nak join? klik banner ni yer

Thursday, February 25, 2010

@ Potong Rambut sbb Ruam

Kelmarin (24 Feb 2010) buat pertama kalinya Ibu bawa Dalila potong rambut kat kedai gunting, area2 umah Ibu ni saja. Dari awal2 lagi Ibu dah berulangkali pesan..."jangan menangis yer... sat lagi kita p potong rambut"...sambil membuat aksi tangan gaya org gunting di rambut dia.

Sampai masuk kedai, belum lagi aunty kedai tu sempat pasangkan kain tuala kat leher dia...dia dah stat menangis. "Bergomol" lah dia dan aunty tukang potong tu diatas pangkuan Ibu. Mujur aunty tu tak give up..kalo tak..Ibu bukannyer tau oter sendiri rambut tu. Dah siap potong, aunty tu cakap RM4 jer. Ingatkan mahal potong rambut budak..dok budget RM10 keatas.

Kesian tgk Dalila, tapi nak buat mcm mana, dah ruam makin banyak naik sejak kat gathering, di Taman Belia, Sabtu lepas lagi. Dalila mmg tak tahan panas betul..sure berpeluh2 dan akan naiklah bintik2 merah di bawah lehernyer. Dan paling tering bila dia menggaru kegatalan sehingga menyebabkan dia tidak selesa utk tidur. Puteri lilin tul Dalila nih..



Ni adalah pic yg diambil kelmarin sebaik saja balik dari kedai gunting. Comey tak? Nak tau apa yg Ibu terpikir pas tgk gaya rambut baru Dalila ni..rambut cam Helly Berry-dlm citer James Bon-"Die another Day".

Rambut tu sebenarnyer, aunty tukang potong tu dah 2 kalo cakap "dah siap"(dah berhenti potong). Tapi Ibu yg minta dia potong lagi.. tu yg sampai jadi mcm ni...pendek mcm boy dah kan.. tak pelah..lagipun rambut dia cepat panjang.

Dan ini lah gambar ruam yg di maksudkan..merah2 berbintik2. Dok tunggu masa nak bawa gi klinik..sbb ubat ruam yg doktor bagi tahun lepas masih ada lagi..Ibu dah try jgk petua suruh sapu bancuhan tepung kanji pada ruam tu..tapi tak surut2 jugak..


dari belakang


dari tepi


p/s: Dalila mmg mcm ni, cepat jadi ruam kalo berpeluh..W/pun begini.. semangat Ibu utk join gathering tak pernah luntur kalo ada yg ajak lagi lah, syok dapat jumpa kawan2 blogger dan dalila dapat main dgn ramai kawan2 yg sebaya dgn nya..
Harap cepat2 lah sembuh ruam ni...amin

Photobucket

Wednesday, February 24, 2010

@ Our 1st Gathering -SusuIbu.com dan RH.com

Pada 20hb Feb yang lalu..Ibu sekeluarga telah menghadiri satu gathering yg diadakan di Taman Belia,Pulau Pinang. Gathering ni di anjurkan oleh SusuIbu dan RH.com. Memang meriah gathering ni..lagi pun ini adalah gathering pertama yg kami sertai.

Mula2 sampai sana, Dayah lah org pertama yg Ibu jumpa..kalo tak jumpa Dayah ni..sure kami balik umh semula sbb xnampak pun sape2 yg pakai baju hijau (warna tema hari tu hijau) yg berkumpul. Lagi pun Ibu tak kenal dan x pernah berjumpa lagi dgn mana2 blogger yg akan hadir di gathering hari tu.

Bila sampai tempat/tapak perjumpaan..baby 1st yg Ibu kenal adalah Imran..anak Mamanoa. Lepas kenal anak baru Ibu kenal Mamanoa..hihihi. Tak lama pastu, Shira dan keluarganya pun sampai. Dapatlah Dalila bermain dgn Anas (anak Shira) dan Imran haritu.

Bersama Shira dan Anas (ditengah) dan Mamanoa dan Imran (di kanan)

Sebenarnyer Ibu mcm sedey sikit..tak dapat nk tumpukan 100% perhatian kat Dr.Balkees- LC dan pead dari Hospital Pantai. Time tu dah dekat jam 2ptg..si Dalila dah letih + mengantuk + tak selesa kepanasan dah.. habis naik ruam kat leher dia. Sambil pujuk2 Dalila tu sempat lah Ibu berkenalan dgn sorang lagi blogger iaitu Kak Sara. (sayangnyer..xsempat nk ambik gambar dgn Kak Sara)

Disebabkan tak dapat nk tumpukan 100% perhatian, maka tak banyak info yg boleh Ibu kongsikan disini..paham2 jer lah..budak kecik ni baru dapatkaki..bukan mau dok diam..

Sila singgah ke blog Dayah, Shira dan Kak Sara untuk membaca lagi cerita2 pasal Gathering SusuIbu zon UTARA ni.

Sempat juga Ibu bergambar dgn blogger2 yg ada disana..jom layan gambar haritu..

bersama Dayah dan anak sulungnyer..

Tak sangka hubby Dayah adalah cousemate Ibu kat USM dulu..patutlah mcm pernah lihat jer hubby Dayah ni.

Dan di hari itu, waktu tgh break..ketika Shira dan Anas sekeluarga sedang shoot2 ambik gambar...boleh pulak dgn selamberbyer Dalila berpose dpn kamera hubby Shira, segannyer Ibu. Selalunya dia tak mcm ni, mak-mak sedara dia nk ambik gambar dia-dia lari-sembunyi-xbagi kerjasama. Tapi dgn hubby Shira ni dia ok pulak.. dia suka kamera dslr camtu kot..amboi,memilih yer Dalila nih..

Inilah antara pic2 yg di ambik oleh hubby Shira. Ibu ubah kasi warna pic tu terang sikit, biar gempak sikit.




p/s: kami berangkat pulang awal haritu..sbb nk g tgk bapa sedara Abah kat GH pulak pastu.



Photobucket

Sunday, February 21, 2010

@ Dalila jumpa doktor GiGi kali ke-2

Bila Dalila dah byk gigi nih..kena fikir pasal gigi dia pulak. Gigi Dalila dah nak masuk gigi yg ke 14 dan 15 dah skrg. Kalo tgk dari depan, gigi Dalila hanya tinggal 2 ruang kosong jer lagi nk penuh kedua2 rahang atas dan bawah. Rajin2 gosok gigi yer sayang...

Baru2 ni, Ibu ada nampak kat gigi depan-atas, ada sedikit tompok2 putih di hujung gigi Dalila tu. Pergi monthly checkup kat Klinik Bayan Baru baru2 ni (17 Feb 2010), kebetulan nurse bahagian pergigian sedang buat penerangan pasal Penjagaan Gigi Anak. Terus Ibu tanya pasal tompok2 putih di hujung gigi tu. Nurse suruh datang hari Jumaat (19 Feb 2010) untuk letak florida kat kawasan tompok tu, untuk mengelakkan gigi cepat pecah/retak.. untuk kuatkan semula struktur gigi tu.

So, hari Jumaat kami dtg lah jumpa doktor gigi utk 2nd time..(yg 1st time jumpa ada cerita kat entry ni)..Doktor just letak sikit jer florida tu..bentuk mcm ubat gigi...tapi warna oren-kecoklatan. Doktor hanya boleh sapu kat gigi bahagian depan jer..sbb Dalila meronta2 tak mau buka mulut. Aduss..kuat woo dia menangis dalam bilik tu haritu.

Lepas sapu florida paste tu..doktor cakap Dalila tak boleh makan selama setengah jam..tapi nk minum susu takpe (boleh). Nurse pesan next 6 month kena datang checkup gigi Dalila lagi. Hihihi..


DAN SEDIKIT

Gambar Selingan/Iklan yg tiada kaitan dgn tajuk entry

aksi Dalila sembahyang


shh..dia tgh sujud tu.. siap letak kain sembahyang Ibu kat atas badan dia tu..hahaha


sudah habis sembahyang...aminn..



Photobucket

@ Ibu Buat Wall Deko..lagi

Balik kg cuti CNY baru2 ni, Ibu sempat kalo xsempat pun, Ibu akan smpatkan jugak! nak buat wall deko kat umah mak ayah Ibu. Sebenarnyer Jumaat sebelum balik kg tu, Ibu pergi ke pasar malam utk beli sticker2 ni untuk kawan blogger yg oder (ummuHabib).. So, mcm2 yg gambar yg ada..terus rasa teringin nak tampal2..sampai jer kg... ini lah hasil tempekkan Ibu di malam pertama tidur di kg.


gambar org mancing ikan


yg ni kat tepi meja solek kat kg..
Gadis dalam sangkar..bird naik buai..


Photobucket

Thursday, February 18, 2010

@ Dalila Terjatuh di bilik air

Satu lagi kecederaan telah terjadi pada Dalila..

Tempat kejadian: Bilik air, di kampung Ibu.
Tarikh kejadian: 14 Feb 2010, jam 1.45ptg.
Punca kejadian: tergelincir, kepala terhantuk jubin lantai.

gambar ambik lepas jumpa doktor- tak clear sgt sbb Dalila tak mau dok diam. sakit agaknyer bila Ibu dok selak2 rambutnye tu.


Sewaktu di kg Ibu ketika cuti CNY hari tu, Dalila telah terjatuh di bilik air sehingga menyebabkan kepalanya sedikit berdarah. Dalila terjatuh akibat ter'licin dan terlepas pegangan tangan Abah semasa dia mula nak melangkah masuk ke bilik air. Kepalanya berdarah akibat terkena jubin yg di buat agak tinggi yg menjadi pemisah diantara ruang dapur dan bilik air. Kasian Dalila.. :(

Sebenarnyer Dalila sudah pun mandi dengan Ibu sebelum tu, mungkin sebab syok mandi di bilik air di rumah toknyer ni..sbb lebih luas dan air nyer teramat lah sejuk..dia pun nak ikut Abah gi mandi lagi. Ibu masa tu dah sendukkan nasi untuk suapkan Dalila, tetapi Dalila beria-ria nak ikut Abah ke bilik air.

Mula2 langkah jer terus tergelincir...terus menangis kuat. Abah angkat dukung pujuk2 sampai ke buaian di luar rumah. Ibu datang bantu nak pujuk, Abah cek kepala Dalila- ada bengkak/benjol sebesar duit 20 sen, pastu nampak ada garisan darah disitu..lebih kurang 2cm panjangnye.

Kami terus bersiap apa yg perlu utk bawa Dalila ke klinik. Memandangkan hari tu 14 Feb-hari Ahad..dan cuti CNY pulak..banyak klinik yg tutup. Kami bawa Dalila sehingga ke BandarDarulaman, Alhamdulillah..mujur ada sebuah klinik yg buka. Memandangkan kami sampai di klinik lebih kurang jam 2.20ptg..kena tunggu doktor abis break..masa tu dah nampak dah darah keluar dari kawasan bengkak tu..risaunyer..mujur dia dah tak menangis kuat2 dah..kalo tak kami sure lagi panik..

Masa dok tunggu giliran nama di panggil, patien lain pun makin ramai memenuhi ruang menunggu, Dalila dgn aksi seperti biasa nak pergi main jugak di papan gelungsur yg ada dalam klinik tu bila melihat ada 2-3 org kanak2 main kat situ. Mungkin dia dah lupa kesakitan kat kepalanyer tu kot...syok sgt nak main..mak2 budak yg dok teman anak2 diorg main tu sampai risau tgk luka di kepala Dalila dan tgk aksi Dalila mcm budak tak sakit nih. Penuh satu ruang tu dgn suara riang ria Dalila jer..Ibu layan kan jer..asalkan ko tak menangis a.k.a kesakitan dah ler nak..kita tak kasi- dia meronta2 nak gi main jugak.

Bila dah jumpa doktor, doktor periksa dan cuci luka Dalila tu. Doktor cakap xde apa2 yg serius sbb selalunya kalo jatuh yg jadi benjol dikepala ni selalunya tiada kecederaan dalaman. Lagi pun doktor cakap Dalila aktif saja, anak mata dia pun ok jer dan tak muntah. Almahdulillah... Luka di kepala pun tak de lah dalam sgt dan tak perlu dijahit..lagipun darah di luka tu dah kering. Lega dengar ckp "xperlu kena jahit"..tapi Ibu kena monitor Dalila dalam masa 48 jam. Dalila di bekalkan ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak pada ptg tu.

Berikut Ibu sertakan nasihat doktor buat panduan ibu bapa ketika berdepan situasi anak terjatuh.
  1. Sekiranya tiada pendarahan..perhatikan keadaan anak, sama ada kurang aktif atau tidak selepas jatuh..perhatikan juga sama ada mereka muntah atau tidak selepas jatuh. Sekiranya jawapannya"ya" dalam masa 24 jam (selepas jatuh)..cepat2 bawa jumpa doktor.
  2. Perhatikan anak mata anak tu..sekiranya anak mata anak tu besar sentiasa..bermaksud ada sesuatu yg terjadi dan perlu segera berjumpa doktor.
  3. Sekiranya selepas terjatuh..keupayaan pergerakkan anggota badan menjadi kurang dari biasa..contonya..anak yg selepas jatuh tu..hanya menggunakan sebelah tangan saja utk melakukan sebarang aktiviti...so, segeralah berjumpa doktor.

p/s: mana ada ibu bapa yg mau lihat anak sakit, kita dah cuba sedaya upaya kemalangan itu terjadi..tetapi kalau dah takdir..terima sajalah sebagai ujian dari Allah.

p/s: cuti CNY xsempat nak jumpa kak ros a.k.a Ibu Ayra pun..dah Dalila jd mcm ni..xsampai hati nk bwk dia keluar...lain kali yer kak ros.


Photobucket

Friday, February 12, 2010

@ Dalila 1 tahun 4 Bulan 2 Minggu

Dah lama berniat nk update pasal milestone Dalila, tp selalu xsempat jer.. tapi kali ni..dah tekat np update kan jugak..buat kenang-kenangan Dalila bila dia besar nnt. Milestone kali ni, sejak dari bulan Dis 09 sampai skrg Feb 10..(1 tahun 4 bulan + 2minggu)

1. Merajuk
  • Kelakar sgt tgk Dalila merajuk tau..sambil menangis dia akan tutup muka dia dgn dua tapak tangan dia tu, pastu pusing arah lain..atau jarakkan diri dari Ibu/Abah..selalunya bila ada yg "tak kena" dgn kehendaknye lah..dia nk benda lain tapi kita tak bagi or bg benda lain kat dia.
2. Suka main...
  • Sorok2 dgn Ibu..selalunya Ibu yg akan menyorok/sembunyi di sekitar dlm rumah jer iaitu di bilik tidur(blkg pintu, tepi almari baju), ruang tamu (belakang sofa) atau di dapur (tepi peti sejuk, bawah meja mkn). Kadang2 Dalila dapat jumpa Ibu..kadang2 tak jumpa..so ada can Ibu nak peluk dia dari belakang...hihihi..bila Ibu dah letih nak berlari menyorok/sembunyi..dia dok tokal tgn/badan ibu sambil ckp ..jom..jom..(nak aka main lagi lah tu..)
  • suka main dgn sejadah..kekonon tiru gaya sembahyang lah..sujud tak kemana hala..kejap2 bgn tukar arah...skrg ni kalo kami nk solat, kena letak satu sejadah kat dia...pastu baru boleh masuk sembahyang...awahhh..awahhh...(ALLAH!..ALLAH!!) sambil tgn kat telingan.
  • Suka buat aksi tunggin buyung a.k.a aksi mcm org nk hantu..berdiri pastu kepala tunduk tgk kot celah kaki tu..risau jer bahaya kat tulang tengkok dia bila dia dok buat mcm ni.. ishhh..
  • Lesung batu Ibu..kadang2 dia masukkan barang2 mainan dia..kadang2 dia masukkan kai dia..alu lesung tu Ibu simpan tempat lain..sbb risau dia angkat -terjatuh kena kaki.
  • Tempat penyimpan beras Ibu..kalo sape2 yg guna tempat simpan beras turpaware mungkin boleh bayang kan mcm mana..Dalila suka main2 kat pemutar tu sampai penuh bekas sukatan beras di bawah tu..Padahal bekas ni dah letak atas kabinet dapur, dia sanggup berdiri hujung kaki utk nak main benda ni..teringin agaknyer tgk Ibu buat..dia pun nak try jgk..
3. Gigi
  • Dah nak masuk gigi yg ke 14 dan 15 dah skrg..iaitu 1 taring atas(kanan)- taring kiri dah 'complete' dah..dan satu taring bawah(kiri).
4. Tahi lalat
  • Rasa mcm confirm satu titik hitam di kaki kanan kat area betis (luar) tu adalah tahi lalat pertama Dalila....sbb dah lama tak hilang2 pun..kecik jer..mcm satu dot pen jer..tp terang. nnt Ibu letak gambar yer.
5. Pandai "berlakon"
  • Kadang2 bila tgh menangis "khau..khau" punya siap pakej air mata jurai2 dan air hingus nak masuk mulut tu..boleh dia ketawa bila kita mengisik dia..padahal kita usik sikit jer. Nampak sgt dia menangis tu hanya "buat2 saja"
6. Tidur
  • Time tidur still xberubah..still tidur sikit je waktu siang..paling lama pun 30minit. Tidur malam pulak, 1 pagi-7 atau 8 pagi..dah bangun...sabar je lah..
7. Sebutan perkataan
  • :( Still tak reti nak panggil .."Ibu".. :( kalo kita sebut "eeee?"..dia boleh lah sambung "buu"..
  • Abah = Abah
  • tok = tok
  • betr = bird
  • nyiau... = kucing
  • anen =nenen / susu
  • nak = nak/mahu
  • mmmau = tak mau
  • dap = sedap
  • seh = terima kasih
  • jom = jom
  • du..duk= duduk
  • bye = bye...dia selalu sebut w/pun nak turun katil..baibai kat bantal agaknyer..
  • (nnt Ibu tambah lagi yer..lupa lah)
8. Lagu Fav Dalila (tak leh nak rakam lagi..dia nampak kamera terus tak mo nyanyi)
  • Lagu barney..ada belikan patung barney yg ada lagu "I LOVE YOU" tu..tapi Dalila nyanyi" dari awal bunyi "..yuyu....yuyu.."last sekali dia sebut "tuu")
  • Lagu tepuk amai-amai. tapi dia just sambung yg hujung2 saja lah..nanti iku try rakam video yer.
  • Lagu tema TV9....lagu ni pun dia sambung yg ayat last tu..dihatiku..dalila sebut .."ku" jer.
  • Lagu iklan digi..yg ada mamat dok menari tu.

okey..dah panjang dah ni Ibu update milestone Dalila..meh kita layan pic2 Dalila yg terkini pula yer..


Nak duduk kat sini..

Dalila baru lepas mandi

Sejam pas mandi..rambut dah "kembang" dah..



p/s: cuti CNY kami balik kg Ibu di kedah...Sabtu tgh hari nak berangkat..bye..bye..

p/s: baju hadiah contest MBP tu dah sampai..nnt Ibu buat entry tunjuk hadiah tu yer..


Photobucket

@ Gathering RatuHati.com dan SusuIbu.com di ZON UTARA

*********************STICKY Mode***********************
new entry?..please scroll down lah
**********************************

ni copy-paste entry dari blog penganjur....Rozy

Salam dan Selamat Sejahtera,

Saya nak ajak kawan2 semua join gathering RatuHati.com dan Susuibu.com Zon Utara.
Details seperti dibawah:-

Tempat : Taman Belia Pulau Pinang
Tarikh : 20/2/2010
Masa : 9pg - hingga abiss segala urusan
Tema baju : Hijau
Menu : Potluck

Agenda
1- Keselamatan Anak di rumah (tertakluk pindaan oleh speaker) by hubby Hana aka ibufarish
2- Babywearing dan cloth diapering by Shida (special topik breastfeeding while babywearing)
3- Breastfeeding talk by Dr Balkees
4- Drive test breastpump (sila bawak pam yg ada tuk ditest kawan2)
5- Lucky Draw (toke lucky draw - Aishah)
6- Exchange Gift (Hadiah utk anak)


Jom lah memeriahkan gathering kali ni...leh kasi nama kat blog penganjur iaitu ROZY


*****************************************************************************
Gathering ni BUKAN khusus kepada ibu2 yg BREASTFEEDING sahaja..yg TAK BREASTFEEDING pun BOLEH JOIN.. untuk dapatkan maklumat yg berguna, mana tahu untuk anak ke-2, ke-3 nanti ker...ada rezeki boleh breastfeed diorang.
******************************************************************************

p/s: Ibu, Abah dan Dalila insyaallah akan join gathering ni..harap2 tak de lah "aral melintang" nnt.



Photobucket

Wednesday, February 10, 2010

@ Baby Cutes Collection Giveaway


Ada lagi satu giveaway yg mudah..iaitu dari Baby Cutes Collection. Siapa yg berminat nk join contest ni di alu-alukan.

Tarik akhir: 25 Feb 2010


Photobucket

@ Tutorial: Nak Blink2 kan Perkataan

Bagi menjawab pertanyaan KakNgah..caranyer mudah jer..sama mcm buat "strike"


contohnyer: nak blink2 kan perkataan "sayang"

taip..

akan jadi


sayang


semoga dapat membantu....

Photobucket

@ Lucky Draw Dairy Girlz Scopio ^_^


Siapa nak join Lucky Draw Dairy Girlz Scopio ^_^ ni? ada 3 hadiah menarik yg penganjur tawar kan.. jom lah kita memeriahkan contest/giveaway ini!!!!

Tarikh akhir: 17 Feb 2010


Photobucket

Tuesday, February 9, 2010

@ Udang Masak Masam Manis


Resepi Udang Masam Manis

Bahan-bahan:
  • udang
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar soso tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 insi halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 hiris limau nipis
  • 1 biji tomato
  • sedikit daun sup
Cara-cara memasak
  1. Udang di bersihkan dan digaul dgn garam serta kunyit.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumis dgn sedikit minyak.
  3. Masukkan ketiga-tiga jenis sos tadi, kemuadian masukkan udang.
  4. Masukkan bawang besar, tomato dan daun sup.
  5. Tutup api dan perahkan sedikit air limau nipis.
  6. Sedia di makan.

p/s: ambik resepi mudah ni dari My resepi...thanks my resepi!!


Photobucket

Monday, February 8, 2010

@ Board Menconteng/Menulis Dalila

Sebenarnya mula berkenan dgn "board" mcm ni sejak berkunjung di blog Watie. Mcm best jer.. Dalila pun tgh nampak suka menconteng dan tak boleh nampak pen saja skrg. Jadi Sabtu (6hb Feb) lepas Ibu pun gi survey2 kat Jusco, sbb Watie dah pesan..kat Jusco murah...serius! memang murah..paling murah Ibu jumpa untuk 'board' saiz besar tu RM20 Paling mahal RM125. Ada yg berfungsi agar anak kita boleh mewarna pun ada.Yang saiz tu dalam RM10 dah boleh dapat.

Atas Jusco-ada kedai Toy 'R' Us.. mcm ralat pulak kalo tak tgk kat situ jugak..so, pilih punya pilih..terus berkenan "board2" ni. Harga kat sini mmg lain dari jusco sbb brand lain2.


Yang besar ni RM60. Berkenan sbb butang A-B-C tu boleh "bercakap sendiri" bila di tekan.. dia akan sebut "A" dgn suara kanak2 lelaki, kalo tukar fungsinya..butang2 alphabet ni boleh "mengeja". Ibu tekan jer..keluar suara budak boy tu, terus Dalila mau tgk kat 'board' ni..kalo tak..dia asyik nk berlari2 jer dlm kedai toy 'r' us tu...terus buat muka tersipu2 sbb 'ala-ala' dia faham jugak apa yg suara boy dari board tu sebut..A-B-C tu..



Yang saiz kecik ni, Ibu plan nak beli letak dalam handbag Ibu, boleh Dalila guna bila kat luar rumah or dalam kereta ker. Yang Ibu beli ni RM25, berkenan sbb ada "clip on" tu..leh sangkut kat bag atau stroller, lagi satu berkenan sebab tempat simpan magnetik pan dia tu..diorg buat gitu..mcm PDA jer..hihihi..


p/s: kat pasar malam pun ada board mcm ni..tp screen dia agak kecil dan tak berapa berkenan.

p/s: semoga Dalila akan rajin belajar..dan menjadi anak yg bijak dan solehah yer sayang...muahh


Photobucket

Saturday, February 6, 2010

@ 1st Time Lututnyer Bercalar

Kesan parut dilutut kanan setelah hari ke-3


Tarikh kejadian: 29 January 2010
Hari kejadian: Jumaat, lebih kurang jam 9.30mlm
Lokasi kejadian: Kawasan perking kereta berhampiran kedai makan, di Sungai Ara,Penang.
Sebab kejadian: Terjatuh ketika berlari/main


Tak sempat nk update citer Dalila terjatuh semasa bermain bulan lepas. Ni 1st time dia terjatuh sampai bercalar ni. Gambar luka pun hari ke-3 baru ambik..hari Jumaat mlm jatuh, hari Ahad baru ambik gambar..


Dalila memang suka berlari2 kalo kat kawasan yg luas, so kami selalu g mkn kat kedai makan di sebelah SK Sg Ara, sbb makanan situ sedap dan harga agak murah...plus kedai makan tu kat dalam kawasan parking yg luas. Kalau nak makan mesti gilir2 jaga+main dgn Dalila..selalunya Abah akan makan dulu, dia dah kenyang..Ibu pulak makan dan Abah jaga Dalila. Dalila dah xsuka dok dlm baby chair..yer lah org dah "terer" berlarikan. Kalo dia dah start main/berlari tu, bukan mau lari dekat2 Ibu/Abah..nak jalan kat kaws yg jauh2 je..kena follow lah lagipun kaws parking kan..risau kalo2 ada kereta masuk-keluar jer.


Berbalik pada citer hari Jumaat lepas.. time tu turn Abah yg jaga Dalila, Ibu tgh makan. Dengar Dalila nangis... biasalah..kadang2 dia tak mau diangkat (selalunya kami angkat bila Dalila dah semakin jauh dari kedai makan tu)..Abah dukung tunjuk lutut Dalila terjatuh..masa tu tak nampak lagi darah kat calar2 tu..sbb sekali dgn kesan tanah. Pastu dia meronta nak turun, nak sambung main/berlari lagi.. hari tu pulak pakai dia seluar ngam2 paras lutut..mungkin masa terjatuh seluar tu ter"angkat" sikit tu yg boleh calar lutut tu.


Balik rumah, dia terus tidur..tak lama pastu menagis sbb sakit kat lutut..."..ket..ket.." dia ckp.. Dalila ni tidur ganaz sikit, pusing sana pusing sini..mungkin terkena luka tu kot.. Ibu terus cuci luka tu..pastu sapu gel gamat healin..lagi dia kuat nangis..lama gak dia nangis sbb luka tu.. nak menyusukan pun susah. Sampai mati akal Ibu nak pujuk.. ingatkan nak bawa gi klinik dah..tp luka sikit jer.. dekat 1 jam dia dah "cool" tak menangis dah tapi dia dok cakap .."eeee....yeeee" =maksudnyer (geli / kotor) kat luka di lutut tu, sambil main2 ubat yg dah ibu sapu tu. tersu Ibu taburkan bedak talkum dia kat dua2 belak lutut dia tu..so..dua2 lutut dah putih dek bedak cam tu..dia tak bising dah lah.


Dah seminggu calar tu dah xde kesan apa2 dah..dah tak ada garis2 hitam tu dah sbb Dalila suka umpil/cabut kesan calar tu.


Photobucket

Thursday, February 4, 2010

@ Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift

Contest kali ni dianjurkan oleh Yanadzul. Sesiapa saja boleh join dan berpeluang untuk menang kerana pemilihan pemenang adalah melalui random.org. Encik random...pilihlah saya yer nnt :P

Hadiah yg menarik adalah dari tajaan AiVee Emart.blogspot.com

Untuk join , anda boleh klik banner di atas atau klik --> SINI.

Tarikh tutup: 15 Feb 2010.


Photobucket

Wednesday, February 3, 2010

@ Ibu Buat Wall Deko Umah

Dah lama "geram" nak try benda ni. Nak buat "wall deko" guna sticker.. Dok leleh2 air liur tgk kat blog kawan2, tgk diorg menempek kat dinding umah diorg..cantiknyerrr.. nak jugak!!

So, hari Jumaat lepas, kebetulan ada pasar malam kat area kedai makan fav kitaorg sbb murah so, pas makan ajak Abah gi jejalan konon2 nak cari satay ayam jap..hihihi
on the way jalan nak balik..ternampak gerai org dok jual sticker wall deco nih.. terus terjah..

Pilih punya pilih sampai Abah bawa Dalila tunggu dalam keta dah..Ibu rembat 4 keping.. sbb 4 keping =RM10. Balik umah, kebetulan pulak Dalila terus tidor..terus Ibu ber'deko2 sesorang.

Memula buat yg ada pic bird kat pokok ni dulu..tepi tv kabinet


Pastu malamnyer tak leh nak tido pulak..terus Ibu buat lagi satu wall deco jam 3 pagi tu. kejap jer..30 minit siap dah gambar basikal ni :P


Basikal biru ni Ibu buatkan kat tempat Dalila parking basikal2nyer...depan tv kabinet


Lagi satu ni, buat kat dinding tepi meja makan

sambil makan ..sambil tgk pokok bunga gantung2 ni.



Hihihi..cantik tak? ada lebih lagi satu sticker yg xguna lg..tak tau nk lekat kat mana lagi..

Pendapat Ibu tentang wall deko sticker ni:
  • Cantik tp kalo beli yg lagi mahal sure lagi cantik kot sbb yg kat pasar mlm ni pun dah cantik dah Ibu rasa.
  • kualiti yg mahal sure lagi BAGUS kot, sbb yg pasar malam punya ni (4 kpg=RM10) kadang2 "garisan" yg diorg buat utk kita kumpil/tanggalkan tu kadang2 xclear/xdalam= tak terputus bula kita tarik sticker tu keluar...tu yg menyebabkan ada sedikit 'ter'koyak pada sticker Ibu ni...tp xberapa nampaklah..Ibu potong sendiri guna gunting pulak pastu.

p/s: paling best..Dalila bangun2 tidur esoknyer terus dtg tgk pic 'basikal biru' ni (sbb Ibu buat kat dinding-area bawah)..sambil tunjuk2 kat bunga dalam2 bakul tu... sukanyer Ibu bula tgk Dalila pun suka..mujur dia tak tarik/atau cuba tanggalkan.

Photobucket

Tuesday, February 2, 2010

@ Alhamdulillah...2nd place Winner in MBP Contest

2nd place winner in Cutest Baby of The Planet 2009 Contest


Alhamdulillah...syukur dan happy sangat2 kerana Arifa Dalila mendapat tempat ke-2 dalam contest yg di anjurkan oleh MomBloggersPlanet pada pertengahan January 2010 yg lalu. Entry untuk contest tu di SINI.Untuk melihat entry keputusan pemenang KLIK di SINI.


Dan Hadiah yang kami menangi berjumlah RM580 adalah dari para penaja berikut:

***LittleBigShots Family Photography Session (Klang Valley/Putrajaya)

***Gymboree Outfit from Cupcake Chic Children’s Boutique

Cupcake Chic Children's Boutique



Memang tak sangka2 boleh menang tempat ke-2 ni. Jadi Ibu nak mengambil kesempatan utk mengucapkan berbanyak2..


TERIMA KASIH -
THANK YOU-
KHOP KHUN KHA (siam)


kepada
KAK ROS & MomBloggersPlanet selaku penganjur CUTEST BABY of THE PLANET 2009 contest kali ni

dan juga

penaja2 hadiah iaitu TheLittleBig Shots dan Cupcake Chic Children’s Boutique


TERIMA KASIH juga buat semua kenalan2 blogger IbuArifa yg telah mengucapkan tahniah kepada kami atas kemenangan ini.


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG DAN PESERTA CONTEST CUTEST BABY of THE PLANET 2009 KALI INI...


Photobucket

Monday, February 1, 2010

@ Hadiah lagi dari Contest Mama Aqish

Assalamualikum,

Hari Jumaat lepas, Ibu dapat lagi satu hadiah dari contest Mama Aqish, kali ni dari penaja

CLICK-CLICK SHOPPE



TERIMA KASIH CLICK-CLICK SHOPPE :)
Memang cantik frame itu, siap tulis nama Arifa Dalila lagi tuh...TQ


Berkenan nak order jugak frame ni? sila lah terjah blog perniagaan CLICK CLICK SHOPPE ni.
Banyak lg yg menarik ada di jual disana....



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...