















ketika masih di pokok

buah pisang kaki

buah pisang kaki yg telah dipotong.. ada biji besar kat dalam

"Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.  Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung " (dari :sumber)

Korang pernah try makan buah ni? Suka tak?



photobucket

Monday, November 29, 2010

@ Dah Selamat Balik Umah Dah

alhamdulillah... kami sekeluarga dah selamat sampai ke penang semalam, jam 8 malam. Bertolak dari Batu Pahat, Johor jam 9.30 pagi. Walau pun hanya 2 malam di sana, tapi memang terasa macam 3,4 hari kami kat sana.. memang seronok betul 1st time bawa Dalila jalan2 jauh... dan naik bas express pulak tuh.

... selamat pengantin baru Aida dan Sufian...
semoga berbahagia sampai ke syurga




nanti saya upload gambar ek..

photobucket

Thursday, November 25, 2010

@ Cerita Dalila ketika Usianya 2 tahun 2 bulan

Lama juga saya tidak tulis cerita berkaitan milestone Dalila. Bukan apa.. dah makin "macam-macam" yang dia terer.. sampai susah saya nak "explain melalui tulisan" kat blog ni. Kalo sempat videokan semua benda tu kan bagus..Abah nak video cam satu!

Saya tulis apa yg terlintas di fikiran saja dahulu jer.. nanti kalo ingat lagi saya tambah lagi.

1. Dalila berani langkah longkang sendiri, (tp dengan saya memegang sebelah tangannya) pada bulan Ogos yang lalu. Biasanya sebelum ini..kalo tengah jalan2, pastu kena "langkah longkang" dia akan stop dan hulurkan tangan..suruh kita angkat dia...lepas je longkang dia sambung jalan mcm biasa.

2. Sekarang dah banyak ayat dia boleh cakap...kalau dulu masa kecik2...dok dengar "perkataan" saja... skrg ni "ayat" pulak.. contohnyer.. "ibu minum sampai abis tau..." "ibu...minumlah sikit" (siap dengan lenggok nada memujuk-suruh minum air dia kasi tu). Memang selalu sangat kami tergelak bila dengar Dalila bercakap. Kadang2 tak sangka dia akan cakap macam tu.. tapi mujur semuanya ayat-ayat yang baik. Alhamdulillah..

3. Usia Dalila dah 2 tahun 2 bulan..dan dia masih lagi menyusu badan..terutamanya ketika nak tidur. Saya siap ciptakan lagu khas..nak ingatkan dia yang dia nanti perlu 'stop' menyusu badan (Dalila panggil =anen). Lagu saya..Doraaaa...tak anen! Boots..tak anen!.. mickey mouseeee..tak anen! Pastu Dalila sambunglah lagu tu..letak semua nama ahli keluarga "mickey Mouse ClubHouse" dia tu..pastu saya tanya.. Arifa Dalila? dia pun jawab tak anen!.. kadang2 bila datang teringin nak anen tu..dia tanyalah..Goofy anen tak?.. dan beberapa watak kegemarannyer tu..bukan setakat dia tanya pada saya dan Abah saja..pada nenek..pada mak-mak saudara dia pun dia tanya. yang tak faham tu..terpinga2 lah kan kejap..tiba2 Dalila tanya "minie mouse anen tak?"

4. Yang baru lagi..minggu lepas... memang tak sangka Dalila cakap macam tu. Situasi: dalam kereta. Abah dok tanya saya.."sayang nak pakai kereta apa? saya pun balas (konon2 malu kucing la sikit) " ikut abang lah..abang yang tukang bayar"..pastu kami berdua "bertarik-tali" kejap.. (saya suruh suami..suami suruh saya yang pilih kereta baru kami nanti) Pastu Dalila tiba-tiba bersuara..Ifa Lilah? (Arifa Dalila lah tu).. hihi..yer lah kami tak tanya kat dia pun pasal kereta tu..sebab tu dia offer diri dia..suruh kami tanya?..hihihi

5. Kalo bab peel pulak..pergh..mencabar lah sungguh.. contohnyer.. kalo dia cakap " abah pakaikan apers (daipers)..maka hanya Abah sajalah yang boleh pakaikan..orang lain buat dia tak kasi. Kalo dia nak "ibu buka (buka sesuatu..mcm buka biskut ker)" memang hanya ibu sajalah yang boleh pegang bungkusan biskut tu. Kalau tak..menangis dan merajuk...terus tak mau makan biskut tu langsung.


Ini lah antara2 perkembangan terkini Arifa Dalila..dah makin besar dah dia ni. Semoga sentiasa sihat  yer sayang!!
masa malam, main-main kat Hosp. Pantai haritu.
seronok dapat keluar bermain, yey!!



photobucket

Wednesday, November 24, 2010

@ Hadiah Masa Dalila Tak Sihat aritu..


Thanks AshAnas... cantik sangat hadiah ni..exclusive dari Shanghai lagi. Thanks a lot yer Shira dan semua juri yang telah memilih Dalila sebagai pemenang pertama.
Terima hadiah ni masa Dalila tengah demam, jd tak sempat nak buat entry masa tu.

---------------------------------------------------------------------------
dan lagi satu hadiah dari kak Syida Gorjes
 Hadiah Giveaway teka kat mana Kak Syida nak gi bercuti

Cantikkan...dari Universal Studio Singapore tu.. Terima kasih kak Syida..
Hadiah ni Abah check kat letter box..masa kami ambik "ward leave".. kiranya kami terima masa hari raya Haji aritu lah.


photobucket

@ Akan Turun ke BP


Insyaallah kami sekeluarga akan ke  BP malam esok (Khamis malam) nanti.. BP ni bukan "Balik Pulau" yer kawan2.. ini BP = Batu Pahat, Johor yer. Kawan baik saya semasa di USM dulu2 akan menjadi isteri orang tidak lama lagi. Semoga korang berdua kekal bahagia sampai akhir hayat..aminn.

Dah lama plan nak ke majlisnya, sejak dari beliau bagitau tarikh nak buat majlis tu lagi. Ini adalah kali pertama kami satu family "berjalan" dengan  menaiki bas. Harap semuanya okeylah yer.. Tiket basnya pun sudah lama di beli. RM55 seorang dari (Pulau Pinang - Batu Pahat).


Doakan perjalanan kami nanti yer kawan2..
semoga selamat sampai BP dan selamat balik semula ke Penang.


ada sape bloggers area Bp tak?.. insyaAllah..we all ada kt Parit Sulong Jumaat ni..


photobucket

Tuesday, November 23, 2010

@ Honda City ker Toyota Vios?

Kalau korang diberi pilihan mana yang korang prefer?

Honda City ker Toyota Vios?

gambar2 calon pertama yang cun..



-----------------------------------------------------------------------------------------

gambar2 calon ke-2 yang menarik juga


meter kat tengah2..

(sumber gambar SEMUA DIATAS adalah dari SINI dan SINI)

SO, APA PENDAPAT KORANG?

************************************************
Kereta Wira kami yang eksident awal bulan aritu dah siap...Abah dah gi ambik kat bengkel Ahad lepas. Abah ada cakap nak tukar kereta..lagi pun kereta kami tu dah guna sejak tahun 2003 lagi.. dah 7 tahun dia berjasa dengan Abah. Thanks WIRA, kau lah WIRA keluarga kami...

Kalau ikut Abah..dia nak ambik MPV je terus.. tapi saya yang masih fobia nak drive..so minta Abah beli keta yang kecik2 jer dulu..ingat nak Nissan Latio mcm Nabil (raja lawak dapat aritu) tak pun Suzuki Swift ker, Honda Jazz pun hokey jugak. Tapi abah tak setuju..dia kata tu kecik sangat..nak bwk byk barang nak jalan jauh susah..so 2 pilihan saja yang dia kasi sekarang? cik CITY ker cik Vios?

ada sape2 dah try cik City atau Vios tak?
tolong kasi komen yer..

photobucket

@ SIKAT gigi sebelum tidur?

Jangan Lupa Sikat Gigi Malam Sebelum Tidur

Hihihi..kenapalah saya baru perasan tulisan pada ubat gigi ni. Dah banyak dah dapat pek toiletries or goody bag dari Hospital Pantai ni, bila Dalila atau Abah masuk ward sebelum2 ini...tapi baru kali ni saya perasan. :P

 Mungkin sebab saya tak berapa minat menonton filem seberang... perkataan "SIKAT GIGI" memang kelakar bagi saya.. terbayang seolah2 sikat rambut di gunakan pada gigi.. hihihi


hahaha.. okey kawan2 semua..
Jangan lupa SIKAT gigi bila bangun pagi dan sebelum tidur ya!


photobucket

Monday, November 22, 2010

@ Negatif Denggi Dan Bilangan Platelet

Keputusan ujian darah Dalila kali ke-2 amat membimbang kan saya dan Abah.  Bilangan platelet darah berkurangan/ turun.. 1st ujian=160..2nd ujian= 139 (pada hari ke-3 di ward (15-Nov 2010)).  Tapi keputusan ujian terhadap denggi masih lagi -ve.  Yang lain semua okey (darah putih dan sbgainya). Walaupun doktor cakap "masih bukan dalam keadaan bahaya" tapi kita sebagai ibu bapa ni, sure risau dan nak anak kita sihat dan kembali ceria macam dulu2. Doktor cakap esok (16hb Nov) nak buat ujian darah  sekali lagi...ujian darah ke-3.

 hari ke-2 di ward..kesian kan tgk Dalila mcm ni.

 hari ke-3 di ward.. masih keletihan lagi

 ruam-ruam yg timbul sejak hari ke-2 masuk ward

Keadaan Dalila pula waktu itu: selalu nampak letih, tak ceria, senyum pun sebab terpaksa, makan dan minum pun teramatlah kurang..nak menetek saja (mujur dia masih fully breastfeed). Doktor meneruskan "masukkan air" melalui drip untuk botol yang ke-2. Ruam2 merah masih jelas kelihatan di seluruh badannya.. family terdekat yang datang menziarah  ada cakap dalila ni kena "campak"...campak yang jenis halus. Saya ada bertanya tentang hal ini kepada doktor... doktor bagitau ini bukan campak.. ini adalah disebabkan "viral infection".

Lepas doktor keluar terus call Abah kat tempat kerja.. bagitau result ujian darah yg ke-2 ni. Risau. Panik. Takut bilangan platelet makin menurun. Saya cepat2 call kawan2 rapat saya, Sheela dan Dina.. minta mereka tolong masakan sup ketam untuk Dalila.  Sebab dah tahu, sup ketam boleh membantu menambahkan bilangan platelet dalam darah. Call jugak family saya di Kedah..minta mereka tolong doakan Dalila cepat2 sembuh. Alhamdulillah, Allah permudahkan.. malam tu jugak Dalila dapat merasa sup ketam dari bantuan Sheela. Thanks Sheela.. semoga Allah memurahkan rezeki Sheela sekeluarga..aminn..

Esok pagi, 16hb ambik darah lagi untuk ujian darah ke-3.. kali ni ambik kat pergelangan tangan kiri pula. Kesian sangat tengok Dalila menangis dan meronta-ronta dalam balutan kain tu. Tahan sikit yer sayang.. uantuk kebaikkan sayang juga ni. Hari tu, Dalila kelihatan dah makin okey.. cergas sikit dari hari sebelumnya.. Tengahhari, doktor datang lagi bagitahu... bilangan platelet dah naik semula, 159. Masih lagi -ve denggi.  Alhamdulillah.. syukur sangat2.  Doktor cakap..tak de apa2 perlu di risaukan lagi.. dan kalo mahu balik rumah pun dah boleh dah. Demam Dalila pun dah makin berkurangan.  Drip untuk air pun dah di stopkan. Suhu tak tinggi lagi. Tapi saya minta nak tinggal lagi kat hospital..untuk sehari dua.. risau kalau2 demam balik lagi. Petang tu, kawan saya, Dina datang hantar sup ketam untuk Dalila. Baik betul Dina dan suaminya..bukan hari tu saja dia datang hantar sup ketam.. esok (17hb-hari raya korban) dan 18hb masa nak discharge pun dia hantar jugak. Thanks Dina dan Yazan.. semoga korang sekeluarga dilindungi dari segala yang tidak diingini...aminn.

17hb Nov..hari raya korban... pagi2 lagi dah dengar takbir raya kat TV. Syahdunyer.. 1st time ni beraya kat hospital. Haritu, doktor Hasanah yang merawat Dalila cuti. Ada doktor Chan yang ganti. Doktor datang periksa Dalila dan bagi ubat ulser untuk tekak Dalila. Alhamdulillah.. petang tu dia terus berselera makan. Doktor Chan pun cakap..kalau mahu balik/ discherge, bagitahu kat nurse saja. Abah cakap.. nak discharge esok.. tapi harini nak ambik ward leave saja. Saya ada tanya pada doktor Chan..tentang bilangan platelet tu.. risau dia kurang semula..doktor Chan cakap..peratusan nak kurang semula tu adalah rendah..melainkan Dalila terkena jangkitan lain semula... dan demam semula. Sekarang sudah lebih 48jam Dalila tak demam. Jadi tak perlu risau dan tidak perlu buat ujian darah sekali lagi. Petang tu ambik ward leave..bawa Dalila jalan-jalan.. dah makin sihat ni..asyik minta "nak jalan-jalan" saja. Kasian kan..dia pun bosan dok dalam hospital lama2.

Esoknya 18hb Nov. Doktor Hasanah datang melawat semula. Dia pun cakap harini dah boleh discharge. Dalila pun dah sembuh, dah aktif dan ruam-ruam merah kat badan dah hilang. Makan pun berselera.
 gambar b4 discharge.. nak makan tengah hari dulu

 bunga penghias bilik kami.
 Nov 2010..ini kali ke-2 masuk hospital ni.

Terima kasih kepada Doktor Hasanah..dan doktor Chan yang telah merawat Dalila.. termasuk juga nurse2 di Hospital Pantai. Terima kasih atas bantuan anda semua. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan2 blogger yang sama-sama mendoakan kesihatan Dalila. Hanya Allah saja dapat membalas budi baik anda itu.



p/s: satu page yg ada menerangkan tentang platelet untuk pesakit denggi
http://translate.google.com.my/translate?hl=en&sl=ms&tl=en&u=http%3A%2F%2Fwww.mail-archive.com%2Fsahabatinteraktif%40yahoogroups.com%2Fmsg06343.html&anno=2

photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...