nak join? klik banner ni yer

Sunday, October 24, 2010

@ Saya Dah Tengok "Cuti-Cuti Cinta"


Hari Sabtu kelmarin, saya dan Abah gi tengok wayang....berdua. Dalila kami tinggal kat MIL kejap. Show yang kami pilih mula jam 7.50ptg...sebab nak balik awal sebelum Dalila mengantuk dan nak cari *anen"

Nak tau pandapat saya tentang cerita ni? Bagi saya cerita ni kelakar jugak lah.. Saya suka tengok gaya Nora Danish yang comel macam kucing tu bawa watak perempuan kaya yang sombong plus mengada2. Farid Kamil pulak..seperti biasalah..wataknya jadi hero idaman malaya. Part yang suka tengok adalah bila Nora (Eava) dan Farid (Omar Rudy) bergaduh bila mereka berdua terpaksa bermalam di sebuah pulau sehingga menyebabkan Eava mulai jatuh chenta dengan Omar Rudy.

Penampilan kumpulan The Fabulous Cats dalam cerita ini pun tak kurang kelakarnya..Lagu tema filem ni pun best sesangat.. cuma part bila dioarng berempat bangun dan menyanyi bersama diatas boat sebelum cerita ni habis tu yang macam agak "tak berapa nak masuk/kena" bagi saya untuk dijadikan penutup cerita ni. Eh..entahlah..ini pendapat peribadi saya saja. Jangan marah yer Abang Ahmad Idham..walau apa pun filem abang memang best!!

So,  kalau korang free2..jemput2 lah ke panggung wayang yer.. tengoklah citer ni. Tak pun "Jangan pandang belakang congkak 2" tu..dua2 ada Nora Danish yang comel tu. Saya kureng sikit komedi seram ni..tak suka terkejut2 dalam panggung tu :P 

Nak baca sinopsisi filem ni.. KLIK SINI yer..



photobucket

9 comments:

ibuayahdamia said...

tu lah...tk iklan dia pun macam dah agak mesti komedi romantik ni kan...ader masa nak tgk lah...hehe

♥Azie♥ said...

bestnyer tgk wayang

kakngah said...

ada plan nk g tgk JPBC 2 sbb part 1 dulu tgk. kelakar hbs.
cuma bila tu yg xtau lagi...

win@momyShaneQeisha said...

macam best juga ya,saya belum lagi tengok

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

best ke citer ni?

10 said...

dah lama tak tgk wayang... bape bintang kak min bg bila tgk cier ni?

MamaRifqy said...

teringat la nak tgk gak!!!

SYaMiLa said...

best ke..nk tgk jugak la...

zura@iwan said...

wahhh..g tgk wayang bdua2an ye...dalila bg chance kt parent dia la bdating..hikss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...