nak join? klik banner ni yer

Wednesday, January 20, 2010

@ Cutest Baby of The Planet 2009 – FINALIST

Nama: Arifa Dalila Mohd Fadli
Tarikh Lahir: 23 Sept 2008



Dan soalan-soalan yg perlu di jawab untuk 1st challenge Cutest Babyof The Planet 2009 kali ni adalah:

1. What is the meaning of your baby's name?
Arifa bermaksud PINTAR, TERPELAJAR
Dalila bermaksud PETUNJUK, PEMIMPIN


2. What is ONE of the most memorable moment about your baby since she was born until now?

Bagi diriku, antara saat2 yg paling ku ingat sampai sekarang adalah pada kali pertama aku dan Dalila di biarkan berdua-duaan di dalam ward iaitu pada hari ke-3 selepas melahirkannya dan disaat itu juga merupakan kali pertama aku berjaya menyusukan (breastfeed) Dalila sampai Dalila tertidur di dalam dakapan ku. Alhamdulillah..
Untuk pengetahuan kawan2, aku bersalin secara cesarean (berikutan Dalila dah ter'berry' kat dalam) jadi pergerakkan ku pada hari pertama dan ke-2 agak terhad. Selalunya Dalila akan di bawa ke bilik ward ku apabila suami dan MIL ada bersama. Sesungguhnya aku berasa agak takut untuk mendukung sendiri bayi kecil ku itu memandangkan usianya yg baru lahir. Tetapi ku tahu, untuk menjayakan misi untuk menyusukan bayi ku dengan susu ibu, ianya perlu di lakukan seawal/secepat yg mungkin.

Pada malam hari ke-2, aku meminta bantuan nurse yg bertugas pada malam itu untuk mengajar aku, cara untuk mendukung dan menyusukan bayi ku. Walaupun dengan bantuan nurse pd malam itu, Dalila masih tidak berjaya disusukan, sehinggakan Dalila menangis2 di pangkuan ku. Sedih sangat melihat Dalila yg sedang menangis di sorong keluar dari bilik ku tanpa dapat menikmati susu dari ibunya. Baru ku tahu, untuk menyusukan bayi tidaklah semudah apa yang kita baca atau dengar.

Keesokkan paginya di hari ke-3, selepas doktor membuat rondaan, keadaan kedua-dua cik "B" ku yg dah makin membengkak dan menyakitkan. Lalu aku kuatkan semangat utk mencuba sekali lagi untuk menyusukan bayiku itu. Aku minta nurse hantarkan Dalila ke bilik untuk di susukan. Pada masa itu suamiku sudah pulang ke rumah selepas solat Subuh lagi. Dia akan datang semula ke ward menjelang tengah hari setelah selesai membantu emaknya menyediakan makanan 'berpantang' untuk ku.

Disaat nurse meninggalkan aku berdua-duaan bersama dengan bayiku buat pertama kalinya, ku rasa seolah2 masa terhenti seketika, dunia luar terasa senyap sahaja. Segala perhatianku ku tumpukan sepenuhnya kepada bayi yg berada dalam pelukan ku. Aku perlahan-lahan menyapa anakku itu dengan memanggil namanya, nama yg telah lama ku pilih.".Arifa Dalila... Arifa Dalila... Arifa Dalila.." Tak tergambar bagaimana perasaan ku apabila bayi ku ini membuka matanya dan apabila di merenung ke arah aku. Sampai ke hari ini masih ku ingat pandangan mata sepet Dalila kali pertama itu..ia seolah2 melirik ke arah ku..hihihi.. sungguh bahagianya ku rasa saat itu.

Tidak aku siakan peluang keemasan itu lalu aku cuba menyusukan Dalila. Syukur alhamdulillah, sekali je letak kepalanya di 'situ', terus dia pandai untuk menghisap susuku. Buat kali pertamanya Dalila tidur di pelukkan/dukungan ku setelah kenyang minum susu ibu. Alhamdulillah...sejak dari peristiwa hari ke-3 itu Arifa Dalila masih lagi full breastfeeding sampai sekarang.



3. In your blog post, write a short positive TESTIMONIAL about MomBloggersPlanet

Aku masih 'baru' lagi di alam 'blogging' ni. Banyak yg perlu ku belajar dari mereka2 yg lebih arif. MomBloggersPlanet menyediakan pelbagai ilmu dan info berguna kepada para blogger baru seperti ku contohnya di "Blog tips"-bagaimana nak menambahkan pendapatan melalui blog, "Blog Tool"- bagaimana nak mencantikkan blog kita dengan 'theme' dan 'layout' yg menarik. Banyak juga tutorial berguna yg disediakan bagi memudahkan sesiapa saja yg agak 'buta IT' seperti ku.

Selain ilmu2 IT di MomBloggersPlanet, terdapat juga isu2 semasa, isu2 kesihatan, isu2 kekeluargaan yg dibincangkan di sana. Boleh dikatakan di MomBloggersPlanet ni merupakan tempat di mana para2 ibu atau bakal2 ibu bertukar2 pandangan dan buah fikiran. Sesuai sekali dgn tag linenya "Where Malaysian Moms Unite". Contest2 yg dianjurkan tiap2 bulan juga dapat menjalinkan persahabatan atau dalam erti kata lain dapat menambahkan kenalan di alam siber ni.

MomBloggersPlanet juga pada pendapat ku amat menbantu bagi sesiapa yg mahu berkerja di rumah atau Work at Home Mom. Sambil2 jaga anak boleh kita menambahkan pendapatan keluarga... kan bagus gitu :)

Ok? cukup "short" dah ni seperti yg dikehendaki dalam soalan utk 1st challange tu rasenye ni. :D
Untuk maklumat lanjut tentang contest ni...sila klik banner dibawah ini.




p/s: Good luck diucapkan kepada semua finalist contest kali ni.


Photobucket

19 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah...satu jawanpan yang mantop...& meletop....tomei la gambar arifa tu...so cute...pandai dia possing....good luck k...kiter akan sentiasa menyokong ARIFA....

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

gudluck! comeinya dalila.. buat menantu boleh?

alinalan said...

alahai sweet jer gamba terbaru Dalila
All the best dear!!

Ummi Eisya&Amani said...

emm baca ni pun,teringat kembali saat itu..memang paling maniskan..ku memahami perasaan mu..hihiii

dalila semakin besar semakin cantik la..good luck dalila sayang..auntie doakan dalila menang ye..amin..

p/s:-min,kp potong rambut dalila ke..mcm pendek je belakang tu

Suziey Ahmad said...

good luck dalila :)

NyIzd said...

good luck dalila...

Ibu Ayra said...

ala tomeinya dalila bertocang dua mcm tu... gudluck min...

Ummu Mishkah said...

salam kenal..
Tahniah berjaya completekan challenge ni..
GOOD LUCK! :)

10 said...

wah... comei2... good luck...

Ros Ibrahim said...

okeh, sudah direview..can remove the stickyness already lor ;)

azzul said...

good luck dalila..mmg sgt cute dalila ni..vote for dalila heheh agak over ye

~Ifa~ said...

waduh2 comei sih.dalila nie wat gaya apa pun comei.bertocang pun lawa,pakai cekak pun lawa.hye besar nti jenuh la ramai peminat.

ibu_Arifa said...

TO MAMA AQISH: Terima kasih mama Aqish..kim salam sayang kat Aqish yg comey cam jepun tu nnt yer.

TO MRS K: Terima kasih.. nak buat menantu? boleh..boleh..hihihi

TO MOMMA MIA: Terima kasih momma Mia.. puas ni suruh dia posing ni..

ibu_Arifa said...

TO MRS ADZ: Hihihi...kita kan sama2 kena ceasear..hihihi..
terima kasih..aku pun selalu doa yg terbaik utk mu dan Eisya juga :)

Aku potong sikit rambut Dalila kat belakang tu, kesian tgk dia mcm panas jer. tunggu besar sikitlah baru nk simpan rambut pjg.

TO SUZIEY: Terima kasih suziey

To Noy: Terima kasih yer Aunty :)

ibu_Arifa said...

TO IBU AYRA: Terima kasih kak ros.

TO UMMUMISKHAH: Salam kenak ummumiskhah :) Good luck to akak juga yer..

TO ATEN: Terima kasih aten..sempat lg singgah w/pun bz yer..thanks :D

TO LOVE SAY IT ALL: Okey.thanks

ibu_Arifa said...

TO LITTLE MAMA: Okey..terima kasih kak Ros

TO AZZUL: Terima kasik kak liza..muah2 tuk Naufal yer nnt.

TO IFA: terima kasih kak Ifa, ni pun puas kena paksa ni..bukan dia mau pakai semua tu..nk sikat rambut pun susah dah skrg ni :P

BabyIntan said...

Cair je aunty tgk dalila nie...makin lama makin sweet je wajah dia :)

Gud luck ye sayang...insya'Allah ade rezeki leh menang ni :D

zeta said...

Tahniah menang contest ni..Arifa Dalila mmg sgt cute..

miralatiff said...

Arifa sangat cute!! Congratulations!! Arifa deserved to win!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...