nak join? klik banner ni yer

Wednesday, December 22, 2010

@ Banjir: Rezeki Selepas Banjir

Masa saya belik kampung saya di Kubang Pasu, Kedah awal bulan lepas. Terkejut sungguh melihat kerosakkan yang disebabkan air banjir tempoh hari. Rumah kedai abang saya, retak teruk didinding dan dilantai, sampai tak berapa selamat untuk dihuni lagi. Jalan raya di kampung pulak memang banyak yang rosak sana sini. Jalan tar merekah sehingga menjadi lubang besar yangg dalam. Bahaya sekiranya memandu di waktu malam..jakan kampung..bukannyer ada lampu jalan...kalo tak sempat break.. alamatnya jatuh lubang lah. Kasihan juga pada petani yang padi mereka tanamannya musnah haritu, ada 2-3 petak sawah yang penuh dengan batu2 yang di bawa oleh kederasan air banjir tempoh hari. "sawah yg ditanam padi jadi sawah batu pulak". Mujur sawah mak ayah saya, tak berapa teruk, setakat perlu tanam semula 1-2 "petak"/bahagian  saja.

Balik rumah haritu dapatlah saya mengintai apa bantuan yang pihak BN kasi,  apa yang pihak PAS kasi kepada mangsa2 banjir tempoh hari..(tak perlulah saya sebut barang2 dan apa makanan2 itu disini yer.).So, nak  ucapankan "jutaan terima kasih" buat yang sudi memberi/membantu. Sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban terutamanya yang berkeluarga besar,

Semapat juga haritu saya ke Pekan Jitra, memang tak sah kalo balik kampung, tapi tak jejak kaki kat Pekan Jitra...macam tak lengkap jer aktiviti balik kampung saya ni...kalo tak ke sana. Sampai jer sana, terlihat ramai orang berebut2 memilih pakaian/barangan yang di lelong. Kakak Ina (SIL) bagitau..kedai banyak buat lelong pakaian lepas banjir aritu..murah2 dan masih cantik2 lagi keadaannya. Mungkin pakaian/barangan yg sempat diselamatkan oleh tokey kedai tu sebelum banjir..agaknyerlah.. Ada baju kurung , tudung, pakaian sekolah (satu helai RM1), kain tuala saiz sederhana..kain ela dan macam2 lagilah. Saya dan Kak Ina tak boleh nak singgah sebab anak  masing tengah tido masa tu. Just leh snap gambar sajelah masa lalu depan kedai yang tengah lelong tu.

dari dalam kereta...kedai tepi maybank Jitra

ramaikan orang kat kedai lelong tu
tak jelas lah pulak tanda harga tu.... baju 10sen kalo tak silap tu.



photobucket

12 comments:

Ummi Eisya said...

emm sama mcm kat jb yang banjir teruk gak la..dia org wat jualan lelong barang yang dah kena air banjir tu..mmg ramai org berebut..pasaraya yang kena banjir pun jualan lelong..

e.l.i.z.@ said...

mmg teruk banjir kt kedah ek..skang ni musim hujan, kt kedah hujan lebat gak ke ek?

wahh untung tu, bju lelong..mmg rugi kalu x beli

Zaidah said...

macam yang berlaku kat johor tahun 2006 dulu...lepas banjir baju dijual dengan harga sebegitu murah....

Farra Dhelina said...

hah 10sen? bia betul kak

mazni md said said...

kita baru lik dri kedah.. sedara bawak g kedai kain lim tu lah.. murh2 baju kat ctu.. tudung 50sen,baju rm8 ja.... best trip ke kedah

YatieJay said...

Teringat masa banjir besar kat kota tinggi dulu. Banyak gila kain ela dijual murah2...sepasang RM10, RM5. Memang rambang mata. Tapi kena tahan bau tanah sikit laaa...

10 said...

rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari... kan... kan....

Zur@ZaRi said...

alhamdulillah....
tp takziah kat abg awak eh=))

~Ifa~ said...

lorr ruginya kak min x singgah.harus borong mcm2 nie kalu singgah.murah2 lak tuh

Nazz@Purple said...

erm..syukur nazz tak pernah berada dkt tmpat yg penah alami banjir...

jom join blog Glamorous Purple Blogger
http://nazzcoco.blogspot.com/2010/12/pengumuman-kepada-peminat-purple-jom.html

ummiarissa said...

kalau anak ramai cam saya sesuai sangat membeli di sana kan..barang-barang sekarang mahal-mahal...

K-Baby said...

Salam Mommy,
Nak jemput join contest sempena perasmian blog, boleh menangi cute slogan tees untuk your little kid. Thanks ya :)
mykedaibaby.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...