nak join? klik banner ni yer

Sunday, October 17, 2010

@ Suka Duduk Kat Belakang

Sejak 1-2 bulan lepas.. Bila naik kereta, Dalila dah pandai duduk sorang2 kat belakang. Kita suruh jer dia duduk belakang...terus dia bangun dari riba saya dan pergi ke seat belakang kereta. Kalau dulu..jangan harap lah..nak duduk atas riba kita jer 24 jam...kalo nak duduk belakang pun macam tu jugak..nak duduk atas riba orang kat belakang...biasanya my MIL lah.
 bergaya di seat belakang..amboiii

Sekarang ni lagi "mencabar"..nak masuk kereta  sendiri.. Maksudnya dia nak buka sendiri pintu kereta tu, panjat nak masuk sendiri dan nak tutup sendiri pintu kereta. Kalau kami yang buatkan..mesti dia menangis mengamuk2. Mana larat pun dia nak buka dan tutup pintu kereta tu. Berat.! Nak tunggu dia siap "panjat" masuk kereta tu pun dah dekat 15minit..nak turun (keluar kereta pun sama..nak buat sendiri) Nasib lah abahnyer ni kereta biasa2 jer.. kalo Abah dia pakai kereta ala2 kereta tinggi macam CRV..ker 4x4 ker..sure lagi pening nak pujuk...dan nak tunggu dia siap "panjat".

dah siap panjat

Budak pandai nak duduk belakang dah..

Biasanya Dalila akan duduk saja kat seat belakang tu..saya tak kasi dia berdiri sorang2. Tak pun Dalila sendiri akan baring2 kat seat tu. Kami pernah letak car seat tapi dia tak mau duduk kat dalam car seat tu. Abah Dalila pun bawa kereta tak de lah laju mana pun..pusing2 dalam pulau jer. Tak lama sangat pun kat belakang tu..bila dia rasa nak *anen.. dia datang balik ke seat depan kat saya. Tak pe lah ..kurang2 dia dah pandai duduk sendiri.. dan dah beranggang sikit dengan ketiak saya...betul tak?




photobucket

22 comments:

Ummi Eisya&Amani said...

makin pandai bergaya la anak dara sorang ni..siap berantai2 lagi..emm eisya pun sama gak..suka dok sensorang..tapi eisya lak suka dok kat depan..aku kena duk belakang..tapi eisya cakap terbalik..depan tu dia ckp belakang,belakang tu maknanya depan..puas dah betulkan..gitu gak jadinya..hihi..

Ati Masrif said...

selamat hari minggu..
mmg bila dah besar sikit budak2 nak duduk sndiri tapi bahaya juga kan..

NER said...

comeyynya dia..

mak encik | SZ said...

dalila dah makin besar la ibu...
Dah pandai dok sendiri ye kat belakang...

YatieJay said...

Naufal pun sama. Yg paling tension, pagi2 nak pegi keja nak tunggu dia terhegeh2 bukak pintu, panjat seat dan tutup pintu tu. Memang boleh buat lewat sampai opis lah kalau dilayan sangat! Memang stage diaorg.....nak berdikari.

Hmmm, sedar tak sedar nanti bila diaorg dah berdikari mesti kita akan rindu kat diaorg yg masih perlukan kita masa kecik2...

Unknown said...

comey!!!!!!!!!!

♥Cik Puan♥ said...

leh ada adik nie kak min...comelnyer

rynas said...

wah dah jadi kakak lah Dalila ni good girl!!!

Farra Dhelina said...

uhhh sy dedua ank nk ddk ats riba lagiiii..uwaaaaa...

Zaidah said...

SEMAKIN COMEL....ITU TANDANYER DALILA DAH BESAR N INDEPENDENT DAN DAH BLEH DAPAT ADIK....HEHEHE

Bukan Bidadari said...

Bagus2.. Meen plak jemu dah dok belakang... hahahaha... Tapi sekarang aku siap bentang toto kat seat belakang... senang dia nak terlentang-terlentang...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

dia dh pandai dh la tu..x mau duk ngan ibu dia....suka bebas duk sorang2..hehe

Syida said...

pastikan seat belt tu buckled up walaupun dudk belakang.safety first!

Anonymous said...

ok la tuh...dia dah nak dok alone kat belakang..

my ecah still lagi nak dok kat depan, with me..

ibu_Arifa said...

TO UMMI EISYA: hahaha..rantai semua tu ikut mood dia lah Fara..kalo xkena angin dia..tak pakai juga tu. Dalila xberapa pulak nak duduk depan sensorang...mgkin sebab aku tak ajar lagi kot...hihihi..ker dia tau tu tempat mem besar :P

TO ATI MASRIF: Selamat berhari minggu Ati.. tu lah ..mmg merbahaya jgk kan bila tak pakai seat belt mcm to.

TO NURULEKMIRAMBAT: Terima kasih :)

ibu_Arifa said...

TO SZ: Yer lah..dah makin besar..cepatnyer masa berlalu.

TO YATIEjay: Betul tu kak Yati..mmg hangin bila kita nak cepat2....tunggu dia nak berdikari mcm tu semua. memang teringat /rindu masa dulu2..semua benda kita buatkan untuk dia..pimpin tangan dia..skrg nak pegang tgn pun tak mo.

TO MAMA RIFQY: Terima kasih :)

ibu_Arifa said...

TO AZIE: Adik? huhu..nak jgk tp fobia lagi kat opeation room tu tak habis2 lagi ni..cemana nak buat ni?

TO RYNAS: Terima kasih...

TO FARRA DHELINA: diorg nak manja2 dgn farra lah tu..hihihi.

TO ZAIDAH: lagi cakap ttg adik?.. insyaallah kak zai..kalo ada rezeki kami tak tolak.

ibu_Arifa said...

TO EMA: ooo..selalu kot dia dok belakang..dalila tak mau duduk belakang dulu..skrg baru dia nak.

TO ZURAIWAN: dia babas..saya pun bebas kak zura..tp kadang2 rasa 'kosong' pulak bila dia kat belakang tu :P

TO SYIDA: Terima kasih kak syida kerana mengingatkan :)

TO MARIAARIFFBABY.COM: hihihi..tu lah..tp kadang2 rindu pulak dia duduk kat depan dgn kita. ecah tak puas nak manja2 lagi tu dgn ibunya..bila lagi nak dok atas riba ibu kan ecah kan..

10 said...

amboi comelnya anak dara sorg ni... dah pandai duduk blkg ya... hati2 tau bila dok blkg tu... kdg2 takut juga bila brek mengejut...

.::Lynn::. said...

bergaya sungguh dalila

.::Lynn::. said...

bergaya sungguh dalila

zaza@mamaHanin said...

amboiii.. anak dara depaaa.. lady like gitew.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...